Friday, March 29, 2024

UMRAH 2024 - TAWAF WADA'

Assalamualaikum.
Maka tibalah masanya untuk kami ke Madinah pula. Perjalanan kami ke Madinah akan bermula pada pukul 1 petang, maka kami melakukan Tawaf Wada' di sebelah pagi.

Bersolat Subuh.


Sarapan.




Cuaca nyaman pagi itu dengan suhu 19℃.

Kami semua diminta untuk meletakkan beg-beg kami di depan bilik seawal pukul 9 pagi to be collected and sent by the hotel staff to the lobby sebelum dimasukkan ke dalam bas bila bas sudah sampai nanti.

Pada pukul 7:30 pagi kami pun turun dari bilik hotel menuju ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf Wada' sebelum meninggalkan Kota Makkah.

Berjalan ke Masjidil Haram.

Suasana pagi di dataran yang sentiasa ramai jemaah.

Merakam beberapa lagi foto buat kenangan sebelum meninggalkan Kota Makkah.



Untuk melakukan Tawaf Wada' kita tidak perlu berpakaian ihram dan boleh berpakaian harian biasa. Makanya tidaklah boleh kami bertawaf di Mataf di Kaabah kerana hanya mereka yang berpakaian ihram sahaja dibenarkan untuk bertawaf di situ. Maka kita pun bertawaf di Mataf Tingkat Pertama.


To First Floor Mataf.

Kerana ada banyak kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan maka jemaah dibenarkan memakai kasut/selipar.

Suasana di Mataf (Tempat Tawaf) di Aras Pertama.

Sungguh pun ada ramai jemaah tapi tidaklah sesesak di Mataf di Kaabah.

Berjalan ke lampu hijau untuk memulakan Tawaf Wada' kami.

Maka selesailah Tawaf Wada' kami. 
Foto-foto berikut hanya kami rakam setelah selesai tawaf supaya kami tetap fokus dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan lain (seperti mengambil gambar) yang boleh memesongkan niat bertawaf kami. Bermula pada pukul 7:40 pagi, kami selesai Tawaf Wada' kami pada pukul 8:56 pagi, iaitu lebih kurang 76 minit atau 1 jam 16 minit. 

Untuk perbandingan, Tawaf Umrah kami di Mataf di Kaabah telah ambil masa 1 jam untuk diselesaikan di mana keadaan di situ adalah lebih sesak berbanding di Mataf Tingkat Pertama ini. Walau pun bulatan jalan tawaf di Mataf Tingkat Pertama ini jauh lebih besar tapi ia kurang sesak berbanding di Mataf di Kaabah. Makanya masa yang diperlukan untuk kami menyiapkan tawaf di kedua-dua Mataf tidak jauh berbeza. Tentulah kesimpulan ini bukan satu ketetapan kerana ada banyak faktor lain yang mungkin membuatkan masa selesai kedua-dua tawaf jauh berbeza.

Pastikan berhati-hati bertawaf di sini kerana ada juga jemaah yang berkerusi roda, terutamanya jemaah yang ditolak oleh penolak upahan kerana mereka menolak dengan begitu laju sambil berlari.

Tawaf dimulakan dari lampu hijau ini. 

Sentiasa ada kru pembersihan melakukan kerja mereka bagi menjaga kebersihan Masjidil Haram ini.

Berhenti seketika minum Air Zamzam.

Sebelum balik ke hotel kami pergi melihat Kaabah buat kali terakhir dalam Umrah 2024 kami ini.


Tentulah kami merasa sayu namun sangat bersyukur kerana telah diberikan peluang oleh Allah SWT sekali lagi mengerjakan Umrah. 

Semoga kami berdua dapat lagi ke sini, inshaAllah.












Berjalan balik ke hotel.














Ada hospital di sini.


Kami ke farmasi untuk beli ubat-ubatan bagi merawat sakit batuk kami.


Suasana di dalam farmasi di Makkah.

Kami sangat menyarankan untuk siap-siap bawa ubat-ubatan dari Malaysia kerana harganya di Makkah adalah mahal. Contohnya sekotak lozenges yang kami beli harganya 40 riyal (RM 50). Di Malaysia cuma RM 12 sahaja.

Kelihatan beg-beg (bukan beg-beg group kami) dikumpulkan di tepi jalan.

Kami akan bertolak ke Madinah pada pukul 1 tengahari makanya kami tidaklah sempat untuk makan tengahari di hotel kerana ia bermula selepas solat Zohor. Jadi kami pun ke food court untuk beli makanan for us to have our early lunch.

Awal lagi masa ini jadi tak ramai orang.

Malaysia Restaurant.

Kuih-muih Melayu di Restoran Felda D'Saji.

Kami beli bungkus. Lebih selesa makan di bilik hotel.






Makanan tengahari kami. Alhamdulillah sedap dan mengenyangkan.




The bills.
Duit Arab Saudi.

Al Quran yang ada di bilik hotel. 

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.