Monday, August 10, 2020

CAMERON HIGHLANDS - DAY 02 - PART 05 - RAAJU'S HILL STRAWBERRY FARM & CAFE




Lepas melawat Taman Rama Rama kami dibawa Uncle Maniam (our driver/tour guide) ke sebuah restoran berdekatan dengan Copthorne Hotel (hotel penginapan kami) for lunch. The New Zealand couple and the two Spanish guys from our group ended their tour pada tengahari ini kerana tour mereka adalah half day tour. They were dropped-off at Copthorne Hotel. Dari situ mereka akan dibawa oleh driver lain ke hotel-hotel mereka.
Makan tengahari kami di Restoran Temucut Gunung, Restoran Masakan Panas Utaqa.  

The much needed refreshments 😊. 

And the much needed nourishment to energize ourselves for another half day tour... hehe.  
Saya ordered set nasi putih/bawal goreng/ulam/sambal belacan/sup. My wife ordered the same tapi dia pilih ayam goreng. Oh ya, lunch not included in the tour, so kena bayar sendiri lah.

Selesai makan kami pun teruskan lagi dengan program tour di Cameron Highlands. Next kami ke Raaju's Hill Strawberry Farm & Cafe.

So setakat ini, dalam program 'Highland's Fullday Discovery' kami ini, kami sudah pun ke places of interests as per below map. 

Kalau dah ke Cameron Highlands ni maka tak lengkaplah jalan-jalan kalau tidak ke strawberry farm, ye tak πŸ˜ƒ. Sebenarnya Raaju's Hill Strawberry Farm & Cafe ni dekat je dari Copthrone Hotel. Boleh jalan kaki je. Kami ke sini dibawa Uncle Maniam dengan Land Rover la sebab lepas ni ada lagi tempat lain yang nak dilawat.

Cameron Highlands adalah pusat pengeluaran strawberi di Malaysia. Bersama dengan ladang teh dan sayur-sayuran, ladang strawberi adalah sebahagian dari landskap yang merangkumi destinasi peranginan ini. Iklim yang sejuk menjadikan Cameron Highlands sesuai untuk menanam strawberi sepanjang tahun, dengan kebanyakan ladang strawberi tertumpu di Tanah Rata, Brinchang dan Kea Farm.

Seperti juga di Orchids & Rose Garden, Cameron Lavender dan Butterfly Farm yang sudah kami lawati, cuaca yang sejuk di Tanah Tinggi Cameron juga menjadikan ladang strawberi tempat yang sesuai untuk pengunjung menghabiskan sepanjang hari menjelajah dan bersiar-siar dalam keadaan yang nyaman dan selesa. 

Antara beberapa ladang-ladang strawberi lain yang ada di Cameron Highlands ini adalah Healthy Strawberry Farm, Kasimanis’s Strawberry Farm, Big Red strawberry farm dan EQ Strawberry Farm.

Ketika musim, banyak ladang-ladang strawberi di Cameron Highlands menawarkan strawberry picking untuk menarik pengunjung. 

Populariti buah strawberi juga telah mewujudkan banyak kedai-kedai souvenir yang menjual pelbagai cenderamata, bantal, pakaian, keychains, mainan dan barang jualan lain dalam bentuk dan tema strawberi.

Raaju's Hill Strawberry Farm & Cafe terletak di sebuah bukit di Kea Farm, kira-kira 3 km ke utara bandar Brinchang. Masuk ke ladang ini adalah percuma. 

Pengunjung boleh lawat kebun strawberi secara percuma dan boleh juga strawberry picking ikut berat. 

Strawberi segar juga ada dijual di sini setiap hari dan harganya murah. Saya baca dalam banyak-banyak ladang strawberi di Cameron Highlands ini, strawberi dari Raaju's Hill adalah yang paling manis.

Ada small garden di luar kebun strawberi ini.

Jom masuk ke dalam ajak Uncle Maniam.

Kata Uncle Maniam dulu pokok-pokok strawberi ditanam menjalar di atas tanah. Tapi sekarang guna teknik hidroponik yang memberikan hasil yang lebih banyak. 

Penggunaan rak-rak kayu juga membolehkan kerja mengutip buah strawberi lebih ergonomik. 

Uncle Maniam memberi penerangan tentang penanaman strawberi menggunakan kaedah hidroponik. 

Bahan yang digunakan dalam tanaman kaedah hidroponik ini ialah tanah yang dicampur dengan sabut kelapa. 

Sistem pengairan yang digunakan. 

Kata Uncle Maniam sebenarnya ada buah strawberi yang saiznya lagi besar di sini than the one below. 

Strawberi muda.

Bunga pokok strawberi. 

Kebun strawberi memerlukan Struktur Pelindungan Hujan (SPH). Ia adalah struktur bumbung yang melindungi tanaman di bawahnya daripada terkena hujan lebat dan pancaran cahaya matahari yang terik.
πŸŒ“Selalunya bumbung SPH diperbuat dari plastik yang ada lapisan perlindungan UV untuk elak tanaman dari cepat layu. Jadi kos nak pasang SPH adalah tinggi dan tempoh pemasangannya pula ambil masa yang lama.
πŸŒ—Tidak terkena hujan pula dapat elak atau kurangkan serangan penyakit oleh kulat. Juga boleh pastikan baja dan semburan racun perosak tidak washed away.
πŸŒ“Ada juga SPH that comes with anti-insect netting untuk melindungi tananam dari diserang serangga. Tapi serangga adalah agen pendebungaan. Jadi proses pendebungaan boleh terganggu. 

Kata Uncle Maniam, hasil dari ladang strawberi di sini tidak dieksport ke luar negara seperti hasil-hasil pertanian yang lain. Buah-buah strawberi ini hanya dijual di pasaran tempatan di Cameron Highlands untuk dibeli kebanyakannya oleh pelancong.

Tambah Uncle Maniam lagi, cuma pelancong dari Malaysia dan Singapore saja yang suka melawat ke ladang strawberi. Mereka yang dari negara yang dah memang ada strawberi jarang yang nak melawat ke sini. Mereka lebih suka pergi Jungle Walk bila di Cameron Highlands.

Cuma sebahagian saja ladang strawberi di Raaju's Hill Farm ini yang boleh dilawati. Ia terbahagi kepada dua bahagian: strawberry picking section and non-strawberry picking section. Untuk strawberry picking, bayaran yang dikenakan adalah RM30 untuk kutipan minima 500 gram.

Section strawberry picking yang berbayar itu terletak di sebalik pagar ini. Memang banyak buah strawberi yang ada di sana. 




Yang tak buat strawberry picking macam kami, boleh la lawat ke section ladang yang satu lagi yang tidak begitu banyak buah strawberinya. Mungkin sudah banyak yang ranum dan sudah dipetik.



Since kami berdua tak buat strawberry picking, bila saya nampak ada young couple memetik, saya pun minta izin ambil gambar hasil tuaian mereka.. hehe. 



Next kami dibawa Uncle Maniam ke pusat jualan strawberi. Ada buah strawberi dan jam strawberi buatan ladang ini sendiri dijual di sana.



Posing kejap... 😊.


Di kaunter ini pengunjung boleh berurusan nak beli buah strawberi dan produk strawberi lain. Ada fresh strawberries, fresh strawberries with honey, fresh strawberries with cream and home made jam (normal and less sugar).  

Uncle Maniam jemput kami sample the home made jams, both yang biasa dan yang kurang manis. Memang sedap rasanya. Yang less sugar tu masam la sikit sebab kurang gula tapi sedap sangat. Berkali-kali saya dip the biscuit sticks and munched away smilingly... hehe. Kami juga diberi sample dried strawberries. Also sedap! Memang sedap! Sampai saya terpaksa beli.. hehe. 


So kami beli a pack of fresh strawberries and the dried strawberries πŸ˜„πŸ˜‹. 

Next kami ke Raaju's Cafe pulak. Katanya Strawberry Milkshake di sini sedap. Jom masuk. 

Self-Service Counter di Raaju's Cafe. Macam-macam pilihan ada.

Ada snacks (french fries, sausage cocktail, chicken wings, nuggets, cheezy wedges etc) and cold drinks (latte, coffee, tiramisu, vanilla, yam, cappucino etc).

And hot drinks too.

Kami beli Strawberry Milkshake je sebab baru saja lunch tadi. Memang la sedap tapi too sweet for me.. hehe.

Ada customers lain juga beli so saya tumpang ambil gambar apa yang mereka beli.. hehe. 

Duduk minum dan berehat kejap di sini. 


Thumbs Up! for Raaju's Hill Strawberry Farm & Cafe's Strawberry Milkshake... πŸ‘πŸ˜‹.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. betul ke strawberry yang manis kalau beli kat sana , bawak je turun ke tanah rendah terus jadi masam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la if true yg di sini yg paling manis. Yg kami beli tu tak la manis sgt dan tak la masam macam yg pernah saya makan dulu, even after a few days simpan dlm fridge. Just nice la. Ikut nasib juga la doc..

      Delete