Thursday, January 12, 2023

BALKANS - NORTH MACEDONIA - PHILIP II SQUARE AND OLD SKOPJE BAZAAR

Assalamualaikum. 
Untuk blog ini saya cerita pula tentang walking tour kami di bandar Skopje, yang merupakan ibu kota dan bandar terbesar di negara North Macedonia. Ia adalah pusat politik, budaya, ekonomi dan akademik negara.
Skopje City

🔸Wilayah Skopje telah didiami sejak sekurang-kurangnya 4000 SM. 
🔸Pada asalnya sebuah bandar Paeonia, Scupi menjadi ibu kota Dardania pada abad kedua SM.
🔸Pada abad ke-1 Masihi, penempatan itu telah dirampas oleh orang Rom dan menjadi kem tentera.
🔸Apabila Empayar Rom dibahagikan kepada bahagian timur dan barat pada 395 AD, Scupi berada di bawah pemerintahan Byzantine dari Constantinople. 
🔸Semasa zaman pertengahan awal, bandar ini jadi rebutan antara Byzantine dan Empayar Bulgaria, yang jadi ibu kotanya antara 972 dan 992.
🔸Dari 1282, bandar ini adalah sebahagian daripada Empayar Serbia, dan bertindak sebagai ibu kotanya dari 1346 hingga 1371. 
🔸Pada tahun 1392, Skopje telah ditakluki oleh Turki Uthmaniyyah, yang memanggilnya Üsküb (اسکوب). 
🔸Bandar itu kekal di bawah pemerintahan Uthmaniyyah selama lebih 500 tahun, sebagai ibu kota pashasanjak Üsküp dan kemudiannya Vilayet Kosovo. 
🔸Pada tahun 1912, ia telah dianeksasi oleh Kerajaan Serbia semasa Perang Balkan.
🔸Semasa Perang Dunia Pertama, bandar ini telah dirampas oleh Kerajaan Bulgaria, dan, selepas perang, ia menjadi sebahagian daripada Kerajaan Yugoslavia yang baru dibentuk sebagai ibu kota Vardarska Banovina. 
🔸Dalam Perang Dunia Kedua bandar itu sekali lagi ditawan oleh Bulgaria.
🔸Pada tahun 1945 ia menjadi ibu kota SR Macedonia, sebuah negara bersekutu dalam Yugoslavia. 
🔸Bandar ini berkembang pesat, tetapi ini telah terganggu pada tahun 1963 apabila ia dilanda gempa bumi yang dahsyat.

Jadi sememangnya Skopje adalah sebuah bandar yang kaya dengan sejarah setelah ditakluk oleh banyak kuasa-kuasa besar yang menjadikannya ibu kota. Tidak hairanlah bila kerajaan North Macedonia mempunyai dana, maka projek besar dibuat untuk menghidupkan semula sejarah gemilang negara dengan membina bangunan-bangunan baru dan membaikpulih dan memberi wajah baru bangunan-bangunan lamanya. Usaha ini juga melibatkan pemasangan banyak patung-patung pelbagai saiz dan gaya untuk menarik pelancong bagi menstimulasikan industri pelancongan negara.
Bandar Skopje

Projek besar yang dinyatakan di atas ialah projek 'Skopje 2014' yang tujuan rasminya adalah untuk memberikan ibu kota Skopje tarikan yang lebih klasik dengan menggambarkan tokoh-tokoh sejarah dari wilayah Macedonia melalui mempromosikan identiti Macedonia dengan kesinambungan yang tidak terputus dari zaman purba pada Zaman Pertengahan hingga zaman moden selaras dengan dasar antikuasi mereka. Pada asasnya, projek itu bertujuan untuk menaburkan pusat ibu kota dengan monumen yang mengukuhkan tanggapan bahawa orang Macedonia mempunyai sejarah yang gemilang.
Skopje statues

Namun ada yang berpendapat kos 'face lift' Projek Skopje 2014 yang dilakukan sangat tinggi dan tidak masuk akal dan merupakan satu pembaziran. Bagi sebuah negara Eropah yang agak miskin, membelanjakan €200 hingga €500 juta untuk mereka bentuk semula ibu kota telah mengakibatkan perbalahan berlaku. Projek 'Skopje 2014' itu menyaksikan pembinaan atau pengubahsuaian berpuluh-puluh bangunan kerajaan baharu, muzium, Teater Kebangsaan, gerbang kejayaan (seperti Arc de Triomphe di Paris) dan dua jambatan dalam apa yang boleh digambarkan sebagai gabungan barok, neoklasik dan gaya Las Vegas. Ia juga termasuk pemasangan jumlah monumen baharu dan patung gangsa yang berlebihan.
Projek Skopje 2014 bertujuan untuk memberi rangsangan kepada identiti negara dan meningkatkan pelancongan. Walaupun ia boleh dikatakan berjaya dalam menstimulasi tourism, semuanya mungkin atas sebab yang salah kerana penampilan baharu Skopje ini membayangi tarikan asli kawasan bersejarah ini yang pernah menjadi penempatan penting selama lebih 1500 tahun.

Kami diturunkan di Македонски Народен Театар - Macedonian National Theatre. Melihat bangunan ini memang ada bagi impression seperti berada di bandar-bandar lama seperti Budapest atau Prague. Alas, this is a new building perhaps built in 2014 unlike similar buildings in other European countries which some of them are already 100 years old. 

Seperti bangunan-bangunan yang dibina dengan gaya Gothic/Renaissance architecture, bangunan ini juga ada diletak patung-patung wanita Yunani kuno yang selalunya melambangkan Liberty, Freedom or Hope.

Bukan saja di bumbung, di depan pintu masuk bangunan ini juga ada beberapa patung yang nampaknya statues of mixed styles; Renaissance and modern. 

Masquerade by Aleksandar Ivanovski Karadare.

Dibawa berjalan ke dataran besar di pusat bandar Skopje di mana ada lebih banyak lagi patung-patung. 

Tak ingat berapa suhu masa ini but it was just nice. Risau juga kerana masa itu sudah lewat petang dan selalunya temperature starts to drop at night. 

On the left is the Macedonian Holocaust Museum.


This is the National Institution Museum of the Macedonian Struggle for Independence. 

Muzium ini merupakan muzium pameran sejarah khusus bertujuan untuk mempamerkan tradisi sejarah, budaya dan revolusi Macedonia dan rakyat Macedonia dalam perjuangan mereka untuk mewujudkan negara di Balkan.


Kereta klasik (1998) Yugo Tempo 1.1. Harganya sekarang 650 EUR lebih kurang RM3 ribu. Yugo ialah kereta baharu dengan harga terendah pada tahun 80-an, dikeluarkan di Yugoslavia dan diperkenalkan ke pasaran AS pada tahun 1986. Ia dijual dengan sangat baik, tetapi sebab utamanya ialah harganya, bukan kerana reliability or efficiency. Senarai masalah kereta ini agak panjang. Pemilik mengeluh pada dasarnya tentang segala-galanya.

Arah tuju kami adalah ke dataran di depan sana sebelum ke retoran untuk makan malam.

Kanan: National Institution Museum of the Macedonian Struggle for Independence
Tengah: State Archive of the Republic of Macedonia
Kiri: Hotel Stone Bridge, a 5 star hotel

State Archive of the Republic of Macedonia and Hotel Stone Bridge.

Beralih padangan ke dataran besar ini pula. Namanya Philip II Square sebab di dataran ini ada patung besar Philip II of Macedonia. Dulu namanya Karpošovo Uprising Square, merujuk pada Karposh's uprising iaitu satu pemberontakan anti-Uthmaniyyah Kristian di Balkan Tengah yang berlaku pada Oktober 1689.

Ini Church St. Demetrius, sebuah gereja Ortodox. Ia sebuah katedral yang didedikasi kepada Saint Demetrius, terletak di Jewish Neighborhood. Gereja ini dibina di atas asas gereja abad ke-16 dengan pengubahsuaian dibuat pada penghujung abad ke-19. Gereja ini telah rosak akibat gempa bumi besar pada tahun 1963 dan dibaikpulih antara tahun 1968 dan 1973. Kompleks gereja termasuk baptistery dan menara loceng.

Inilah Monument Philip II of Macedonia. Patung gangsa setinggi 13 meter (di atas pelantar setinggi 16 meter) menggambarkan ancient warrior king Philip II of Macedon, bapa kepada Alexander the Great. Nama rasmi patung ini adalah 'Warrior'. Patung besar ini menjadi simbol projek 'Skopje 2014'. Kosnya, 9 juta euro.

Macedonian Holocaust Museum and RLDatix Macedonia (software company) buildings.

Dari Philip II Square ini kelihatan jambatan pejalan kaki 'Stone Bridge' yang merentangi sungai Vardar. Jambatan ini menghubungkan Dataran Macedonia Square dan Philip II Square dan Old Bazaar. 

Jambatan Stone Bridge dianggap sebagai simbol Skopje dan merupakan elemen utama jata bandar (the city's coat of arms), yang seterusnya digabungkan dalam bendera bandar Skopje.
Skopje's Coat of Arms and flag

Dari Philip II Square in juga kelihatan Millennium Cross dan AEK Antenna tower (AEK Broadcasting / Telecommunication Tower) di gunung Vodno. 

Stone Bridge dan bangunan Makedonski Telekom HQ (Telecommunications service provider).

Di Philip II Square ada beberapa lagi patung-patung gangsa besar. Kelihatan Ibni Pajko building and Hotel Stone Bridge.

I call this the 4 horses fountain, a fountain with 4 horses emerging from its center that has a short pillar decorated with reliefs. 

National Institution Museum of the Macedonian Struggle for Independence.

Kalau di Philip II Square in ada patung King Philip, di seberang sungai Vardar sana di Macedonian Square, ada patung anak King philip iaitu Alexander the Great. 

Patung King Philip dibuat sedang berdiri, manakala patung Alexander dibuat menunggang kuda. Nama rasmi patung ini adalah “an equestrian warrior”. 

Patung ini secara rasminya bertajuk "Warrior with accompanying elements", satu huraian yang agak kabur yang sengaja direka untuk mengelakkan perbalahan dengan negara jiran North Macedonia iaitu Greece, yang mendakwa Philip dan Alexander sebagai Greek heroes. Namun Athens telah menghantar nota bantahan selepas patung Alexander ini dirasmikan, menyifatkan patung yang dibiayai oleh kerajaan North Macedonia itu sebagai provokasi.

Macedonian Holocaust Museum.


State Archive of the Republic of Macedonia and Hotel Stone Bridge.

4 horses fountain.

Stone Bridge.




Ini satu lagi fountain namanya 'Fountain Olympia - Mother of Alexander III of Macedonia'. 

Arca yang menggambarkan Olympia, ibu Alexander the Great dengan anaknya dalam pelukan.


Street performer at Fountain Olympia. 

From left: Macedonian Holocaust Museum, RLDatix Macedonia (software company), Skopje Fortress and Church St. Demetrius. 

Skopje Fortress.


Church St. Demetrius.

These are statues of Saints Clement and Naum. 

🔸Underlining his importance and influence in North Macedonia, St. Clement is the patron saint of the country, the city of Ohrid, and the Macedonian Orthodox Church. St. Clement of Ohrid has been a public holiday since 2007.
🔸Saint Naum was among the first saints declared by the Bulgarian Orthodox Church after its foundation in the 9th century. The mission of Saint Naum played significant role by transformation of the local Slavs into Bulgarians.



Statues of Saints Cyril and Methodius.
🔸Under the direct order of the Byzantine Emperor Cyril and Methodius educated the Slavs which settled among the Macedonians in Macedonia in order to culturally integrate them into the empire, and for that act they became known as the "Slav apostles".


Statue of King Philip II.


State Archive of the Republic of Macedonia and Hotel Stone Bridge.

The Stone Bridge. 

Statues of King Philip II, Olympia and their son Alexander.  






Statues of the king and his soldiers.

The statues of the king, queen and son. And lions.





Church St. Demetrius' clock tower.

Church St. Demetrius.

Pemandangan Philip II Square dan gunung Vodno. 



This is the Ministry of Transport & Communications of Macedonia building. Ada banyak patung pada facade bangunan ini.

Freestanding sculptures of women. 

Macam-macam posing.



The Olympia Fountain.





King Philip II of Macedonia monument.


The royal family.




Skopje Fortress.


Selama lima abad di bawah pemerintahan Uthmaniyyah, Skopje juga mempunyai masjid, hamam dan karavansarai (penginapan). Ini National Gallery of Macedonia Daut Pasha Hammam.


Kami pun berjalan masuk ke Stara Charsija atau Old Bazaar, an old Skopje bazaar. 

Di Old Bazaar ini ada banyak kedai-kedai, restoran/kafe dan lain-lain premis perniagaan.

Sebagai salah satu pasar tertua dan terbesar di Balkan, Old Bazaar telah menjadi pusat Skopje untuk perdagangan sejak sekurang-kurangnya abad ke-12.

Semasa pemerintahan Uthmaniyyah di Skopje, Old Bazaar berkembang pesat untuk menjadi pusat perdagangan utama bandar. Sejarah Uthmaniyyah ini dibuktikan dengan terdapatnya kira-kira 30 buah masjid, banyaknya karavanserais dan bangunan dan monumen lain. 

Bazar ini telah rosak teruk akibat gempa bumi pada tahun 1555, pembakaran bandar pada tahun 1689, gempa bumi pada tahun 1963, serta semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Pelbagai pembinaan semula dilakukan berikutan peristiwa-peristiwa ini.

Selain kepentingannya sebagai sebuah pasar dan pusat perniagaan, Old Bazaar juga terkenal dengan nilai budaya dan sejarahnya. Walaupun seni bina Uthmaniyyah lebih terserlah, terdapat juga tinggalan seni bina Byzantine. Dengan pembinaan-pembinaan semula kini terdapat juga elemen khusus seni bina moden. 

Old Bazaar ini masih menempatkan beberapa masjid yang aktif, türbes, dua gereja dan menara jam, yang bersama-sama dengan bangunan-bangunan Museum of the Republic of North Macedonia dan Museum of Modern Art, membentuk teras bazar moden.

Pada 13 Oktober 2008, Parlimen Macedonia mengiktiraf Old Bazaar sebagai warisan budaya yang amat penting bagi negara untuk dilindungi secara kekal. Pada awal tahun 2010, Kerajaan Macedonia memulakan projek untuk menggiatkan semula Old Bazaar, yang merangkumi pemulihan dan menyasarkan pembangunan ekonomi dan budaya selanjutnya di tapak tersebut.

Seatings untuk Restoran Piccolo Mondo. 

Sweets shop Piccolo Mondo, an ice cream shop.


Restoran Gelateria Mony - a gelato-ice cream shop.

Suasana senja di Old Bazaar, Skopje.

Pemandangan ke arah Philip II Square dari Old Bazaar.




Group kami stop di kedai ini untuk beli souvenirs.


Ada macam-macam souvenirs.







Mother Theresa dilahirkan di Skopje, North Macedonia.



Snek pun ada dengan label 'Halal'. Kami beli 2 pek cake cookies with strawberry and cherry & vanilla fillings. 

 Daut Pasha Hammam, now a National Gallery of Macedonia.


Lepas group selesai beli souvenirs, kami dibawa berjalan dalam Old Bazaar ini menuju ke restoran untuk makan malam.




























Malam itu kami dinner di Family Restaurant Saç, sebuah restoran Turki.

Dekat restoran ini ada Murat Paša Mosque yang dibina sekitar 1802 dan 1803, selepas kejadian kebakaran 1689.



Hidangan makan malam.







Cake cookies yang kami beli tadi di kedai souvenir.


Macam selalunya portion besar, tak habis kami makan. 


Selesai dinner, kami bergambar kenangan di depan restoran. Kami yang ketika itu sudah sangat kekenyangan (syukur Alhamdulillah) jadi bertambah bersyukur bila melihat seorang makcik (di kanan dalam foto di bawah) pergi dari meja ke meja memungut dan membungkus lebihan makanan yang tidak habis dimakan oleh pelanggan-pelanggan restoran ini untuk dibawa pulang. Perlakuan makcik ini tidak pun dihalang oleh pekerja-pekerja restoran, mungkin kerana mereka faham keadaan makcik tersebut. Kesiankan makcik ini kami dan group members lain pun membungkus makanan kami yang tak habis dengan tisu dan berikan pada makcik itu. Terharu sungguh kami bila melihat riak gembira muka makcik itu. 

Selesai makan malam, kami berjalan semula ke Philip II Square untuk ke bas. 







Maka berakhirlah walking tour dan dinner kami di Skopje, North Macedonia. Ini peta perjalanan kami dalam program walking tour Skopje kami. Bermula dari Macedonian National Theatre kami berjalan ke King Philip II Square dan lepas itu masuk ke kawasan Old Skopje Bazaar dan dinner di Family Restaurant Sac. Lepas dinner berjalan patah balik ke Macedonian National Theatre melalui King Philip II Square.

Ok, jom naik bas untuk ke hotel.

Malam itu kami menginap di Austrian Palace Hotel. 



Menarik beg masuk hotel.


Lobi hotel.

Check-in dan penyerahan kad kunci bilik. Juga diberitahu info tentang time dan di mana nak sarapan esok paginya dan bila akan bertolak ke destinasi seterusnya. Dan yang paling penting mesti nak tahu password untuk WiFi... hihi. 

Comel je lift hotel ini. So kena la beratur, bergilir-gilir naik lift. Beg masing-masing dah la besar-besar... hahaha 😄😅.

Alhamdulillah, biliknya luas dan cukup selesa untuk bersolat.

Kami appreciate sangat bila hotel ada menyediakan cerek letrik sebab ada hotel yang tak. Memang kami ada bawa cerek sendiri since sudah diberitahu oleh travel agent awal-awal lagi.


The bathroom. Very nice.





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.  

No comments:

Post a Comment