Wednesday, September 23, 2015

FESTIVAL KESENIAN ORANG ASAL ANTARABANGSA SELANGOR 2015

My dear friend Puan Doc text me about the above event. Is she awesome or what!
Thanks Doc :).

Kebetulan saya dan isteri keluar sebab ada hal pagi tu so lepas dah settle terus ke Taman Botani Negara Shah Alam ni.

Banner/poster festival ni. Pengunjung boleh alami kehidupan dan tradisi orang asal melalui musik, tarian, pameran kesenian dan makanan.

Di gerbang masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam. Parking tak de masalah sebab sangat luas parking area. Ramai pengunjung masa weekend tu. Yang bersenam, berkelah, berdating, beriadah, berbasikal etc etc.

Entrance fee cuma RM3.00.

Terus je kami ke area pameran dan persembahan. Tak de banyak masa sebab around Zohor nak balik dah.

Di pintu masuk ke bahagian pameran/persembahan. Kedengaran muzik tradisional. Terus teruja :). Teringat deco ni, macam deco Mah meri. Ada participants dari kaum Temuan dan Mahmeri dari Selangor, Temiar dari Kelantan, Jahut dari Pahang, Semai dari Perak, Kadazan-Dusun dari Sabah, Orang Ulu dari Sarawak dan kaum Igorot dari Filipina. Yang dari New Zealand dah cancel pulak.

Masa saya sampai dah terlepas persembahan dari kaum Temuan dengan tarian Kayuh Perahu dan tarian Sumazau dari kaum Kadazan-Dusun. Memang sampai2 je dah persembahan dari orang asal Filipina. They are called the Igorots Tribe. Pe lagi terus la mencelah nak ambik gambar.. hehe..

Penonton ada juga dari kalangan kaum asal yang lain :).

Igorot, or Cordillerans, is the collective name of several Austronesian ethnic groups in The Philippines. The word "Igorot" is an exonym, derived from the archaic Tagalog term for "mountain people" - wiki.

Persembahan mereka termasuk nyanyian, permainan musik dan tarian.

Nama ketua dari group ni ialah Alexander Madullawan Tumapang. Dia ni master alat musik buluh di Kalinga, Filipina. Ni dia tengah terangkan sejenis alat musik tradisional kaum dia yang dinamakan kubing [jaw harp] yang dibuat dari buluh. Alat musik ni digunakan untuk memikat/courting. Bunyian yang dihasilkan bergantung pada kedudukan lidah si pemain pada alat musik tersebut.

Alat musik yang ni pulak dipanggil patangguk yang dibuat dari buluh yang lebih besar dengan segment yang lebih panjang. Selalu digunakan untuk rekreasi dan berhibur. Boleh juga digunakan untuk menghalau 'evil spirits' di laluan2/jalan2.

Alat musik buluh yang terbelah di tengah ni pula dipanggil bungkaka atau bilbil atau balingbing. Mengeluarkan bunyi buzzing.

Bila disepak2 pada tangan akan keluar bunyi berdengung.

Yang ni pulak namanya pas-ing. Yang dipegang pada tangan kiri ialah buluh yang dipasang dengan 2 strings dengan tengah buluh tu berlobang. Tangan kanan memukul string tu dengan sebatang buluh nipis.

Sambil main pas-ing, sambil mereka menari-nari.





Yang macam gong mini ni pulak namanya gangsa, salah satu alat musik yang penting pada kaum Kalinga.

Gangsa yang dibuat dari logam yang nipis dipanggil pula kolos. Yang berlogam tebal dipanggil coongan. Selalunya alat musik ni dimainkan dengan iringan tarian tadok untuk meraikan kebebasan kaum Kalinga.

Dulu2 instead of kayu, tulang rahang manusia digunakan untuk memukul gong2 mini tu!

Dan gangsa ni selalunya akan dimainkan bersama drum panjang yang dipanggil solibao.

Masa ni pengunjung dijemput untuk menari!

Musiknya begitu upbeat!

Pengunjung2 yang menari termasuk juga orang2 asal dari kaum2 lain yang participate pada hari tu. Cool! :)

Gangsa dan solibao.









Wanita2 dari kaum Temiar, Kelantan.





And all the while saya tak perasan pun yang kawan2 saya Puan Doc, CPL dan GB actually ada juga di situ! Kelakar betul! Later2 lepas dapat tahu mereka juga ada di festival ni, at the same persembahan, terus saya scrutinized my photos. Hah! Ada pun foto Doc dan CPL! Hehehehe.... Tapi Cik GB saya tak jumpa :).

Lepas tu saya masuk ke bahagian pameran.

Ada pameran lukisan, which I really really like!

Pertama sekali saya ke sudut lukisan by Encik Ramlan Koyok. Terpegun saya tengok lukisan pen on paper dia!

Inilah Encik Ramlan Koyok. Terus saya bertegur sapa dan bertanya itu ini. Dan requested for photos.. heheh... Sangat humble Encik Ramlan ni. Cool je orangnya.

So hebat or what! Oh my.... cantik sangat. Halus sungguh jalinan lorekan lukisan beliau. Kata Encik Ramlan lukisan ni ambil masa lebih kurang seminggu untuk disiapkan.

Lukisan ini berharga RM1,500.00. Saya tak hairan jika ada lukisan beliau berharga RM10k ke atas!

Saya paling terkedu dengan lukisan ini! Speechless! Patut tambah lagi satu '0' pada harga lukisan ni!

Seterusnya saya ke sudut sebelah pula.

Lukisan oleh Shaq Koyok.

Shahar Koyok atau Shaq Koyok ni berumur 29 tahun. Dia dari kaum Temuan. And yes, Encik Ramlan tadi tu adalah abang dia. Beberapa kali semasa saya bersembang dengan Shaq dia mengatakan abang dia selalu menggalakkan dia supaya terus melukis dengan serius dan develop his talent further. Terharu saya dengar walau pun dia dah boleh diconsider telah berjaya tapi tetap hargai jasa abang dia.

Sekarang dia sedang pursue masters dlm bidang Fine Arts. Dah buat exhibition di UK, Australia dan US. Tahun ni dia telah dianugerah Indigenous People Excellence Award 2015 for his work as an activist for the indigenous people of Malaysia through his work of art.

Jom tengok beberapa lukisan beliau yang hebat!

Confessions of Palm Oil - depicts how the planting of the crop has deprived the indigenous people of fertile soil for agriculture.





Saya ternampak portfolio Shaq dimeja. Terus saya minta izin nak ambik a few shot. Shaq ok je :).

Such an impressive body of work!









Sebelum beredar saya minta mereka bergambar bersama. Si kecik tu anak Encik Ramlan.

Cheeky sungguh si kecik tu! Hahahaha...

Lepas tu saya round ke booth lain pulak. Ni booth kaum Kadazan-Dusun Sarawak. Manis2 sungguh cik adik2 ni :).

Saya missed persembahan penari ni. 

Di booth ni saya sempat sembang2 dengan mereka dua beranak ni, father and daughter. Pak cik ni pakar mencari pokok, herba dan akar2 kayu di hutan untuk kegunaan menjaga kesihatan. Tapi sekarang dah susah nak cari sebab dah banyak pembangunan kata pak cik ni. Dia kena jauh ke dalam hutan. Anak dia beri saya a small cup of complimentary drink. Huwahh! Payau masam campur pahit minuman tu! Berkerut muka saya. Mereka gelakkan saya! Hahaha... Pak cik tu kata air rebusan akar kayu yang direbus lebih 5 jam tu bagus untuk kesihatan. Pelbagailah khasiat yg pak cik tu bagitau :).  

Di booth2 lain. Ada macam-macam barangan kraftangan.

Haaa... yang ni saya mesti singgah :).

Saya siap duduk bersila sebelah pengukir kayu/topeng ni. Kalau tak silap nama dia Hassan. Seronok berbual dengan Encik Hassan ni. Sumber ilham ukiran adalah dari mimpi dan setiap ukiran dari seorang pengukir adalah unik kata Hassan. Nak jadi pengukir di kalangan Mahmeri bukan boleh dilatih2. Seseorang itu perlu ada bakat semula jadi. Berkebolehan menginterpritasi mimpi dan dizahirkan dalam bentuk ukiran. Bila nampak keupayaan, barulah guidance diberi to develop their talent further. 



Kaum Temuan dan Temiar.

Seterusnya saya kembali ke ruang persembahan. Ada tarian dari kaum Temiar, Kelantan.



Yang dimainkan oleh wanita2 kaum Temiar semasa persembahan ini adalah gooh [buluh centong] yang merupakan 2 buluh berlainan saiz yang diketuk pada satu kayu besar [sepatutnya]. 









Okeh, sebelum balik ambik dulu a few shots of the bendang :).

Cantik especially bila dapat shoot dari atas anjung.









Before going to the carpark, singgah kejap di tempat rumah tradisi.



Overall memang best. Cuma tak dapat lama sebab still ada banyak hal lagi nak settle hari tu. Anyway, apa yang dapat disaksikan pun dah cukup best. Hopefully festival ni dibuat terus secara tahunan.

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

7 comments:

  1. hehehheee..
    termalu lak saya!!

    masa tu memang tak nak beritau en syed yang kita orang nak ke sana
    sebabnya..plannya..
    kalau terjumpa en syed kat situ..
    nak sergah lagi macam hari tu!!
    hehehheee...
    rupa-rupanya ada gak kat situ!
    punyalah sibuk ngambik gambar sampaikan tak nampak sekeliling empat-empat orang tu!!
    dak gb disyaki berada di sebelah en syed pada masa tu.. pun tak perasan!
    [ ya lah.. dua-dua tak pernah berjumpa kan!!?? hehheheeeeeee]

    saya ada jugak borak borak dengan en hassan tu.. tapi tal ambik gambar..
    saya ambik gambar sikit je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan saya pulak tertinggal HP dalam kereta. Kalau tak, dah memang saya nak call. Nak gi ambik, park jauh.
      Pelik kan. Bukannya ramai sgt orang pun masa tu. Boleh tak nampak! Actually masa saya realized HP tertinggal, saya ada gak scan around to see if you all are there tapi tak nampak pun!
      Tu la, sampai GB kat sebelah pun tak nampak! May be it was meant to be that GB and I will eventually meet at some other photo outing kot with you all.... hehe.
      Saya seronok bual2 dgn En. Hassan tu. Baik betul dia melayan semua soalan2 saya.. hehe. And when it comes to talking about his craftmanship, dia sungguh serious dan very informative. He is obviously very passionate about wood carving.

      Delete
  2. saya syak gb mesti di sebelah En Syed..!! ...hehehehee

    ReplyDelete
  3. hehehheeeeeeeeee!!
    nampak saya balik tian tu!!
    tajam mata dak juji!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly! Macam mana dia boleh nampak?!! Nak juling mata saya dok scrutinize the photos masa cari tu... hahaha...

      Delete
    2. tapi tu lah.... waktu kejadian en Syed nye saya... tak nampak pulak masa tuu.... huhuhuhuu....

      Delete