Friday, May 27, 2016

YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 03 - PART 02 - GUILIN CHONGSHAN STREET MOSQUE, SILK HOUSE DAN LIU SAN JIE PARK

Selesai di Shangri La Park, kami pun terus sambung perjalanan ke Guilin. 

Di sepanjang perjalanan ada major road works. Agak sesak juga di setengah-setengah tempat. 

Sesekali dapat ambik suasana macam ni hilang la jugak rasa bosan stuck dalam traffic jam. 

Ini adalah lebuhraya yang kami lalu semasa kami ke Yangshuo dari Guilin semalam. Keadaan kesesakan lalu lintas bertambah teruk kerana sebelah jalan ditutup bagi kerja-kerja pembinaan jambatan.

Seperti yang diceritakan oleh Francis, dia ni adalah dari keturunan kaum Zhuang yang memang pandai menyanyi sejak dari kecil. Bernyanyi di kalangan mereka adalah sesuatu yang biasa. Jadi sebagai menghiburkan kami dalam bas ketika traffic jam, maka Francis mendendangkan sebuah lagu yang katanya cukup terkenal di kalangan orang Zhuang. It is a love story. 

Jom kita dengar nyanyian Francis. Bagus suara dia :).


Kebetulan pada hari tu dan esoknya adalah cuti umum di China so jalan jadi tambah sesak. Cuti Hari Pekerja. Ramai la locals yang bercuti-cuti jalan-jalan ke Guilin dan Yangshuo. 

Masa dalam bas tu juga Francis bercerita pada kami tentang masalah penduduk di China. Seperti yang kita semua tahu rakyat China cuma boleh ada seorang anak sahaja. Undang-undang in berjaya mencapai maltlamat mengurangkan penduduk yang dah capai 1.5 billion. Tapi masalah baru timbul bila sekarang dah kurang orang muda. Yang paling ramai ialah orang-orang tua yang dah tak produktif dan tak boleh lagi contribute to the country's economy. Kerajaan juga berdepan dengan kos tinggi untuk menampung the senior citizens. 

Masalah kedua ialah bila dah ada sorang je anak, maka yang sorang tu la yang sangat dimanjakan. Francis mengaku yang dia dan grilfriend dia Ting Ting tak tau memasak. Nak makan akan keluar. Itu cuma satu benda sahaja. Dalam lain perkataan, mereka find it very challenging untuk berdikari. 

Juga kata Francis, disebabkan dia tak ada adik beradik lain, di masa mak dan ayah dia sakit atau memerlukan bantuan, maka tiada orang lain yang boleh membantu kecuali diri dia. Nak tak nak, mesti dia juga yang tolong. Bukan dia kata dia tak nak tolong. Malah sebaliknya. Cuma ada masanya dia sibuk dan tidak dapat segera datang membantu dan ini buat Francis risau. Tambah lagi kata dia, apa akan jadi kalau dia sendiri ditakdirkan mati dulu. Siapa nak jaga mak ayah dia. Begitulah beberapa scenario yang dikongsi oleh Francis dengan kami. 

Sejak 2 tahun lepas, rakyat China sudah dibenarkan untuk ada 2 orang anak. 

Cakap pasal budak-budak, masa dalam jam tu bas kami berselisih dengan satu lagi bas pelancong penuh dengan locals. Ternampaklah saya budak China ni yang dok merenung kami. Agaknya dia heran dan tak pernah nampak orang Melayu seumur hidup dia. Jadi saya lambai la. Ehh.. lepas tu dia buat muka kat kami pulak.. hahahaha... 

Sesekali ternampak lori penuh dengan babi-babi gemok.

Francis bercerita lagi, lepas group kami ni, ada 7 lagi groups dari Europe dan middle eastern yang akan ke Guilin di bawa Francis bercuti. Kiranya dia ni memang sibuk memanjang. Kadang kala bila dah banyak sangat groups mereka among tour leaders will recommend each other. Francis juga memberitahu yang dia adalah salah seorang tour leaders yang memulakan Muslim Tour di Guilin/Yangshuo ni. 

Cerita Francis lagi, sekarang dah ada bullet train dari Guilin ke Chongqing dan tiket pergi balik berharga 200 yuan. Masa zaman dia student dulu tak ada keretapi laju tu, so dia kata pernah dia naik keretapi biasa dan berdiri lebih 12 jam dalam perjalanan 36 jam itu kerana keretapi tu terlalu penuh sampai kalau nak duduk atas lantai pun tak de ruang. Dah la berdiri, berhimpit-himpit pulak tu. Dia kata kalau berhimpit dengan the ladies tak pe la. Kalau dengan guys dan setengah dari mereka tu bau badan kuat, macam nak pengsan kata dia... hehehe. 

Dan kami pun tiba di bandar Guilin around noon.
Guilin adalah bandar ketiga terbesar di Wilayah Guangxi. Penduduknya berjumlah 800,000 orang. Nama "Guilin" bermaksud "Forest of Sweet Osmanthus". Osmanthus (nama lainnya, Guilin Flower) adalah bunga yang banyak tumbuh di kawasan ini.

Bila China mula membuka pintunya kepada negara luar, Guilin juga adalah antara bandar yang paling awal menerima kemasukan pelancong dari luar China. Sehingga kini, Guilin masih menjadi salah sebuah destinasi pelancongan utama di China. Ia menerima kunjungan 20 juta pelancong setiap tahun.


Since dah tengahari, kami terus dibawa untuk lunch di Hui Area. Penduduk Islam di Guilin telah diberi kebenaran untuk menetap di satu bahagian kota ini oleh Kerajaan China pada masa dahulu. Kawasan ini dinamakan "Hui Area" dan sebahagian besar penduduk di sini masih mengamalkan ajaran agama Islam. 
Sewaktu Komunis memerintah China, rakyat China tidak bebas beragama. Hanya kaum-kaum minoriti di China sahaja yang dibenarkan untuk meneruskan amalan keagamaan masing-masing. Oleh yang demikian, orang-orang Islam di China ketika itu bersatu sebagai satu minoriti yang dinamakan Hui untuk membolehkan mereka terus mengamalkan ajaran Islam. Kerana itulah menurut Francis, "Muslim" tidak dikenali di China, tetapi jika disebut "Orang Hui", semua penduduk China tahu yang mereka beragama Islam.

Kami dibawa ke salah satu restoran Muslim di jalan utama di Hui area ni di Chongshan Road.


Kami lunch di Endian Halal Restaurant. Restoran ni besar so boleh muat big groups. Banyak groups dari Malaysia makan di sini. 

Selesa di dalamnya. Masa kami sampai memang ada groups dari Malaysia yang baru sahaja habis makan. 

Ni lauk pauk yang sempat saya fotokan. Yang lain tak sempat sebab semua dah lapar masa tu.. hehehe. 

Sempat bergambar dengan Kassim the boss and Baharuddin the staff. 

Lepas makan kami pun ke Guilin Chongshan Street Mosque untuk bersolat.
Masjid ini telah dibina pada 1735 pada tahun ke-13 pemerintahan Maharaja Yongzheng, dibesarkan pada 1849 pada tahun ke-14 pemerintahan Maharaja Jiaqing dan diubahsuai semasa pemerintahan Maharaja Daoguang (1821-1850) dan semasa Republik China (1912-1949).

Pada masa ini, masjid Guilin Chongshan Road meliputi kawasan seluas 2,000 meter persegi, masjid yang terbaik dipelihara dengan skala yang terbesar di Guilin. Ia mempunyai satu set lengkap seni bina, termasuk dewan solat, dewan kuliah , kemudahan Wudu dan sebagainya.

Senibinanya adalah gabungan gaya tradisional Cina dan gaya seni bina Islam. Ada Kalimah Syahadat di pintu masuk ke Ruang Solat.

Ruang solat. Ada 12 red pillars.

Yang berlainan saya nampak ialah ada sebaris meja kecil berserta kerusi di tepi dinding yang siap diletak betul2 dalam barisan saf. Agaknya boleh digunakan untuk jemaah bersolat duduk atau duduk untuk membaca Al Quran atau belajar agama.   

Di ruang depan pintu masuk ke ruang solat. 

Ada Al Quran yang diterjemah dalam bahasa China. 

Sementara menunggu ahli rombongan lain selesai bersolat, kami pun berjalan-jalan sekejap di Chongshan Road ni. 

Ada kemudahan menyewa basikal. Swipe je kad pengenalan dan basikal boleh digunakan. Tapi tak pasti pulak macam mana method pembayarannya. 

Jalan-jalan sampai ke Tasik Rong ni, yang merupakan salah satu dari 4 tasik di Guilin. 

Papan tanda di tepi tasik Rong.

Pemandangan cantik. 

Taman yang hijau. 

Curious dengan mode of transportation ni saya pun ambik gambar.. hehehe... 

Tak lama dan tak jauh kami jalan-jalan tu. Terus naik bas dan ke destinasi seterusnya. 

Guilinese.

Kami dibawa ke 'lawatan wajib' iaitu ke silk house. Ni Government shop yang kedua kami lawati of the 3 shops during the entire program. 

Literal translation nama kedai ini dalam Bahasa Inggeris ialah 'Healthy Sleeping Factory'. Agaknya sebab dinamakan demikian sebab di kedai ni ada jual blankets, sarung bantal, cadar dan sebagainya yang ada je 'khasiatnya' kalau diguna pakai. 
Guide yang boleh berbahasa Inggeris tapi pelat sampai kadang tu susah nak faham.. hehehe.


Kata guide tu, Bama adalah sebuah bandar berhampiran Guilin di mana ramai penduduknya hidup sihat sehingga menjangkau lebih 100 tahun [foto kiri]. Kami diberitahu selain menghirup udara yang segar, rahsia penduduk di sini panjang umur ialah kerana mereka menggunakan sutera sebagai alas tidur.
Bam! And there's the catch! Hahahaha... 

Cara orang dulu-dulu proses benang sutera dan buat kain sutera. 

Ok lah berikut adalah gambar-gambar biasa dalam tempat macam ni. 




Tak boleh ambik gambar di bahagian ni. Ehh... dah kena 'paksa' ke kedai kau, tak bagi aku ambik gambar pulak... hahaha... 

Macam biasa, kami dibawa ke dalam what I call a 'trap' room where the staff akan bersungguh-sungguh memujuk dan merayu [memperdaya?] supaya barangan mereka dibeli. Helai demi helai cadar dan selimut dibentang to dazzle the group. Sewaktu kami melawat ke kilang sutera di Suzhou dalam lawatan ke Shanghai dulu, itulah juga corak-corak yang ditunjukkan kepada kami.
Scene 01:
Guide tadi offer jika dibeli 1 Set akan dapat 1 lagi Set percuma. Dalam 1 Set ada 1 bed cover, 2 pillow cases dan 1 cushion dengan harga 2,800 Yuan [RM1,700.00]. And of course pelbagai kebaikan sutera diberitahu pada kami dengan gaya yang begitu menyakinkan.

No one seemed interested.

Note: Guide tu punya la pelat. Contohnya, dia kata, 'I like your man', berulang-ulang kali. Haa... pe hal pulak kata gitu. After a while, baru lah saya faham. Actually dia kata, 'I recommend'. 

Scene 02:
A so-called 'Manager' masuk bilik bila tak ada yang nak beli. 'Manager' ni fasih berbahasa Inggeris dan bercakap with such authority jadi nampak lah macam gaya 'Manager'. Ye la tu. Terus dia offer untuk 3 Set dengan harga 3000 Yuan [RM1,850.00]. Wah! Only a 'Manager' can give such discount right? To add to the drama, the guide looked shocked at the price reduction and said the 3000 Yuan is the best ever offer price they ever give to anyone.

No one still seemed interested.

Scene 03:
The 'Manager' yang by now dah sounding a bit upset, made another offer. Kali ni 3200 Yuan untuk 4 Sets.. Whoa! Dahsyat!

Everyone remained uninterested.


Scene 04:
'Manager' talked to Francis. 

Gitu le cara saya 'entertained' myself bila ke government shops di China. Seronok tengok sandiwara mereka.. hehehe... Memang la macam membazir masa bila kena ke situ tapi apa nak buat, dah memang 'terpaksa'. Actually tak lama pun kami di situ, cuma dalam sejam je.

Seterusnya kami ke Liu San Jie Park, sebuah taman tema yang dibuat khas untuk Liu Sanjie dan kumpulan etnik Miao, Zhuang, Yao dan Dong. 

Liu San Jie, satu lagenda terkenal di China dari Guilin. 
Kisah lagenda Lui Sanjie berasal dari cerita kaum Zhuang tentang seorang gadis muda bernama Liu Sanjie [Third Sister] yang bersuara merdu. Sungguh merdu hingga orang mati boleh hidup balik. Begitu popular hingga sebuah filem muzikal dibuat sekitar tahun 1960. 

Jom masuk tengok apa ada kat dalam.

First of, pasti cannot miss this huge banyan tree.  


Kata Francis pokok banyan dipercayai boleh beri tuah yang baik so ramai la pasangan yang nak kawin akan gantung pada pokok ni reben merah yang tertulis wishes mereka. 

Berdekatan pokok banyan tu ada replika rumah tradisional Kaum Zhuang. 

Kata Francis, selalunya rumah kaum Zhuang ada 3 tingkat. Ground floor untuk ternakan, tingkat 2 untuk keluarga dan 3rd floor untuk anak-anak gadis yang dah of marriageable age.  
So kalau sapa-sapa lalu depan rumah orang Zhuang dan nampak ada gadis di tingkat tiga maka boleh la melamar.

Peralatan rumah tradisional orang Zhuang. 

Ini pula adalah bronze drum kaum Zhuang yang dulu-dulu digunakan untuk upacara korban dan perayaan. Pada masa kini, gendang ini telah menjadi satu alat muzik yang sangat diperlukan untuk perayaan-perayaan kaum Zhuang.

Peranan drum ini berubah dari zaman ke zaman. 
Asalnya pada zaman dahulu kala ia dianggap suci dengan kuasa ajaib dan digunakan hanya masa upacara keagamaan. Disimpan pun secretly di dalam gua atau ditanam dalam tanah supaya tak boleh suka-suka dipukul.

Kemudian ia secara beransur-ansur menjadi lambang kuasa untuk raja-raja. Drum ini digunakan untuk mengumpulkan orang untuk mesyuarat atau sebagai instrumen muzik tentera untuk menyemangatkan askar ketika perang. Raja-raja dianggap masih berkuasa selagi gendang gangsa ini masih ada dalam simpanan mereka.

Details pada drum in juga sangat menarik. Pada bahagian atas dan sisi gendang ada corak yang cukup halus seperti matahari, katak, naga, menari wanita dan corak yang lain. Satu bukti mereka worship matahari dan katak [kerana panggil hujan] kerana mereka percaya kedua-duanya memastikan tanaman mereka tumbuh dengan baik. 

Sebagai petani, kaum Zhuang sangat bergantung pada hujan. Jadi bila katak berbunyi mereka pasti hujan akan turun. 
Disebabkan bunyi katak membawa petanda yang baik, orang-orang Zhuang menganggap katak sebagai jelmaan Dewa Guruh. Bagi menghormati tradisi ini, sebuah patung katak yang besar didirikan di tengah-tengah tasik di Taman Liu Sanjie ini. 

Seterusnya kami ke satu lorong yang ada cerita kisah Liu Sanjie. Masalahnya cuma dalam bahasa China. Jadi dengar la apa Francis cerita. 

Kisah hidup Liu Sanjie.

Liu Sanjie atau 'anak perempuan ke 3 keluarga Liu' adalah seorang gadis cantik yang mempunyai suara yang sangat merdu di zaman Dinasti Tang. Liu Sanjie jatuh cinta pada seorang pemuda yang juga pandai menyanyi.

At the same time ada seorang pembesar yang suka jugak pada Liu Sanjie dan paksa Liu Sanjie kawin dengan dia. Liu Sanjie kata dia setuju kawin kalau pembesar tu menang pertandingan nyanyi dengan dia. Tentu la pembesar tu kalah. Marah sangat terus Liu Sanjie diculik. 
Memang sudah menjadi kebiasaan penyanyi adakala bertarung nyanyi menguji kecerdiakn mengalahkan pihak lawan mereka dalam siri serang dan menangkis menggunakan teka-teki dan permainan perkataan.

Dan tentulah boyfriend Liu Sanjie nak selamatkan dia. Untuk mengesan di mana Liu Sanjie disorok, maka Liu Sanjie dan si pemuda pun berbalas-balas nyanyi hingga lokasi tempat Liu Sanjie disorok diketahui. Hebat!

Dah selamat, mereka pun berkahwin. Kawin di bawah pokok Banyan. Tu yang banyak reben merah digantung oleh pasangan yang nak kawin pada pokok banyan di entrance park ni tadi. Liu Sanjie juga beri silk ball pada kekasihnya. Last sekali, untuk pastikan mereka terus selamat bersama selama-lama, mereka berdua setuju terjun ke dalam sungai dan bertukar menjadi ikan. 
Apa la nak pi jadi ikan. Then how to sing la? Gurgle je la boleh. And if kena tangkap dengan burung cormorant then how? Jadi lauk la jawabnya. Apa yang bersama selama-lamanya kalau cam tu?   



Seterusnya kami ke section kaum Yao pula. 

Ada poster gadis-gadis kaum Yao.

Kaum Yao dulu-dulu suka berperang untuk mendapatkan tanah. Yang kalah akan lawan semula after a while. Jadi menang dan kalah sering berlaku. Bila kalah kena la lari dari kampung. Jadi untuk senang larikan diri bersama harta, wanita-wanita kaum Yao buat barang kemas mereka besar-besar macam dalam gambar ni yang mereka selalu pakai. 

Kemudian kami ke rumah replika pembesar Yao. Kiranya rumah orang kaya lah. 

Saya cukup suka ukiran begini kerana ianya adalah bagai satu rekod gaya hidup orang dulu-dulu.

Sebuah rumah yang di consider mewah masa dulu dengan courtyard yang besar with separate entrance and buildings for the staff. 

Seni bina kayu China yang sangat cantik. 

Transport ni dipanggil Sedan Chair atau shoulder carriage, sleeping sedan atau warm sedan bergantung pada zaman dan lokasi. Zaman dulu, orang kaya je ada transport ni. Saya suka ukirannya. 

Ruang tamu dan bilik lengkap dengan perabut seperti katil, vanity mirror, cupboards, chairs and tables as well as decoratiosn such as paintings, jewelries and drawings.



Necklaces mereka yang besar-besar. Berat agaknya.

Seterusnya tengok wanita Yao yang berambut panjang tu. 


Show pendek ni bermula dengan pemuzik memainkan musik tradisional kaum Yao.


Kemudian datang la mak cik-mak cik kaum Yao ni untuk demonstrasi mengikat sanggul mereka.

Mula-mula rambut di kepala diuraikan untuk menunjukkan panjangnya rambut mereka. 


Seterusnya disambungkan dengan rambut yang dipotong semasa cukup umur 18 tahun. 



Lepas tu disambung pula dengan rambut yang gugur semasa menyisir rambut. Tak dibuang, tapi dikumpul dan disemat menjadi sanggul juga.



Dan ginilah sanggul mereka. 
I really recommend that this mak cik disuruh senyum la sikit. Garang benor rupanya. Kerja kat tempat-tempat tourism ni kena la mesra kat pelancong, ye tak.


Seperti di taman budaya lain, di sini juga ada persembahan kebudayaan. Di sini dibuat di dalam dewan di belakang performers tu yang sedang bergambar dengan penonton selepas pertunjukkan. Actually, semua pelancong boleh bergambar dengan mereka tapi dengan bayaran sebanyak 10 yuan [RM6.00] per performer. 

Boleh juga kalau nak sewa baju-baju tradisional mereka macam mak cik-mak cik ni... hehehe... Kebetulan mereka di join bergambar oleh seorang pelancong Cina dari Malaysia [yang baju biru gelap tu] :). 

Patung Liu Sanjie. 

Dan kebetulan juga ada sabung ayam. Siap ada betting. 

Kesian dan tak sanggup sebenarnya saya tengok animals being treated this way tu. Tapi shoot jugak for rekod. 

Masa tu dah habis dah lawatan di Liu Sanjie Park ni. Jadi kami cuma menunggu je mak cik-mak cik tu habis berposing dengan gaun-gaun tradisi orang etnik tadi. Sambil menunggu saya dan isteri noticed performers yang lain tu sedang ke sana sini mencari pelanggan untuk bergambar dengan mereka. Dari dok situ menunggu apa kata ambil gambar mereka. Bukan sorang dua yang nak saya ambik gambar. Saya kira ada 8 orang masa tu so saya minta Francis tanyakan mereka boleh ke kalau saya ambik gambar mereka semua secara berkumpulan. Lepas Francis tanya mereka kata boleh. 

Agaknya jarang kot ada permintaan yang macam kami buat ni, kami notice performers ni begitu excited bergambar untuk kami. Cantik berwarna warni. 

Mereka semua baik-baik belaka walau pun ada language barrier tapi mereka tetap senyum dan bersikap mesra. Saya pulak fikir tak pe saya bayar untuk 8 orang pun [mereka cuma dapat RM6.00 je seorang] sebab saya rasa mereka ni bukan orang senang macam yang Francis cerita. Regardless, saya happy dapat shots ni :). 

Saya fikir bukan senang nak dapat peluang ambik gambar kaum-kaum etnik di Guilin ni in their traditional attire. 


Lepas ambik gambar tu saya pun share la dengan mereka foto-foto tu sambil kata mereka ni cantik-cantik belaka. Suka mereka.. hehehe. 

Bersambung.....


Di bawah adalah links untuk semua entries Yangshuo dan Guilin saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. cissss !!
    kencing tepi jana gitu je!
    cina bukit betul!!!
    oh..
    dah boleh dua orang anak eh sekarang?!
    kerajaan mereka dah nampak dah kan kalau dua orang anak tu nanti macamana dalam dua tiga puluh tahun lagi ..

    saya tak jumpa pulak osthmanthus tu dalam bahasa melayu.'nanti nak tanya dak gb lah
    hahhahaa! ' dah lah kena paksa !! '
    sama je tektik mereka kan ..??!!
    ada tak mak-mak dalam grup tu yang beli akhirnya sutera tu??

    laa... dah berusaha susah payah nak jumpa balik..'last last lompat dalam tasik !
    nak sedapkan cerita.. kata lah jadik ikan
    padahal dah reput dalam tasik!!
    hahhahaaa

    eii.. susahnya nak basuh kalau rambut panjang gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... nasib baik budak kecik je.. hehehe... dah emergency sgt tu kot.. hehehe...

      I think so, saya rasa mereka actually dah nampak dah pun masalah masa depan masa mereka sekat to only 1 child per couple dulu tu but mereka still went ahead sebab masa dah ramai melampau penduduk. I'm sure they'll keep amending the law to suit the future situations.

      Ada doc. But not us!! Yg beli tu siap bagitau kami yg lain ni kata kalau dia tak beli, nanti lagi lambat kami 'dilepaskan' atau akan 'ditahan' dengan lebih lama. Huishhh... they would do that???

      Hahahaha.... reput... hehehehe...
      Sia-sia je usaha kan! Entah la doc, mungkin ikan adalah simbol keabadian agaknya pada mereka.

      Agaknya mesti kena gi saloon tu doc. If not jenuh le nak cuci yg di kepala dan the extensions. Habis entah berapa botol shampoo!
      Tapi kan alangkah bestnya kalau dapat tangkap gambar mereka cuci rambut di tepi sungai.. hehehe...

      Delete