Seterusnya kami ke Silver Cave (Yin Zi Yan atau Yingzi Cave).
On the way tu, took a few more people shots :).
On the way tu, took a few more people shots :).
Silver Cave ni terletak di Maling Town of Lipu County, kira-kira 85 kilometer dari pusat bandar Guilin dan 18 kilometer dari Yangshuo.
Bila ditanya, Francis kata tak ada apa-apa significance kuda-kuda emas and the carriage of a pot of gold ni except to show posperity. Lagenda kata lepas masuk gua ni tak akan kehabisan duit. Agaknya itu la yang nak digambarkan dengan patung ni.
Papan penerangan oleh Lipu County Tourism Adminsitration Supervision tentang tempat-tempat menarik di kawasan tu.
China's National Superior Department awarded several honorary titles to Guilin such as 'China racks of all' [apa ni?], 'Guangxi excellent tourism county', 'China's most beautiful ecological health leisure destination' and 'China's most beautiful landscape and cultural tourism country'. Hebat!!
Di Guilin ni rupanya ada banyak tempat-tempat yang menarik yang dipanggil 'scenic spots' atau 'scenic areas'. Papan penerangan ini list down Lipu's county scenic spots.
These are the scenics spots. Banyak sungguh tempat menariknya!
Anyway, jom kita jalan ke pintu masuk Silver Cave ni.
Jauh juga jalan masuknya pun. Nak reserve energy ni, sebab nak masuk jalan dalam gua ni yang Francis kata sepanjang 2 km dan banyak naik turun tangga... hehe..
Penjual-penjual ni ada kami dengar sebut 'jagung' dan 'keladi'. Memang itu antara makanan yang mereka jual. Udah ramai benor orang Malaysia datang sini agaknya.. hehe.
Ada juga info tempat-tempat menarik ni. Yang tak bestnya, semua dalam Mandarin.
Nak ke pintu masuk gua kena panjat tangga ni. Mengah jugak la nak sampai atas. Ada beberapa ahli rombongan kami yang tak upaya nak join jalan-jalan dalam gua ni so mereka duduk menunggu kami di pintu keluar tidak jauh dari pintu gerbang duit emas ni.
Sampai atas, ada views yang cantik ni. Cuaca agak kelam masa ni sebab cloudy.
Kami pun diberi tiket masuk Silver Cave ni.
Ini adalah peta Silver Cave yang ada di dinding tepi pintu masuk gua. The walk is actually perjalanan in one big round.
Ada banyak stalactites and stalagmites formations yang terbentuk dalam usia geologi yang berbeza, yang diberi macam-macam nama. Terdapat 28 rock formations yang menarik dalam gua ni seperti dalam senarai di bawah ni. Begitulah mengikut apa yang mereka nampak pada bentuk-bentuk stalactites and stalagmites tu. Termasuklah apa yang mereka panggil ‘The Three Wonders’ and ‘The Three Treasures’.
Ok, jom kita masuk.
Inilah pemandangan pertama as we entered the cave. Permukaan siling gua disimbah dengan cahaya berwarna warni. Cantik. Ada tangga turun ke bawah yang agak curam. Juga licin sebab ada titisan air dari siling gua.
Jalan di dalam gua ni sekejap mendatar, sekejap naik dan turun tangga. Tapi tak la curam sangat. Keadaan di dalam pun sejuk nyaman. Sebab gelap, terus setting camera for low light photography.
Inilah formation yang pertama kami nampak. Namanya 'The Taro King In LiPu'. Taro ialah yam atau keladi. So kiranya formation ni macam bentuk keladi. 'Raja keladi di LiPu'. Actually, nak 'nampak' seperti yang mereka namakan ni kena la pakai imaginasi sikit, baru la 'nampak'... hehe. Ini rock formation number 01 dalam peta gua.
Jalan turun tangga dan mendatar. Adakala licin sikit jadi kena berhati-hati, kata Francis. Ye la, kot tengah leka sangat tengok gua ni sampai tergelicik pulak nanti. Tapi pathways di situ dibuat dengan pebble wash flooring so tak la licin sangat.
Kami berhenti di sini sekejap sebab Francis tunjuk di bawah sana ada laluan sungai dalam gua. Agak gelap so foto tak begitu jelas.
Gua ni memang besar di dalamnya. Adakala kena lalu laluan seperti terowong kecil juga.
This photo is to show how vast the inside of this cave.
Saya pasti a lot of thoughts were put in when deciding where to place the lightings strategically so that boleh nampak jelas bentuk permukaan dalaman gua ni. Amazing!
Oh ya, warna lampu ini juga akan bertukar-tukar setiap beberapa saat/minit.
Seterusnya kami masuk ke bahagian gua bernama 'The Icy City In The South' atau 'Ice World in Southern China'. Disuluh warna biru jadi nampak macam ais. Cantik sangat!
Ini adalah rock formation number 03 dalam peta gua. |
Pencahayaan yang dibuat di sini berjaya mewujudkan dunia ais dengan pancaran keamatan cahaya biru yang berbeza. Cahaya putih pula dipancarkan ke beberapa sudut untuk menampakkan seolah-olah ada ais atau salji.
Kemudian kami berhenti di bahagian ini sebentar. Francis menunjukkan pada kami siling gua yang sangat tinggi ini, setinggi 10 tingkat. Dia kata di situlah jalan keluar kami nanti. Haaa...! Tingginya!
Siling yang begitu tinggi, cukup mengagumkan. SubhanAllah.
Sekali sekala kami akan berhenti di tempat-tempat seperti pelantar ini untuk berehat sebentar dan menikmati keindahan kejadian semulajadi ini.
Saya perhatikan beberapa warna yang dipancarkan telah menghasilkan suasana gabungan warna yang begitu harmoni. Contohnya seperti foto kanan di bawah.
Kelihatan juga sebuah kolam di tepi laluan di bawah sana.
Pembentukkan batu seterusnya dalam gua ni ialah 'The Gold Key' atau 'Golden Key'. Tapi pada saya tak de la nampak macam sebarang bentuk kunci sekarang. May be macam an ancient key kot. Ini rock formation number 05 dalam peta Silver Cave ini.
Seterusnya sampai ke rock formation no. 06, the 'Buddha Teaching Scripture' atau 'The Peaching Buddha' atau 'Old Buddhist Studying Classics' yang merupakan salah satu of 'The Three Treasures'. Macam-macam pun namanya. Mereka ni di mana je boleh nampak Buddha.
Stalaktit 'The Preaching Buddha' ni kelihatan seperti patung Buddha duduk bersila di atas satu platform. Dikatakan dia sedang mengajar isi kandungan dari kitab-kitab Buddha, dan dihadiri oleh pelajar-pelajar beliau yang alim dan mereka tidak mahu beredar.
Pencahayaan laluan juga adalah sama penting kerana ia memandu perjalanan pelawat tanpa mengganggu mereka menikmati keindahan landskap karst itu. Lampu tiub atau LED rope light digunakan.
Memang hebat betul arkitek lighting design and landscaping lighting yang buat pencahayaan di gua ni!
Next adalah 'The Musical Stone' atau 'Music Screen' yang merupakan salah satu dari 'The Three Wonders'. Ia adalah rock formation nombor 07 dalam peta gua.
'Muzik Screen' ni terdiri daripada keping batu dengan ketinggian dan ketebalan yang berbeza. Apabila digosok akan kedengaran melodi yang merdu. |
Kombinasi warna-warna 'warm' dan 'cool' dengan susunan yang indah telah mencipta kontras yang menarik, semua digabung dalam penyatuan pelbagai warna yang mencetus harmoni.
So beautiful!
Bila lalu section ni pulak ada bau masam yang kuat. Rupanya ada rice wine yang diperam dalam balang-balang tembikar. Memang secara tradisinya rice wine di kawasan ni diperam dalam gua.
Seterusnya ialah 'The Longji Terraced Fields' atau 'Long'ji Terrace Fields'. Memang kelihatan seperti teres-teres sawah padi. Dikatakan ianya menyerupai teres-teres sawah padi di Longji.
Ini adalah rock formation number 08 dalam peta gua. |
Saya rasa cara pencahayaan yang dibuat di sini telah berjaya menonjolkan permukaan batu ini supaya kelihatan jelas seperti teres sawah padi.
Haaa... ni yang paling cantik sebab rock formations yang disimbah pelbagai warna yang berharmoni terpantul bayangannya pada permukaan air di kolam cetek di bawah. Cantik la sangat!
Kolam tu cuma sedalam 20 cm sahaja tapi dalam gelap tu macam kolam yang sangat dalam. Saya actually rasa gayat masa berdiri dekat pagar tepi kolam tu.. hehe. |
Namanya ialah 'Jade Pool Fairyland' atau labelkan sebagai 'Reflection In The Water' rock formation number 11, seperti di papan peta di pintu masuk tadi.
Pantulan dalam tasik sentiasa berubah kerana perubahan pada pencahayaan pada rock formations tu. |
Yang ni pulak dipanggil 'Snow Fir Tree In A Golden Flower Pot' atau 'Cedar Pine in Golden Basin'. Memang la ada rupa pokok pine. Ini rock formation number 12.
Ada 'tiang-tiang' besar seperti ini yang nampak sungguh magnificient!
Ini pula adalah 'The Water Fall In A Snowy Mountain' atau 'Flying Waterfall of Snow Mountain', rock formation nombor 13 pada papan info peta. Ianya adalah salah satu dari 'The Three Wonders' dalam gua ni.
Di sini pelawat bagai bermandikan cahaya berkilauan gua. Dinding di bahagian gua ini disimbah cahaya putih biru bagai salji dengan bentuk stalaktit bagai silver waterfall. Kira macam berasa seolah-olah berada dalam dunia salji yang dikelilingi oleh air terjun.
Kelihatan seperti air terjun mencurah turun.
Pada saya nampak macam air terjun yang sudah beku. Frozen.
Seterusnya ialah 'A Pole Holds The Sky' atau 'Solitary Pillar Bracing The Sky', rock formation number 14 pada peta.
'A Pole Holds The Sky' ni tinggi menegak dari tanah ke siling dengan ketinggian 26 meter dan bercabang-cabang di bahagian tengah dan bawah macam dahan-dahan pokok. Sesekali dipancar dengan suluhan segaris cahaya merah seperti dalam gambar di bawah supaya nampak lebih jelas.
Kata Francis, yang ini pula ialah batu yang tergantung/tersangkut akibat gempa bumi. Sekarang ia disokong kuat dengan tiang besi supaya tidak jatuh.
2 tiang yang pada saya sangat menarik ni di panggil 'The Magical Twin Poles' atau 'Magic Double Pillars'. Ini rock formation nombor 16 pada peta gua.
Yang menariknya pada saya ialah ianya kelihatan seperti rapuh dan akan crumble at any time... hehe.
Sesekali mendongak ke siling terasa betul besarnya gua ni. Tinggi sungguh silingnya di bahagian-bahagian tertentu dalam dua ni.
Next ialah batu bentuk payung kuncup ni. Ia dipanggil 'Pearl Umbrella' atau 'The Hunyuan Pearl Umbrella' rock formation nombor 17. Ia tersenarai dalam kategori 'The Three Treasures'.
Kata Francis apa yang penduduk tempatan di sini nampak pada rock formations ni ialah ladang cendawan yang diusahakan oleh seorang petani. Petani ini telah pergi berehat, meninggalkan tualanya tersidai di sini. Nampak tu tuala putih tu :).
Ini di bahagian 'The Water Fall In A Snowy Mountain' tadi.
Kelihatan dah semakin ramai pelawat yang datang. Tapi kesesakan dikawal dengan cara membenarkan pelawat masuk in batches.
Francis kata elok kita rehat sebentar di sini. Masa ni saya cuba ambik gambar guna hanphone. Ehh... cantik imejnya! Tapi bila zoom in tak berapa tajam sangat dan ada bintik-bintik 'noise'... tapi still kira boleh la.. hehe.
Lepas berehat dalam 15 minit, kami berjalan lagi melalui laluan kecik ni. Iluminasi cahaya biru dalam terowong kecik tu buat suasana nampak dramatik. Saya suka :).
Beberapa lagi pemandangan siling gua yang tinggi-tinggi belaka dengan stalaktit mencacak dan bagaikan air terjun frozen.
Foto-foto ni diambil menggunakan handphone Samsung. Not bad, right? Tak sangka phone ni dalam keadaan low light boleh hasilkan foto macam ni. Nice. |
Section macam ni yang tak larat... hehe.. Tapi tak pe, pelan-pelan je. Francis pun santai je. Tak perlu kelam kabut atau nak cepat, dia tunggu kata dia. Tambah Francis lagi, lain la kalau dengan group pelancong China, mereka lebih suka bergerak laju.
Next, stalagmite ni dipanggil 'The Ice Cream', rock formation number 22. Entah la, pada saya tak nampak pun macam ais krim.
Seterusnya ialah 'The Art Corridor' atau kata Francis nampak macam 'The Great Wall of China', rock formation number 23. Lain orang lain daya imaginasinya kan. Tapi saya lebih setuju dengan Francis sebab indeed nampak macam tembok besar China versi miniature :).
Yang ni dinamakan 'The Ten Thousand Year Old Glossy Ganoderma', rock formation number 24. Lokasinya betul-betul tegak di siling, mendatar, di kelilingi permukaan gua lain yang berceracak. Yang ni memang ada rupa cendawan ganoderma.
Pencahayaan di sini membantu tumpuan visual pelawat ke arah subjek yang ingin ditunjukkan iaitu menumpu pada plat bujur di siling.
|
Beberapa lagi pemandangan dalam gua dirakam dengan handphone.
Yang ni pula ialah 'Forest Park', rock formation number 25. Kalau nak panggil yang ni hutan, elok suluh dengan warna hijau sepenuhnya, ye tak?
A few more shots while on the way out of the cave.
Haa.. tu la tangga naik ke pintu keluar dari gua ni. Sayuppp....
Alhamdulillah, selesai sudah jalan-jalan dalam Silver Cave. SubhanAllah, hebat sungguh ciptaanNya.
Berjalan turun tangga menuju ke bas.
Bersambung....
Di bawah adalah links untuk semua entries Yangshuo dan Guilin saya:
8) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 03 - PART 03 - ZHENGYANG PEDESTRIAN STREET AND SHAKING MAGIC SHOW
hehehhee..
ReplyDeletegrading apakah yang depa gunatu??!
AAAA?
Kalau lagi bagus , tambah sampai AAAAAAA ??!
depa cakap ' kelati !! kelati !! kan?? hehehe
uih..
jauhnya nak berjalan satu cave gitu! tapi kalau pemandangann ay cantik gini.. tak terasa jauh nya kan?
pulak tu asyik mengetik kamera je.. tau tau dah sampai hujung !!
ISo paling tinggi 70D berapa ya?
kamera saya .. paling tinggi 1600 je
nak kena upgrade dahkan >??
:)
ha !! ada kelati besar dalam gua !!
lai laii !! kelati !!!
mana-mana pun depa boleh bayangkan buddha ..
taoi kan..
dah lama saya perasan dan nak tanya kat depa..
patung Buddha di luar China lain dari di China kan?
macam kat Sri lanka , Borobudur, Ankor Wat
di China jadi bulat bulat pulak..macam yang laughing Buddha tu..
yang paling saya suka .. yang musical screentu.
cantiknya !
macam mengalir gitu !
ya..
samsung in low light photography cantik
kalau fon saya ..
hampeh !!
Haaa.... gitu le grading kehebatan wisata mereka. 5A tu max, kira paling hebat lah.. hehehe...
DeleteTourist Attraction Rating Categories of China guna sistem penilaian untuk tentukan kualiti tarikan dari segi keselamatan, kebersihan, sanitasi dan pengangkutan. Ada lima kategori iaitu A (atau 1A, ni tahap paling terendah), AA (2A), AAA (3A), AAAA (4A) dan AAAAA (5A, ni tahap tertinggi).
Haha... actually mereka pronounce betul 'd' as in 'keladi' tu... hehehehe..
Kan. Apa je bentuk batu dalam gua tu, agak2 mirip je dengan something maka itulah nama batu tu. Tapi yg bestnya gua tu, memang ada banyak bentuk2 batu yang pelik2 tapi menarik.
Betul. Kalau google patung Buddha, mesti jumpa pelbagai depiction of Buddha. Tu baru yg modern day Buddha, belum lagi kira yang antik Buddhas. Kalau tak silap, pada orang China, kalau bulat2 tu melambangkan prosperity. Kalau tak silap la.
Agreed, to me musical screen tu yg paling cantik jugak. Lagi cantik bila disuluh dengan lampu, lagi la nampak 'kedutan air' tu.
Doc, your next mobile phone upgrade, cuba la Samsung pulak doc :). Serious senang betul ambik gambar dalam gelap. Saya dgn DSLR dok terkial-kial, dan push ISO to max.. hahaha... since tak de tripod kan.. hehehe
Hi Syed, kembali kepada blog you. tngk2 previous post. Semua nya menarik syed. hehehehe. Yang best nya gambar2 ada banyak. Biar gambar berbicara. Im really2 love ur blog.
ReplyDeleteHi Vincent. Thanks sharing your thoughts.
DeleteMemang saya suka letak banyak foto di sini, buat kenangan :).
'Biar gambar berbicara'... I like that phrase Vincent :).