Wednesday, May 18, 2016

YANGSHUO & GUILIN: YANGSHUO - DAY 02 - PART 02 - BAMBOO UNLIMTED, MOON HILL & BAMBOO RAFTING

Okeh, moh sambung dengan lawatan seterusnya.

Seperti yang kita sedia maklum, kalau bercuti-cuti ke China ni mesti akan ada the so-called 'lawatan wajib' to Government stores. For us it was not so bad though cause kami dibawa pergi cuma ke 3 such stores sahaja selama kami di Yangshuo/Guilin ni. Pada saya seronok sebab dapat tengok 'lakonan' dan 'sandiwara' mereka dalam usaha memujuk [mengugut atau menakut-nakutkan?] kami supaya membeli produk mereka. Ada seorang 'doktor' di salah satu dari 3 stores tu buat perut saya sampai 'berdarah'! Tu nanti saya cerita dalam coming entries. 

The first government store kami lawat ialah ke Bamboo Unlimited. Dulu kami pernah ke China tapi tak pernah dibawa ke bamboo store. So this is new to us and could possibly be quite interesting. 

So off we went to the said store. Sambil tu terus clicking :). Here are some people shots.

Some scenery shots too. 

Bamboo trees. Masa dalam perjalanan tu Francis pun proceeded to create the 'mood' or possibly attempting to create 'excitement' pada kami tentang bamboo products yang kedai tu jual. For example, he told us about seluar dalam. Yes, you read it correct, underwears... hehe. That sure got everyone intrigued. I mean, underwears dibuat dari bamboo? Betul ke ni? Maka terpacul lah soalan-soalan dari akak-akak dan mak cik-mak cik rombongan, 'Ehhh... tak gatal ke? Tak miang ke?'.. hahahaha.... 
Francis kata tak miang, not itchy kata dia sambil gelak. Dia kata fibre bamboo diproses jadi kain yang lembut dan sesuai sebagai pakaian. In fact, dia kata seluar dalam tu tak perlu tukar hari-hari. Lepas pakai hari ni, boleh continue pakai esok tanpa dibasuh. Ewww... Dia kata sebab material fibre bamboo ni boleh serap peluh dan bau maka ianya still tak kotor. Or something like that la dia cerita. Both of us were chuckling and ewwing at the same time.. hehehe. More of this later lah.   

Pemandangan indah semasa menuju ke Bamboo Unlimited.


Fragrant tofu seller.

Dan kami pun sampai ke Bamboo Unlimited.

Guide dari Bamboo Unlimited ni tak reti berbahasa Inggeris so Francis yang dulu pernah bekerja di kedai ni jadi translator. 

Antara produk-produk yang dipamerkan.

Macam biasa kalau ke kedai macam ni mesti ada sesi penerangan yang diadakan di sebuah bilik khas. Iklim di Yangshuo amat sesuai untuk pokok buluh dan kerana itulah pokok buluh tumbuh banyak sekali di sini. Sejak dari dulu lagi, penduduk-penduduk Yangshuo telah memanfaatkan hasil dari pokok buluh untuk dijadikan pelbagai produk untuk kegunaan harian.

Mula-mula diperkenalkan sejenis strap bervelcro yang boleh dipakai di tengkuk, tangan atau kaki to relief stress dan sengal-sengal otot. Petugas meminta 3 volunteers and my wife raise her hand for me to try on. Pulak.. hehehe... Lepas pakai dalam lebih kurang 10 minit, strap tu yang di dalamnya ada charcoal of some sort mula menjadi panas. Mula-mula tu memang la rasa sedap dan lega. Lama-lama jadi panas dan macam nak melecur pulak.. hehe. Terus saya cabut.. hahaha.. 

Demonstrasi perbandingan serapan air di antara kapas dan fiber buluh. Kapas timbul di permukaan air kerana ia tidak banyak menyerap air sedangkan fiber buluh tenggelam kerana ia lebih mampu menyerap air berbanding kapas.

Begini lah rupa fibre buluh selepas diproses sebelum ditenun menjadi kain untuk dibuat pelbagai produk.

Pakaian seperti shawl yang dibuat dari fiber buluh ini sangat flexible untuk digayakan, termasuk juga boleh dijadikan tudung kepala.

Kesian tengok petugas lelaki ni mendemostrasikan macam-macam cara shawl tu boleh digayakan... hehe. Patutnya panggil la petugas wanita... hehehe.

Haa.. nak jadikan tudung pun boleh juga :).

Antara produk pakaian yang dibuat dari fibre buluh. 

Satu lagi produk strap yang multi functional. Nak kempiskan perut boleh. Nak jadi support pada tangan boleh. Nak strap pada peha pun boleh. Kiranya nak strap kat mana pun pada badan boleh lah. 


Juga ada penerangan ujian PH air botol mineral untuk menunjukkan keberkesanan fibre buluh dalam menyerap kekotoran. 

Ok, sedikit penerangan kenapa material yang dibuat dari fibre buluh adalah bagus. Material ini ada keupayaan untuk menyerap lembapan dari kulit, its natural intolerance of fungus dan teksturnya yang licin seperti sutera. So kiranya kalau pakai underwear ni macam pakai underwear sutera lah.. hehehe... 
Fibre buluh menggalakkan peredaran udara antara gentian, menjadikan ia secara semula jadi menyerap kelembapan. Peluh diserap dari badan dan udara dibenarkan mengalir di sekitar dan ini mengeringkan kulit. So kata Francis kalau pakai seluar dalam tu 3 atau 4 hari pun tak akan berbau. Ewww... hehehe.

Haaa... best kan pegi government stores di China ni. Dah dapat ilmu baru. Baru pada kami la. I suppose, since dah gitu pakejnya, pegi je la dan enjoy. Why nak grumble etc buat sakit jiwa je kan. Nanti spoil pulak trip. So don't let it. Remain positive and be open to the experience. Nak tak nak kena gak stop situ. Tapi kalau banyak duit, saya baca ada juga pakej yang tak gi stores macam ni tapi kena la bayar lebih. And where do you think that money goes to? Kan. So might as well just go, try to have a good time and you can always not buy anything. 

Kain lap fibre buluh ini juga bagus untuk mengelap cermin.

Selepas sesi penerangan kami diberi oleh petugas tadi seorang satu kupon diskaun ni untuk digunakan semasa membeli produk di kedai Bamboo Unlimited ni. 

Also kami diberi charcoal peanuts ni. Sedap! 

Pada saya petugas tu bagus sebab dia cuma semata-mata memberi penerangan dengan demonstrasi. Tiada sandiwara pujuk rayu supaya beli produk itu ini. Tak merimaskan. 

Lepas tu kami 'dilalukan' ke supermarket Bamboo Unlimited ni. Ada macam-macam produk yang praktical dan berguna terutama untuk kegunaan harian di rumah. Actually, no photography allowed tapi saya curi-curi le ambik.. hehehe. 

Isteri saya beli barangan ni which I agree sebab sangat praktikal untuk guna di dapur. Contohnya bamboo cloth tu. Punya la senang lap minyak dan kotoran pada stove. Lepas tu cloth tu cukup mudah dicuci walau pun dah berminyak. And can be reused somemore.  

Overall, tak lama pun kami di kedai tu, cuma dalam lebih kurang sejam sahaja. Masa jalan nak ke bas, ternampak gerai ni yang jual ikan bilis. Yang bercili dengan biji bijan tu nampak cam sedap je. 

Melawat sekejap auntie yang jual fragrant tofu ni :). 

Sementara menunggu ahli rombongan yang lain selesai membeli belah di Bamboo Unlimited, saya ambik la gambar di sekitar tempat parking bas. Ada beberapa penjual macam-macam barang bermotor ni.

Selesai di Bamboo Unlimited, kami pun terus menuju ke bandar Yangshuo untuk makan tengahari. 

Lunch kami hari tu di restoran ni, namanya, as translated by my Chinese friend, is restoran Mee Tarik Lanzhou. Just like restoran Mee Tarik Warisan Asli di Malaysia ni yang juga menjual hidangan authentic Lanzhou hand pulled noodle. 
Tu owner restoran ni bersama Francis sedang menunggu kedatangan kami.

Suasana dalam restoran. Typically saya noticed restoran di sana mesti ada very big menu board siap dengan gambar hidangan di dinding. And to me all of them look so delicious. Dah la saya ni suka mee.. hehehe.

Sementara menunggu hidangan disiapkan, saya pun explore sikit restoran ni. Terus saya jengok ke dapur.. hehe. Tu la the owner, nama dia Musa dan yang sedang masak tu isteri dia bernama Aisyah. 

Antara hidangan makan tengahari kami yang sempat saya ambik gambarnya. Yang lain habis dah kena ceduk-ceduk, so tak sempat.. hehehe... maklum la kan, makan duduk 10 orang satu meja macam style di sana :). Sedap sangat, habis licin semua lauk, siap mintak tambah nasi. Semua lapar masa tu kot.. hehehe. 

Yang menariknya kitchen ni ialah sebahagian dindingnya adalah batu gunung. 

Sempat la bersalam dan cakap thank you for the delicious lunch dan ambik gambar Musa dan anaknya Jamal. Baik dan ramah sungguh mereka ni. 

Selesai makan kami berjalan semula ke bas. Terperasan ada sebuah lagi restoran halal. 

Restoran ni pun jual noodles jugak tapi versi tak halal. 

Naik bas dah kenyang rasa ngantuk pulak. Tambah pulak cuaca nyaman gitu. Tapi besarkan bijik mata tahan ngantuk sebab nak ambik gambar.. hehehe... 
Di sana juga ada kemudahan sewa basikal awam.

People shots. 

Awas! Especially motor roda dua tu, sebab motor letrik, very senyap!


Memortrait sikit :).

Perasan tak, the city's roads are clean! 

Penjual limau kamquat. 

Nak ke mana seterusnya ni? Nak ke Moon hill :).

Masa dalam perjalanan tu ternampak la beberapa attractions. Boleh horse riding. 

Boleh rock climbing. 

Beautiful river sceneries. 


Ada Assembling Dragon Cave. Ada Gold Water Cave. 

Dan sampai ke satu kawasan lapang untuk dapat tengok dengan jelas Moon Hill. 

Moon Hill ialah sebuah bukit dengan gerbang semula jadi terletak beberapa kilometer di luar Yangshuo. Ia dinamakan sedemikian kerana ada lubang besar separuh bulatan pada bukit, yang merupakan tinggalan sebuah gua batu kapur yang terbentuk long ago. Seperti kebanyakan formasi di rantau ini, ia adalah karst. Ia juga merupakan tarikan pelancong yang popular.

SubhanAllah, unik betul pembentukkan arch tu. Pastinya terjadi dalam masa beratus tahun agaknya. Berukuran 50 m tinggi dan lebar.

Ok, kita zoom sikit. Dikatakan dari lokasi berlainan gua ni akan kelihatan seperti bulan penuh, separuh bulan atau bulan sabit. Seperti kebanyakan gua karst, terdapat banyak stalaktit berbentuk pelik tergantung di siling gua Moon. Ada yang seperti atendan pahlawan Buddha, beberapa seperti dewi bulan dan beberapa yang lain berbentuk arnab jed. Macam-macam la yang mereka nampak. 
Francis cerita yang Former US President Bill Clinton pernah ke sini dan teruja dengan bukit berlubang ni. Dia tak percaya ianya kejadian semulajadi. So dia pun panjat dan akhirnya percaya ianya natural occurence. Ikut ceritanya, Bill also kata dia cemburu sebab tuhan beri Guilin keindahan alam sebegini. 

Ada juga aktiviti rock climbing di bukit ni kata Francis. Ada 14 laluan mendaki gunung di sini.
Kata Francis kalau pelancong nak daki bukit ni pun boleh, akan ambil kira-kira 30 minit. Lagi lama kalau nak sampai puncak. Anak tangga nak naik tu ada 800 steps. Tangga marble ni ada pun ada nama iaitu "Appreciating Moon Path". Nak daki kena bayar entrance fee. Tapi kata Francis tak payah le kita panjat sebab akan ambik masa lama. Setuju! Hahaha... tak larat la nak panjat. So dapat shoot dari lokasi ni pun cukup bagus :). 

Bukit-bukit dan gunung-gunung lain yang kelihatan dari lokasi ini. 

Dan tentunya bergroup photo. Tengok si Francis tu, bergantungan leher dia dengan kamera-kamera berat.. hehe. Ting Ting juga bantu dengan menembak dengan tablet dan handphones. 

Pelancong dan locals.

Selesai ambik gambar dan bergambar, naik bas semula dan menuju ke destinasi seterusnya. Keindahan kawasan yang kami lalui ini dinamakan Ten-Mile Gallery. Memang la cantik seperti melihat lukisan-lukisan di sebuah galeri, galeri hidup that is :).

Some shots of the local people. 


Foto yang tengah tu ialah sebuah gerai bernama 'Gerai Makanan Sedap' :).

Seterusnya kami berakit-rakit ke hulu [tapi tak lah berenang-renang ke tepian] sungai Lipu di sebuah perkampungan lama iaitu Perkampungan Lipu. Kerajaan China telah designate dan promote kawasan ini sebagai tempat bamboo rafting kerana keindahan pemandangan di sungai Lipu. Juga untuk membantu penduduk-penduduk tempatan yang kebanyakkannya adalah miskin dan warga tua mencari rezeki dengan adanya kedatangan pelancong. 
Kami sampai awal ketika tiada ramai pelancong lain yang datang berbas-bas. So it was really nice. Memang gitu dibuat oleh si Francis. Bagus lah. 

Ada gerai jual cendawan. Oh my, what huge mushrooms!

Merentas sungai Lipu ni adalah sebuah jalanraya yang submerged. Interesting. 

Bukan kereta je, motor pun selamat lalu. 

Ada la seorang pak cik ni yang membawa haiwan burung-burung exotic untuk pelancong bergambar. Seperti kata Francis tadi di sini ramai warga tua dan mereka hidup miskin. Hendak terus jadi nelayan mungkin dah tak kuat jadi mereka berusahalah mencari rezeki dengan jalan lain seperti pak cik ni. Kesian pulak saya dengar. Pak cik ni pun baik je. Senyum selalu dan macam segan-segan dengan pelancong. Terharu kejap. Nak bergambar boleh dengan burung-burung cantik dia ni tapi tentu lah dengan bayaran. Cuma 10 Yuan atau RM6.00 sahaja. Ramai ahli rombongan kami ambil kesempatan bergambar dengan burung-burung cantik ni :).


Bamboo Rafting ni sebenarnya adalah Optional Tour dalam itinerari kami. Optional Tour ini ditawarkan dengan bayaran tambahan 350 Yuan seorang (RM210.00) yang meliputi Bamboo Rafting, persembahan Shaking Magic Show [Dreamers between Landscapes] dan Guilin Night Tour.

Inilah rakitnya. Besar. Boleh muat dekat 10 orang. Ni photo taken just before we set sail. Boleh la beli a printed copy later after dah selesai rafting.

Ini lah juru kemudi rakit kami. Nampak macam pretty strenuous jugak nak melayarkan rakit ni. 

Tapi once dah sailing, it was quite smooth. The bamboo rafting took about 40 minutes je.

Rakit-rakit pelancong lain yang already making their way back to the jetty. 

Dari jauh terdengar suara nyanyian.

Rupanya nyanyian oleh penyanyi rakit group pelancong tadi. 

Ya, setiap kumpulan akan disertakan seorang penyanyi sebagai hiburan semasa berakit dan menikmati keindahan alam. Penyanyi itu berpakaian tradisional kaum Zhuang dan menyanyi secara live.

Eh... bola apa pulak ni? Sambil menyanyi, bola warna warni ni dipegang oleh penyanyi tu. Haaa... bola ni dipanggil Xiuqiu, juga dikenali sebagai bola sutera atau bola sulaman.
Xiuqiu ialah kraftangan tradisional yang dibuat oleh orang-orang daripada kumpulan etnik Zhuang di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan diturun termurunkan dari generasi ke generasi. Xiuqiu yang diperbuat daripada kain sutera ini, secara tradisinya mempunyai tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau. Ia mempunyai 12 kelopak yang bertaup. Setiap kelopak mewakili satu bulan ia mempunyai imej bunga, tumbuh-tumbuhan dan burung-burung di atasnya.

Pada masa dahulu, Xiuqiu telah digunakan untuk melambangkan cinta. Jika seorang wanita buat bola sulaman ini dan memberikannya kepada seorang lelaki, ini bermakna bahawa dia telah memberikan hatinya kepada lelaki itu. 

Dan inilah penyanyi yang mengiringi kami berakit. Nama dia Ah Mei, menyanyi lagu-lagu rakyat kaum Zhuang. Bagus suara dia, serak-serak rocker especially bila she hits the high notes :).

Selit a couple of surrounding shots. Sebelum sampai jambatan tu rakit buat U-turn patah balik ke jeti. 

Dan Ah Mei terus mendendangkan lagu-lagu tradisional, menghibur kami sambil berakit perlahan menikmati keindahan pemandangan sekeliling. Very tranquil actually. Sebab kami group 22 orang maka kami naik 3 rakit. Jadi terpaksa la Ah Mei nyanyi pakai haler.. hehehe... Lagu Hindustan pun dia boleh nyanyi. Agaknya organizer bamboo rafting dah tau pengaruh hindustan kuat di kalangan orang Melayu, tu yang Ah Mei kena nyanyi lagu hindustan tu... haha. 

Ah Mei juga boleh menyanyikan lagu dalam bahasa Malaysia. Bahagian korus je la tapi.. hehehe. Click la video bawah ni :).


Saya perhatikan tak jauh ke dalam pengemudi rakit ni tolak buluh panjang tu ke dasar sungai. Betul la kata Francis, tak dalam sungai ni. 

Washing dishes at the river.

Ah Mei gigih menghibur kami dengan nyanyian lagu demi lagu. 

Jom tengok/dengar sedikit lagi rakaman nyanyian Ah Mei. 


Lagi pemandangan indah berkabus di perkampungan Lipu. 

Maka tibalah saat yang saya paling nantikan. Nak tengok burung cormorant tangkap ikan :D. Kelihatan seorang nelayan cormorant sedang menunggu kedatangan rakit-rakit kami. Ya betul, ini adalah pertunjukkan dan bukanlah happening in real situation sebab kalau nak tunggu tengok yang sebenarnya kena pergi jauh di bahagian lain sungai dan kena juga menunggu lama. A 'show' was just fine for me lah :). Dah dapat tengok ni pun dah cukup sangat bagus dan bersyukur. 
Menangkap ikan menggunakan khidmat burung Cormorant adalah aktiviti perikanan tradisional sejak 1300 tahun lalu yang juga sangat terkenal di seluruh dunia.

Ini lah burung-burung cormorant. Show pun bermula. Yang dalam air tu telah diarah untuk menangkap ikan yang berada tak berapa jauh dari rakit. Yang kat atas rakit tu duduk diam je. Mungkin dia bertugas masa next show kot.. hehehe. 

Nelayan ni menunggu burung tadi untuk kembali ke rakit dengan ikan dalam mulut.

Haaa.. dah timbul dah burung ni lepas dia menyelam. Terus ikan tu dia telan half way dan berenang-renang balik ke rakit. 

Walau pun ini sebuah 'pertunjukkan' tetap ikan hidup digunakan. Nampak ikan tu bergelut cuba melepaskan diri. Burung cormorant ni memang la cekap!

Tengok la tu, kembong dah tengkuk dia tapi tak tertelan terus tapi tersangkut sebab tengkuknya terikat longgar dengan tali. 

Lepas tu nelayan tu pun hulur buluh panjang dan burung tu pun naik ke buluh tu dan bertenggek. 


Alhamdulillah, ni la antara shots yang saya berharap akan dapat :).

Lepas tu nelayan tu pun memegang kepala burung tu seperti dalam gambar. Mula-mula tengok macam kesian kat burung tu tapi saya notice burung tu tak pun menggelupur atau cuba melepaskan diri bila dipegang macam tu. Meaning it was hurting or feeling pain, I'm guessing la. Tapi tak la lama burung tu kena pegang macam tu kejap je, just to take the bird off the bamboo.

Lepas tu... haaaa... ni yang I think many animal lovers nampak macam kejam... di mana nelayan tu akan mengurut leher burung tu nak keluarkan ikan tu. Actually, burung-burung ni dah dilatih dari kecik untuk buat kerja ni so mereka dah biasa. Lagi pun nelayan ni jaga betul-betul burung ni supaya sihat kerana mereka sumber mencari rezeki. Also the birds will be rewarded with fresh fish as well later, after the the day's work is done.

Ikan yang ditangkap akan diletak dalam bakul.

Suka betul saya tengok burung ni bertenggek.. hehehe... 







Tengok tu, bukan kecik ikan tu!

Ok, jom tengok dengan lebih dekat burung ni. Kaki macam kaki itik, ada selaput. Tu yang hebat berenang dan menyelam. 



Sometimes it is fun to do touristy things. Like posing with cormorant birds. I mean,, how often will I get the chance, ye tak.. hehehe. Ni burung-burung cormorant nelayan yang buat show tadi. Also nak tolong nelayan tu, cuma 10 yuan je [RM6.00] and you take as many photos as you want. 

Saya notice ada seorang lagi nelayan lain, tengah duduk dekat dengan jeti tempat kami got off from the raft tadi. Saya pun asked Francis to ask him if he don't mind posing for us a little bit with his cormorant birds. And of course I offered to pay him some money. Selain nak tolong dia, actually nelayan yang first tadi tengah dikerumuni oleh ahli rombongan lain.... hehehe... Nelayan kedua ni setuju :).

Haaa.... Alhamdulillah dapat pun shot yang saya nak ni :).

Burung nelayan ni nakal betul, tak boleh duduk diam sekejap pun....hahahaha.. 

Selesai dengan nelayan cormorant fishing and their birds, kami pun jalan-jalan sikit sementara menunggu ahli rombongan lain yang kelihatannya masih lagi sedang bergambar dengan burung-burung cormorant nelayan pertama tadi. Sempat saya ambik foto seorang lelaki tua bersama kerbau beliau. 

Haaa.. tadi kita nampak motor dan kereta selamat lalu di jalanraya tenggelam ni. Actually orang pun selamat juga jalan di sini. Ni pak cik tadi yang beri peluang pelancong bergambar dengan burung-burung eksotik peliharaan dia.  

I really do like this shot :).

Bersambung... 

Di bawah adalah links untuk semua entries Yangshuo dan Guilin saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Wah!Menarik betul pengalaman ni..Pegi guna travel agent mana?

    ReplyDelete
  2. saya ada shawl tu!! beli rm 21 online! berapa dia jual kat sana??!! saya nak bawak shawl tu pergi nuwaraeliya!! :)
    tak tahu lak diperbuat daripada bamboo fibres!
    yang letak kat leher tu ada guna bateri tak?

    saya kan... sangat skeptikal dengan kedai kedai gini.. mesti ada penipuan dan ugutan.. hehhehe

    hehehhee..
    saya takpercaya Bill Clinton panjat sampai atas sana!!

    bising aaa ah mei tu nyanyi..:))
    kan best kalau senyap senyao berakit dalam sungai tu..
    menikmati kedamaian desa..

    eiii.. kesian lak saya nengok burung tu tercekik gitu!!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Shawl tu flexible betul. Dari dibuat scarf to baju.. hehe. Hebat! Bagus fibre tu, kalau cuaca sejuk ia memanaskan. Kalau panas ia menyejukkan. Well, that was what the demonstator kata lah :).

      Tak de bateri doc. Dont know how it got so hot! Magnet kot.

      I understand, I also cant help but felt sceptical. Tapi enjoy tengok how diaorang do it though.. hehehe. Quite entertaining really. Especially when they change gear in desperation bila tak de yang nak beli.. hehehe. Masa tu mula la dapat tengok macam2 'teknik' yang mereka guna. Quite systematic actually.

      Hehehehe... tak caya ek? You're not the only one. But he probably did! :)

      Bising? Hahahaha.... I setuju tapi orang di kawasan tu memang terkenal dengan kebolehan mereka bernyanyi so tu yang ada serenading tu.. hehehe.

      I know right! Mmg kesian....

      Delete