Assalamualaikum.
Perjalanan kami dari Makkah ke Madinah dengan tren Haramain High Speed Railway diteruskan.
Ketika ini tren ini sedang bergerak pada kelajuan 300 km/jam.
Sudah pun hampir pukul 5:30 petang ketika ini. Sudah kira senja. Maghrib di Madinah pada masa itu adalah pukul 6:11 petang.
Alhamdulillah, kami pun selamat tiba di Stesen HHSR Madinah. Bertolak dari Stesen Makkah pada 3:20 petang dan sampai ke Stesen Madinah ini pukul 5:35 petang. Total tempoh perjalanan adalah selama 2 jam 15 minit.
Ini bahagian dalam bangunan Stesen HHSR Madinah. Kalau di Stesen Makkah bumbungnya bercahaya warna keemasan yang merujuk pada daun emas Kaabah, di Stesen Madinah ini pula berwarna hijau terang diinspirasikan daripada Masjid Nabawi.
Terus ke tempat di mana kami fikir kereta khidmat GMC sedang menunggu. Tiba-tiba saya terima WhatsApp Voice message tapi kami tak faham sebab dalam bahasa Arab 😅. Dari message di bawah ini kami pasti ianya dari driver GMC kami di Madinah ini.
Jadi kami pun teruslah menuju ke bahagian depan stesen ini.
Since tak jumpa driver/GMC kami pun mesej kepada staff Az Zuha bernama Hassan yang bertugas di Madinah. Kami juga forward mesej berbahasa Arab yang kami terima kepada beliau. Rupa-rupanya mesej Bahasa Arab yang kami terima memang betul dari pemandu GMC. Dia memberitahu yang dia sedang menunggu kami di basement parking.
Bersama keluarga dari Baling, kami menaiki GMC dari Stesen HHSR Madinah menuju ke hotel penginapan kami yang terletak berdekatan dengan Masjid Nabawi. Perjalanan kira-kira setengah jam.
Madinah al-Munawwarah. Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".
Hotel penginapan kami di Madinah adalah Hotel Concorde Dar Al Khair yang terletak di bucu kiri bahagian utara Masjid Nabawi, berdekatan dengan kawasan Sokaifat Bani Saedah di mana perlantikan Saidina Abu Bakar As Siddik sebagai Khalifah Islam pertama dibuat selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Di sebelah kiri itu adalah bangunan hotel Anwar Al Madinah Mövenpick yang menjadi hotel penginapan kami sewaktu menunaikan Ibadah Haji dahulu.
Bert'shirt kelabu itu adalah Petugas dari Az Zuha, Hassan yang membantu menguruskan check-in kami.
Ruang tempat duduk di lobi.
Since beg-beg kami masih belum sampai (dalam bas dari Madinah), kami diberi kunci bilik dan dijemput makan malam dahulu yang disediakan di restoran hotel.
Untuk di Madinah, pakej Umrah kami sudah termasuk bukan sahaja sarapan pagi, tapi juga makan tengahari dan makan malam.
Restoran ini dikhaskan untuk jemaah Malaysia dan Indonesia dengan sections masing-masing.
Pukul 10 malam, group members kami yang ke Madinah dengan bas pun selamat tiba. Alhamdulillah. Kami pun ke lobi untuk mengambil beg-beg kami.
Suhu malam di Madinah pada masa itu adalah dalam sekitar 20+℃. Waktu solatnya pula lebih kurang di Makkah.
Pemandangan malam dari tingkap bilik kami di Hotel Concorde Dar Al Khair.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment