Monday, April 15, 2024

UMRAH 2024 - MADINAH - DAY 04 - SOLAT JUMAAT DI BUMBUNG MASJID NABAWI

Assalamualaikum.
Sudah pun hari ke 4 kami di Madinah. Saya kongsi foto-foto untuk hari itu. 

Pukul 5 pagi berjalan ke Masjid Nabawi untuk Solat Subuh. 

Suasana pagi yang tenang.

Setiap kali ke Masjid Nabawi kami akan masuk ikut Gate 326 ini kerana ia yang paling dekat dengan hotel penginapan kami.





Di luar masjid juga ada dibentangkan karpet untuk jemaah.


Kebiasaannya saya akan masuk ikut Pintu 18 ini.



Biasanya ruang solat berdekatan dengan pintu masuk akan sudah penuh begini.

Tak perlu risau kerana masih ada banyak lagi ruang kosong further in.


Tong-tong Air Zamzam.


Suasana di ruang solat wanita yang sempat isteri rakam.

Ini adalah ruang solat luar untuk wanita di sebelah kanan Pintu 18.


Jemaah dari Uzbekistan.

Selesai solat, keluar ikut Pintu 19. 





Subuh-subuh begini banyak kedai-kedai yang sudah buka.

Berjalan ke hotel.

Kedai Oud. Memang harum semerbak setiap kali passed by this Oud store.




Singgah sekejap di Anwar Al Madinah Mall.


Bergambar kenangan di "I 💗 Madina" sign.


Farmasi.


Kedai kurma dan coklat.



Besar mall ini, banyak tingkat.


















Jom masuk ke supermarket Bin Dawood tengok apa yang dijual.

Macam-macam ada.





Bergambar kenangan.


Jalan-jalan lagi dalam Bin Dawood. 


Ehh.... terjumpa pulak a nice jacket dengan harga terjangkau. Alhamdulillah. Sebenarnya kami tidak bawa jaket/sweater sebab tak sangka pula cuaca sejuk di Makkah dan Madinah.

Cashier Bin Dawood.

Setiap kali kami mengerjakan umrah, kami akan cuba mencari organisasi berdaftar yang boleh menerima sedekah/wakaf. Teringat ketika kami mengerjakan Umrah pada 2017 yang lalu, kami ada bersedekah kepada sebuah yayasan iaitu "Yayasan Hadiyah". Alhamdulillah kami terjumpa poster ini iaitu poster "Haji and Mu’tamer’s Gift Charitable Association" yang juga dikenali sebagai "Hadiyah". Dan yang paling menggembirakan kami yayasan ini ada pejabatnya dalam mall ini. 

Ini pejabatnya tapi ia tutup ketika itu. Jadi kami pun merancang akan ke sini lagi later masa ia buka. 


Sambung berjalan balik ke hotel.



Pergi sarapan.

Our breakfast. Alhamdulillah.

Suhu pada pukul 8:10 pagi. Sejuk.

Lebih kurang pukul 10 pagi kami pergi ke Anwar Al Madinah Mall untuk pergi sekali lagi ke Pejabat Hadiyah. 




Ketika itu pejabat ini masih lagi belum buka. Staff di kedai sebelah kata pejabat ini akan buka lepas Solat Asar. 

Jadi kami pun merancang untuk ke pejabat ini esok.

Hari itu hari Jumaat, jadi saya keluar awal pukul 11:30 pagi ke masjid untuk bersolat Jumaat.

There were bigger crowd than usual.



Seperti biasa saya menuju ke Pintu 18. 

Tapi jemaah dilalukan ke Pintu 17. Saya fikir mungkin ruang solat di Pintu 18 sudah penuh.

Rupanya ruang solat di ground floor sudah penuh, maka crowd was directed naik tangga ini untuk ke bumbung masjid.

SubhanAllah, teruja saya dapat ke bumbung Masjid Nabawi sebab sebelum ini tidak pernah lagi ke level roof top ini. 

Ok, berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam di sini.









Alhamdulillah dapat bersolat di bawah bumbung ini.

Alhamdulillah saya berpeluang bersolat Jumaat sekali di Masjidil Haram dan sekali di Masjid Nabawi. Rasa nak nangis pun ada masa itu.


Suhu ketika itu.

Berikut adalah foto-foto yang dirakam setelah selesai Solat Jumaat. 








Turun tangga dari bumbung Masjid Nabawi dengan tenang.





Juga keluar ikut pintu masuk tadi yang sama, Pintu 17.



Berjalan balik ke hotel.

Makan tengahari.


Pergi Solat Asar pula. Sebenarnya kami berdua masih lagi sakit batuk, tapi kuatkan juga sebab rugi kalau lepas peluang untuk bersolat di masjid. Foto ini dirakam oleh isteri yang keluar ke masjid 30 minit lebih awal dari saya kerana ruang solat untuk wanita agak terhad. Jadi lebih selesalah kalau keluar awal.

Saya ke masjid pada pukul 3:00 petang. Waktu masuk Solat Asar di Madinah pada hari itu adalah pukul 3:47 petang.







Lengang suasana dalam masjid ketika itu. A couple of days ago kami sudah pun dibawa Ustaz keliling bahagian luar Masjid Nabawi, jadi petang ini saya pun explore bahagian dalaman masjid sementara menunggu masuknya waktu Solat Asar.  

Ada laluan-laluan yang lebar untuk keselesaan jemaah berjalan di dalam masjid untuk ke ruang-ruang solat dan berjalan keluar/masuk.

The tranquility. 





Di bahagian ini ada Pusat pengagihan Air Zamzam. Proses membekalkan air zamzam Masjid Nabawi diawasi dan dikendali oleh 520 pekerja dan penyelia yang dilatih untuk melayani pengunjung Masjid Nabawi. Pada 2013, pembukaan King Abdullah bin Abdulaziz Zamzam Water Project (KPZW), yang dibina dengan kos SR700 juta, telah merevolusikan cara air dari telaga Zamzam diekstrak, dipantau, dirawat dan diagihkan.

Bagi memastikan keselamatan air itu, pihak berkuasa Saudi berkata satu siri langkah-langkah yang ditetapkan digunakan bermula apabila air dipam dari telaga Zamzam dan dipindahkan ke tangki tertutup yang disimpan di dalamnya sehingga ia melalui proses pensterilan dan dipindahkan ke Masjid Besar. Satu pasukan pakar menyelia semua peringkat proses.

🔹Walaupun air Zamzam dianggap suci dan suci dalam tradisi Islam, pihak berkuasa Arab Saudi memasang loji pembersihan untuk memastikan keselamatan dan kualitinya untuk berjuta-juta jemaah yang melawat Makkah. 
🔹Kilang itu membantu mengekalkan piawaian kualiti yang konsisten dengan menangani potensi masuknya bahan cemar disebabkan oleh bilangan orang yang ramai dan aktiviti di sekitar telaga Zamzam. Langkah ini diambil untuk mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan jemaah, memastikan air yang mereka ambil kekal bebas daripada bahan berbahaya.

🔹Air Zamzam dipam melalui paip keluli tahan karat bawah tanah ke loji KPZW di Kudai, lima kilometer di selatan Masjidil Haram. Di situ, ia disucikan dan disterilkan, menggunakan penapis dan cahaya ultraviolet, dan keseluruhan operasi dikawal dan dipantau dalam bilik kawalan pusat berteknologi tinggi. 
🔹Untuk memastikan kualiti air Zamzam, ia melalui sistem pensterilan tercanggih yang menggunakan sinaran ultraungu untuk membunuh bakteria dan virus serta memastikan pensterilan tahap tinggi. Satu kilowatt elektrik boleh mensterilkan 12,000 gelen air Zamzam, memastikan warna, rasa dan bau yang konsisten.

🔹Selepas rawatan, air dipindahkan ke salah satu daripada dua takungan simpanan. Yang pertama, di Kudai, mempunyai kapasiti 10,000 meter padu dan membekalkan air melalui paip ke air pancutan minuman di Masjidil Haram di Makkah.
🔹Dari Kudai, sekumpulan trak tangki mengangkut sehingga 400,000 liter sehari ke King Abdulaziz Sabeel Reservoir di Madinah, yang mempunyai kapasiti 16,000 meter padu dan membekalkan air ke Masjid Nabawi. 
🔹Memastikan air Zamzam memenuhi piawaian antarabangsa tertinggi untuk air minuman adalah tanggungjawab General Presidency for the Affairs of the Grand Mosque and the Prophet’s Mosque. Di bawah arahannya, 100 sampel rawak diambil setiap hari dan diuji untuk ketulenan mikrobiologi dan kimia di makmal di dalam Masjidil Haram.

Ini adalah topografi keratan rentas telaga Zamzam. 

Hikmat Air Zamzam.
01 - Air terbaik di atas muka bumi dan penyembuh penyakit (dengan izin Allah)
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik air yang ada di atas muka bumi ialah air zamzam. Terdapat di dalamnya zat makanan (orang yang meminumnya berasa kenyang) dan penyembuh penyakit." (Shahih al-Jami' no. 3322)

02 - Zamzam diberkati dan mengenyangkan
Abu Zar al-Ghifari r.a. menceritakan mengenai kedatangannya ke Makkah bertemu Rasulullah SAW dan memeluk Islam. Baginda bertanya kepadanya, "Sejak bila kamu berada di sini?" Jawabnya, "Sejak 30 hari yang lalu." Rasulullah bertanya lagi, "Siapa yang memberi kamu makanan?" Jawabnya, "Saya tidak punya makanan tetapi hanya meminum zamzam. Namun, saya berasa semakin sihat dan tidak pernah lapar." Lalu Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya zamzam merupakan air yang diberkati. Air zam-zam mengandungi zat makanan (dan yang meminumnya pasti merasa kenyang
seperti memakan makanan)." 
(Riwayat Muslim no. 2473)

03 - Zamzam menyempurnakan niat peminumnya
Mafhum sabda Rasulullah SAW: "Air zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya (dengan izin Allah)." 
(Riwayat Ibnu Majah no. 3062)

04 - Zamzam penyebab kemajuan dan pembangunan bumi Makkah.

05 - Air yang terpilih untuk menyucikan hati Rasulullah SAW beberapa kali.

06 - Bertambah keberkatannya dengan ludahan Rasulullah SAW ke dalamnya.

07 - Tidak pernah kering walau jutaan manusia telah meminumnya sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. hingga Kiamat.

08 - Banyak minum air zamzam merupakan tanda iman dan bebas daripada munafik (kerana orang munafik tidak mempercayai kelebihannya).
Sumber:  "Bayu Kerinduan di bumi Haramain : sebuah travelog tanah suci" hasil karangan Abu Fatih Al-Mubaraki Ustaz Ahmad Husni Abd. Rahman.

Pengangkutan air Zamzam dari Makkah ke Masjid Nabawi adalah menggunakan tangki yang dilengkapi khas, setiap satu membawa sehingga 20 tan air. Atau mengangkut 150,000 liter sehari pada waktu biasa dan sehingga 400,000 liter sehari pada musim haji ke lokasi Madinah.

Setibanya di Madinah, pemantau pentadbiran bertanggungjawab memunggah dan menghantar sampel air ke makmal, untuk memastikan ianya selamat, sebelum mengisi air di takungan yang ditetapkan.

Air zamzam dibekalkan ke Masjid Nabawi pada kadar sehingga 400 tan sehari sepanjang bulan Ramadan, diagihkan dalam 14,000 bekas air kepada jemaah, dan 10,000 bekas ganti. Tiga pusat menyejukkan botol air Zamzam sekali guna yang diberikan kepada pengunjung oleh orang yang membawanya dalam beg galas atau diangkut dengan 80 kereta biasa dan 20 kereta elektrik. Tambahan 10 treler lagi digunakan untuk mengangkut bekas yang disterilkan tiga kali sehari sebelum diisi semula.

Kilang Air Zamzam.


Hampir semua tong ini mengandungi air zamzam yang sejuk. Walau bagaimanapun, sentiasa ada satu atau dua tong di setiap tempat yang mengandungi air zamzam pada suhu bilik yang dilabel 'NOT COLD'. Eloklah minum air zamzam suhu bilik jika mengalami masalah sakit tekak atau batuk.

Cawan plastik pakai buang juga diletakkan di dalam bekas cawan yang direka khas yang dipasang pada tong air zamzam. Pastikan guna cawan baru yang diletakkan terlangkup kerana cawan yang sudah digunakan diletak ke atas. Eloklah guna yang baru untuk tujuan kebersihan kerana batuk atau sakit tekak adalah perkara biasa di sana.

Dulu tong-tong air Zamzam adalah berwarna merah.

Selain tong, terdapat beberapa paip membekalkan air zamzam. Semua paip membekalkan air Zamzam yang sejuk. Tiada paip air zamzam suhu bilik.
Paip Air Zamzam di tempat bersaie.

Paip Air Zamzam di tempat tawaf tingkat satu.

Paip Air Zamzam di dataran luar Masjidil Haram.


Berikut adalah foto-foto berkaitan dengan Air Zamzam yang kami rakam semasa kami melawat muzium Exhibition of the Two Holy Mosques Architecture ketika kami mengerjakan Umrah 2017 yang lalu.
Pada zaman dulu air Zamzam diambil dari perigi ke permukaan menggunakan baldi di hujung tali. Tetapi hari ini pam elektrik yang boleh mengeluarkan sehingga 18.5 liter sesaat digunakan.




Ahli sejarah dan ahli geologi bersetuju bahawa telaga Zamzam, yang terletak hanya 20 meter di sebelah timur Kaabah di Masjidil Haram, mungkin berusia sekurang-kurangnya 4,000 tahun.


Terdapat juga telephone booth ini yang boleh digunakan jemaah untuk mendapatkan religious guidance. Perkhidmatan lain yang disediakan oleh Masjid Nabawi selain perkhidmatan bimbingan ini termasuk juga perkhidmatan penterjemahan, dan kerusi roda untuk jemaah warga emas dan orang kurang upaya di tapak yang ditetapkan untuk mereka di dalam Masjid Nabawi, perkhidmatan pengangkutan dengan kenderaan elektrik dan kerusi roda antara halaman dan pintu masjid dan lain-lain perkhidmatan.

Rak-rak kasut/selipar.


Kerusi untuk solat.

Setiap pintu gerbang di masjid ini, dengan reka bentuk dan strukturnya yang unik, mencerminkan sosio-politik dan keutamaan seni bina pada zamannya. Sepanjang sejarah evolusinya, pintu gerbang ini bukan sekadar pintu masuk malah adalah simbol kewibawaan, identiti budaya, dan kepentingan rohani. Sebagai contoh, ia mempunyai elemen seni bina Uthmaniyyah yang berbeza semasa era Uthmaniyyah, mencerminkan pengaruh empayar itu.

Apabila landskap politik dan budaya berubah, pintu gerbang termasuk bahagian lain masjid turut mengalami pengubahsuaian, selaras dengan sentimen semasa pada masa itu. Sifat adaptif ini memastikan Masjid Al Nabawi kekal sebagai bukti hidup kepada sejarah dinamik Islam.




Waqaf Al Quran ke kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tidak lagi digalakkan. Ini adalah kerana hanya Al Quran rasmi yang dicetak oleh Kompleks Percetakan Al Quran King Fahd sahaja yang dibenarkan masuk ke kedua-dua masjid suci ini bagi menjamin kandungan Al Quran yang diwaqaf. 

Syarikat Percetakan Al Quran ini juga membekalkan berjuta-juta naskhah Al Quran setiap tahun yang cukup untuk kegunaan semua Jemaah Haji dan Umrah dan kesemua Al Quran yang disimpan di kedua-dua masjid ini sentiasa diperiksa dari semasa ke semasa untuk dipastikan ketulenannya.

Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai Khadimul Haramain dan pengurusan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, kerajaan menetapkan hanya cetakan Al Quran yang khusus sahaja yang dibenarkan ditempatkan di dalam dua Masjid ini. 
Sumber: andalusiatawausabah.instaweb.my

Selain daripada itu, mushaf atau cetakan lain akan dikeluarkan dari Masjid dan akan diedarkan ke seluruh dunia, sebagai wakaf dan infaq dari kerajaan Arab Saudi. 

Foto penjual Al Quran di jalanan di luar Masjid Nabawi, Madinah ini saya rakam ketika Umrah 2013 kami.

Hakikatnya, segala keperluan al Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sudah mendapat peruntukan secukupnya dari kerajaan Arab Saudi sebagai penjaga dua Tanah Haram. Namun kerajaan tidak pernah menghalang jika ada yang ingin mewakafkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. 

Berikut adalah beberapa foto King Fahad Complex for the printing of the Holy Quran dari buku "Al-Madinah Al-Munawwarah: The Refuge of Faith". The complex is specialized in Quran's printing, translation and publication.  





Ruang di bawah payung di dalam Masjid Nabawi.






Kubah Hijau.





Pekerja Masjid Nabawi sedang vakum karpet.


Pekerja ini pula sedang mewangikan karpet supaya jemaah dapat beribadat dengan lebih selesa. Boleh juga kalau ingin bersedekah pada mereka.

Keluar melalui Pintu 18 setelah selesai solat.


Berjalan balik ke hotel. Kerana kami berdua masih lagi belum sembuh sakit batuk, makanya semasa waktu antara solat perlulah kami balik ke hotel untuk berehat secukupnya. 

Keluar semula ke masjid. 











Makan malam.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment