Dari: http://www.mdbg.gov.my/
Taman Herba Negeri Perak ini terletak di Kampung Kepayang Negeri Perak Darul Ridzuan. Berkeluasan 22 hektar dan mempunyai 527 spesis tumbuhan herba untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah. Taman Herba ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti trem, tapak perkhemahan, surau dan dewan taklimat. Kedudukannya yang terpencil juga sesuai bagi aktiviti seperti memancing.
Masa Melawat : 8:00pagi-5:00petang (Isnin – Jumaat)
Tiket:
- Dewasa-RM2
- Pelajar/Kanak-kanak-RM1
Aktiviti Memancing: 3Jam-RM10
Perkhemahan/Familyday : 1 Tapak-RM200
Nombor Telefon: 05-3572290
Nombor Faks: 05-3577597
Alamat: Taman Herba Negeri Perak, Simpang Sindhu 31300 Kampung Kepayang, Perak.
Ok, jom tengok apa ada di dalam taman herba ni.
Pandu masuk dari pintu utama terus menuju ke pejabat taman ni dulu untuk beli tiket.
Tiket masuk ke Taman Herba Negeri Perak. Cuma RM2.00 sahaja.
Cara nak ke Taman Herba Negeri Perak.
Ini pulak peta taman herba tu untuk rujukan dan panduan. Mana la tau kot sesat pulak nanti cause taman ni sangat besar!
Hijau dan rendang. Kami tak berjalan kaki tapi pandu kereta. Penat kalau jalan kaki lebih2 lagi masa tu dah pukul 3 petang. Panas... :)
Bila ternampak sceneries macam ni saya stop tepi jalan dan keluar ambik gambar.
Pemandangan pokok2 kelapa tepi tasik macam ni memang saya suka sangat.. :).
Kami jumpa Laman Rempah Ratus.
Ooo.. gini la rupa pokok kayu manis.
Pokok belimbing ni saya biasa tengok.
Saya cuma tahu pokok kelapa. Tak tau if it is pandan ke atau specise lain :).
Then kami turn masuk jalan ni. Jalan tanah dan rumput. Saya belok sebab dari jauh nampak cantik dan redup. Rupanya at the end of this route is a dead end.. hahaha... so kena patah balik.. hehehehe... Tak pe la, at least dapat ambik gambar view cantik ni.. :).
Haaa... ni pokok lada hitam. Buahnya hijau serumpun.
Bougainvillea.
Ok, sebab sceneries sini cantik sangat, saya tampal sini a few more ya :).
Ni view petang ni. Kalau pagi agaknya sure lagi mystifying!
Oh ya, foto2 ni semua saya ambik dengan dgn handphone Samsung saya. Not bad lah quality foto2nya. Kenapa tak bawak dslr? Sebenarnya tak de plan nak ambik2 gambar masa balik kampung hari tu so tak le bawak camera berat tu. Then tetiba ada time nak ke taman ni pulak. Guna hp je la.. hehehe..
Ada poster besar ni on kegiatan2 Jabatan Pertanian.
Kalau tak ada usaha2 jabatan ni mungkin tak ramai tahu dan kenal tentang kekayaan herba dan rempah ratus kita. Juga tentu sedikit je usaha untuk menkomersilkan hasil herba ni.
Ok, park kereta saya jalan2 sikit ke arah beberapa pokok yang ada papan tanda ni. Yang ni mata itek. Interesting namanya pun. Macam mana asal usul dapat nama tu kan?
Gandarusa hitam. Dari apa yg saya baca ada juga gandarusa putih dan gandarusa jalur. Banyak khasiatnya.
Saya pakai dandruff shampoo je.. hehehe..
More beautiful sceneries di Taman Herba Negeri Perak.
Fyi, disamping kehijauan dan kerendangan suasana, area ni juga nyaman berangin. Bentang tikar dan tidur.. best!
Ok, back to pokok2 herba :).
Kebanyakkan papan2 tanda info pokok2 ni perlu ditukar. Dah hampir nak hilang tulisan sebab hujan.
Yg ni ada lalat dah mati melekat.. hehehe...
Pokok kemuning.
Pokok Pinang Merah.
Rasanya nama pokok ni temu lawak. Semoga staff taman herba ni ternampaklah keadaan uzur papan tanda ni dan tukar.
Laman2 lain di taman ni. Kami seterusnya ke Laman Warisan 2.
Laman Warisan 2. Ada apa di sini? Jom tengok.
Haaa... ada laman yang cantik ni!
Ada macam2 pokok2 herba di dalamnya!
Ok, di sini saya tampalkan sebanyak yang sempat saya rakam jenis2 pokok2 herba. Seronok pulak tahu tentang pokok2 ni yang some of them saya selalu nampak tapi tak pernah tahu apa namanya. And some of them tak tahu pun ujud! Dan macam2 khasiatnya!
Wah... periuk kera pun banyak khasiatnya. Air dalam periuk kera ni boleh kekalkan kesihatan mata!
Bahaya Haba Neraka tu! Nak dekati atau lintas kawasan yg ada pokok ni pun tak boleh!
Encik ni adalah salah seorang pegawai taman herba yang sedang monitor works being done at the nursery opposite this Laman Warisan 2. Ikut kata encik ni jika berminat tentang pokok2 ni dan khasiat2nya, boleh beli buku tentang pelbagai herba yang ada dijual di pejabat taman ni. Wah! Bestnya!
Still saya tetap terus gigih going from one tree to the next dan ambik gambar. Lain kalau kita tengok sendiri pokok2 ni banding dengan tengok dalam buku :).
Temu lawak ni banyak sungguh khasiatnya!
Palas tikus as birth control!
The best name! Nyonya Makan Sireh :)
Kacip fatimah boleh rawat sakit gila meroyan or post-natal depression.
Halia angin, satu lagi pokok yang boleh digunakan oleh ibu baru bersalin. Banyak betul pokok2 yang boleh digunakan untuk ibu2 yang baru bersalin.
Dari sakit lutut dan pinggang, ke kencing manis dan darah tinggi hingga ke kanser limpa, boleh dirawat dengan pokok2 ni.
Lalang pun ada khasiatnya!
Lets call it 'Kembang Emas' from now on shall we. Lagi cantik nama tu :).
Seinci sehari je ya, jangan overdose pulak.. hehehehe...
'... dan ditampal di tempat berkenaan'. Hehehe... so proper gitu.
Kesian kanak2 tu.. rasa pahit agaknya... hehehe...
Pegaga memang bagus. Banyak khasiat. Juga sedap dibuat ulam cecah dengan sambal cili kelapa. Nyum!
Suasana nyaman dalam Laman Warisan 2.
Seterusnya kami ke Tapak Semaian pulak.
Pekerja2 ni sedang loading these pots of pokok2 bunga untuk satu acara rasmi as set deco.
Sejuk je dalam ni. Ada pancutan air dan netting melitupi kawasan tapak semaian ni.
Ya, pelawat dibenarkan masuk ke sini. Tapi jaga2 jangan pegang2 dan petik2 pulak pokok2 ni. Tengok dan tangkap gambar boleh la.
Jika berminat kat pokok2 ni boleh juga request untuk dibeli. I suppose only if they have the stock and for certain pokok only.
Rasa seronok pulak jalan-jalan dalam tapak semaian ni sambil baca nama2 pokok2 ni. Setawar, lempoyang hitam, ubi bemban salur, sundal malam dan keembung.
Tongkat ali putih dan tongkat ali hitam.
Kacip Fatimah dan kening Fatimah.
And of course, ni my fav pokok lah.. hehehe...
Nama2 yg unik: Zebrina, hempedu beruang, kaduk, hanyir ikan dan jarak buncit.
Jarak buncit tu saya baca boleh menyebabkan koma!
Dan last sekali pokok ajaib ni.
Dan inilah buku yang dikatakan oleh encik pegawai taman herba ni tadi. Koleksi Tumbuhan Herba Terpilih Di Taman Herba Negeri Perak. Bagus buku ni.
Senarai Tumbuhan Herba di Taman Herba Negeri Perak. Beraneka herba!
Tentang buku ini.
Contoh kandungan buku ini.
Lepas dah habis rounding, masa dah pukul 5:30 petang. Suhu 35.5°C. Panas. Also lapar dah. So lets go for minum petang! :) Kami ke Kafe Kelang Kopitiam.
Makan otak-otak dan pepes yang sangat sedap ni!
Sempat saya bersembang dan ambik gambar brader yg bergerai di depan kafe ni.... hehehe...
Dan Kafe Kelang Kopitiam ni katanya famous dengan ABCnya yang bermacam ragam. So we had these!
A nice end to a short jalan-jalan di Taman Herba Negeri Perak.
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
haaaa..
ReplyDeletesaya pun dah dua kali melintas depan Taman Herba ni ..masa dua kali ke Istana Kellie tu
Tapi taaaak jugak singgah ..
sebab hari panas sangat..
banyak jugak pokok yang saya kenal sebenarnya..
lidah jin.. pegaga [ hahaha..of koz lah kan..ekor kucing .. bunga tanjung.. akar dani ..balung ayam
wedelia tu biasa orang tanam as coverage..
dan among mangsa pertama saya masa mula-mula pegang kamera dulu!
hahahaaaaaaa..
tak tahu pulak ada kegunaannya..
Laman Kosmetik tak sempat pergi eh? :)
jom nyanyi..:)
buai laju laju
sampai pokok sena
apa dalam baju
sekuntum bunga cina
~ sekarang saya dah tau apa pokok bunga cina ..
tanya tak adik yang jual otak-otak tu..asal dari JB tak dia?
:)
Ingat tak akan le nak ke tmn tu masa balik kg hari tu. Tu tup ehh... ada opening... free and easy... so pe lagi gi la taman tu. Tu yg tak bawak dslr pun... :). Panas pun panas le.. kalau nak tunggu hari redup entah bila la saya akan eventually ke sana.... hehehehe...
DeleteYesss.. masa saya di situ saya terfikir haa... pokok ni, pokok tu mesti doc tahu.. :).
Saya masa kecik suka tengok pokok balung ayam tu. Unik!
Tak, Laman Kosmetik tak sempat pegi. Dah makin berbahang dah masa tu.. berpeluh2... kalau gendung dslr lagi la lencun... hehehe..
Tanya. Dia kata memang bekalan otak-otak frozen yg dia jual tu dari JB :).
lupaaa!!
ReplyDeletehaba neraka!!!!
nak lalu dekat pun dilarang!!!
power!!!!!!
Tu la!!! Power giler! Macam boleh emit bau atau gas yg boleh penetrate human body and cause interna harm!
DeleteDorang ada jual anak2 pokok tak? Kalo ada, nak beli utk dtanam dibelakang rumah.
ReplyDeleteAda. Elok hubungi mereka dan check dulu kalau pokok2 yg en/cik hendak tu ada atau tidak sebelum ke sana.
Delete