Friday, November 15, 2019

MELAKA - DAY 02 - PART 09 - MUZIUM SEJARAH, ETHNOGRAFI & SASTERA

Seterusnya saya ke Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera di bangunan merah Stadhuys ini. 


Pintu masuk ke Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera. Dan fotografi adalah dibenarkan dalam muzium ini.


Ini adalah sistem pengaliran yang dibina oleh Belanda melalui ruang bawah struktur Stadhuys ini. Sistem perparitan ini dialirkan ke Sungai Melaka.

Bahagian longkang ini sengaja didedahkan bagi menunjukkan sistem pengaliran yang dibina Belanda sebelum pembinaan bangunan ini dilakukan.

Maklumat tentang Sistem Pengaliran di Stadhuys.

Patung representing era Kesultanan 1262 - 1511.

Maklumat tentang Bangunan Stadhuys atau Town Hall atau Dewan Bandaran yang dibina pada tahun 1650an. 

Jom baca. Asalnya bangunan berwarna merah ini adalah berwarna putih. Dan semasa kerja-kerja konservasi dilakukan telah berlaku penemuan yang tidak diduga iaitu 2 buah perigi yang dipercayai digali pada zaman Portugis iaitu sebelum tahun 1641. Jadi sekarang ini perigi-perigi itu sudah berusia 378 tahun. 

Let's explore this wonderful museum. Flow muzium ini membawa pelawat bermula di Ruang Porcelin. 


Info tentang sejarah kemasukkan porselin ke Melaka. Interesting read indeed. 

Peralatan Seramik Belanda. 

Jelas dari fakta di bawah kepentingan perdagangan porselin adalah setanding dengan kepentingan dagangan rempah ratus. 

Ini adalah Pinggan Porselin (Biru) Dinasti Ming.


Ini pula adalah Seramik Jepun.

Sejarah Seramik Jepun.

Ini pula dalam barangan tembikar yang ditemui di Kampung Kerubong, 13 km dari Kota Melaka pada tahun 1960.

"Mengikut adat yang diamalkan ketika itu, sesiapa yang meninggalkan kampung halaman mereka dalam suasana huru hara akan menanam harta benda mereka dengan harapan dapat mengambilnya kembali pada satu hari nanti".

Pelbagai jenis peralatan tembaga dan porselin. 


Peralatan Porselin Ming.

Porselin biru-putih adalah porselin dari China yang bermutu tinggi. 

Peralatan Ching.

Dari biru-putih, direka baru dengan pelbagai warna dan dinamakan Nyonya atau Bencharong.

Ini pula Seramik Islam.

Selain negara-negara Timur Tengah, negara China juga ada mengeluarkan Seramik Islam.

Ini Peralatan Nyonya. 


Peralatan Seramik Swatow.

Seperti Seramik Nyonya, Seramik Swatow juga pupus dan hilang identitinya kerana pergolakan politik di China.

Ini Seramik Sukhothai dan Sawankhalok.

Sejarah Seramik dari kawasan-kawasan Sukhothai dan Sawankhalok di Thailand. 

Seterusnya Seramik Vietnam (Annamese).

Sejarah Peralatan Annamese.

Ini bukan pasu atau tempayan tapi sebuah kerusi taman. 


Patung-patung depicting tentera dari era Portugis, Belanda, British dan Jepun. 

Tempayan antik.

Seterusnya ke Ruang Senjata. 



Tentang Senjata-Senjata Melayu.
Lawi ayam: senjata pendek yang digunakan untuk menikam atau menghiris. Senjata ini dikenal dengan pelbagai nama seperti kuku ayam, rambai ayam, kerambit ataupun kerambi. Lawi ayam banyak terdapat di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia dan Selatan Negara Thai.
Sumber: prpm.dbp.gov.my

Sewar, jembiah, beladan dan lading terus. Tak pernah saya tahu senjata-senjata kecil ini sebelum ini.

Ok, now I go on auto cruise mode je lah ya. The following images are pretty much self explanatory. Enjoy 😊.















































































Bersambung ke bahagian 2...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. lepas nengok patung-patung yang dekat Miniature Gallery tu , nampak ' kasar' sikit patung-patung diorama kat sini.
    Still cantik , ada gestures , mimik muka tapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. still cantik especially bila ada gestures..

      Delete
  2. assalamualaikum tuan, saya pelajar art history dari uitm puncak alam. boleh saya minta izin untuk gunakan info dari blog tuan? musim pkp ni muzium semua tutup. susah sikit untuk saya cari maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam
      Boleh, silakan.
      Semoga berjaya in all your studies, inshaAllah.

      Delete
  3. Selamat sejahtera encik, saya chew sue ling dari uum ingin minta keizinan encik untuk menggunakan gambar dalam blog tuan untuk tujuan assignment? Kerana kawasan saya adalah kawasan merah, tidak dapat keluar ke mana mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat sejahtera to you too Chew Sue Ling.
      Boleh. Silakanlah guna foto-foto saya dari blog ini for your assignments.

      Delete