Monday, June 27, 2022

PERLIS - DAY 02 - PART 03 - GUA KELAM

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. 

Baik, sambung lagi cerita jalan-jalan kami di Taman Rekreasi Gua Kelam.

Ada wakaf 'History of the Gua Kelam'.

Sejarah Perlombongan Gua Kelam.



Lepas jalan-jalan di bahagian taman di GeoTapak Gua Kelam ini, kami pun menuju ke pintu masuk Gua Kelam.

Gua Kelam merupakan salah satu gua batu kapur dalam Formasi Setul di Banjaran Nakawan dan telah diselenggara oleh Jabatan Perhutanan Perlis sejak tahun 1997. Gua Kelam juga terletak di dalam Hutan Simpan Wang Mu dengan keluasan 2,000 hektar dan telah diwartakan sebagai sebahagian daripada Taman Negeri Perlis pada 3 Julai 2008.


Ini peta lokasi Setul Limestone range dan Gua Kelam.

Ada QR Code GeoTapak Gua Kelam di sini. Let's have a look at the info.

Gua ini pernah menjadi jalan penghubung penduduk Wang Kelian (kawasan sempadan Malaysia-Thailand, berhampiran bandar Satun, Thailand) dengan pekan Kaki Bukit


Kaunter Pemeriksaan Tiket. Tapi tak nampak pun petugas di situ. 

Maklumat di Kaunter Tiket.

Jalan masuk ke pintu Laluan Gua Kelam 1.

Pemandangan sungai dari pintu masuk Laluan Gua Kelam 1.

Sungai ini adalah sungai yang mengalir keluar dari dalam gua.



Bergambar dulu sebelum masuk. So touristy.... oh why not la... hihi 😄. 

Ini pintu masuk ke Laluan Gua Kelam 1. Laluan platform ini tidak curam dan ada dipasang batang-batang kayu pemijak untuk memudahkan mendaki dengan memberi pelawat firm footing untuk elak dari tergelincir.

Notis seperti ini perlu dipaparkan kerana agaknya dulu pernah berlaku vandalisme dalam gua ini. Apa la... kenapa la conteng-conteng 😕.

Ada anjung tinjau di sebelah kiri pintu masuk ke gua.

Berdiri dari jarak ini di depan pintu masuk gua pun sudah terasa dingin. 

Wonderful rock formations di depan pintu gua.



Ok, jom kita masuk. Baca doa dulu sebelum masuk. Kita masuk dari pintu gua ini dan akan keluar di lokasi yang berbeza.

Laluan Gua Kelam 1 adalah melalui suspension bridge yang menghubungkan Kaki Bukit ke Lembah Wang Tangga, sebuah lembah di hujung laluan gua bertentangan Gua Kelam.

Gua Kelam adalah salah satu gua paling unik di Malaysia kerana ia adalah merupakan gua batu kapur sepanjang 370 meter yang terkenal dengan 'cave walk'nya. Jalan dalam gua ini ambil masa lebih kurang 30 minit, lama sikit la kalau stop-stop ambil foto 😄.

Berselfie kejap di pintu masuk Laluan Gua Kelam 1 guna kamera 360° 😁.

Laluan dalam gua ini sebenarnya adalah jambatan gantung yang merentasi sepanjang terowong gua ini. Laluan pejalan kaki ini lebarnya adalah 8 kaki, jadi selesa la.

Suspension bridge dalam Laluan Gua Kelam 1 ini dibina di atas/merentasi sebatang sungai gua bawah tanah yang panjangnya sekitar 400 meter. Sungai ini mengalir melalui banjaran batu kapur dan adalah merupakan satu fenomena kejadian semulajadi. Anak sungai ini mengalir terus ke Sungai Perlis. Since it is in a cave, kita dapat mendengar deruan air sungai di bawah jambatan gantung ini dengan jelas sekali. Quite calming bunyinya.

Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris melihat laluan sungai ini sebagai laluan yang terbaik untuk mengangkut bijih timah dari lombong yang terletak berhampiran pintu masuk sungai. Maka laluan pejalan kaki gantung sepanjang 370 meter dibina di atas sepanjang sungai ini dan digunakan oleh pelombong-pelombong untuk mengangkut bijih timah keluar dari Wang Tangga tanpa perlu mengharungi sungai gua dan melalui laluan-laluan sempit yang boleh menyekat kerja-kerja mengangkut bijih timah. 

Sejuk nyaman dalam gua ini. Namanya Gua Kelam, tapi suasana di dalam tidaklah begitu kelam kerana ada dipasang lampu-lampu, which I like. 

Sekarang, for tourism purposes, ada bahagian dalam gua ini dipasang lampu-lampu yang berubah-ubah warna. 


Menurut sejarah, istilah Gua Kelam adalah gelaran yang diberikan oleh pelombong kerana kegelapan di dalam gua itu sendiri. Para pelombong telah dipaksa menggunakan lampu Carbide untuk menerangi gua semasa aktiviti perlombongan bijih timah mereka.

Ini adalah contoh-contoh lampu carbide dan topi keselamatan yang pernah satu ketika dahulu digunakan oleh pelombong-pelombong bijih timah di Lombong Bijih Timah Sungai Lembing. Mungkin juga lampu-lampu dan topi sebegini turut digunakan oleh pelombong-pelombong bijih timah di Gua Kelam.
Pameran peralatan melombong di Muzium Sungai Lembing

Di Muzium Sungai Lembing juga ada di pamerkan foto-foto lama suasana di dalam terowong lombong bawah tanah. Saya turut kongsikan di sini beberapa foto-foto tersebut kerana mungkin juga ianya serupa atau hampir serupa dengan suasana perlombongan di Gua Kelam.


Di Lombong Sungai Lembing, keretapi elektrik digunakan untuk membawa batu-batu yang mengandungi bijih timah dari lombong ke kilang. Kalau di Gua Kelam jambatan gantung atas sungai dalam gua digunakan.  

Ini contoh serbuk bijih timah dari Muzium Sungai Lembing.


Jambatan gantung ini mostly mendatar landai sahaja dan tiada cerun yang curam. One can actually have a very nice cool relaxing walk dalam terowong ini. Tidaklah seperti di Gua Niah, Sarawak yang kami lawat tempohari. Oii... dalam gua itu sudahlah gelap gelita sampai kena bersuluh laluannya, malah ada banyak tangga-tangga curam yang perlu dipanjat dan dituruni. 

Di bahagian ini suasana begitu kelam sekali dan tidak dipasang lampu. Lampu-lampu paling dekat are meters away. Ini kerana di bahagian ini ada sarang kelawar. Eloklah dibiar gelap supaya tidak mengganggu kelawar-kelawar tu. 

Adalah sangat payah nak rakam foto dalam gelap begini. Dapat la juga captured a couple of shots tapi blurry la... hihi 😄.

Kalau jalan sorang-sorang di laluan yang sunyi begini ada la rasa a bit spooky. Tambah pula suasana dalam gua ini sejuk 😅.

Tapi should be ok je sebab ada pelawat-pelawat lain yang juga lalu lalang di sini. 

Nak juga cuba berselfie di bahagian terowong gua yang agak gelap ini 😄. 

I must say that the illuminations definitely help brought out the amazing unworldly surface of the cave's wall and ceiling. 



Though the red, blue and other colors lamps create different cave moods, saya lebih pefer pencahayaan guna lampu cahaya putih sebegini.

And yes, there are parts of this natural tunnel where the cave's ceiling is high which create a wonderful atmosphere. 

Pencahayaan dengan lampu cahaya putih menampilkan warna sebenar dinding dan siling gua ini. 


Yang menariknya pada saya ialah, Laluan Gua Kelam 1 ini ada yang selesa lebarnya, ada yang luas, ada yang sempit, ada yang silingnya tinggi dan ada yang rendah. Kiranya setiap langkah kita dalam terowong semulajadi ini memberikan kita permandangan yang berlainan yang cukup istimewa.

Seperti formasi batu kapur lain di Malaysia, kejadian pembentukan gua ini telah berlaku sejak ratusan juta tahun lamanya iaitu antara zaman geologi Ordovisi Awal hingga Devon Tengah, menjadikan ia formasi batu kapur yang tertua di Malaysia.
Ordovisi (Ordovician): 485.4 (+/- 1.9) juta tahun lalu - 443.8 (+/- 1.5) juta tahun lalu
Devon (Devonian): 419.2 (+/- 3.2) juta tahun lalu - 358.9 (+/- 0.4) juta tahun lalu

Uniknya Gua Kelam ini saya fikir terbentuk disebabkan oleh aliran air sungai yang menembus masuk banjaran dan menjadikan ia sebuah terowong semulajadi yang sangat indah sekali. 

Terfikir juga saya bagaimana keadaan dalam gua ini jika berlaku hujan lebat berpanjangan atau kebanjiran? Rupanya pernah berlaku pada Oktober 2020 di mana hujan lebat berterusan menyebabkan air dalam gua naik dan gua ini terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Kejadian yang sama berlaku lagi pada Februari 2022. Jadi kesimpulannya ialah kalau ke Perlis dan ada rancangan nak ke Gua Kelam, elaklah ke sana pada musim hujan. 

Bila lalu lorong gua begini teringat pula pada babak dalam filem 'Indiana Jones And The Temple Of Doom' di mana Indiana Jones, Willie Scott dan Short Round sedang kelam kabut lari dalam terowong lombong with fiercely rushing water behind them 😄.


Like waterfall frozen midway 😃. 


Bergambar sekejap dalam Laluan Gua Kelam 1. Pada masa ini kami sudah berjalan selama lebih kurang 10 minit di dalam gua ini. 


Satu lagi bahagian dalaman gua yang bersiling tinggi.




Merakam foto dalam kelam 😃. 

Kalau ambil gambar dalam keadaan low light, dan handheld begini, pastikan tangan tak shaky 😄.










About half way through the cave walk, ada sebuah platform di bahagian ruang dalam gua yang besar. Kelihatan ada seorang ayah dan anak dengan bakul piknik mereka sedang menunggu ahli keluarga yang lain sampai ke bahagian ini.

Sungai dalam gua.



Pengunjung lain passing through.

Juga kelihatan beberapa pelawat yang sedang berpatah balik ke arah pintu gua Kaki Bukit.

Walkways suspended by wire cables and metal beams. It really is quite amazing to see the cables and beams firmly attached to the cave's walls, strengthening the suspension bridge. I can only imagine the amount of planning and work involved in building this bridge.

Satu ketika dahulu, ini adalah laluan pelombong-pelombong mengangkut batu-batu yang mengandungi bijih timah merentasi sungai gua ini untuk dibawa ke kilang. 


Lokasi ini memang cantik untuk kita bergambar dengan cahaya menerangi dan menyerlah keindahan permukaan dinding dan siling gua ini.


Bila saya perhatikan bahagian dinding gua yang licin ini, nampak seperti ianya kesan hakisan air sungai yang mengalir yang berlaku dalam tempoh yang sangat lama. 


Kami pun sampai ke bahagian gua yang ada formasi batu kapur yang cukup menarik ini.

Namanya Gour Pools. 

Empangan batu kapur (atau gour) adalah kalsit atau mineral penghalang lain yang menaungi aliran kolam atau kolam cetek di dalam gua. Jika ada beberapa kolam, ia akan membentuk anak-anak tangga. 


Papan maklumat tentang Gour Pools yang ada di gua ini. 


Besar saiz kolam semulajadi ini. 


Platform di Gour Pools.

Jom sambung jalan lagi.

Laluan yang gelap dan agak sempit. 

Laluan ini pula lebar dan terang dan ada air menitik dari siling gua.

Kemudian saya terperasan ada something sparkling pada dinding gua ini. Terus ambil gambar dekat-dekat cuba nak rakam bintik-bintik kilauan kecil itu.

Susah nak dapatkan imej yang tajam sebab suasana agak kelam di bahagian ini. 

Kalau dilihat dengan mata kasar memang jelas ada bintik-bintik berkilau pada dinding basah ini. 

Tak tahu saya apa komposisi mineral yang ada pada dinding ini yang membuatkannya sparkling. 


Satu lagi Gour Pools yang ada dalam gua ini. Cantik sungguh! SubhanAllah.


Gour Pools yang bertingkat-tingkat.

Dan kami pun semakin hampir di penghujung Laluan Gua Kelam 1. 



Laluan air sungai yang mengalir di dalam gua ini bermula masuk gua dari sini. 



Bergambar dengan pemandangan Gour Pools.

Kompilasi selfie saya dengan kamera 360° dalam Laluan Gua Kelam 1 😄.

Pemandangan di pintu keluar Laluan Gua Kelam 1.


Gua Kelam... Cave of Darkness.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment