Ok, ni Part 03, the last part of the jalan-jalan Negeri Sembilan :).
Selesai di Muzium DiRaja Seri Menanti, it was time for lunch. Lapar masa tu from all the jalan-jalan.. hehehe... Bala kata nak bawak saya makan di satu gerai yang popular dengan masakan gulai lemak cili padi ikan keli salai. Uwahh! Sounded delicious. Bukan main lagi Bala dok kata that I should definitely try it. Well, he does not have to ask me twice.. hehehe...
Kami lalu Kampung Gemetir, Tanjong Ipoh.
Selesai di Muzium DiRaja Seri Menanti, it was time for lunch. Lapar masa tu from all the jalan-jalan.. hehehe... Bala kata nak bawak saya makan di satu gerai yang popular dengan masakan gulai lemak cili padi ikan keli salai. Uwahh! Sounded delicious. Bukan main lagi Bala dok kata that I should definitely try it. Well, he does not have to ask me twice.. hehehe...
Kami lalu Kampung Gemetir, Tanjong Ipoh.
Sepanjang perjalanan tu saya notice ada beberapa gerai yang menjual ikan keli salai dan ayam salai. Menarik ni!
So saya pun requested that Bala stop at one of the gerai sebab I wanted to have a closer look. Dan ambik gambar of course...hehe. So Bala stopped at this gerai yang juga ada menjual lemang.
Itu adalah ayam salai dan itik salai. Hmm.. I understand why they were displayed like that i.e to tell passersby what are being sold there. Tapi tak sanitary lah tepi jalan berhabuk berasap macam tu. So my guess was those were strictly for display kot.... hehehe...
Ni lah owner gerai ni. Baik akak ni melayan saya dan Bala menjawab soalan-soalan kami. Contohnya kata akak ni, sekor ayam salai berharga lebih kurang RM20.00. Tapi itik lagi mahal, RM40.00 sekor!! Ikan pulak 4 atau 5 ekor berharga RM10.00.
Saya baca ada gerai yang jual itik salai tu sampai RM60.00 sekor!! Kenapa mahal sangat? Sebab tekstur daging itik lebih padat dan minyak yang dikeluarkan itik buat rasa hidangan lebih sedap. Also rumit nak salai, sampai nak dekat 2 jam.
Akak ni kata nak salai kena pakai kayu pokok-pokok tertentu untuk bara yang tahan lama seperti batang kayu getah, rambutan atau manggis. Dan nak salai mesti guna satu tempat khas untuk membakar. Yang perlu adalah bara yang dibiarkan berasap. Tak boleh panas sangat sebab nanti yang disalai akan jadi kering pulak.
Satu sepit ni selalunya ada 4 atau 5 ekor ikan.
Ok, nak yang kiri [ayam] ke nak yang kanan [itik]? :)
Lepas tu Bala bawa saya ke Zaini Salai House for lunch. Apparently according to Bala restoran ni sangat popular dengan masakan lemak cili padinya. Nice! Saya dah terbayang nak makan gulai masak lemak cili padi ikan keli salai. Fuhh! Panjang betul nama masakannya pun!
Simple je restorannya. Terletak betul-betul tepi jalanraya.
Ada meja dan seats style pangkin. Nice :).
Tempat cuci tangan yang sinkinya ialah sebuah tempayan :).
Okeh, jom tengok lauk pauknya :).
Haaa.. ni la gulai masak lemak cili padi ikan keli salai! Looks delish!
Saya ambik sekor, yang saiz besar.., hehehe... with extra kuah.. banjir sikit.. hehehe...
Tak sure if this is ayam salai atau itik salai. Kalau itik salai, berapa la agaknya seketul?!!
Sayur kangkung...
I think ni mungkin itik kot.
Bala ambik sepinggan ulam pegaga yang besar-besat dan crunchy fresh untuk kami share sama. Awesome. Cecah dengan sambal belacan.. uwahh! Hehehehe...
Bala tekun makan lunch dia. hehehe...
My lunch: gulai masak lemak cili padi ikan keli salai, sayur kangkung, sambal belacan dan nasi separuh :).
Sedap la sangat. Now I understand why ramai yang sanggup drive jauh-jauh untuk makan di sini.
Then ternampak pulak air botol klasik ni :).
Ambik gambar kejap.... hehehe...
Restoran ni juga ada jual pes-pes ni. Saya tanya la akak di restoran tu if these were the same pes used in the restaurant's dishes? Dia kata tak. Ni produk orang lain. Hmm.. tak jadi beli.. hehe...
Next kami ke Taman Rekreasi Ulu Bendol / Hutan Simpan Angsi. Hujan lebat masa tu so tak leh keluar teksi. Jadinya shots all taken from inside the car. Jadi la, asal ada a few shots yang ok... hehehe.
Bala kata nak masuk ke dalam Taman Ular tu? Yeah! Right! Hahaha...
Dalam hujan lebat tu ramai jugak pengunjungnya. Hujung minggu masa tu.
Then saya ternampak orang berkumpul kat tepi jalan ni. Bala kata mereka tu tengah tadah air dari mata air gunung.
Cerita Bala lagi memang ramai orang dari area berdekatan dan juga dari jauh yang datang ambik air dari mata air di kaki gunung Angsi ni. Ada yang sampai datang dengan van dengan bekas-bekas air besar. Yang tadah banyak-banyak tu kata Bala ada yang untuk dijual.
Masa kami slow drive kat tadahan air tu ada seorang mak cik ni tengah tadah air gunung ni dalam hujan lebat. Besar bekas-bekas air yang dia bawak. Air tu pulak kecik je. Jenuh tu menunggu.
Kata Bala orang datang dari awal pagi sampailah tengah malam menadah air di sini. Adalah dikatakan air ni boleh bantu menyihatkan badan disamping membuatkan peminum rasa segar dan lebih bertenaga. Ia juga katanya jauh lebih segar dan sedap compared to air paip yang dimasak atau air mineral botol.
Since dah masuk waktu Zohor saya pun requested Bala to stop at the next masjid. Dia bawa saya ke Masjid At-Taqwa di Kampung Paroi.
Lepas tu Bala bawa saya ke sini, kedai Tradisional Food Industries di Taman Paroi Jaya.
Memang la elok sangat ke sini kalau nak cari sneks dan jajan. Ada macam-macam!!
So glad Bala took me here sebab saya terjumpa Ikan Bilis Cili Padi Sedap dan Bilis Rangup 3 Rasa ni!! Sedap sungguh! Makan dengan nasi, sedap. Nak makan gitu je macam makan snek pun sedap jugak! :)
Kemudian saya ajak Bala untuk ke mana-mana kampung orang asli yang berdekatan dengan lokasi kami masa tu. Bala suggested a few and decided to head on to Mukim Pantai. Kata dia ada kampung orang asli di situ.
Jalan masuk ke kampung orang asli. Ada sungai yang pristine.
Saya dah tak ingat pulak apa nama kampung ni. Saya nampak ada signboard 'Kg. Kolam Air' Mukim Pantai. So I guess it is Kampung Kolam Air lah :).
Rumah-rumah orang asli. Simple and adequate. Kampung cukup nyaman, hijau dan bersih.
Saya tanya pada Bala agaknya dapat ke kalau saya jumpa orang asli di situ. Saja la saya nak bertanya a few things and if possible take a few shots. Bala kata boleh cuba. So dia stop kat rumah ni.
Agaknya curious nampak ada teksi depan rumah dia, tuan rumah ni keluar bertegur dengan kami. Bagus Bala ni sebab dia terus je bertanya pasal dusun-dusun buah di situ. Tanya ada ke durian dan buah-buah lain. Lagaknya macam kami ni round-round nak cari buah-buahan.. hehehe.
Dah nampak tuan rumah tu macam dah selesa dengan kehadiran kami, saya terus kenalkan diri dan nyatakan tujuan saya. Terus tuan rumah tanya saya ni pemberita ke? Hehehe.. I do get that a lot :). Saya kata bukan, cuma suka jalan-jalan dan ambik gambar.
Nama tuan rumah ni ialah Malim dan dia adalah dari suku kaum orang asli Jakun. Sementara isteri Malim pula adalah dari suku kaum Temuan. Mereka mempunyai 3 orang anak kecil. Perbualan kami bertiga lebih kepada tentang dusun dan buah-buahan yang kata Malim sejak akhir-akhir ni hasilnya kurang menggalakkan. Kata Malim petai banyak la.. hehehe...
Kemudian kami disertai oleh encik ni. Nama dia Atan dari suku kaum Temuan. Macam Malim dia sangka saya ni pemberita.. hehe... Dia kata a few months ago ada stesen TV datang buat rakaman di kampung ni.
Seperti kepada Malim, Bala bertanya pada Atan perkara yang sama.
Sempat saya request a photo together.. hehe...
Masa tu dah hampir pukul 3 petang so selepas mengucapkan terima kasih pada Malim dan Atan kami pun bertolak ke tempat seterusnya.
Bala was quite excited to show me sebuah loji rawatan air yang kata dia cantik pemandangannya.
Bala drove deep into the kawasan hutan menuju ke Loji Rawatan Air Mukim Pantai.
Unfortunately, loji tu sekarang dah not open for public. But of course. Bala was more frustrated than I was actually sebab dia kata dulu boleh masuk loji ni. Dia nak sangat saya tengok the amazing views in there. Bala parked his taxi and both of us walked to the entrance and spoke to the security guards. Memang orang awan tak dibenarkan masuk walau pun nak sekadar nak tengok. Apa lagi nak ambik gambar. I suppose I understood cause ni tempat sumber air dan perlu kawalan ketat. Kalau nak jugak kena tulis surat mintak kebenaran. Biasa la tu kan. Saya kesian pulak dengan Bala. Beria-ia dia tanya to go in.. hehehe..
Tak patah semangat dia kata dia nak try satu lagi tempat yang cantik for me to take photos. Nak pergi empangan besar pulak. Laaa... tentu la tak boleh masuk jugak kan.. hehehe... Dia kata nak cuba gak. Ikutkan je la :).
Kami berhenti kejap tengok pokok durian ni.. hehehe..
Bala bawa saya ke Empangan Sungai Terip.
View cantik di luar empangan ni.
Tu di balik bukit hijau tu adalah empangan besar.
A few more shots dari luar empangan.
Maka dengan itu berakhirlah jalan-jalan Negeri Sembilan saya :).
Berikut saya senaraikan tempat-tempat yang sempat saya lawat dalam program Jalan-Jalan Negeri Sembilan 2015 saya. Syukur Alhamdulillah.
01 - Masjid Negeri
02 - Lake Garden
03 - Jelita Ostrich Show Farm
04 - Sg. Terachi/Empangan
05 - Sawah padi
06 - Muzium DiRaja Seri Menanti
07 - Gerai itik salai
08 - Zaini Salai House
09 - Taman Rekreasi Ulu Bendol
10 - Mata air gunung Angsi
11 - Masjid At-Taqwa
12 - Kedai Tradisional Food Industries
13 - Kampung Kolam Air
14 - Loji Rawatan Air, Mukim Pantai [not open for public]
15 - Empangan Sungai Terip [not open for public]
Di bawah ni saya senaraikan semua links kepada entries Jalan-Jalan Negeri Sembilan saya:
01) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN - PART 01
- Klana Resort, Masjid Negeri, Lake Garden, Jelita Ostrich Show Farm
02) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN - PART 02
- Empangan kecil sungai Terachi, sawah padi, Muzium Di Raja Seri Menanti
03) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN - PART 03
- Kampung Gemetir, Zaini Salai House, Taman Rekreasi Ulu Bendol, mata air gunung Angsi, Masjid At-Taqwa, Kedai Tradisional Food Industries, Kampung Kolam Air, Loji Rawatan Air, Mukim Pantai, Empangan Sungai Terip
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
haa!!
ReplyDeleteair botol kaca tu memang fevret saya!
kita orangpangguil air lonjan [ LongChan ]
kalau buat sirap bandung soda stail johor.. guna soda lonjan ni memang sedap!!
dengarnya .. kilang tu dah tak buat lagi botoldalam kaca ni lagi nanti
dah ada botol plastik!
rasa masih sama.. tapi dah macam tak asli lah pulak!!
saya suka makan itik
masa bulan puasa.. mesti ada orang jual gulai kawah itik
hari-hari saya beli..sampai jemu..
saya nampak jugak orang tengah tadah air mata air gunung tu tapi tak sempat nak berhenti..dah terlajak nak ambik gambar..
ambik gambar tau!! bukan 'bergambar ' !!
hahhaahaaaaaaaaaaa!!!!
Kan. Botol kaca tu macam vintage gitu. Nampak lebih authentic. Tu yg macam terasa tak asli tu kot bila tukar plastik.. hehehe..
DeleteHmm... saya tak pernah lagi rasa air2 botol cam ni. Cuma ada sekali je dulu try Tapping Tapir. Memang sedap :).
Last time saya makan itik masa kecik2 dulu. Mak masak rendang. Tak ingat dah rasanya cam ner.. hehehe...
Hari2!?? Woittt.. mesti sedap sangat tuh!! :)
Hahahaha.... ok, ok,,, doc no selfie.. hehehehehe...