Monday, September 4, 2023

ITALY & SWITZERLAND - SWITZERLAND: RÜMLANG TO LAUTERBRUNNEN - PART 02

Assalamualaikum.
Ok sambung lagi perkongsian foto-foto yang sempat kami rakam semasa dalam perjalanan dari Rümlang ke Lauterbrunnen.


Ketika ini kami sedang melalui Interlaken-Oberhasli District.
Wikipedia: Interlaken-Oberhasli District in the Canton of Bern was created on 1 January 2010, uniting the former Interlaken and Oberhasli districts. It is part of the Oberland administrative region. It contains 28 municipalities with an area of 1,228.93 km² and a population of 48,763. 


Melalui kawasan pergunung Alps yang sungguh indah sekali. Kalau tidak silap saya, kalau tiada awan tebal ini dari jalan raya ini boleh nampak 3 puncak gunung iaitu Reeti, Schwarzhorn dan Mittelhorn. 

Wah! Ada air terjun pula yang mengalir jatuh dari banjaran Alps ini.


Semasa sedang lalu di jalan raya lereng gunung ini, kami ternampak beberapa air terjun yang tinggi dan cantik. Kawasan pergunungan di sini dipanggil Wandelbach di mana ada terdapat 4 air terjun besar iaitu Wandelbachfall, Oltschibachfall, Reichenbachfall dan Falcherenbachfall.

Itu adalah air terjun Wandelbachfall. Air terjun itu terletak di bahagian bawah dari beberapa air terjun yang ada di sepanjang Wandelbach. Air terjun itu jatuh kira-kira 225 meter dalam empat tingkat, dengan penurunan terbesar menyumbang kira-kira 125 meter daripada jumlah keseluruhan.

Air terjun ini saya tidak pasti yang mana satu dari 4 air terjun yang ada di Wandelbach ini. Mungkin Reichenbachfall atau Falcherenbachfall.






Yang ini pula air terjun Oltschibachfall. 
Wikipedia:
🔹The Oltschibachfall is a waterfall in Meiringen in the Swiss canton of Bern.
🔹It forms a striking landscape element in the Haslital and a tourist attraction in the Bernese Oberland. It separates the upper course of the Oltschibach, which flows down from the high valley "Oltscheren" under the Wildgärst, from its lower course in the valley on the Aare.

Wikipedia:
🔹The approximately 300 meter high waterfall cascades over the steep mountain slope south of the Aarboden. The flank of the valley has a height of more than 400 meters from the mountain terrace above with the alpine settlement "Züün" (1,000  m above sea level) to the village of Unterbach on the plain near the Meiringen airfield (578 m above sea level). 
🔹The waterfall is located on a high rock face in the upper part of this landscape level. It consists of an upper waterfall about 140 meters high, falling partly free from the overhanging rock, and a lower part with a cascade on rock steps.

Ini kali pertama saya nampak road markings white circles macam ini. Tanda jalan raya bulat putih ini dibuat di selekoh-selekoh merbahaya di mana sering berlaku kemalangan terutamanya di kalangan penunggang motosikal. Sehingga kini, penunggang motosikal sering mengalami kemalangan di bahagian jalan ini apabila mereka memotong selekoh dan bertembung dengan lalu lintas dari arah hadapan. Selepas analisis menyeluruh terhadap tingkah laku pemanduan, tanda baharu telah direka untuk menggalakkan penunggang motosikal memilih garisan selekoh yang selamat. Jika penunggang motosikal berada di sebelah kanan tanda, jarak yang mencukupi dikekalkan dari lorong yang akan mendatang dan potensi bahaya di selekoh dapat dikurangkan dengan ketara.


Menyeberang Sungai Aare.
Wikipedia: 
🔹The Aare or Aar is a tributary of the High Rhine and the longest river that both rises and ends entirely within Switzerland.
🔹Its total length from its source to its junction with the Rhine comprises about 295 kilometres, during which distance it descends 1,565 m, draining an area of 17,779 km2, almost entirely within Switzerland, and accounting for close to half the area of the country, including all of Central Switzerland.
🔹There are more than 40 hydroelectric plants along the course of the Aare.

Kelihatan air terjun Oltschibachfall.

Aare river and train station Brienzwiler (on the right).

Menyeberang sungai Aare ini membawa kami masuk ke Meiringen Municipality. 
Wikipedia: 
🔹Meiringen is a municipality in the Interlaken-Oberhasli administrative district in the canton of Bern in Switzerland. Besides the village of Meiringen, the municipality includes the settlements of Balm, Brünigen, Eisenbolgen, Hausen, Prasti, Sand, Stein, Unterbach, Unterheidon, Wylerli and Zaun.
🔹Meiringen is famous for the nearby Reichenbach Falls, a waterfall that was the setting for the final showdown between Sir Arthur Conan Doyle's fictional detective Sherlock Holmes and his nemesis Professor Moriarty.
🔹The village is also known for its claim to have been the place where meringue was first created.


Selepas melalui Meiringen Municipality, kami lalu pula di kawasan perkampungan Brienz. 

Brienz ialah sebuah kampung di pantai timur laut Tasik Brienz, di rantau Bernese Oberland Switzerland. Chalet kayu abad ke-18 serta arca yang tersebar di seluruh kampung ini adalah testimoni kepada tradisi ukiran kayu mereka.

Brienz yang terkenal sebagai "kampung ukiran" mempunyai tradisi yang lama dalam pemprosesan kayu dan sehingga kini mempunyai sekolah untuk ukiran dan pembuatan biola.

Saya baca pada Jun 2023 yang baru lalu ini, telah berlaku tanah runtuh di kampung Brienz ini. Ahli geologi telah meramalkan pada bulan Mei bahawa tanah runtuh akan berlaku. Oleh itu pihak berkuasa telah memindahkan kira-kira 85 penduduk kampung itu. Kira-kira 50 juta kaki padu batu dan serpihan runtuh dari tebing gunung dan berhenti tidak jauh dari kampung di bawahnya, cuma beberapa meter sahaja dari bangunan pertama yang menghadap ke cerun iaitu sebuah schoolhouse. Satu-satunya struktur yang terperangkap dalam runtuhan itu ialah bangsal kecil yang agak jauh dari kampung.




Pemandangan tebing gunung Alps, trek kereta api, sungai Aare, padang ragut lembu, Swiss Simmental cattle and electric fences. 







Sudah kelihatan Lake Brienz. 



Pemandangan Lake Brienz dari dalam bas.

Lake Brienz yang cukup indah sekali. SubhanAllah.

Wikipedia: Lake Brienz is a lake just north of the Alps, in the canton of Bern in Switzerland. It has a length of about 14 kilometres, a width of 2.8 kilometres and a maximum depth of 260 metres. Its area is 29.8 square kilometres; the surface is 564 metres above the sea-level.

Dengan perkampungan yang indah dan pemandangan yang mempesonakan, Tasik Brienz tidak dapat dinafikan adalah tempat yang indah untuk dikunjungi. Tapi kami tidak berhenti di sini, sekadar pass by sahaja. Jadi kita nikmati dan rakam sahajalah pemandangan tasik ini dari dalam bas.

Tasik ini juga dikenali sebagai 'turquoise gem' kerana airnya yang jernih dan biru kehijauan. Bersama-sama dengan Tasik Thun, ia adalah salah satu daripada dua tasik bersebelahan dengan Interlaken di Switzerland.

Air tasik ini adalah dari air glasier, jadi ia agak sejuk walaupun pada musim panas. Suhu airnya hampir tidak meningkat melebihi 20°C semasa bulan-bulan musim panas. Sesetengah orang gemar berenang di tasik yang sejuk, tetapi jika lebih suka berenang di dalam air yang lebih suam, Tasik Brienz mungkin terlalu sejuk untuk direnangi.

Semasa lalu di jalan raya di tepi tasik Brienz, kami melalui 2 terowong iaitu Chüebalm tunnel dan Sengg tunnel.
🔸Kerana pernah berlaku kejadian kemalangan dan kebakaran di dalam terowong jalan raya seperti ini, maka telah dibuat/bina safety gallery dan emergency exits untuk terowong-terowong di Switzerland.
🔸Contohnya, untuk Chüebalm tunnel (bersama Giessbach tunnels) dibina 15 emergency exits. Safety gallery dibina selari dengan setiap terowong, yang mana ia disambungkan melalui laluan silang.
🔸Terowong Sengg dilengkapi dengan laluan kecemasan di tengah terowong, menuju ke permukaan melalui galeri dan staircase shaft. Juga dibina sebuah bangunan yang beroperasi dengan kunci udara bersepadu.

Pengunjung boleh bersiar-siar di sepanjang tebing tasik Brienz ini. Berada di dalam kawasan percutian Interlaken, pencinta alam semula jadi dan pejalan kaki yang berminat, mempunyai banyak peluang untuk menerokai landskap tasik ini pada bila-bila masa sepanjang tahun. Berjalan-jalan di sepanjang pinggir tasik yang romantis dan berjalan kaki yang menyeronokkan melalui hutan dan padang rumput hijau menjadi aktiviti kegemaran kebanyakkan pengunjung di sini.

Tahu tak kenapa Tasik Brienz ini berwarna turquoise? Ia adalah kerana zarah-zarah kecil sedimen yang dihanyutkan ke dalam tasik oleh perairan glasier dari sungai Lütschine dan sungai Aare. Oleh kerana zarah glasier yang sangat halus ini tenggelam dengan perlahan, ia menghasilkan kesan visual yang luar biasa yang hanya dipertingkatkan dengan kebersihan tasik.

Adakah tasik ini bersih? Ya. Adanya fasiliti rawatan air adalah salah satu sebab utama mengapa Tasik Brienz kini berada dalam keadaan 'sihat', berbanding dengan tasik-tasik Switzerland yang lain. Tasik besar di pinggir Alps ini, yang masih tercemar dengan nitrogen pada tahun 1980-an, kini menjadi tasik paling bersih di Switzerland.

Tasik-tasik manakah antara yang terindah di Switzerland? Lake Geneva, Lake Lucerne, Lake Thun, Lake Brienz, Lake Maggiore, Brissago Islands, Lake Lugano, Lake Zurich and Lake Constance.

Kalau berminat untuk cruise di tasik ini juga boleh. Durasinya 1 jam 15 minit. Boleh hop-on hop-off di beberapa ports yang ada di sekitar tasik ini. Dan kalau ada Swiss Travel Pass, free saja sebab the Swiss Travel Pass is valid for boat cruises on Lake Brienz. Kalau tak nak cruise, boleh juga berkayak atau SUP (stand up paddle boarding).

Adakah Tasik Brienz membeku pada musim sejuk? Tidak, ia tidak membeku. Suhu musim sejuk yang rendah tidak mencukupi untuk Tasik Geneva, Neuenburg, Thun, Brienz, Lucerne dan Walen untuk membeku. Jika membeku pun, ia sangatlah jarang berlaku. Secara purata, di Brienz pada bulan Disember, terdapat 41% kemungkinan hujan atau salji.

Ada ke ikan dalam tasik ini? Terdapat spesies ikan yang hanya wujud di tasik Thun dan Brienz, iaitu Brienzlig, yang dinamakan sempena tasik itu. Ini adalah ikan yang agak kecil, yang berenang terutamanya di kawasan berbatu dan juga sedikit kelabu warnanya. Selain itu ada juga lake trout, northen pike, burdot and yellow perch.

Alhamdulillah cuaca baik, maka dapatlah kami menikmati keindahan tasik ini dan merakam foto. 

Leaving Lake Brienz, we continued our journey to Lauterbrunnen. This is JungfrauPark Interlaken, Kinderparadies Mysty Land, a Children's amusement center. It is an in and outdoor play park, for kids up to 10 yearsold, with giant slides, pedal karts and climbing frames.

Ketika ini kami berada dalam Interlaken-Oberhasli District.





Oberland Shopping - a shopping mall.





Melalui kawasan perkampungan Wilderswil. It is a small resort village.
Wikipedia: Wilderswil is a village and a municipality in the Interlaken-Oberhasli administrative district in the canton of Bern in Switzerland. Wilderswil belongs to the Small Agglomeration Interlaken with 23,300 inhabitants.

Wilderswil adalah kawasan percutian yang tenang jauh dari kesibukan metropolis pelancongan seperti Interlaken, tetapi tidak kurang hebatnya sebagai lokasi percutian yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti excursions, hiking tours, shopping and winter sports.

Stesen Keretapi Wilderswil.

Pekan Wilderswil.

Saya rasa seronok masa lalu di kampung ini kerana dapat menyaksikan pelbagai seni bina rumah yang ada elemen gaya bina rumah kayu tradisional Swiss. Cantik!









Spiel Gruppe Rägeboge - a school. 


Dairy products store.













Ini sungai Lütschine. 




Sungai Lütschine adalah salah satu sungai whitewater rafting yang paling menarik di Switzerland. Berasal dari Eiger, Mönch dan Jungfrau, pergunungan Switzerland yang terkenal, yang membawa air glasiernya terus ke Interlaken dan ke Tasik Brienzer. 





Boleh tahan sejuk juga pada masa ini.




Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments: