Sunday, January 15, 2023

BALKANS - NORTH MACEDONIA - SKOPJE - MACEDONIA SQUARE - PART 01

Assalamualaikum. 
Sudah pun hari ke 7 dalam dalam percutian Balkan 8 negara kami ini. Semalamnya kami masuk ke negara North Macedonia dari negara Kosovo dan terus ke bandar ibu kota North Macedonia iaitu Skopje. 

Hari ke 7 ini kami akan spend time walking tour di Skopje ini lagi. Jika semalamnya kami di Philip II Square dan Old Skopje Bazaar, pagi hari ini kami ke Macedonia Square pula, which is just across the Vardar river from Philip II Square.

 Pemandangan dari tingkap bilik hotel.

Kami menginap di Austrian Palace Hotel, Skopje, North Macedonia.

Sarapan pukul 7 pagi, jom ke restoran hotel ini.




Restoran top floor dengan pemandangan indah bandar Skopje. 

Elegant restaurant.


Dari sudut pandangan ini, boleh nampak 5 menara masjid. 

Minaret of Murat Paša Mosque (left), minaret of  Sultan Murad Mosque (middle) and the historic Old Clock Tower.

3 lagi menara-menara masjid yang dapat kita lihat di Skopje's skyline. SubhanAllah.  

Kalau tak silap itu gunung Solunska Glava.

Gunung Solunska Glava adalah salah satu dari gunung tertinggi di North Macedonia dengan ketinggian 2,540 meter. 

Hotel Andalus.

Amazing sunrise over Skopje, North Macedonia.

East Gate Shopping Center (middle building).

TE-TO AD Skopje, a power station. 

East Gate Shopping Mall.

Bendera North Macedonia.

Boulevard Nikola Karev. 

Gunung Vodno.




This is Old Clock Tower, a historical landmark. Menara Jam ini dibina antara 1566 AD dan 1572 AD, kemungkinan besar di atas asas bangunan yang sedia ada. Pada mulanya, bahagian atas Menara diperbuat daripada kayu dan mekanisme jam dibawa dari bandar Siged di Hungary. Penulis-penulis yang melawat Skopje pada abad ke-16 dan ke-17, menyatakan bahawa orang Turki bahkan membawa tukang jam dari Siged untuk penyelenggaraan jam itu. Ini sangat penting untuk pelaksanaan waktu solat lima waktu yang tepat. Ramai pengembara menyebut menara jam dalam jurnal mereka, sebagai bangunan besar dan penting di Skopje dan menambah bahawa bunyinya boleh didengari beberapa kilometer jauhnya.

Menara Masjid Sultan Murad. Masjid Sultan Murad ialah sebuah masjid zaman Uthmaniyyah di Skopje, North Macedonia. Ia dibina pada abad ke-15 di atas Monastery of Saint George yang telah musnah apabila komander Uthmaniyyah Pasha Yiğit Bey menawan Skopje dari Vuk Branković pada 1392.

TE-TO AD Skopje telah ditubuhkan pada tahun 2005 di Republik Macedonia Utara. 

TE-TO AD Skopje ialah Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer - IPP) pertama yang membekalkan kuasa kepada pasaran Republik Macedonia Utara dan juga kepada pasaran serantau dan antarabangsa.

Ok moh kita sarapan.


The breakfast buffet.

Sarapan kami di Skopje, North Macedonia.

Alhamdulillah, kenyang. Fyi, beef sausage cuts yang bulat tu rasanya sungguh masin, jadi tidak bolehlah dimakan banyak. So saya jadikannya pembangkit rasa, sedap dimakan with the rest of the food as it added the needed salty taste to bring out the flavors. At least gitu le cara saya makan... hihi 😄.

Selesai sarapan kami pun turun untuk ke luar hotel nak tengok suasana keliling. Ini lobi hotel.

A piano at the lobby.

Hotel's foyer.


The Austrian Palace Hotel.

Our yellow bus.



Very nice hotel. Each balcony has a couple of lounge chairs and table and a wooden planter with small tree. And this side of the hotel faces the glorious sunrise.



Boulevard Nikola Karev. 


Millennium Cross dan AEK Antenna tower (AEK Broadcasting / Telecommunication Tower) di gunung Vodno. 


Baik, jom kita start our program pada hari ke 7 ini. Dari Austrian Palace Hotel kami dibawa ke Macedonia Square for a short sightseeing at the square. Tak jauh dari hotel, cuma lebih kurang 3 km sahaja.





Aladža Mosque. Masjid yang indah ini dibina pada tahun 1438, oleh Ishak Bey. Nama alternatif masjid itu, Aladza, bermaksud "berwarna-warni," merujuk kepada jubin yang pernah menghiasi dindingnya.

Ini Bit Pazar. Terletak di hujung Old Skopje Bazaar, pasar ini adalah salah satu pasar luar terbesar di Balkan, dengan sejarah sejak permulaan pemerintahan Uthmaniyyah, pada abad ke 14. Bit Pazar dibuka setiap hari sepanjang tahun.





Kami diberitahu jalanraya di Skopje, terutamanya di kawasan pusat bandar adalah sesak kerana pada pagi itu sedang berlaku mogok pengangkutan awam. Jadi penduduk Skopje terpaksa menggunakan kenderaan persendirian untuk bergerak. Kami juga nampak ramai yang berbasikal.

Monument of the Albanian Politician Hasan Priština. Hasan bey Prishtina, asalnya dikenali sebagai Hasan Berisha (27 September 1873 – 13 Ogos 1933), ialah seorang ahli politik Uthmaniyyah, kemudian Albania, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Albania ke-8 pada Disember 1921.

Skopje Fortress.


Sebuah monumen di persimpangan Boulevard Goce Delchev dan Philip II of Macedon.

Ministry of Political System and Inter-Community Relations of Macedonia building.


Ministry of Foreign Affairs of the Republic of Macedonia building.

Vardar river.

Crossing Vardar river with Vera Aceva Bridge. The white bridge is The Bridge of Art Skopje.

Di tebing sungai Vardar dekat Vera Aceva Bridge ini ada dibina sebuah galleon palsu yang dikatakan salah satu binaan yang paling ditertawakan oleh pengkritik 'Projek Skopje 2014'. Pembinaan 3 dari 6 kapal antik tiruan di Sungai Vardar di Skopje bermula pada 2012. Selaras dengan sisa ubah suai Skopje 2014, yang menaburkan fasad tiruan-Baroque pada bangunan-bangunan, kapal-kapal ini juga direka bentuk untuk mengimbas masa lalu, mereplikasi kapal layar kayu berbilang dek dari abad ke-16 hingga ke-18.

Walaupun digambarkan sebagai kapal, ia sebenarnya adalah bangunan berbentuk kapal dengan foundations jauh di dasar sungai. Kapal-kapal ini kini beroperasi sebagai restoran dan kafe, dengan satu dijadikan hotel. Ramai yang mengkritik idea menempatkan galleons di tengah-tengah bandar jauh dari lautan, di sungai yang tidak pun lagi digunakan untuk belayar dan juga terkenal dengan kenaikan mendadak paras air semasa musim sejuk dan musim bunga. Analisis telah menunjukkan bahawa kapal palsu ini menimbulkan risiko keselamatan, kerana ia menghalang aliran air biasa dan boleh menyebabkan limpahan jika paras air meningkat.

Assembly of the Republic of Macedonia building. On its front is the statue of Nikola Karev.
Nikola Karev dilahirkan di Krusevo pada tahun 1877. Beliau adalah seorang revolusioner Macedonia dan presiden Republik Krusevo. Pada tahun 1903 beliau menentang Pemberontakan Ilinden, kerana beliau merasakan bahawa rakyat tidak bersedia untuk pemberontakan menentang pendudukan Uthmaniyyah. Namun begitu, pemberontakan yang diketuai oleh Nikola Karev berjaya dan Krusevo dibebaskan. Dia meninggal dunia pada tahun 1905 dalam pertempuran dengan tentera Uthmaniyyah berhampiran Kocani. Patung itu terletak di 11th October Street berhampiran dengan Porta Macedonia.

2001 Insurgency Monument. Monumen ini dibina untuk memperingati askar dan anggota polis yang terkorban dalam konflik bersenjata dengan militan etnik Albania pada 2001. Ia terletak di taman Zena Borec bertentangan dengan bangunan parlimen.


Dan sampai di sini kami pun turun dari bas. This Porta Macedonia atau Macedonia Gate atau Triumphal Gate Macedonia. Ia adalah ialah gerbang peringatan (memorial arch) yang mula dibina pada 2011 dan siap pada Januari 2012.

Gerbang setinggi 21 meter ini berharga EUR 4.4 juta. Peciptanya ialah Valentina Stefanovska, pengukir yang membuat beberapa monumen megah lain dari projek Skopje 2014.

Gerbang itu didedikasikan untuk 20 tahun kemerdekaan Macedonia. Permukaan luarnya diliputi relief sebesar 193 meter persegi yang diukir dalam marmar, menggambarkan peristiwa-peristiwa dari sejarah Macedonia. 

Di dalam Memorial arch ini ada 2 tingkat galeri, salah satunya mempunyai berfungsi sebagai kedai cenderamata milik kerajaan, serta lif dan tangga yang menyediakan akses awam ke observation platform.

Monumen ini mempunyai 32 reliefs yang menggambarkan pelbagai peristiwa dari sejarah Macedonia dan budayanya.



Monument of Hristo Tatarčev.

Hristo Tatarčev adalah seorang doktor Bulgaria dan revolusioner, pemimpin pertama gerakan revolusioner di Macedonia dan Adrianople Thrace.

Statue of Pavel Shatev.

Pavel Potsev Shatev ialah seorang revolusioner Bulgaria Macedonia dan ahli sayap kiri Internal Macedonian-Adrianople Revolutionary Organization, kemudian menjadi aktivis politik sayap kiri. Dia adalah seorang self-declared Bulgarian dan dipenjarakan di Macedonia selepas Perang Dunia 2 sebagai musuh negara.

Ini local tour guide kami, namanya Svetanka. Satu benda yang Svetanka tanya pada kami ialah ada tak kami rasa gempa bumi malam semalam? Terkejut kami! Kami tak sedar langsung. Kata Svetanka berlaku gempa bumi kecil pada skala 2.2 Richter pukul 11 malam tadi. SubhanAllah.

Svetanka sedang memberikan penerangan tentang Macedonia dan Skopje. 

Arah ke tempat-tempat menarik di kawasan berdekatan dengan Porta Macedonia.


Ok, jom kita lalu bawah arch ini untuk ke Macedonia Square.

Mother Teresa adalah dilahirkan di Skopje, hence this plaque.

Patung yang didedikasikan untuk Alexander the Great ini secara rasmi dinamakan "Warrior on a Horse." Sengaja dinamakan tanpa 'Alexander the Great' sebab gaduh dengan Greece sebab Greece kata Alexander tu adalah hero mereka i.e hero Greece.


Berjalan di 11th. October Street. Tarikh 'Macedonian Uprising' pada tahun 1941 ialah 11 Oktober dan merupakan cuti umum di North Macedonia Utara. Ia adalah pemberontakan Macedonia menentang fasisme semasa Perang Dunia 2 di Yugoslav Macedonia.


Di jalan ini ada hotels/apartments, restaurants/cafes, office buildings, shopping mall and casinos. 

Porta Macedonia.


A casino. 

Restaurants and apartments.


Di jalan ini juga ada 'Memorial plaque of Mother Teresa'. Lokasi ini adalah bekas tapak rumah Mother Teresa. 









Shopping center 'City Gallery'.



Bersambung...

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

No comments:

Post a Comment