Wednesday, April 24, 2024

UMRAH 2024 - GOING HOME

Assalamualaikum.
Masa untuk pulang. Kami pun buat a few last minutes checks and preps. 

Ramai orang di lobi. Ada yang baru tiba, ada yang sudah beberapa hari di Madinah dan ada yang macam kami sudah nak balik ke tanahair.


Staff hotel handling all the baggages. 

Kami dijadualkan bertolak ke Prince Mohammed Bin Abdulaziz International Airport pada pukul 10.15 pagi. Maka pada pukul 10 pagi kami pun menunggu di lobi hotel.


Bas pun sampai.




Kanan: Ahli Group yang bersedekah buah kurma di dalam bas
Kiri: Lelaki yang katanya datang dari Palestin naik ke atas bas kami meminta derma bagi bapanya yang sedang dirawat di hospital

Bas pun bergerak ke airport. 

Meninggalkan Kota Madinah al-Munawwarah.



Pemandangan Bukit Uhud.

Prince Mohammed bin Abdulaziz Airport terletak kira-kira 25 km dari kota Madinah. Perjalanan ke sana memakan masa setengah jam.


Bukit Uhud.







Nour al-Din Mosque was built at the expense of Saad al-Manna al-Shaibani al-Otaibi, may God have mercy on him.








This is the Airport Road Roundabout monument, a historical landmark, known as "The Dome".

The Municipality of Medina is implementing an aesthetic model in one of the most important squares located on the airport road with King Khalid bin Abdulaziz Road, in an effort by the region’s secretariat to improve the squares and implement aesthetic models in line with the Quality of Life program and its goals, as the model is considered a masterpiece. Architectural in terms of idea, design and implementation. 

The secretariat revealed the model (the dome) to be implemented in the airport square, which consists of 17 overlapping arches, including 12 inside the roundabout and five outside the roundabout, with internal heights starting from 1.6 meters up to 20 metres, while the internal heights are fixed at approximately 6 meters, and the lighting has been designed inside the model. 






Sudah kelihatan airport.

Kami tiba di Arab Saudi melalui King Abdulaziz International Airport di Jeddah, dan pulang ke Malaysia melalui Prince Mohammed bin Abdulaziz Airport di Madinah.

Semua kenderaan penumpang yang berkhidmat di Madinah Airport perlu memiliki permit.
Control Dispatch Center


Konsep reka bentuk lapangan terbang ini diilhamkan oleh peranan lapangan terbang sebagai pintu masuk untuk berjuta-juta jemaah Islam dan pokok palma yang merupakan simbol keamanan dan sambutan, kedua-duanya telah menjadi lambang di bangunan terminal ini.

Pemeriksaan permit bas oleh petugas Airport.


Masjid airport.

Bangunan Terminal.


Parking lot.


Kapal terbang Royal Air Maroc sedang berlepas.

Tempat parking bas. Kami turun di sini.


Mengambil beg masing-masing.

Agensi partner Az Zuha di Madinah telah sedia menunggu kami sewaktu bas tiba di tempat parking. Di sinilah juga setiap ahli Group kami yang mempunyai Visa Umrah diberikan sebotol Air Zamzam percuma sebanyak 5 liter.


Bila semua sudah ambil beg dan dapat Air Zamzam, kami pun berjalan menuju ke bangunan terminal.



Ke Departure Terminals.


Setibanya di Bangunan Terminal, kami terus dibawa ke kaunter Saudia Airlines.


Beratur. 


Semua kaunter buka.



Beg-beg kami dan Air Zamzam.




Bila kami diberi boarding passes, kami noticed pihak Az Zuha sudah siap-siap dapatkan seats kami duduk bersama. Bukan kami sahaja, tapi untuk semua group members kami. Pihak Az Zuha did the same masa kami ke Jeddah dari KLIA. Awesome sangat lah! Jarang sungguh ada travel agencies that make such efforts.





Pihak Az Zuha ada menyediakan lunch untuk kami. Nampak je simple tapi nasi tu punya la sedap. Ayamnya pula lembut and delicious, spices serap sampai dalam 😋😊. Alhamdulillah.

Selepas dah lunch barulah kita masuk ke dalam untuk menunggu di Boarding Gate.







Boarding Gate kami adalah di Pintu 113. Ada surau disediakan dekat Gate ini. Di sanalah kami menunaikan Solat Jamak Zohor dengan Asar sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.




Tiba di Gate 113.


Pesawat yang akan kami naiki.

Saudia Airlines SV 830.

Suasana di Gate 113.





Flight pukul 3.20 petang. Pukul 2.40 petang, semua penumpang dipanggil boarding.



Pemandangan Prince Mohammed Bin Abdulaziz International Airport dari airbridge.



Melangkah masuk pesawat sambil membaca doa.



Suasana dalam pesawat.


Banyak seats kosong.













Jemaah yang baru tiba.



Penerbangan dijangka memakan masa 7 jam 39 minit.








Kelihatan monumen "The Dome" yang kami nampak earlier semasa dalam perjalanan ke airport.

Yang tengah-tengah itu adalah "حديقة الجبل - Mountain Park" atau "حديقة حي الملك فهد - King Fahd District Park".




Medina-Jeddah-Makkah train station.

Kelihatan seperti dust devil. 
A dust devil is a strong, well-formed, and relatively short-lived whirlwind. Its size ranges from small to large.





Semburan aerosol.

Semua penumpang dalam penerbangan ini mendapat souvenir dari penerbangan Saudia berbentuk sebuah karung kain kecil yang terkandung stokin, penutup mata dan toiletries di dalamnya.


Keterangan tentang corak pada karung yang dinamakan Rushan.


Masa lalu di sini, turbulence agak teruk. Terasa gegaran lebih kuat sebab kami duduk di ekor kapal terbang.

Top: The NEOM Project
Bottom: The Red Sea Project


Sajian penerbangan diberi kepada penumpang sewaktu kami sedang terbang menghampiri UAE.







Disebabkan penerbangan ini merentas 4 zon waktu dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, kami terpaksa menunaikan solat dalam pesawat. Waktu Maghrib masuk sewaktu kami terbang di Laut Arab selepas meninggalkan Oman.




Tidur.



Tak pernah dengar nama pulau-pulau ini.





Inflight meal kedua dihidangkan masa menghampiri Pulau Sumatera.

Pizza, muffin and hot tea. Nikmat. Alhamdulillah.




Alhamdulillah, pesawat kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 4 pagi mengikut jadual. Maka tamatlah perjalanan Umrah ke 6 kami bermula 02 Februari hingga 12 Februari 2024. Kami berpuas hati dengan pengurusan dan aturan perjalanan Umrah kami dengan Syarikat Az Zuha dan memang kami recommend sesiapa juga untuk menggunakan khidmat Az Zuha untuk perjalanan Umrah mereka. 


Buah tangan dari Az Zuha untuk kami yang baru kembali.

Jangan lupa to collect your Air Zamzam.

Tukar duit. 


Rasa lapar, kami makan dulu di food court sebelum balik.




SubhanAllah... Alhamdulillah... Allahu Akbar...

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment