Monday, March 18, 2024

UMRAH 2024 - DAY 04 - ARAFAH AND JABAL AL RAHMAH

Assalamualaikum.
Pada hari ke 4 ini kami dibawa melawat ke tempat-tempat yang wajib dikunjungi dalam pelaksanaan Ibadah Haji di luar kota Makkah iaitu tempat-tempat yang dikenali sebagai Masy'aril Haram. 

Sejuk pagi itu dengan suhu 17℃.




Bersarapan pagi.


Pada hari ke 4 ini juga kami akan melakukan satu kali lagi umrah dengan bermiqat di Masjid Jaaranah. Jadi kami pun refer semula pada catatan mengenai umrah as revisions and preparations. 

Berkumpul awal di lobi hotel kerana kami satu group akan bertolak pada pukul 7:30 pagi. Kami berdua sudah siap-siap berpakaian umrah walau pun kami akan melawat dulu Jabal Al Rahmah dan tempat-tempat lain sebelum ke Jaaranah. Group members lain berpakaian biasa dahulu dan hanya akan berihram di Jaaranah. Kami memilih berpakaian ihram dari hotel sebab senang tak perlu bawa beg kain ihram dan tak perlu menukar pakaian di Jaaranah. Dari pengalaman umrah kami dulu, masjid Jaaranah sering sesak kerana sangat ramai jemaah yang bermiqat di masjid itu.

Pemandangan suasana pagi di Masjidil Haram dari lobi hotel.


Reception Hotel Safwah Royale Orchid.

Mendengar penerangan dari Ustaz untuk acara hari ke 4 ini.

Berjalan ke bas.

Bas tidak dapat berhenti dekat hotel untuk menunggu lama, jadi kami berjalan naik bukit sikit ke tempat bas parking.

Pemandangan hotel.

Bas kami sudah menunggu.




Keadaan di sekitar hotel sudah mula sesak dengan ramai lagi para jemaah lain yang juga memulakan acara mereka pada hari ini.


Ini beberapa foto yang sempat kami rakam semasa dalam perjalanan.

DoubleTree by Hilton Makkah Jabal Omar (far left) and Jabal Omar Hotel “The Address” (right).
Dewan solat 'tergantung' (suspended prayer hall), terletak di antara menara berkembar Hotel Jabal Omar "The Address" ini dibina oleh Jabal Omar Development Company, telah mencapai pengiktirafan sebagai dewan solat tertinggi di dunia di dalam sebuah jambatan gantung (sky bridge) dengan ketinggian 165 meter, menurut Guinness Book of World Records. Ia mempunyai pemandangan panorama Masjid Al Haram dan Kaabah.

Anjum Hotel Makkah‏ dan Jabal Omar Marriott Hotel.

Anjum Hotel Makkah (kanan) dan Shaza Makkah.


Terowong-terowong sedang dalam pembinaan di First Ring Road.



Kelihatan begitu banyak bangunan-bangunan hotel seperti Saraya Al Deafah Hotel, Taysir, Ramada Al Tayser Hotel, Al Kiswah Towers Hotel, Altayseer Towers dan lain-lain.






Al Ebaa Hotel.

Masjid Bin Ladin.





Beautiful and modern Makkah skyline.


Kelihatan ada karpet dan sejadah dibentangkan di roundabout ini untuk solat jemaah.





Dulu masa kami buat umrah, di hotel-hotel kecil beginilah hotel penginapan kami. Kini hotel-hotel ini sudah banyak dirobohkan dan diganti dengan hotel-hotel baru yang serba moden. Teringat lagi masa kami mengerjakan Haji 1426H/2006M telah berlaku kejadian bangunan hotel runtuh di Kota Makkah. Nama hotel itu adalah Hotel Liluk Al-Khair. 76 jemaah telah meninggal dunia, 4 darinya adalah rakyat Malaysia. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Makanya eloklah hotel-hotel lama ini diganti dengan yang baru.

Kini Kota Makkah penuh dengan deretan hotel-hotel baru dan moden. Tidak semuanya 4 atau 5 bintang. Banyak juga yang 3 bintang. Cuma, rasanya, kalau yang kurang bintang tu, jauhlah sikit dari Masjidil Haram. 





Sebanyak 58 terowong telah dibina oleh kerajaan Saudi di kota Makkah yang terkenal dengan bentuk muka bumi bergunung ganang dan berbukit bukau bagi memudahkan pergerakan penduduk dan pengunjungnya ke dan dari Masjidil Haram dan tempat-tempat lain di pinggir kota Makkah.

This is Aisha Al Rajhi Mosque.
🕌Masjid ini dikira antara bangunan di rantau ini sebagai karya seni bina. Disebabkan dinding yang dihiasi dengan gaya Uthmaniyyah, ia dianggap sebagai salah satu destinasi pelancongan terpenting di Mekah.
🕌Masjid Aisha Al-Rajhi dibina di dalam sempadan Masjidil Haram di kawasan kejiranan "Al-Naseem" pada tahun 2013 (1434 hijriah).
🕌Jumlah keluasannya ialah 61,000 meter persegi boleh memuatkan 48,000 jemaah.
🕌Selain itu, masjid ini mempunyai dua menara besar - ketinggian satu menara ialah 68 m - dan empat kubah, termasuk kubah besar berdiameter 13 m dan tinggi 48 m.
🕌Ia mengandungi ruang solat lelaki, terdiri daripada tiga tingkat, dan ruang solat wanita, terdiri daripada dua tingkat.


Four Points by Sheraton.



Kelihatan on the left hand side of the bus, Jabal Thur.

Kami tidak berhenti di sini, sekadar pass by sahaja. Seperti yang kita tahu, di dalam gua Jabal Thur inilah Rasulullah SAW yang ditemani oleh sahabat Abu Bakar bin Abi Quhafah al-Siddiq r.a. bersembunyi selama 3 hari kerana diburu orang-orang kafir Quraisy dalam peristiwa hijrah ke bumi Madinah al-Munawwarah. 


Dulu masa kami mengerjakan Haji, ada papan info dengan kenyataan seperti di bawah ini yang ada di kaki Jabal Thur. 
Brother In Islam! The prophet Muhammed (Peace be upon him) did not permit us to climb on this hill, not to pray there, not to touch its stones and tie knot on its trees and not to take anything from its soil, stones and trees.
The good deed is to follow the path of the prophet Muhammed (Peace be upon him). So do not oppose that. Allah said "Indeed in the Messenger of Allah you have a good example to follow for him." (Al Ahzab:21)

Tapi tetap juga sangat ramai jemaah yang mendaki ke puncak Jabal Thur ini.







Tiba di Arafah. Kini ia adalah sebuah kawasan lapang yang dipenuhi pokok-pokok. Inilah Padang Arafah dan di sinilah Jemaah Haji akan berkumpul untuk melaksanakan Rukun Haji Kedua yang dinamakan sebagai Wukuf di Arafah.


Kami pun tiba di tempat parking bas untuk melawat Jabal Al Rahmah. Lawatan ke bukit kecil ini selalunya ada dalam program lawatan bagi sejumlah besar jemaah yang mengerjakan umrah. Dulu masa kami melawat di sini, bas boleh berhenti betul-betul di tepi dataran Jabal Al Rahmah. Kini semua bas mesti park di designated parking area dan pengunjung akan berjalan kaki sejauh lebih kurang 800 meter atau berjalan selama 20 ke 30 minit untuk sampai ke bukit tersebut.


Follow ustaz. Kalau tersesat kehilangan arah dalam kesesakan manusia atau terpecah dari group, maka carilah bendera kecil Az Zuha yang dipegang oleh ustaz ini. 

Ustaz juga berpesan berkali-kali supaya kami semua hafal rupa bas kami. Ini kerana masa balik nanti dari lawatan, mungkin ada yang akan balik dahulu ke bas atau berjalan lambat sedikit dari group atau mungkin ketinggalan, maka tahulah di mana dan yang mana satu bas kami. Ustaz juga berpesan untuk kami mencari bas yang ada foto dia diletak di depan bas. Fast forward, memanglah penting sangat pesanan ustaz itu kerana memang pening kami mencari bas sebab terlalu banyak bas dan rupanya macam lebih kurang. In fact, ada group member kami yang tersesat tak jumpa bas. Hampir setengah jam mereka tercari-cari bas. Kesian sungguh. 


Penjual tasbih.

Seperti mereka, saya juga sudah siap-siap berpakaian ihram dari hotel semasa lawatan ini.

Ada food truck dan gerai-gerai menjual makanan, snek dan minuman.








Kakak dari Indonesia ini berjualan minuman dan makanan khas Nusantara. Beliau berpesan kepada kami nanti bila patah balik ke bas singgahlah ke gerai dia.

Berjalan ke Jabal Al Rahmah.






Masih lagi ada peminta sedekah yang kudung anggota. Dulu ada ramai di Masjidil Haram. Kini sudah tiada. 



Zoom-in ke puncak Jabal Al Rahmah.


Pakaian jubah lelaki juga ada dijual di sini. Ramai yang saya lihat membeli mungkin kerana harganya sangat berpatutan. Saya memang sejak dari dulu kurang selesa untuk memakai pakaian tradisional Arab ini, preferring to opt for our own traditional Baju Melayu 😊.

To the left to Al Rahmah Mountain.

Pusat Ambulan untuk kegunaan kecemasan di Musim Haji.

Di gerai ini barang yang dijual semuanya berharga 1 riyal. 

Tak tahu akar apakah ini.

Beberapa lagi food trucks.

Dua lelaki ini adalah dari Dogan Voyagers, agensi Umrah dan Haji based in Lyon, France.

Food truck jual ais krim.


Itu bangunan Jabal Al Rahma Hospital.

Hospital Jabal Al-Rahma di kawasan Arafat ini menyediakan perkhidmatan kesihatan 24/7 kepada jemaah haji pada musim haji. Ia mempunyai kapasiti 77 katil, di mana 17 untuk ICU.

Kami pun sampai di pinggir dataran Jabal Al Rahmah. Di sini ada papan info tentang bukit tersebut. 


Jabal Al Rahmah.

Baik, berikut adalah foto-foto yang sempat kami rakam semasa di sini.



Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para jemaah.

Ustaz memberi penerangan.


Pemandangan sekitar dataran Jabal Al Rahmah.



Hospital Jabal Al Rahmah.



Bergambar kenangan.



Jemaah dari Kyrgyzstan.

Sebilangan besar orang di Kyrgyzstan adalah beragama Islam; sehingga 2020, 90% penduduk negara itu adalah penganut agama Islam.



Nampak bahaya tapi ramai bersungguh berusaha untuk panjat ke puncak.


Tolong ambilkan gambar pasangan dari Pakistan.



Makanan burung bertaburan di dataran ini.




Saya zoom-in amaran yang tertulis pada tiang di puncak bukit ini. 


Teringat masa kami mengerjakan Haji pada tahun 2005/2006 dulu, di sini ada khidmat tunggang unta. Now no more already.



Kelihatan ada binaan tembok di kaki bukit ini.

Tembok ini adalah sebahagian dari saluran air Ain Zubaidah yang dibina oleh isteri Khalifah Harun Al Rashid bernama Amatul Aziz, untuk kemudahan jemaah haji. 

Saluran ini sudah berusia 12 abad dan tidak lagi berfungsi. Ia adalah saluran air yang sumbernya diambil dari wadi Nu’man yang kemudian disalurkan ke tempat-tempat jemaah haji di Makkah, Arafat, Mina dan Muzdalifah.





Tangga di kaki bukit.







Pemandangan puncak.


Kelihatan semakin ramai jemaah yang datang.



Ustaz pesan jangan pergi dekat burung-burung ini due to penyakit Selsema Burung (Avian Flu).






Senang nak kenal jemaah dari Indonesia kerana mereka memakai pakaian seragam.



Jemaah dari Indonesia adalah yang paling ramai, diikuti oleh Pakistan, terbanyak berasal dari Jawa Barat, Jawa Timur dan DKI Jakarta (Daerah Khusus Ibukota Jakarta atau DKI Jakarta). 


Tiba-tiba mak cik-mak cik ini bernyanyi 😃.


Jemaah Kurdistan.



Selesai lawatan kami pun berjalan balik ke bas. 

Penjualan semakin rancak.



Kelihatan polis membuat rondaan. 





Singgah beli ais krim.


Mujur jumpa bas 😄.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment