Monday, August 3, 2020

CAMERON HIGHLANDS - DAY 02 - PART 02 - TAMAN EKO-RIMBA MOSSY FOREST





Sambung lagi cerita percutian kami di Cameron Highands. Next kami akan dibawa Uncle Maniam, our driver and tour guide, ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest. 

Berikut adalah beberapa foto-foto yang sempat kami rakam semasa dalam perjalanan ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest. 

Pelancong sedang mendengar penerangan dari tour guide. 

Landskap ladang teh Cameron Highlands yang indah.

Tumbuhan teh sebenarnya adalah dari jenis pokok besar dan bukannya pokok renek. Sekiranya dibiarkan tumbuh liar, pokok teh boleh tumbuh setinggi 16 meter.

Kaedah pemangkasan tanaman teh yang dibuat pada masa sekarang menjadikannya tumbuh pada ketinggian lebih kurang paras pinggang yang memudahkan kerja memetik daun teh, sambil memungkinkan hasil yang lebih tinggi melalui susunan pokok yang lebih padat.

Pokok teh yang sama boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis teh di mana setiap satu jenis menjalani proses pengoksidaan dan campuran yang berbeza yang menghasilkan rasa, aroma dan warnanya yang unik. 

Di Cameron Highlands, teh hitam (black tea) adalah jenis teh yang paling popular dihasilkan, diikuti oleh Oolong dan teh hijau (green tea). Rona teh yang gelap adalah hasil komposisi kimianya, terutama tanin yang terhasil bila direndam dalam air panas.

Oh ya, kalau tadi kami berdua duduk di seats belakang land rover, nak ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest ini kami terpaksa duduk di bahagian tengah sebab couple dari New Zealand dalam group kami ni dah cepat-cepat naik dan duduk di belakang. Kami ok je and actually prefer to sit in the middle section of the vehicle sebab lebih selesa dan tidak tergelongsor ke depan dan ke belakang... hehe. Moreover, mereka berdua tu besar dan tinggi so middle section ni sempit for them. Fyi, they did courteously ask if we mind they sit at the back. 

Teh yang dihasilkan dari Cameron Highlands adalah produk dan cenderahati yang sangat popular, yang boleh dibeli di kedai-kedai di ladang teh atau kota-kota berdekatan. 

Boh mempunyai ladang teh terbesar, seluas 3,238 hektar, dengan ladang dan kilang terbuka untuk pengunjung di Habu di Ringlet dan Sungai Palas di Brinchang.

Bagaikan ombak hijau. 

Road trip dengan persinggahan di Cameron Highlands. Nice!

Perjalanan diteruskan menuju ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest. The road condition heading to the forest leaves much to be desired. Though most are of acceptable condition, some were definitely rough and desperately needing repairs and upgrades. 

And at some parts, the roads are too narrow to accommodate 2 passing vehicles thus one has to veered off a bit to the graveled or rocky sides to make way for the other vehicle. 

Beginilah beberapa contoh keadaan jalan di sini. Terlambung-lambung kami dalam kenderaan sampai blur foto-foto... hehe. Sebenarnya ada bahagian jalan yang lagi teruk tapi ni je yang mampu kami capture under the circumstances 😃.

But, however challenging it was, Uncle Maniam ever so expertly maneuvered the land rover with ease and confidence. Maklum la dia kerap memandu di jalan-jalan ini. Setiap belok dan lubang dia dah memorize... hehe. 

Nampaknya lelaki Spain ni pun macam cemas juga.. hehe.

Selain pokok-pokok teh, kawasan yang kami lalui ketika ini juga ada banyak tananam sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang menggunakan Struktur Pelindung Hujan (SPH). Penggunaan SPH boleh menyebabkan kesan 'tanah mati' atau 'tanah miskin'. 

'Tanah mati' atau 'tanah miskin' terjadi bila baja berlebihan terkumpul dan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan tanah itu 'mati' dan tidak lagi sesuai untuk tanaman. Baja berlebihan berakumulasi kerana ia berbumbung dan tiada air hujan yang dapat melarutkan kandungan garam dalam tanah.  


Adakalanya jalan sangat sempit sampai Uncle Maniam akan memberhentikan kenderaan yang kami naiki ini untuk beri peluang vehicles from upfront to slowly pass by first. 

Ladang lobak putih yang menggunakan SPH.

Memang la rasa lega bila kenderaan kami dipandu oleh someone like Uncle Maniam yang sangat berpengalaman. Tapi pada masa yang sama rasa kecut perut juga kerana disebabkan dia sangat experienced, makanya panduannya juga laju.. hehehe 😅. Setiap kali membelok saya mesti pegang grab handle land rover ni dengan erat 😆.

Signboard Gunung Brinchang ini kelihatannya sudah lama 'dipadam' maklumatnya kerana jalan ke sana sudah tidak lagi selamat untuk dilalui. 

Dan kami pun selamat tiba di Taman Eko-Rimba Mossy Forest. 

Dataran parkir Taman Eko-Rimba Mossy Forest. Penuh tempat parking ni. Ramai pelawat hari tu. Maklum la weekend. 

Signboard Mossy Forest dan tangga naik ke hutan lumut ini.

Ini lokasi Taman Eko-Rimba Mossy Forest.

The Mossy Forest 
A Gateway to Paradise - An Ancient Million Year Old Forest
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara hutan pergunungan Taman Eko-Rimba Mossy Forest ini sebagai sebuah lokasi eko-pelancongan. Di seluruh Pahang terdapat 26 Taman Eko-Rimba yang telah dibangunkan di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Pahang mempunyai seluas 1.56 juta ha di bawah Hutan Simpan Kekal (PFR) atau 43% dari jumlah kawasan negeri Pahang. 

Nampaknya kena banyak panjat tangga. Semoga kuat la lutut 😅. Tak pe, pelan-pelan je. Jalan la setakat yang terlarat.

Orang kata tarikan yang paling mempesona dan popular di Tanah Tinggi Cameron bukanlah ladang teh atau ladang strawberi, tetapi adalah hutan lumut yang terletak di dataran tinggi Gunung Brinchang, iaitu Hutan Mossy ini. Moh kita explore. 

Ada boardwalk disediakan untuk pelawat explore hutan ini. Beberapa meter berjalan di elevated path ini ada papan tanda menunjukkan sempadan negeri Perak dan Pahang. Bila kita pandang arah ke kanan boardwalk ini kita nampak Pahang dan to the opposite side, nampak Perak. Jadi berada di sini pelawat boleh menyaksikan pemandangan hutan dua negeri sekali gus. 

Lokasi Taman Eko-Rimba Mossy Forest berada di sempadan Negeri Perak dan Negeri Pahang. Gunung-gunung terhampir dengan Taman Eko-Rimba Mossy Forest adalah Gunung Brinchang dan Gunung Irau.

Dan ini pula peta lokasi Taman Eko-Rimba Mossy Forest dan lain-lain gunung berhampiran di Negeri Pahang, Perak dan Kelantan. 

Untuk memelihara Hutan Mossy, sekarang pelawat hanya dapat menjelajahi hutan ini menggunakan boardwalk. Rangkaian platform kayu ini panjangnya kira-kira 150 meter. Masa kami lalu di sini some parts of the boardwalk were quite slippery kerana suasana yang lembab di sini.

Dengan adanya boardwalk ini maka hutan ini akan terus terpelihara dan pada masa yang sama boleh membenarkan ia dilawati tanpa pelawat memijak lumut yang tumbuh melitupi tanah.

Jadi kalau melawat ke sini jangan la nak sentuh, petik atau melompat turun dari elevated pathway ini dan pijak-pijak lumut atau lain-lain tumbuhan sebab tumbuh-tumbuhan di sini akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula.

Saya baca pernah berlaku kejadian pengunjung-pengunjung memijak-mijak lumut dan memanjat pokok-pokok di sini sehingga berlaku kerosakan yang teruk. Susah payah panjat pokok nak ambil gambar yang insta-worthy la tu. Oleh itu pada 2015, Taman Eko-Rimba Mossy Forest telah ditutup selama 6 bulan untuk membolehkan lumut pulih dan tumbuh semula. Kalau tidak dipelihara dan lawatan pengunjung tidak dikawal, hutan ini akan kehilangan keindahan semula jadinya.

Let's have a closer look shall we. Cantik sungguh lumut yang tumbuh meliputi tanah dan akar pohon besar ini. Pelbagai sungguh tona warna hijaunya! 

Ada emerald green, sea green, lime green, fern green dan kale green. Macam-macam green hues!

Hutan berlumut adalah persekitaran semula jadi yang tumbuh hanya di kawasan tertinggi Cameron Highlands dan pegunungan lain di seluruh Malaysia. 

Taman Eko-Rimba Mossy Forest terletak di Rizab Hutan Simpan Kekal Batu Gangan dan Hutan Simpan Ulu Bertam Sempadan Perak/Pahang. Ia berada pada ketinggian 2,031 meter dari aras laut. 

Ini Zon Rehabilitasi Hutan Lumut Gunung Brinchang. Agaknya ini adalah salah satu zon di mana berlakunya kerosakkan teruk dalam Taman Eko-Rimba Mossy Forest ini sehingga ia perlu direhabilitasi.  

Dari boardwalk ini juga pelawat dapat melihat keindahan kawasan pergunungan Negeri Perak. Tak pasti tapi yang kelihatan tu mungkin Gunung Irau, Gunung Suku dan Gunung Chabang.

Ini peta lokasi Taman Eko-Rimba Mossy Forest, Gunung Irau, Gunung Suku dan Gunung Chabang.

Cantik sungguh! SubhanAllah.


Pada ketinggian lebih 2 ribu meter, awan rendah di langit yang didorong oleh angin, menyelimuti hutan dengan kabus dan kelembapan yang berterusan. Tapi masa kami di sini tiada pula kabus. Mungkin sebab masa tu dah hampir pukul 10 pagi. 
Kerana diselubungi awan/kabus, hutan ini juga sering kali dikenali sebagai Cloud Forest.
Cloud forests often exhibit an abundance of mosses covering the ground and vegetation, in which case they are also referred to as Mossy Forests. Mossy Forests usually develop on the saddles of mountains, where moisture introduced by settling clouds is more effectively retained. - Wikipedia

Tumbuhan hutan di ketinggian begini mendapat banyak kelembapannya daripada bersentuhan langsung dengan kabus/awan berbanding dari hujan.

Keujudan Hutan Awan (Cloud Forest) bergantung pada iklim tempatan (yang dipengaruhi oleh jarak ke laut), eksposisi dan garis lintang (dari 23°N hingga 25°S) dan ketinggiannya yang bervariasi dari 500 meter hingga 4,000 meter di atas permukaan laut. Biasanya, terdapat jalur ketinggian yang agak kecil di mana persekitaran atmosfera adalah sesuai untuk pertumbuhan Hutan Awan (Cloud Forest). Ini dicirikan oleh kabus yang berterusan, yang mengakibatkan pengurangan cahaya matahari langsung dan dengan demikian evapotranspirasi. Di dalam Hutan Awan (Cloud Forest), sebahagian besar presipitasi berada dalam bentuk kabus, di mana kabus mengembun pada daun pokok dan kemudian menitis ke tanah.
Evapotranspirasi - proses di mana air dipindahkan dari tanah ke atmosfera dengan penyejatan dari tanah dan permukaan lain dan dengan transpirasi dari tumbuhan.

Walaupun saat ini Hutan Awan (Cloud Forest) adalah istilah yang selalu digunakan, di beberapa wilayah, ekosistem ini atau jenis Hutan Awan khas disebut juga dikenali sebagai Hutan Berlumut (Mossy Forest), Hutan Elfin (Elfin Forest), Belukar Gunung (Montane Thicket) dan Hutan Awan Kerdil (Dwarf Cloud Forest).

Pokok-pokok tumpang dan lumut tumbuh subur pada dahan besar pohon tua. 

Bergambar kenangan 😊.

Then we came upon Menara Pandang di boardwalk ini. Dari ketinggian 50 meter, menara ini menawarkan pemandangan pergunungan yang menakjubkan di sekitar Cameron Highlands. 

Menara Pandang ini dibina menggunakan Fiberglass Reinforced Polymer (FRP) yang kalis cuaca dan tahan karat. 

Kami tak panjat sampai atas. Just sampai first landing je 😃.

Tak pe, dari first landing ni pun dah nampak pemandangan yang sangat indah.



Ada menara-menara telekomunikasi di puncak sana tu. 



SubhanAllah. Cantiknya awan...



Turun dari Menara Pandang.

Hanya 1% kawasan hutan dunia diliputi oleh Hutan Awan (Cloud Forest). Dan ia ada di Malaysia! Imagine that!! Rare sungguh!!

Kawasan penting Hutan Awan (Cloud Forest) adalah di Amerika Tengah dan Selatan, Afrika Timur dan Tengah, Indonesia, Malaysia, Filipina, Papua-New Guinea, dan di Caribbean.

Dianggap sebagai hutan tertua di Malaysia yang berusia sekitar 200 juta tahun, hutan lumut yang mempesona ini tumbuh di dalam kawasan seluas 914 hektar dan terletak berhampiran dengan puncak Gunung Brinchang, Pahang.

Lumut ni dah nampak macam 'melecur'. Dah tak hijau, dah mati agaknya.

Masa Taman Eko-Rimba Mossy Forest ini ditutup untuk pemuliharaan, pastinya kerja-kerja membina titian ini dilakukan dengan sangat attentive pada tumbuhan di sini. 

Lokasi geografi hutan ini memberikan ia iklim yang nyaman dengan suhu tidak melebihi 25°C dan kadang-kadang turun di bawah 10°C.



Haaa... dapat pun satu shot yang tak ada orang 😊.




Suasana dataran tinggi yang sejuk dan lembap menjadikan persekitaran di sini sesuai untuk pelbagai tumbuhan eksotik seperti lumut, pakis, rempah dan orkid.

Antara fakta menarik yang saya terjumpa di internet tentang Taman Eko-Rimba Mossy Forest ini adalah ada banyak babak dalam filem epik Puteri Gunung Ledang yang penggambarannya dilakukan di hutan ini. 
Pernbitan Enfiniti Productions (M) Sdn. Bhd.

Pernbitan Enfiniti Productions (M) Sdn. Bhd.

Pernbitan Enfiniti Productions (M) Sdn. Bhd.

Fakta menarik lain ialah Taman Eko-Rimba Mossy Forest ini adalah salah satu hutan di dunia yang ada paling banyak hashtag di Instagram.


Berpatah balik. Ini Menara Pandang tadi. 

Hutan malar hijau tropika yang lembap ini juga merupakan habitat bagi banyak fauna seperti ular, katak, burung, dan haiwan menarik lainnya yang unik untuk persekitarannya yang sejuk. Mujur la kami tidak terserempak dengan ular... hehe.

Semasa di sini, perhatikanlah batang, dahan-dahan dan ranting-ranting pohon-pohon tua yang dilutupi lapisan lumut tebal dan cantik, yang memberikan penampilan warna-warna lumut yang lembut. 

Kalau tak silap lumut ni namanya Mossy Saxifrage atau Saxifraga Bryoides L.

Dan tentunya di sini ada pelbagai jenis lumut. 

Dan ada kalanya laluan kami di boardwalk ini tak ramai pelawat. Haaa... masa macam ni yang paling best. Baru la boleh betul-betul enjoy this amazing almost mystical forest without much distractions. 

Ada yang kata berada di sini seperti berada di fictional world Middle Earth (refer 'The Hobbit' and 'The Lord of the Rings') yang difilemkan di New Zealand. Jadi tak perlulah nak terbang ke NZ tu (tiket kapalterbang mahal!) kalau nak tengok Middle Earth. Datang je ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest ni 😄.

Bayangkanlah kalau masa ni sedang berkabus. Walau pun mungkin ada rasa macam eerie, tapi pastinya ia tetap mystifying.

Hutan Awan ini tambah menarik lagi bila ia turut dihiasi dengan tumbuhan menjalar, anggrek, periuk kera dan epiphytes (tumbuhan tumpang yang tumbuh di pokok lain, terutamanya yang tidak bersifat parasit) yang kelihatan cukup indah bergantungan dari kanopi hutan.

Pitcher plants. 

Masa jalan di boardwalk ini I kept imagining what it is like bila hutan ini diselubungi kabus. So kalau kawan-kawan nak ke sini, pastikan datang awal sikit. As I stated earlier masa kami sampai sini masa tu sudah pun hampir pukul 10 pagi. 

Dan mesti la saya rakam foto close ups lumut di sini. So here they are. Enjoy 😊. 







Ferns.


Boardwalk ni banyak turun naik tangga. Jangan risau, kalau penat boleh je stop and enjoy the beautiful forest while you catch your breath. 

Ok, seterusnya foto-foto lumut yang sempat saya rakam.






Bunga Orobanche uniflora / Naked broomrape.






Gigihnya ambik gambar lumut.. hehe.
























Hymenophyllum capillare desv.




































For me personally, visiting this forest was one of those unforgettable experience. It is right up there among the top 5 most interesting places I had ever visited. Bukan sahaja kerana ianya rare, tapi juga kerana ia sudah beratus juta tahun. And that fact just blew my mind. Lama dah dengar dan baca tentang taman rimba ini sebelum ini, jadi rasa happy dan bersyukur sangat akhirnya dapat ke sini. 

Semoga hutan ini terus terpelihara keindahan dan keistimewaannya. 

Ok, jom kita keluar. 


Pergi toilet dulu sebelum ke destinasi seterusnya 😄.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment