Assalamualaikum.
Sambung lagi cerita lawatan kami ke Chiang Kai-Shek Memorial Hall. Seterusnya di lantai 1F ini kami masuk ke bahagian Central Hallway. Di lantai ini juga ada Permanent Exhibition Hall, Auditorium, 1st Exhibition Hall, Gallery (1F), 2nd and 3rd Exhibition Halls and Administration Area.
Ketika itu di Central Hallway ini sedang diadakan satu pameran "2023 Human Rights Poster Exhibition" sempena Universal Declaration of Human Rights 75th Anniversary.
Kami berhenti sekejap di sudut ini untuk membaca maklumat tentang 'Guide to Park Architecture and Ecology'.
Nowadays, selalunya ada QR codes. Scan sahaja dengan mobile phone sudah boleh akses maklumat.
High ceiling Central Hallway.
There's a small nook at the side of the hallway where visitors can take and read pamphlets about this memorial hall as well as about Taiwan in General.
Saya kongsi di sini pamphlets tentang CKS Memorial Hall.
Seterusnya Philip bawa kami ke dewan pameran pula.
Masuk ke Permanent Exhibition Hall which exhibits Chiang Kai-shek and the Republic of China.
Cantik sungguh pintu besar grand dewan pameran ini.
Masuk sahaja pengunjung 'disambut' dengan sebuah foto besar "March Student Movement in 1990".
"The student movement was a major reason Taiwan's democratization entered into a totally new phase".
Information on "March Student Movement in 1990".
Chiang Kai-shek ialah ketua negara paling lama berkhidmat di Republik China, menjadi Presiden penggal pertama hingga ke-5. Kehidupannya berkait rapat dengan sejarah Republik China. Untuk memberi gambaran kepada orang ramai tentang pembangunan negara, pameran ini dibentangkan untuk meneroka penyertaan Chiang dalam zaman revolusi, Eastern Expedition, Northern Expedition, Second Sino-Japanese War, pemindahan kerajaan selepas perang ke Taiwan, dan perubahan situasi antarabangsa melalui artifak, fail dan foto.
Ok, jom kita explore pameran ini.
Pameran perkahwinan CSK dan Soon May-ling pada 1927.
Pada asalnya ditolak pada awal 1920-an, Chiang berjaya memikat hati ibu Soong May-ling dengan terlebih dahulu menceraikan isterinya dan gundik-gundiknya dan berjanji untuk mempelajari ajaran Kristian dengan ikhlas. Dia membaca Bible yang diberikan May-ling kepadanya dua kali sebelum memutuskan untuk menjadi seorang Kristian, dan tiga tahun selepas perkahwinannya dia dibaptis di gereja Methodist Soong. Walaupun beberapa pemerhati merasakan bahawa dia menerima Kristian sebagai langkah politik, kajian terhadap diarinya yang baru dibuka menunjukkan bahawa dia ikhlas dan merasakan bahawa agama Kristian mengukuhkan ajaran moral Confucian.
CKS official cars.
About the cars.
Wikipedia:
As he grew older, Chiang became more aware of the issues that surrounded him and in his speech to the Kuomintang in 1945 said:
"As you all know I was an orphan boy in a poor family. Deprived of any protection after the death of her husband, my mother was exposed to the most ruthless exploitation by neighbouring ruffians and the local gentry. The efforts she made in fighting against the intrigues of these family intruders certainly endowed her child, brought up in such an environment, with an indomitable spirit to fight for justice. I felt throughout my childhood that my mother and I were fighting a helpless lone war. We were alone in a desert, with no available or possible assistance could we look forward to. But our determination was never shaken, nor was hope abandoned".
Seterusnya di Galeri Pejabat Presiden Chiang Kai-shek.
Galeri Pejabat Presiden Chiang Kai-shek, yang merupakan recreation pejabat asalnya, telah dibuka kepada orang ramai pada 31 Oktober 1994. Semua perabot, aksesori dan perabot lain berada dalam kedudukan asalnya di Pejabat Presiden.
Pengunjung juga boleh melihat arca lilin Presiden Chiang Kai-shek yang sangat hidup oleh pengukir terkenal Lin Chien-cheng yang diletakkan duduk di belakang mejanya.
Philip kata cuba perhatikan meja ini. Dia kata meja ini unik kerana mempunyai laci-laci di kedua-dua belah meja. Ini kerana meja kerja ini diguna bersama oleh CKS and isterinya Soong May-Ling dengan duduk berhadapan.
Foto CKS dan Soong May-ling ketika lawatan rasmi. Soong Mei-ling (1898–2003), yang berpindah ke Amerika Syarikat selepas kematian Chiang Kai-shek, dikatakan adalah isteri CKS yang paling terkenal. Pada tahun 1901, dalam perkahwinan yang diatur pada usia 14 tahun, Chiang telah berkahwin dengan Mao Fumei, seorang penduduk kampung yang buta huruf lima tahun lebih tua daripadanya. Semasa berkahwin dengan Mao, Chiang mengambil dua orang gundik. Gundik masih menjadi amalan biasa bagi lelaki bukan Kristian yang berada di China pada ketika itu.
Seterusnya Philip bawa kami ke tingkat 4F pula untuk ke Bronze Statue Hall.
Dan ini yang paling Wow! pada kami berdua. Di memorial hall ini ada disediakan Muslim Prayer Room. Bukan seperti Prayer Rooms yang boleh digunakan oleh penganut agama-agama lain seperti yang ada di airports, tapi betul-betul bilik bersolat yang disediakan khas untuk orang Islam. Dan yang paling bagusnya juga turut disediakan tempat berwuduk yang proper.
Maklumat tentang kemudahan-kemudahan yang ada disediakan di memorial hall ini yang dipapar di info board di tepi lift. |
Pada info board tepi lift ini juga ada menunjukkan floor plan level 4F, where the huge bronze statue of CKS is. Kami berdua tentulah excited hendak tengok the Changing of the Guards.
Pintu masuk ke Bronze Statue Hall dari lift.
That's the bronze statue of CKS.
Hampir keseluruhan tingkat 4 ini adalah untuk the Bronze Statue Hall. Ia menempatkan patung gangsa besar Presiden Chiang Kai-shek yang berlokasi di dewan atas Memorial Hall. Patung gangsa itu adalah setinggi 6.3 meter dan beratnya kira-kira 21.25 metrik tan. Ia dibuat oleh Mr. Chen Yi-fan. Patung itu diletak di atas blok asas setinggi 3.5 meter dan padanya terdapat ukiran wasiat Presiden CKS. Keseluruhan struktur ini berdiri setinggi 9.8 meter.
Patung ini terletak di antara dua bendera Taiwan dengan dua pengawal di bawahnya.
Pada blok asas di bawah patung ini terdapat plak yang mencatatkan wasiat CKS. Di dinding belakang patung ini pula terdapat 6 tulisan Cina; Lun Li (ethics), Ming Chu (democracy) dan Ko Hsueh (science). Terdapat juga kata-kata CSK "To live is to seek a better life for all mankind; the meaning of life lies in the creation of a life beyond life".
"The 3 Principles of the People", yang ditulis oleh Chiang: Etika, Demokrasi, Sains, terukir di dinding marmar di belakang patung besar itu. Tujuan hidup di planet ini adalah untuk meningkatkan kehidupan semua orang.
Melihat patung ini, ia ada sedikit mengingatkan kita kepada patung Abraham Lincoln di Memorial Lincoln Washington DC yang, tapinya, dibuat dengan marmar putih.
Dan inilah guards yang ditugaskan di Bronze Statue Hall ini. Pengawal-pengawal tentera ini ditugaskan di sini oleh Kementerian Pertahanan Taiwan sebagai pengawal tentera tetap untuk mengawasi patung gangsa besar ini dan sebagai simbol melindungi ketua negara.
Para pengkritik tentang khidmat pengawal-pengawal tentera di sini percaya ia melambangkan penghormatan terhadap masa lalu Taiwan yang autoritarian, dan mencadangkan agar mereka ditugaskan untuk menjaga platform bendera dan bukan patung besar CKS. Ini sekali gus akan menghapuskan imej negatif "kesetiaan pada diktator" sambil melindungi nilai dan maruah pengawal-pengawal tentera itu.
Pada kami itu semua adalah masalah dalaman negara Taiwan. We were just excited to see the Changing of Guards ceremony. If the big statue is eventually removed, then perhaps there will no longer be such ceremony, unless the guards are stationed at some other venue and assigned to guard other significant national heritage or historic monuments.
Kerana pertukaran tampuk kerajaan, pada tahun 2007, khidmat pengawal-pengawal tentera ini pernah dihentikan tapi kemudiannya diadakan semula pada tahun 2009.
Tugasan sebagai pengawal tentera di memorial ini dilakukan secara bergilir-gilir antara tentera darat, tentera laut dan tentera udara Taiwan. Tentera darat akan memakai seragam hijau, seragam hitam oleh tentera laut ketika musim panas dan putih ketika musim sejuk dan tentera udara pula memakai seragam berwarna biru.
Pengawal dari tentera udara Taiwan |
Berapa lama 2 orang pengawal itu berdiri di atas pedestal? Changing of the Guards berlaku setiap jam. Keseluruhan acara bertukar pengawal ambil masa selama 10 minit. Jadi 2 orang pengawal itu akan berkawal selama lebih kurang 50 minit.
Kelihatan pengawal sedang diperiksa dan diperkemaskan pakaian seragam mereka. Agaknya masa ini juga keadaan mereka dipantau. Maklumlah berdiri tegak begitu tanpa membuat sebarang pergerakan dalam tempoh yang lama tentunya mencabar fisikal dan mental.
Dalam masyarakat demokrasi Taiwan hari ini, ada pendapat yang mengatakan semua watak autoritarian harus dihapuskan kerana ia merupakan produk masa lalu Taiwan yang autoritarian. Maka Taiwan's Transitional Justice Commission pernah mengumumkan rancangannya untuk mengubah Dewan Memorial Chiang Kai-shek ini dan salah satu usaha itu termasuk mengalihkan patung besar ini. Dan lain perkataan “axis of worship” atau "paksi pemujaan" dalam dewan ini harus dihapuskan atau dialihkan.
Pada 2018, aktivis pelajar pro-independence menyerbu masuk dewan ini dan melemparkan cat pada patung Chiang Kai-Shek. Dua orang pelajar telah ditangkap dan didenda NT$2000. Selain cat, patung ini juga sudah beberapa kali dilontar dengan telur dan dakwat.
Selain dari patung besar ini, terdapat banyak lagi patung-patung CKS di Taiwan, seperti di taman-taman, sekolah-sekolah dan pangkalan tentera, yang biasanya diperbuat daripada aloi gangsa. Beberapa patung-patung itu telah dialihkan bermula pada 1999, dengan publisiti yang lebih besar terutamanya bermula pada 2007. Ini telah mengakibatkan protes dan penentangan atas alasan budaya dan sejarah. Banyak patung-patung CKS sejak itu telah dipindahkan ke lokasi pusat dan diletakkan di taman peringatan.
Di dalam dewan ini, lambang negara Taiwan: langit biru, matahari putih dan 12 pancaran matahari digambarkan di siling dewan, yang ketinggiannya empat tingkat.
Ketika itu pukul 10:36 am. Jadi ada masa lebih kurang 20 minit lagi before the next Changing of the Guards ceremony. Jadi Philip ajak kami jalan-jalan dulu di bahagian luar bangunan memorial ini.
Pada pintu besar ini ada bronze door of bronze statue hall. Tapi daun pintu ini ketika itu dalam keadaan terbuka dan masuk ke dalam dinding di kedua-dua belah kiri dan kanan. Cuma nampak sedikit sahaja.
Pada bahagian depan memorial ini kelihatan pintu gerbang the Archway, Democracy Square, Democracy Boulevard, National Concert Hall and National Theatre.
National Theater dan National Concert Hall Taiwan adalah dua daripada kemudahan seni persembahan moden utama yang pertama ditubuhkan di Asia. Selepas kematian Chiang Kai-shek pada tahun 1975, kerajaan Kuomintang membenarkan pembinaan monumen dan kemudahan seni budaya di plaza peringatan. Projek itu menelan belanja sebanyak TWD 7.4 bilion.
National Concert Hall |
National Theatre |
Di antara kedua-dua tangga naik ke lantai 4 memorial hall ini ada hiasan lorekan bentuk awan yang melambangkan auspiciousness and good luck.
Berikut adalah beberapa isu tentang memorial hall ini yang saya baca.
Selepas Chinese Nationalist Party’s (KMT) berundur ke Taiwan, ia melaburkan sumber yang besar untuk membina "taman peringatan" yang besar di tengah-tengah ibu kota negara. Walaupun kononnya dicipta untuk memperingati Chiang Kai-Shek, reka bentuk dan susun atur kompleks ini dikatakan menggalakkan pelawat untuk 'worship' dan bukannya sekadar mengingati.
Sebagai contoh, plaza yang rata dan berfokus ke dewan utama dengan dinding sempadan mengelilingi kompleks mewujudkan garis penglihatan dan laluan yang menunjukkan penghormatan kepada "kuil" pusat. In addition, "taman" di sini menggunakan ruang tanah yang sangat luas, walaupun digunakan oleh orang ramai, ia tetap melambangkan karektor autoritariannya.
Dan tentunya ada juga pendapat-pendapat yang mengatakan memorial hall ini bukanlah simbol autoritarianisme. Chiang Kai-shek dianggap sebagai pemimpin pertama yang membawa budaya Cina ke Taiwan dan kompleks memorial ini bukan tentang menyembah pihak berkuasa, tetapi sebagai peringatan kolektif. Selain dianggap langkah memusnahkan patung CKS sebagai memusnahkan warisan budaya, penghapusan ia juga tidak akan membawa perdamaian. Dan memelihara patung itu sebenarnya tidak membayangkan pengiktirafan masa lalu.
Climb the front steps of the main hall and walk to the third floor platform. In front of the door of the bronze statue hall, you can look up and see a plaque hanging above the bronze door of the main hall, about 4.74 meters wide and 6.31 meters high. The inner side of the Turkish rose stone is composed of 15 pieces of ruby-colored granite. The five characters "Chiang Kai-shek Memorial Hall" are engraved on the surface and filled with gold foil. It can be seen clearly from a distance.
Source: tour.cksmh.gov.tw
Main hall plaque |
Kompleks/bangunan ini juga adalah mesra kerusi roda.
Taman Memorial Chiang Kai-shek ialah taman gaya Cina yang menempati ruang seluas 25 hektar. Ia merupakan tempat penting dalam landskap budaya Taipei City, tempat menarik untuk dikunjungi pelancong dan penduduk setempat untuk menghabiskan masa lapang.
Taman ini sendiri adalah sistem ekologi yang pelbagai. Banyak pokok, pokok renek, bunga, dan tumbuhan penutup tanah memenuhi kawasan itu. Dedaunan berubah dengan setiap musim, bermakna pemandangan taman ini sentiasa berubah. Persekitaran yang mesra alam ini menjadi habitat pelbagai burung seperti Moorhens, Black-crowned Night Herons, Malaysian Night Herons, and Japanese White-Eyes, dan juga Formosan Red-bellied Tree Squirrels.
Dewan utama Memorial Chiang Kai-shek ini direka oleh arkitek terkenal Yang Cho-cheng. Struktur penuh bangunan ini menempati kawasan seluas kira-kira 15,000 meter persegi, dengan ketinggian kira-kira 70 meter. Ketinggian platform, dewan dan bumbung masing-masing adalah 14.5, 24 dan 31.5 meter.
Seni bina Dewan Memorial Chiang Kai-Shek diilhamkan oleh Tiantan di Beijing. Empat sisi strukturnya serupa dengan piramid di Mesir. Bahannya ialah marmar putih. Bumbungnya dihiasi dengan kaca biru tua sebagai sebahagian daripada pantulan langit biru dan matahari yang terang.
Pemandangan ke arah Daxiao Gate (Gate of Great Piety).
Chiang Kai-shek Memorial Hall has three primary points of entry, each with its own elaborate archway. Off to the adjacent sides of the main hall are Gate of Great Loyalty and Gate of Great Piety. The names are taken from the expression “Both loyalty and filial piety are attained.” The Gate of Great Piety faces Aiguo East Road, while the Gate of Great Loyalty faces Xinyi Road. Both archways stand at 13.8 meters tall and are 19.7 meters wide. The two gates both have 3 entryways, 4 pillars, and 3 roofs each, which is a configuration that ranks them lower than the front archway. Their shape indicates they are lower in rank than the front archway, but they are constructed from the same faux-marble white concrete, and also contain several layers of dougong (bracket sets), and have roofs covered in the same Chinese blue-glazed tiles.
Source: tour.cksmh.gov.tw
Gate of Great Piety |
Pemandangan di belakang main hall ini.
Di belakang ini ada taman Native Cherry Blossom.
Tiang-tiang dengan hiasan lorekan awan.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.