Friday, September 15, 2023

ITALY & SWITZERLAND - SWITZERLAND - INTERLAKEN

Assalamualaikum.
Kami pun selamat tiba di Interlaken. Bas kami parked di Parkplatz Congress Centrum, tidak jauh dari pusat bandar Interlaken yang akan kami lawati secara walking tour. Parking lot ini terletak di sebelah sungai Aare.

Aare Korean BBQ Restaurant.

Wah... kelihatan beberapa paragliders. 

Nope, not for me... hihi 😅. 

It would be so cool though being able to see the city from that height. Definitely amazing bird's eye views. 

Oh, ok bukan solo paragliders. Ada bersama paragliding pilot that fly along. Mestilah kan especiall untuk tourists, unless you are experienced paragliders. 

Haha... siap hold selfie stick 😄. Of course lah! Haruslah rakam penerbangan 😃.


Kebetulan ada kereta api sedang lalu menyeberangi sungai Aare. 


Dari Parkplatz Congress Centrum kami dibawa Amar, our tour guide, ikut jalan Harderstrasse.



Hotel Harder Minerva, a 3-star hotel. Nampak historic bangunan hotel ini. Rupanya dibina lebih dari 130 tahun yang lalu. Rate semalam antara 700 CHF ke 800 CHF, which is antara RM 3,600 hingga RM 4,100. Haaa... tu baru 3 bintang, kalau 5 bintang? 
harder-minerva.ch: This Hotel was built in 1890/91 by the Horn brothers, founders of the Horn Brewery. The building is based on the style of a French aristocratic townhouse, classed as being in the manner of historicism. The facade is distinguished by the elegant lesenes, cornices and an impressive mansard roof as well as the entrance door.


Ada art installation di tepi jalan Harderstrasse ini. Tak pasti installation apa ini tapi rasanya a model to show the engineering behind the cog railway atau rack railway. Ia adalah sistem trek kereta api yang digunakan untuk membolehkan kereta api memanjat naik trek yang curam di gunung-gunung Alps.
Wikipedia: A rack railway (also rack-and-pinion railway, cog railway, or cogwheel railway) is a steep grade railway with a toothed rack rail, usually between the running rails. The trains are fitted with one or more cog wheels or pinions that mesh with this rack rail.

Apakah cog railway tertinggi di Switzerland? Pilatus Railway ialah kereta api gunung di Switzerland dan landasan kereta api paling curam di dunia, dengan kecerunan maksimum 48% dan kecerunan purata 35%.

Hotel Splendid. A 3-star hotel. 



Dari jalan Harderstrasse kami masuk ke jalan Höheweg Boulevard. Itu kedai jam - Kirchhofer – Haute Horlogerie. Macam-macam jam tangan mewah ada dijual di situ.

Höheweg Boulevard ialah tempat pertemuan popular di Interlaken untuk pelancong dan penduduk tempatan dan merupakan central point for a walking tour of the city. 

Höheweg Boulevard ialah jalan sepanjang 700 meter yang menghubungkan wilayah barat bandar ini ke stesen kereta api. Ini adalah jalan utama yang dipenuhi dengan persiaran mewah, butik-butik mewah, kedai-kedai, hotel, taman dan restoran serta cafe. Jadi ia adalah lokasi yang perfect untuk bersiar-siar, membeli belah dan makan. 
Cartier jewelry store

Beberapa lokasi terkenal di sepanjang Hoheweg Boulevard termasuk Interlaken Centre, Swiss Chocolate Chalet dan pelbagai taman. Taman-taman itu termasuk English Garden, the Japanese Garden and Schlosspark.

Di Hotel Splendid ini juga ada butik pakaian mewah.

Di boulevard ini juga ada Top of Europe Flagship Store, sebuah kedai souvenir. 

It is Switzerland's most exclusive souvenir shop menjual coklat, jam tangan, Swiss Army Knives dan cenderahati. 


Ok, di Interlaken ini kami akan makan tengahari. Jadi sebelum kami jalan-jalan, Amar, our tour guide, tunjukkan dulu pada kami lokasi restoran-restoran halal. 

Kedai jam - Watches of Switzerland. Banyak kedai jam di sini. Maklum la, Swiss watches memang popular di seluruh dunia seperti Rolex, Patek Philippe, Tissot, Tag Heuer, Longines, Piaget, Omega, Glycine, Mondaine, Oris dan Victorinox. 


Dari Höheweg Boulevard, kami masuk ke jalan Jungfraustrasse. 




Di sini ada beberapa restoran halal seperti Spice Village Indian Restaurant & Tandoori Specialist, Indian Tandoori dan MAHARAJA Indian Restaurant. Jadi ada la banyak pilihan nak makan apa dari 3 restoran-restoran ini. Yang bagusnya ketiga-tiganya sebelah menyebelah. 
Tertera di banner restoran ini 'All Food Halal'


Masa lalu di sini memang la terbau sedap makanan. Terus rasa lapar! 😅

Banyak pilihan sampai susah nak pilih mana satu... hihi 😄.

Boleh nampak paragliders di celah-celah bangunan dari jalan Jungfraustrasse ini.

Bendera Malaysia pun ada di banner restoran ini. Agaknya sebab ramai pelancong dari Malaysia yang makan di sini bila melawat Interlaken. 

Pasangan pelancong Arab sedang berdiskusi tentang menu dengan restaurant owner. 

Vegetarian food pun ada juga. 

Beria saya contemplating fikir nak makan apa. Isteri tidak memilih sangat apa nak makan, saya je la yang sampai termenung di tepi jalan ini.. hahaha 😄. Lastly, tak jadi pun makan di sini... hihi 😄. So while the rest of our group members makan di restoran di sini kami pergi mencari restoran lain. Sebenarnya masa itu saya teringat-ingat chicken wings yang sedap yang saya makan masa di Milan a few days earlier. Masa itu kami makan di restoran Istanbul Kebap Pizzeria. Jadi kami pun pergilah cari similar restaurant dengan dibantu oleh Amar. Dia kata ada satu such restaurant nearby. So off we went. 



Dari jalan Jungfraustrasse kami masuk ke jalan Unionsgasse ini.

Di hujung jalan Unionsgasse ini ada satu lagi restoran India yang halal. Rupanya ada banyak restoran halal di area ini. In fact, kata Amar di bandar ini juga ada kedai grocery halal jika kita hendak memasak sendiri.


Satu lagi restoran India, Spicy Lounge - South India food, juga di jalan Unionsgasse. Mengapa terdapat begitu banyak restoran India di Interlaken?
Banyak filem-filem popular negara India dibuat di bandar Interlaken dan di kawasan bersebelahannya dan ini menjadi tarikan kepada pelancong dari India. Maka banyaklah restoran India di sini. Ia sangat popular sehingga banyak hotel-hotel di Interlaken mempunyai restoran India yang berasingan di dining section mereka.

Dari jalan Unionsgasse kami pun masuk ke jalan Rosenstrasse.


Jumpa satu lagi Indian restaurant. 


Dan kami pun jumpalah restoran ini, namanya Chili Pizza di jalan Rosenstrasse.


Chili Pizza is a Bloudan Syrian Restaurant (مطعم بلودان سوري). Bloudan is a village in Syria. 

Suasana di dalam restoran Chili Pizza.

Jumpa juga restoran dengan menu yang saya inginkan. Alhamdulillah. Kami pun ajak Amar makan bersama. 

Pamphlet Chili Pizza.


Ada info tentang tempat-tempat menarik di Jungfrau region. 

Lunch dah sampai. Jom makan! Lapar dah ni! 😅

Tapi sebelum itu, macam biasa mesti ambil gambar dulu lah 😄.

Chicken wings (6 pieces) ~ served with French fries and salad.


Sedap ke? Huiii.. sedap, crunchy on the outside and juicy on the inside, seasoned to perfection 😋. Panas-panas pulak tu. Fries sprinkled with spices and the salad is fresh. 
Alhamdulillah.

Amar memilih döner box ~ kebab meat and fries.



Bergambar kenangan bersama Amar di Interlaken. 

Juga bergambar kenangan bersama owner restoran Chili Pizza, Interlaken. Baik orangnya. Dia tanya ok ke makanan restoran dia ini, saya kata memang sedap. He looked very happy and asked if I could rate his restaurant in Tripadvisor. Terus saya bagi 5 bintang sebab memang sedap pun 😃.

Lepas lunch kami pun mulakan our walking tour di bandar Interlaken, Switzerland ini. Dari jalan Rosenstrasse kami ke berjalan ke arah utara menuju ke jalan Centralstrasse. 

Persimpangan jalan Rosenstrasse  dan jalan Centralstrasse. 
Bank EKI - Your bank in Interlaken and the surrounding area since 1852. Bank EKI Financial success through regional roots.


Ada buaian di persimpangan ini near a bus stop. How nice!


Beautiful tulips and China asters. Ok je mereka letak bunga-bunga cantik begini di tempat awam. Tidak ada sesiapa yang petik/vandalise. 


A variety of beautiful colorful flowers in each pot. Orange and purple Mariposa tulips, tiny white forget-me-not (Myosotis Alpestris White), yellow wallflowers and purple pansies.












Beautiful mini flower garden at a road junction. 



Ada banyak hotel, restoran serta cafe dan kedai-kedai di sini. Kira-kira satu perempat daripada semua pekerjaan di Interlaken adalah di hotel atau restoran.


Di Interlaken ini terdapat kombinasi bangunan-bangunan lama dan moden yang menarik. 


Restoran Thai. 

Kami teruskan lagi walking tour kami menuju ke Höhematte, sebuah taman dengan padang rumput hijau yang luas di mana paragliders mendarat.

Kami ada ternampak agak ramai juga pelancong Arab. Saya baca, kebiasaannya beberapa hari sebelum berakhirnya bulan Ramadan, destinasi pelancongan Interlaken ini mengusahakan butiran terakhir untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong Arab kaya: menu restoran yang diterjemahkan dalam bahasa Arab dibawa keluar, dan pembuat dan penjual jam mengisi semula stok model-model jam mewah mereka.

Dari awal bulan Julai, orang dari Arab Saudi, Qatar, Dubai dan Oman mula berpusu-pusu ke bandar Interlaken ini. Dengan purata perbelanjaan harian sebanyak 430 Swiss Franc ($448), mereka setakat ini merupakan 'durian runtuh' terbesar setiap tahun, empat kali lebih banyak daripada pelawat tempatan Switzerland.

Pelancong Arab tidak datang ke Switzerland untuk mendaki gunung, tapi lebih suka menaiki kereta kuda daripada mendaki jauh. Terletak di dataran di antara dua tasik, Interlaken ialah destinasi yang sesuai untuk mereka. Segala-galanya disediakan untuk menyambut mereka, termasuk pekerja dan pemandu yang boleh berbahasa Arab, "halal cruise' di tasik, paragliding yang membolehkan memakai tudung dan lain-lain persediaan.

Interlaken ialah sebuah bandar dan perbandaran Switzerland dalam daerah pentadbiran Interlaken-Oberhasli di kanton Bern. Ia merupakan destinasi pelancongan yang penting dan terkenal di wilayah Bernese Oberland di Swiss Alps, dan pintu masuk pengangkutan utama ke pergunungan dan tasik di wilayah itu.


Bandar ini terletak di tanah rata yang dipanggil Bödeli di antara dua tasik, Tasik Brienz di timur dan Tasik Thun di barat, dan di sepanjang sungai Aare, yang mengalir di antara mereka. Interlaken means 'between lakes'.

Interlaken mempunyai populasi (sehingga Disember 2020) seramai 5,719 orang. Interlaken dikelaskan sebagai komuniti pelancong. Bahasa rasmi Interlaken ialah bahasa Jerman, tetapi bahasa pertuturan utama ialah varian tempatan dialek Jerman: Swiss German and Bernese German.

Interlaken terkenal kerana lokasinya berdekatan dengan pergunungan dan pusat peranginan ski, jadi ia adalah tempat yang baik untuk dikunjungi jika gemar bermain ski.

Bolehkah kita mengelilingi Interlaken tanpa kereta? Memandu di bandar Interlaken adalah dikatakan mudah, dan kerana ianya bandar kecil, ia lebih baik diterokai dengan berjalan kaki. Terdapat bas tempatan yang disediakan dan tetamu hotel biasanya mendapat 'visitors` travel card' yang membenarkan perjalanan percuma menaiki bas dan kereta api dalam Interlaken.

Apakah fakta menarik tentang Interlaken Switzerland? Pembuatannya termasuk tekstil dan jam tangan. Interlaken ialah salah satu pusat peranginan pelancong terbesar (terutamanya musim panas) di Bernese Alps, dan pengunjung tahunannya jauh melebihi jumlah penduduk tetapnya. Wilayah ini terkenal dengan pemandangan indah puncak Jungfrau.

Bulan manakah yang terbaik untuk melancong ke Interlaken? Masa terbaik untuk melawat Interlaken adalah semasa musim panas, dari May hingga September. Suhunya sekitar 18°C ​​hingga 20°C, very pleasant, sesuai untuk walking tours, hiking, mendaki gunung dan aktiviti pengembaraan. Kalau nak salji, bolehlah ke bandar ini dalam bulan December.



Di Interlaken ini selain walking tour, boleh juga pusing-pusing bandar ini dengan menaiki kereta kuda (horse carriage ride). Kereta kuda ini sudah menjadi sebahagian daripada Interlaken sepertinya Höhematte dengan pemandangan Jungfraunya. Bolehlah merasa naik kereta kuda seperti 100 tahun yang lalu di bandar ini. Carriage ride ini boleh ambil masa antara 30 minit ke 1 jam. 

Kami sampai semula ke Höheweg. 

Wah! Ramainya paragliders. 




This is Victoria-Jungfrau Grand Hotel & Spa, a 5-star hotel with 150 years of history. There is a  5,500 m² spa inside the hotel. 

Lux hotel ni. Rate semalam antara RM4k hingga RM6k.


Berjalan-jalan di sepanjang Höheweg Boulevard ini memang menyeronokkan. Pengunjung boleh duduk-duduk di tepi padang hijau yang luas ini, namanya Höhematte dengan pemandangan gunung yang indah sambil menyaksikan paragliding. Pemandangan Jungfrau dari sini sangat menakjubkan. 

Sidewalk with flower gardens.




Tulip verona.


Spring pink daisies.

Purple wallflowers.


Common wallflower (Erysimum cheiri).


Kelihatan paragliders yang sudah mendarat. 



Adorable black barbet. 


Memang seronok dan menenangkan duduk di kerusi tepi padang ini sambil menyaksikan paragliders mendarat. 












Backdrop memang cantiklah sangat.



Merakam satu pendaratan paraglider.


Very nice and smooth.





Jom gelato. 


Harganya CHF 1½ (RM 8) satu cup kecil dan CHF 3 (RM 16) untuk cup besar. Kami yang tak berapa kenal duit syiling Swiss terkial-kial masa nak bayar... haha 😅. Tapi actually staff ini happy sangat tengok kami nak bayar pakai syiling sebab dia kata dia sudah kehabisan syiling. Maklumlah, most tourists akan bayar dengan notes. Lepas bayar, staff ini tanya kalau kami nak tukar the rest of our syiling to notes. Mestilah kami nak sebab esok kami sudah nak balik Malaysia dan duit syiling tidak diterima untuk tukar ke RM.

Ada macam-macam pilihan. 


Saya pilih 1 cup besar gelato perasa Coconut dan isteri pilih 1 cup kecil gelato perasa Raspberry. Staff di Gerai Gelato itu kagum kerana kami kenal Coconut. Ramai orang ingat Coconut adalah Cocoa, katanya.

Coconut gelato and Jungfrau.


Pasangan Arab dengan 2 anak kecil sedang bersiar-siar dengan kereta kuda.


Sambil duduk di bench makan gelato, sambil merakam paragliders. 






Haaa... dapat pun satu close up shot 😄.


Rakaman video masa paragliding guna selfie stick tu mesti awesome!
















Bergambar kenangan di Interlaken.













Ok, sudah hampir masa untuk berkumpul dengan group. Jom ke meeting point. 



Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Ohh dah banyak kedai halal. Thanks for sharing. Semua foto cantik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul, kami pun tak sangka ada banyak halal restaurants.
      Thanks Mulan.

      Delete