Thursday, June 23, 2022

PERLIS - DAY 02 - PART 02 - TAMAN REKREASI GUA KELAM

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Tepat pukul 9:30 pagi seperti yang dijanjikan, Pak cik Saadon pun tiba ke hotel penginapan kami untuk bawa kami full day jalan-jalan pada hari kedua kami di Perlis.


Tempat pertama yang kami lawat pada hari itu adalah Taman Rekreasi Gua Kelam. 

Ada mural-mural besar sedang dalam proses disiapkan di dinding bangunan yang ada pejabat BERNAMA di Jalan Panglima ini. So beautiful.

'Kangar Perlis' in big block letters at Jalan Panglima. 

Bulatan Jubli Emas, Kangar. 


Pak cik Saadon bawa kami ke Taman Rekreasi Gua Kelam ikut Jalan Kaki Bukit.



Berikutnya foto-foto sawah-sawah padi yang sungguh indah sekali di Jalan Padang Melangit. 

Cantik sungguh.. subhanAllah.

Masa dalam perjalanan ini Pak cik Saadon bercerita tentang penanaman padi di Perlis. Teknik pertanian moden sekarang telah membolehkan padi dituai sehingga 5 musim setahun di Perlis. Penggunaan jentera moden seperti traktor untuk membajak dan drone untuk meracun serangga banyak membantu menjadikan penanaman padi lebih produktif.





Kalau nampak pokok-pokok yang buah-buahnya di balut macam dalam foto di bawah ini, itulah pokok-pokok Mangga Harumanis. Unfortunately bukan musimnya masa kami di Perlis ini. Kata Pak cik Saadon ianya adalah sekitar bulan Mei. 


Pak cik Saadon bercerita lagi. Kata dia orang Perlis ramai yang bersaudara dengan penduduk di selatan Thailand terutamanya di Satun yang merupakan Wilayah Thailand yang bersempadan dengan negeri Perlis.  

Sebelum pandemik Covid-19, memang sudah menjadi kebiasaan penduduk Perlis dan Satun menyeberang sempadan untuk berniaga dan berziarah di antara satu sama lain. Kata Pak cik Saadon, di belakang bukit-bukit inilah lokasi Satun (foto bawah).


Bukit Chabang yang unik. 

Wang Kelian dan Padang Besar adalah dua pos sempadan Malaysia-Thailand yang terletak di negeri Perlis.

Sudah hampir sampai ke Taman Rekreasi Gua Kelam.


Passed by Pekan Kaki Bukit. Pekan ini terletak 26 kilometer utara dari Bandar Kangar dan beberapa kilometer dari Padang Besar yang juga kami rancang akan lawat pada hari kedua ini kami di Perlis. Tarikan di sini adalah Gua Kelam. Ia juga merupakan laluan untuk mengangkut bijih timah dari Lembah Wan Tangga sejak zaman kolonial British sehingga tahun 1970-an. Selain Gua Kelam, Kaki Bukit juga terkenal dengan makanan tempatan seperti Puf Kaya, Pau Kaya dan pelbagai jenis Pau lain. 

Selamat Datang ke Gua Kelam. 

Gua Kelam terletak di Taman Negeri Perlis yang termasuk Banjaran Nakawan beserta Hutan Simpan Wang Mu dan Mata Ayer. Taman ini juga terletak bersempadan dengan negara Thailand.

Suasana di jalan masuk ke kawasan Taman Rekreasi Gua Kelam. Ada peta. Jom kita tengok peta dulu dan rancang jalan-jalan kita di sini. 

Dari peta ini kami merancang memulakan program jalan-jalan Taman Rekreasi Gua Kelam kami dengan jalan-jalan di tamannya dahulu sebelum masuk ke dalam gua. Cantik taman ini yang ada tempat-tempat mandian kolam dan sungai, pulau dan tempat perkelahan.
🔶Untuk jalan-jalan dalam gua, di sini ada dua laluan yang boleh dipilih pelawat.
🔶Laluan Gua Kelam 1 boleh dimasuki terus oleh pelawat sendiri.
🔶Sebelum masuk ke Laluan Gua Kelam 2 pula pelawat perlu membuat booking dulu dan hanya boleh masuk dengan dibawa oleh cave guide yang bertugas di sini.
🔶Kami masuk ke Laluan Gua Kelam 1 sahaja sebab the other one is very challenging for both of us.

Banner 'Jom Kenali Taman Negeri Perlis'. 

Sebelum masuk, beli tiket dulu. Cuma RM2 sahaja untuk dewasa dengan MyKad.
Sempat saya bertanya serba sedikit pada petugas di kaunter tiket ini tentang laluan-laluan gua di taman ini. Kata Encik ini, Laluan Gua Kelam 1 adalah mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur. Tapi Laluan Gua Kelam 2 adalah sangat mencabar dan lebih sesuai untuk mereka yang mencari adventure dan yang sudah biasa dengan aktiviti masuk gua. 

Tiket masuk ke Taman Rekreasi Gua Kelam.

Itu tamannya. Jom jalan ke depan sikit dan turun tangga di situ untuk turun ke taman ini. 

Sebenarnya pintu gua untuk Laluan Gua Kelam 1 adalah jauh ke dalam lagi.


Kemudahan Tandas Awam ada disediakan di sini. Di taman ini juga ada kemudahan-kemudahan lain seperti gerai makan, wakaf, surau, dewan dan tempat parking kenderaan.


Jom turun ke taman.


Ok, jom kita explore kawasan taman rekreasi ini. Very green and tranquil place.

Ada kemudahan jambatan kecil menyeberang sungai kecil, tempat rehat berkerusi dan meja dan wakaf-wakaf.

Ok, let's enjoy the beautiful sceneries here.














Cantik pulak lens flare ni.





Cantik sungguh cahaya pagi di sini. 




Isteri ambil gambar saya dari seberang sana 😊.

Dan saya ambil gambar isteri dari seberang sini 😄. 











Ada Kolam Dewasa.




Ada kolam mandi di sini with a mini waterfall. Nice!

Dalam peta kolam ini dipanggil Kolam Budak.











Ada sungai mengalir di taman ini, sesuai untuk mandi manda.


Tebing bukit batu kapur yang indah.

Juga ada disediakan untuk pengunjung tempat duduk berkerusi dan meja.



Ada sebuah lagi jambatan menyeberang sungai.

Ini Tapak Perkelahan.



Satu lagi tempat mandi manda sungai dengan mini waterfalls.





Di sini juga ada gelongsor air tapi nampaknya tutup tidak digunakan.




Ini jalan masuk ke pintu Laluan Gua Kelam 1.

Kaunter Pemeriksaan Tiket.

Syair Gua Kelam turut dipaparkan di sini.

Yes, Shrek pun ada di sini, dancing with loud music 😃. Jom kita bergambar dengan dia 😄.

Sajalah saya bergambar dengan si Shrek ni. Boleh saya bantu dia with a bit of donation.

Beberapa info boards di jalan masuk ke Laluan Gua Kelam 1.

Peta Negeri Perlis. 

Per below map, macam-macam attractions ada di Perlis ni. Semasa saya di Perlis ini saya sempat melawat ke 8 places of interests: Pasar Terapung Kolam JPS Perlis, Kuala Perlis, Taman Rekreasi Gua Kelam, Taman Agrovet Perlis, Padang Besar, Dataran Empangan Timah Tasoh, Taman Rekreasi Tasik Melati dan Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen. Pasar Terapung Kolam JPS Perlis, Taman Agrovet dan Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen tiada pula dalam peta ini. Selain the 8 places of interest ini, saya juga sempat ke Masjid Alwi Kangar dan Kangar Street Art 2.0. 

Till the next coming blog entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment