Friday, November 22, 2019

MELAKA - DAY 04 - MORNING WALK & GOING HOME

Sudah pun hari ke 4 kami di Melaka ni. By noon dah nak bertolak balik ke KL. Pagi tu my wife ada sikit lagi kerja to attend to so I decided to go for a short morning walk around Mudzaffar Hotel ni.

Apa-apa pun sarapan dulu. 


So many delicious choices. Bye bye diet.. hehe.





Masa ambil roti canai ni the chef suggested saya cuba makan roti canai tu dengan kuah asam pedas. I never tried that before. Dah cuba, Oooo... sedapnyaaa... Alhamdulillah. 

Ada group besar dari China check-out pagi tu. Makanya macam pasarlah suasana di lobi. 

Beautiful sunrise.

Isteri pergi kerja, saya go for morning walk. Ada Circus on Ice but we missed it.

Lokasi Circus on Ice tu di sini, di Dataran MITC ni. Masa ni mereka tengah pasang memasang.

Saya jalan hingga ke stesen Petronas ni sebab masa sampai sini hari tu ternampak ada wall mural yang cantik.

The mural.

Mural bertajuk 'Cerita Kita' ini adalah salah satu dari a series of murals di serata stesen Petronas di Malaysia dibuat sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun 2018. 

Mural ini dan lukisan-lukisan dinding yang lainnya dibuat dengan kerjasama di antara Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan penuntut dari Universiti Teknologi Mara dari Fakuliti Seni dan Reka Bentuk. 
Inisiatif ini juga adalah sebahagian dari kempen Petronas, 'Cerita Kita' yang bertujuan mempromosikan detik-detik indah berdasarkan keunikan negara kita. Ia juga untuk menggalakkan perpaduan dan bersosial bersama di kalangan rakyat Malaysia.

Such beautiful details.



Next saya berjalan ke Melaka Planetarium.

Malacca Planetarium Adventure Science Centre, aka Melaka Planetarium, Ayer Keroh, Central Melaka District, Melaka, Malaysia.

Sudah lama ditutup since berlaku keruntuhan dinding pada 2009. 10 years later it is still closed. 









A few fun photography. 








Nampak macam ada kesan terbakar pulak. 

Lepas tu I just make one big round heading back to the hotel.

Masjid Al-Alami MITC.


Laluan ini selalunya ada locals yang berjogging.


Beautiful green city garden.










Sampai balik ke Mudzaffar Hotel.

Malacca Planetarium Adventure Science Centre. 

Bersenam pagi cara berkumpulan.

Dataran MITC. Pekerja Circus on Ice sedang buat kerja pemasangan khemah besar circus.





Hard labour.



Tiang-tiang besi tengah khemah sudah ditegakkan. 




Bila my wife dah selesai kerja, kami pun pulang ke KL.




Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah. Bersyukur juga saya sempat memanfaatkan peluang ke Melaka kali ini dengan membuat program 'Jalan-jalan Muzium Melaka' dan melawat Mini Malaysia yang kali terakhir kami lawat 13 tahun yang lalu.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ni. Take care and may Allah bless you and your family with health, wealth and success.

Next, cerita jalan-jalan di Putrajaya pula.. insyaAllah.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. kenapa lah gajah putih tu dibiarkan gitu
    i suppose maybe nak roboh susah , nak guna bahaya
    kita biarkan je lah jadi monumen sejarah satu kesilapan , ketamakan [ mungkin ] manusia

    mural tu lawo sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Dah la gitu, lagi la bila dah tukar govt.
      Betul, I think so too. Also nak repair mahal sgt kot.
      Hmm... 'monumen kesilapan'.. not a bad idea... hehe...
      But still i hope it can be saved. Demi rakyat.

      Indeed. I just love that mural!

      Delete