Selepas saya selesai spent time di Dataran Pahlawan Negara, my wife was still not done yet with the event she was attending. So saya masih ada masa for a bit more jalan-jalan.
So I decided to have a walk at the 'Jejak Sisiran 1' (Putrajaya City Trail) yang laluannya ada betul-betul di belakang Dataran Pahlawan Negara. I just had to go down these steps and I was there to start a leisurely noon walk. Fyi, masa tu dah pun pukul 12 tengahari.
So I decided to have a walk at the 'Jejak Sisiran 1' (Putrajaya City Trail) yang laluannya ada betul-betul di belakang Dataran Pahlawan Negara. I just had to go down these steps and I was there to start a leisurely noon walk. Fyi, masa tu dah pun pukul 12 tengahari.
Ini pemandangan Muzium Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (Malaysian Armed Forces and Police Museum) yang terletak dalam lokasi Dataran Pahlawan Negara, dilihat dari laluan Jejak Sisiran 1.
Sisiran Jejak Warisan (City Trail) ini adalah sepanjang 6 km. Ia dibangunkan dan siap pada 2013 bagi menambah daya tarikan kawasan sisiran Tasik Putrajaya Presint 1. Saya tidak pernah tahu pun ada such beautiful city trail di Putrajaya ini.
Persisiran tasik dan dataran-dataran serta laman-laman lain di Putrajaya diindahkan kerana Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan merupakan salah sebuah destinasi popular terutama dalam kalangan pelancong luar yang mahu melihat keindahan landskap dan alam semula jadi di bandar moden ini.
Selain Jejak Sisiran Presint 1, juga ada Dataran Putra, Laman Perdana, Persiaran Perdana, Dataran Rakyat Presint 4, Taman Seri Empangan, Sisiran Tasik Presint 4 dan Sisiran Tasik Presint 2.
Jejak Sisiran 1 ini bermula dari jetty cruise Presint 1 hingga Kompleks beli belah Alamanda.
Saya paling suka bila ada Papan Tanda Maklumat seperti ini. Ini adalah info tentang Dataran Pahlawan Negara.
Seperti taman-taman tasik seumpamanya, laluan Jejak Sisiran 1 di Putrajaya ini juga mempunyai landskap yang indah dihiasi dengan pokok-pokok taman.
So let's go for a stroll with me, shall we? 😊
Redup dan rendang.
Agaknya waktu pagi dan petang especially di hujung minggu di sisiran tasik ini ada ramai orang bersenam.
Since agaknya ada je la mereka yang terjun, berenang, mancing dan buang sampah merata, maka papan tanda amaran seperti ini perlu dipacak.
Di sepanjang sisiran ini juga ada disediakan tempat rehat atau berkumpul macam gazebo ini.
Cantik pemandangan di Tasik Putrajaya Presint 1 ini.
Walau pun masa tu dah tengahari, suasana di sisiran ini tidaklah terlalu panas sebab adanya pokok-pokok besar dan angin dari tasik.
Satu lagi Papan Tanda Maklumat yang disediakan oleh Perbadanan Putrajaya di Jejak Sisiran 1 ini.
Ianya berkenaan Kompleks D.
Kalau tak silap di seberang sana tasik ini adalah bangunan Everly Hotel UKM dan The Everly Putrajaya.
Okeh, let's enjoy the views.
Ada this beautiful water fountain.
Information Board about Wetland Vegetations.
Ada Lembang, Rumput Menderong dan Rumput Gedabong. Tak pernah saya tahu nama-nama tumbuhan ini sebelum ini.
Fakta tentang sebab tumbuh-tumbuhan ini ditanam di wetland ini. Fascinating sungguh fungsi ekologinya!
Yang ini pula adalah Bakong, Purun dan Lakum Air.
Papan Tanda Maklumat yang disediakan untuk pengunjung di Jejak Sisiran 1 oleh Perbadanan Putrajaya. Well maintained! Syabas! Thank you Perbadanan Putrajaya.
Peta menarik Jejak Sisiran 1.
A closer look.
Masa ini saya berada di red circle, di lokasi JS1i.
I'm at the red ring.
Perjalanan bermula dari Dataran Pahlawan Negara. Now at the red ring, JS1i.
Di lokasi JS1i ini ada dibina laluan seperti jambatan ke anjung tinjau di Tasik Putrajaya Presint 1. Juga ada sebuah empangan kecil.
Laluan seperti jambatan ke anjung tinjau di Tasik Putrajaya Presint 1.
Cantik pemandangan tasik dari laluan ini.
Dari lokasi JS1i ini juga pengunjung boleh nampak pulau kecil Santuari Burung di tengah tasik. Sebenarnya saya tak sabar nak ambil gambar burung-burung di situ.. hehe.
Anjung tinjau bulat di tasik.
Once pokok-pokok tu dah besar dan rimbun, surely view di sini akan lebih cantik.
Ini jalan masuk yang saya lalui tadi ke anjung tinjau.
Juga kelihatan bangunan Kompleks Kerajaan Parcel C Blok C4 (kiri) dan Blok C3 (kanan).
Santuari Burung di Tasik Putrajaya Presint 1.
Ini Jambatan Seri Bakti. Jambatan ini adalah salah satu jambatan utama yang merentasi laluan protokol. Jambatan ini menghubungkan jalan kedua ke kediaman Timbalan Perdana Menteri dan menghubungkan Presint Kerajaan di utara ke Presint 16 di selatan.
Kawasan perumahan di seberang tasik.
Di lokasi JS1i ini juga pengunjung dapat lihat sebuah empangan kecil.
Jadi bila berada di anjung tinjau ini kita dapat dengar deruan air terjun yang menenangkan.
Ada dua tempat duduk semi-circle tidak bercantum.
Baik jom kita sambung jalan lagi.
Then saya ternampak sesuatu di tasik. Apa tu? Haiwan? Ke sampah hanyut?
Oh, rupanya seekor biawak.
Pemandangan empangan kecil tadi dari laluan Jejak Sisiran 1.
Tandas, antara kemudahan yang disediakan di sini.
Nampaknya laluan pejalan kaki dan joggers di Jejak Sisiran 1, Presint 1, Putrajaya ini juga boleh digunakan sebagai laluan penunggang-penunggang motorsikal. Saya nampak beberapa motorsikal lalu dari kedua-dua arah. Oleh yang demikian saya terpaksa berjalan di atas rumput di tepi laluan berturap sambil memekup hidung dan mulut dari tersedut asap motor-motor tersebut.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
bestnya kalau duduk Putrajaya kan..
ReplyDeletebanyak tempat tempat riadah gini
bak kata kawan saya yang duduk Putrajaya
kita orang pun tak tahu ada benda benda gini
dan kalau tahu pun mungkin tak guna
well
the grass is always greener on the other side of the fence kan....
My thought exactly! Mcm seronok dan semangat kalau nak senam di tempat2 menarik ni :).
DeleteItu la, saya nak cari info ttg tempat2 ni pun susah. Ke saya yg tak reti nak cari. There are so many interesting places.
Hehehe... exactly. But putrajaya ni is definitely 'greener' than my place di sini, in terms of tempat beriadah :).