Monday, January 23, 2023

BALKANS - NORTH MACEDONIA - OHRID - LAKE OHRID CRUISE

Assalamualaikum. 
Sambung lagi cerita lawatan kami ke Ohrid. Lepas makan tengahari kami dibawa berjalan ke Lake Ohrid, lebih kurang 100 meter dari restoran. 

Sudah kelihatan Lake Ohrid. Tasik Ohrid saiznya besar, nampak macam laut.

Berjalan di jalan Jane Sandanski. Yane Ivanov Sandanski, was a Macedonian Bulgarian revolutionary. He is recognized as a national hero in both Bulgaria and North Macedonia.

Dari jalan Jane Sandanski kami bertemu jalan Kej Makedonija dan kami pun tiba di tepi Tasik Ohrid yang cukup indah ini. Lokasi tepi tasik ini namanya Park Bay of Macedonia. 

Waterfront Tasik Ohrid yang sangatlah cantik dengan langit yang cukup biru dan air tasik yang jernih. 

Ada beberapa hotel di kawasan sekitar tepi tasik ini. Ini Villa Dea (kanan) dan Hotel City Palace (kiri).

Tasik Ohrid ialah tasik yang melintasi sempadan pergunungan antara bahagian barat daya North Macedonia dan timur Albania. 
Tasik Ohrid dikongsi oleh North Macedonia dan Albania

Tasik Ohrid adalah salah satu tasik terdalam dan tertua di Eropah, dengan ekosistem akuatik unik yang mempunyai kepentingan di seluruh dunia, dengan lebih daripada 200 spesies endemik.

๐Ÿ”ตBahagian Tasik Ohrid di North Macedonia telah diisytiharkan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 1979, dengan tapak tersebut diperluaskan untuk turut merangkumi kawasan budaya dan bersejarah Ohrid pada tahun 1980. 
๐Ÿ”ตBahagian Tasik Ohrid di Albania juga telah ditetapkan status warisan dunia UNESCO pada 2019.
๐Ÿ”ตPada 2014, Ohrid-Prespa Transboundary Reserve antara Albania dan North Macedonia Utara telah ditambahkan ke UNESCO's World Network of Biosphere Reserves.
64% daripada garis pantai Tasik Ohrid dan 69% daripada kawasan permukaannya berada dalam Macedonia Utara, manakala 36% daripada garis pantai dan 31% daripada kawasan permukaannya terletak dalam Albania.

Nama 'Ohrid' juga telah digunakan oleh NASA untuk menamakan sebuah tasik di permukaan bulan Titan, iaitu salah satu bulan planet Saturn dengan nama Ohrid Locus. Tasik ini terdiri daripada metana cecair dan etana dan terletak di lokasi 71.8°N 221.9°W di globe Titan.

๐Ÿ”ตTasik Ohrid ialah salah satu tasik tertua di dunia, dan dengan kedalaman maksimum 288 meter dan kedalaman purata 155 meter, ia adalah tasik terdalam di Balkan. 
๐Ÿ”ตIa meliputi kawasan seluas 358 kilometer persegi dan mengandungi anggaran 55.4 kilometer padu air. 
๐Ÿ”ตTasik ini adalah 30.4 km panjang dan 14.8 km lebar pada tahap maksimum, dengan garis pantai 87.53 km.

Pelancongan telah disenaraikan sebagai salah satu kebimbangan terhadap kemerosotan Tapak Warisan Dunia ini oleh pihak UNESCO World Heritage Site pada tahun 2017. Isu-isu lain termasuk pembangunan bandar yang tidak diselaraskan, peningkatan populasi, rawatan sisa air dan sisa pepejal yang tidak mencukupi serta beberapa isu lain.

Dari mana sumber air tasik yang besar macam lautan ini? Terutamanya dari mata air bawah tanah di pantai timurnya (kira-kira 50% daripada jumlah aliran masuk), dengan kira-kira 25% bahagian dari sungai dan hujan. Manakala 20% lagi datang dari Tasik Prespa yang lokasinya kira-kira 10 km ke tenggara dan pada ketinggian 150 m lebih tinggi daripada Tasik Ohrid.

Jernih sungguh air tasik ini. 



Fenomena pembentukkan semula jadi Tasik Ohrid menyediakan tempat perlindungan bagi pelbagai spesies endemik fauna dan flora air tawar yang berasal dari zaman Tertiari.

Sebagai tasik yang dalam dan purba, Tasik Ohrid telah wujud secara berterusan selama kira-kira dua hingga tiga juta tahun. Akibat pengasingan geografi dan aktiviti biologi yang tidak terganggu, perairannya telah memulihara lebih 200 spesies tumbuhan dan haiwan yang unik, termasuk alga, cacing pipih turbellarian, siput, krustasea dan 17 spesies ikan endemik termasuk dua spesies ikan trout, serta kehidupan serta pembiakan burung yang baik.

Lake Ohrid's beautiful Mute Swans. 

Dari lokasi kami ini dapat dilihat sebahagian dari Ohrid Old Town yang juga merupakan tapak warisan dunia UNESCO.

Seorang penduduk tempatan menjual buku sambil berjemur.

Dengan suhu belasan dan angin tasik yang nyaman, memang terasa tenang berjalan di waterfront ini. 

Terletak di tepi tasik, bandar Ohrid adalah salah satu penempatan manusia tertua di Eropah. Dibina terutamanya antara abad ke-7 dan ke-19, ia mempunyai Slav monastery tertua (St Pantelejmon) dan lebih daripada 800 binaan gaya Byzantine yang berasal dari abad ke-11 hingga akhir abad ke-14.

Di persiaran tepi tasik ini pengunjung boleh duduk berehat di bawah naungan pokok yang rendang dan menikmati pemandangan tasik yang indah sambil menyaksikan bot-bot berlalu perlahan membawa pelancong dalam lake cruises.

Kelihatan di atas bukit sana sebuah kubu lama, Ohrid Fortress. 

Ohrid Fortress atau Tsar Samuel’s Fortress ialah salah satu binaan kubu terbesar di North Macedonia yang terletak di Bukit Ohrid. Ia merupakan ibu kota Empayar Bulgaria Pertama semasa pemerintahan Tsar Samuel dari Bulgaria pada permulaan abad ke-11. Hari ini, monumen bersejarah ini merupakan tarikan pelancong utama dan telah dipulihkan pada tahun 2003 dengan penambahan benteng yang baru di mana benteng asalnya telah hancur sepenuhnya.

Menurut penggalian oleh ahli arkeologi Macedonia, dikatakan bahawa kubu ini dibina di tempat kubu asal yang lebih awal, bertarikh abad ke-4 SM, yang mungkin dibina oleh King Philip II of Macedon. Pada akhir 900-an, Raja Samuil dari Bulgaria memulihkan kubu itu dengan membina semula kubu gaya zaman pertengahan yang masih berdiri seperti sekarang.




Lake Ohrid's Eurasian coot

Beautiful roses.


Fragrant roses.



Walking the dog.


Ada jeti panjang. 'Old Swimming Court' namanya. 

Ia adalah tempat yang sangat baik untuk mengambil gambar matahari terbenam, bandar atau panorama. Ia pernah menjadi gelanggang renang pada tahun 60-an atau 70-an. Masih terdapat tempat tanjakan lompat di hujungnya. Ia hanya berfungsi semasa musim panas masa suhu air tasik tidak terlalu sejuk. Nice spot untuk melepak dan menikmati sudut pemandangan yang berbeza. 




Pemandangan ke arah selatan tasik.




Untuk lake cruise nanti kami akan naik salah satu dari bot-bot besar di sana.



Tempat berlabuh bot-bot besar itu namanya Port of Ohrid.

Beautiful lake park.





Ohrid City Park.

St.Cyril and St.Methodius Monument. 


Salah satu aktiviti yang boleh dibuat oleh pelancong di Lake Ohrid ini ialah go for lake cruise.

Ada beberapa papan iklan boat cruises. Boleh naik bot besar for big groups macam kami atau naik catamaran boats for smaller groups. Iklan ini untuk catamaran boats dengan caj 25 EUR seorang.

Sampai di jeti Port of Ohrid.

Dari papan iklan ini ada tertera caj 15 EUR seorang for the boat cruise. Untuk kami sudah termasuk dalam pakej.

It seems there are no restrictions to feeding the birds at this lake. 

Berjalan ke bot.


Boarding. Melangkah masuk ke dalam bot sambil membaca doa.

Walked through this boat to get to our boat.


Our group had this big boat all to ourselves, tak ada tourists lain. So it was kind of like having a private cruise lah. Which also meant that we do not have to depart at any specific time. Naik bot, boleh terus jalan. 

And of course everyone duduk di dek atas ๐Ÿ˜ƒ. 

Suhu 18℃, angin nyaman, cuaca baik dengan langit biru... Alhamdulillah. 

Pemandangan Ohrid City Park, Ohrid City Square dan Ohrid Old Town dari bot. 

Pemandangan Ohrid Old Town dari Port of Ohrid.

Berlepas dari Port of Ohrid.

Azzurro Catamaran Ohrid. Bot katamaran ini nampak very cozy and comfy. 


Dari Port of Ohird ini ada 2 service bot merentasi Tasik Ohrid ini iaitu laluan Ohird ⇌ Kalishta dan laluan Ohrid ⇌ Saint Naum. 

Ini lokasi-lokasi Port of Ohrid, Kalishta dan Saint Naum pada Tasik Ohrid ini.

Port of Ohrid with Ohrid Old Town at background.




Statue of Saint Naum.

Ini Ohrid Fortress atau Tsar Samuel’s Fortress yang kita sudah nampak tadi masa berjalan di waterfront. 


Tebing Port of Ohrid.




Pelayaran bot ini dari Port of Ohrid bermula ke arah utara Tasik Ohrid ini dengan pemandangan Ohrid Old Town di sebelah kanan bot.  

Dek bahagian atas bot.


The bridge/cockpit of this boat. 

The skipper/driver of this boat. 


Ini Beach Saraiste, salah satu dari beberapa pantai-pantai kecil yang dapat dilihat di tebing tasik ini.


Boardwalk di tepi tebing tinggi itu dipanggil Ohrid Boardwalk. Ia juga dikenali sebagai 'The Bridge of Wishes'. Jambatan kayu 140 meter ini dibina sebagai keperluan untuk memendekkan perjalanan ke Gereja St. John Kaneo dari pusat bandar Ohrid. Tanpanya perjalanan ke gereja itu adalah sejauh 1.5 km kerana perlu melalui bahagian Old Town Ohrid.

Katanya hajat akan jadi kenyataan dengan membaling syiling ke dalam tasik dari atas jambatan kayu ini, hence the name. Juga katanya ada satu lagi cara nak buat wishes come true di jambatan ini. Apparently terdapat 12 plak horoskop di atas jalan jambatan ini. Pejalan kaki boleh berhenti di plak horoskop mereka, mengadap ke arah Monastery of St. Naum and make their wishes.
The wooden Bridge of wishes


Eurasian coots yang kelam kabut lari/terbang bila bot kami menghampiri mereka ๐Ÿ˜„.

They are super fast!

Burung Eurasian coot perangainya reluctant nak terbang. Kalau nak selamatkan diri macam yang kami saksikan ini, ia akan berlari merentasi permukaan air dengan banyak percikan. Ia melakukan yang sama, tanpa benar-benar terbang, apabila melakukan perjalanan jarak dekat ketika pertikaian kawasan dengan coots lain atau di darat untuk melarikan diri daripada penceroboh atau pemangsa. Walau pun 'malas' nak terbang, masa migrasi, burung ini boleh menempuh jarak yang sangat jauh.


Selain dari jenis bot besar yang kami naiki ini dan bot katamaran tadi, ada juga bot-bot seperti ini di tasik Ohrid ini. 


Di tebing ini ada 3 pantai: 
๐ŸŒ… Beach Potpesh - pebble shoreline on Lake Ohrid, with a small dock, scenic views and lounge chairs.
๐ŸŒ… Kaneo Beach - tiny, rocky beach on Lake Ohrid featuring traditional seafood restaurants and a swimming platform.
๐ŸŒ… Beach Exo - hidden place, good nature and nice view and beautiful spot at sunset.

Di hujung tebing itu adalah Church of Saint John the Theologian. Pantai di bawahnya ialah Kaneo Beach. 

Ia adalah sebuah gereja Ortodoks Macedonia yang terletak di atas tebing di atas Pantai Kaneo yang menghadap ke Tasik Ohrid ini. Gereja itu didedikasikan kepada John of Patmos, penulis Revelation. Ada yang mengganggap beliau dan John the Apostle adalah orang yang sama. 

Tarikh pembinaan gereja masih tidak diketahui tetapi dokumen yang memperincikan harta gereja menunjukkan bahawa ia dibina sebelum tahun 1447. Ahli arkeologi percaya bahawa gereja itu dibina beberapa lama sebelum kebangkitan Empayar Uthmaniyyah kemungkinan besar pada abad ke-13.


Ini 'Nativity of the Holy Mother of God'. Gereja yang didedikasikan untuk St. Mary ini dibina pada tahun 1299 dan terletak di Kaneo di pantai timur Tasik Ohrid.




Boat cruise kami diteruskan dan sampai ke kawasan perairan neighbourhoods Voska dan Daljan, Ohrid. 


Gua semulajadi di tebing tasik.

Beautiful coastline wetland at Lake Ohrid vibrant with inhabitants, which is key habitat for biodiversity.

Every now and then we saw nooks of pebbled beaches with people sunbathing or simply enjoying the privacy and the amazing lake views.

Nothing like spending the day by the lake at your very own private nook sunbathing while having your favourite snacks and drinks. 

Neighbourhoods Voska dan Daljan. 


Dari sini bot membuat U-turn untuk menyusuri tebing timur Tasik Ohrid ini tapi menghala ke selatan pula. Ini pemandangan ke arah bandar Struga yang juga destinasi pelancongan yang popular di North Macedonia.

Besar sungguh Tasik Ohrid ini, memang terasa macam lautan. 


Open air top deck, great for amazing 360° panoramic views. 

Bergambar kenangan dalam bot Lake Ohrid Cruise dengan pemandangan bandar Ohrid as background.


Lebih kurang pukul 2:30 pm masa ini. Suhu terus nyaman at 21℃. 





Since cruise bot kami berpatah balik, kelihatan semula Ohrid Old Town (kiri) dan Port of Ohrid (kanan) di mana bot kami berlepas earlier. 

Pemandangan waterfront yang kami lalui tadi masa mula-mula sampai di tasik ini. 

Di bola merah itulah lokasi kami mula-mula sampai di Tasik Ohrid ini, berhampiran Vila Dea dan Hotel City Palace.

Terus menyusuri tebing timur tasik Ohrid ke arah selatan.


Dek bawah bot.



Kalau terasa sejuk bolehlah duduk di dek bawah ini. Boleh saja explore bot ini dan lepak di mana-mana since bot ini disewa khas untuk group kami sahaja. 

Sebuah lagi hotel tepi tasik, Hotel Park Lakeside. Hotel ini 4 star.





Then we came upon Vila Biljana. 

Vila Biljana ialah sebuah kompleks vila negeri di Ohrid, Macedonia Utara. Di kompleks vila ini terdapat vila presiden North Macedonia, vila perdana menteri, dan vila kementerian polis dan beberapa vila pentadbiran awam negara.

Pada zaman komunis, kompleks itu dimiliki oleh Josip Broz Tito tetapi kini dimiliki oleh kerajaan North Macedonia. Pada musim panas, vila-vila di situ digunakan untuk percutian North Macedonia statesmen. Vila-vila itu juga telah dikunjungi oleh ramai negarawan dunia.







Ini pula Inex Olgica Hotel & Spa. It is a 5 star hotel.






Ini satu lagi pantai di Tasik Ohrid ini. Namanya Nemo Beach, formerly known as Gorica beach. 


Dari sini bot kami buat U-turn untuk kembali ke Port of Ohrid.

Tiba semula di Port of Ohrid. Maka selesailah program Lake Ohrid Cruise kami selama lebih kurang sejam. Personally, I did enjoy the cruise as for me it is always nice to have the chance to see the cities we visited from a different angle, apart from during the walking tours. And what's not to like lah kan, sitting on a big boat's top open-air deck, with beautiful weather enjoying the amazing views ๐Ÿ˜ƒ. Alhamdulillah. Dan inilah roughly peta cruise kami. As you can see it actually covered a very small part of the very huge lake. 





Lepas selesai Lake Ohrid cruise kami pun bertemu dengan local tour guide, Maya, yang akan bawa kami walking tour di Ohrid Old Town pula.  

Earlier ada local photographer yang ambil gambar kami. Dari tagging foto dia di bawah ini, nama dia Nizam. Foto-foto yang dia ambil sudah siap dicetak dan terpulang pada kami kalau nak beli atau tidak. 





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

No comments:

Post a Comment