Monday, September 28, 2015

JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - LAO ZI TEMPLE

Pada awal September 2015 saya dan isteri drove ke Kuantan. Isteri ada conference so macam biasa saya temankan :).

Kami duduk di Zenith Hotel.

Cantik hotelnya.

Cukup selesa.

Malamnya saya ke East Coast Mall yang berada betul-betul depan hotel Zenith for dinner while my wife had her 'conference' dinner at the hotel.

Penuh je restoran-restorannya so saya cari je yang mana tak ramai. Ke Rasamas je la.. hehe. Lapas dah.. hehehe...

And for dessert beli 2 ketul donat pulak.. hehee..

Next morning we had breakfast. Sedap buffet sarapan hotel ni. Saya rekomen kalau ada siapa-siapa nak ke Kuantan nak cari hotel, elok stay sini.


Dah macam food blog ek, banyak foto-foto makanan pulak.. hehehe... 

Okeh, now mula cerita Jalan-jalan Sungai Lembing saya :).

Semalam masa isteri daftar for the conference, saya ke travel desk hotel Zenith ni. Ada desk ZA Nusantara Agency. Saya tertarik dengan pakej Sungai Lembing Tour agency ni. Memang tempat-tempat yang tour ni cover adalah places yang saya tak sempat cover dalam program Jalan-Jalan Pantai Timur saya beberapa bulan yang lalu. Also, some of the places dalam pakej ini juga ada dalam list yang saya buat sebelum ke Kuantan dulu tu.

So lepas sarapan, tepat pukul 8:30 pagi saya diambil oleh Azlan, tour guide dari ZA Nusantara Agency. Mula-mula kami singgah dulu di Lao Zi Temple sebab memang dah on the way to Sungai Lembing. Walau pun saya bebas memilih untuk pergi atau tidak mana-mana tempat lawatan dalam senarai pakej tour ni, tapi temple ni memang saya nak lawat sebab tak pernah lagi lawat temple yang sebegini.

Ni di entrance Lao Zi temple. Mula-mula pelawat akan masuk ke kuil ni melalui ekor dan keluar ikut mulut naga ni. Panjang naga ni. 823 meter! Dikatakan golden dragon yang terpanjang di dunia. Tercatat dalam Malaysia Books of Record sebagai the “The Longest Dragon Statue” in the country. Nak dekat 15 minit jugak la berjalan dalam naga ni nak sampai mulutnya. Tapi saya lama sikit sebab sibuk ambik gambar.. hehehe...


Masuk ikut 'ekor' dan keluar ikut 'mulut'. Devotees percaya kalau jalan dalam naga ni akan dapat good luck and fortune sebab dapat blessings dari kehebatan mistik naga ni. Dalam setahun lebih kurang 100,000 pelawat-pelawat termasuk dari Thai, Myanmar dan Singapura datang ke temple ni untuk beri penghormatan kepada pengasas Taoism.

Tertulis pada dinding dalam naga ni ada kitab 5,000 perkataan dikenali sebagai 'Book of Tao and its Virtues'. Juga ada banyak lukisan yang cantik-cantik.

Saya suka tengok lukisan2 ni :).

Quite beautiful, right.







Pemandangan di luar jalan naga.

Kaki naga kelihatan terjulur di luar dinding jalan naga, menggenggam simbol Yin and Yang.

Lorong dan pemandangan luar jalan naga.

Dah sampai ke mulut naga.

View di luar mulut naga. Dikatakan devotees elok sentuh mutiara merah tu for good luck and for wishing. Dan juga digalakkan memberi donations dimasukkan dalam kotak merah tu.

Inilah kepala naga dengan mulut ternganga. Quite simple in design. Kos buat naga ini adalah 1/2 juta disiapkan dalam masa 3 tahun.


Ini adalah kuil utama di Lao Zi temple ni.

Waktu tu sudah ada beberapa devotees sedang sembahyang di kuil. 


Tengah-tengah ambik gambar Azlan beri amaran kedatangan anak-anak anjing comel ni! Takut la jugak tapi comel sangat la pulak.. hehehe.. Macam huskies :).

Lao Zi telah menulis sebuah buku dalam 2 bahagian tentang Tao religion. Kemudian buku tu telah menjadi kitab paling penting dalam Taoism dan Lao Zi dianggap sebagai pengasas Taoism. Terus dihormati sebagai “Supreme Venerable Sovereign.” 

Patung Lao Zi yang setinggi 7 meter ni dibuat oleh seorang sculptor bernama En. V.B. Kumar. Dialah yang telah membuat banyak patung-patung di kuil ini termasuklah patung-patung Goddess of Mercy dan Kwan Tai Riding a Horse. Khidmat kemahiran dia membuat patung sering diperlukan oleh penjaga-penjaga kuil di sekitar Kemaman. 

Suasana di dalam kuil utama Lao Zi.


Typical shots, I know.. cannot help it la since dah memang bawak 50mm lens..... hehehe...


Devotees praying.










Sempat saya minta kebenaran dari devotee ni untuk saya ambik gambar kertas ni sebelum dibakar.

Sebelah kuil utama ada Wishing bell. Saya nampak ada duit syiling di lantai. Mungkin dilempar ke loceng tu and make a wish agaknya.

Dan ni loceng yang lebih besar lagi. Devotees boleh membunyikan loceng tembaga ni dengan menghayunkan kayu yang digantung pada tali dan hentak pada loceng. 

Selepas menyaksikan kejatuhan Dinasti Zhou, Lao Zi telah pergi ke arah barat dengan menunggang seekor lembu [oxen].

Seterusnya ada patung-patung lain seperti di kolam ikan ini yang dikelilingi oleh 12 patung zodiak Cina.

Patung-patung haiwan dari zodiak Cina. 

Di tengah kolam ada naga.

Sepasang kura-kura panjang umur dan kemakmuran [longevity and prosperity]. Saya tengok pak cik tu usap-usap kedua-dua kura-kura tu.

Lagi patung-patung di kuil ini. Fyi, kebanyakkan patung-patung di kuil ini tak ada papan tanda info. Kalau ada mostly dalam bahasa Cina. Only a few in English.


Yang kiri adalah patung Sun Wukong [Monkey God]. Yang kanan ialah patung Hua Tuo [God of Healing] yang merupakan salah satu dari lapan dewa-dewa.

Yang ni pula adalah sepasang 'Earth Dragons'. Yang kuning tu Earth Dragon betina. Yang hitam kelabu tu Earth Dragon jantan. 

Patung Goddess of Mercy bersama sepasang dragon fishes yang dibuat oleh En. Kumar.

Dewa Cina 'Kwan Tai riding a horse' yang juga dibuat oleh En. Kumar.


Tetiba saya ternampak dinasours pulak. Apa pulak kena mengena dengan kuil Lao Zi ni? Tour guide Azlan kata ianya adalah untuk menarik lebih ramai pelancung. Dari apa yg saya baca, idea nak buat dinasours ni datang dari mimpi ayah kepada owner temple ni yang dreamt about 'extinct terrestrial reptiles'. 

Shockingly semua dinasours ni siap lengkap ada genitalia sekali. Yang peliknya [and also quite embarrassing] genitalia tu sebijik dengan genitalia orang lelaki! So you can imagine how huge they were! Why la need to do that? Tak appropriate for kids! Actually, saya ada ambik gambar genitalia tu, tapi malu la nak letak sini.. hehehe..

Bersambung.... 

Di bawah ni saya senaraikan semua links entries Jalan-jalan Sungai Lembing saya:
01) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - LAO ZI TEMPLE
02) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - MUZIUM SUNGAI LEMBING
03) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - JAMBATAN GANTUNG - MEE SG LEMBING - CRYSTAL HOUSE - LOMBONG TIMAH - MI JAWA
04) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - GUA CHARAS
05) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - AIR TERJUN SUNGAI PANDAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. pasal dinasor tu...!!!...

    seriously...?! .. tak kan apak owner ni .. mimpi suh buat dinasor macam tuu..?

    huhuhuh.....


    (yang En Syed komen kat blog saya tu kan....--musim jualan murah-- macam kelakar je.. tapi memang betul pon..... dah jadi musim pulak....hahahahaa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fikir tak la bapak owner tu mimpi sampai details macam tu. Somehow the current owner tu and the sculptor thought it was a good idea kot. Entah lah.

      Tu belum lagi musim durian, musim bola dan macam2 musim lagi lah.. hahahaha...

      Delete
  2. hehheheeeeee...
    tuuut dinosor mestilah besar!!!!!!
    kihkihkihhhhhhhhh !!!

    memang boleh masuk eh temple tu?
    ambik-ambik gambar?
    depa tak tanya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... kannn... hahahaha...
      Seriously, tak sesuai la bawak budak2!!

      Boleh sangat doc. Bayar entrance fee je. Lupa nak tanya brape fee tu pada si Azlan sebab dia yg bayar.
      Cuma kena bayar small fee kalau nak ambik gambar show birds. Yep, ada sorang pak cik berbangsa cina bawak burung2 for show di situ.

      Delete
    2. kakkkk.... jommm lahhhh.....!!!!!

      Delete
  3. Dear Mr Syed Amran i would like to use part of gua charas images in our study

    ReplyDelete