Friday, June 26, 2020

SUMATERA BARAT 2020 - DAY 04 - GOING HOME



Sumber: kkmm_gov

Sumber: kkmm_gov

Sumber: pkk_kemkes ~ Pusat Krisis Kesehatan Republik Indonesia

Sumber: pkk_kemkes ~ Pusat Krisis Kesehatan Republik Indonesia

Baik, dah tiba saya di penghujung cerita percutian kami di Sumatera Barat. Time to go home. 

Selamat pagi Kota Padang.

I'm sure going to miss Sumbar's beautiful mountainous landscape. 


Dah siap packing, jom turun sarapan.






Alhamdulillah. 


Dah pukul 8 pagi, jom ke Bandara Internasional Minangkabau.

Polisi Militer. 


Tricycles.

Angkot.

Museum Adityawarman, Dinas Kebudayaan Pemerintah Provinsi Sumatera Barat.


Kami passed by Pantai Padang. 



Ini Monumen IORA (Indian Ocean Rim Association). Ia dibina semasa Persidangan IORA diadakan di sini beberapa waktu lalu.





Ada 'panggung permanen' namanya Panggung Cimpago di sini dengan tagline 'Pantai Puruih Padang'. Dibina panggung untuk events kemasyarakatan. 




Pernah diadakan solat berjemaah di sini. Imamnya adalah Wali Kota (Datuk Bandar) Padang, Mahyeldi Ansharullah. 



Ini Tugu Perdamaian. Dulu namanya Monumen Merpati perdamaian.
🌓Monumen ni ada bentuk burung merpati origami dan di bawahnya ada globe. Dibina sempena Multilateral Naval Exercise Komodo (MNEK) 2016 (Latihan Bersama Angkatan Laut 36 negara) di Padang dari 12 hingga 16 April 2016, ia sebagai tanda persahabatan dan perdamaian 36 negara-negara peserta MNEK 2016.
🌗Kenyataan rasmi stated burung merpati tu tak ada kena mengena dengan mana-mana agama. Merpati hanyalah sebagai satu objek simbol kedamaian dan persahabatan. Merpati juga merupakan haiwan yang tidak agresif, yang tidak membunuh haiwan lain untuk mendapatkan makanan.
🌓Tapi bagi yang menentang, mereka kata merpati adalah simbol yang biasa digu­nakan oleh para missionaries Christian dan simbol dari program Kristenisasi.

Seorang driver gojek lelaki membawa penumpang wanita. Silalah baca article ini for the discussions on the topic. 
Rencana ini pula mengisahkan cabaran driver gojek wanita yang permintaan gojek online dia sering dibatalkan oleh penumpang lelaki kerana dia seorang wanita.
Dan menariknya ada juga ojek syariah yang berasal dari Bandung yang dipanggil Shejek. Boleh baca artikelnya di sini




Masjid Al-Azhar UNP (Universitas Negeri Padang).

Universitas Negeri Padang.

Perkahwinan Adryan dan Yuliana. Biasanya di depan khemah kenduri kahwin di sini akan diletakkan board ucapan-ucapan tahniah. Yang ini dari Davidson & Keluarga.

Inilah trend perkahwinan di Kota Padang. Suatu perkahwinan di bandar. Pakaian pengantinnya berwarna lebih subdued dan pastel. Dikatakan lebih elegant and current. 

Inil pula ada contoh pengantin di kampung yang saya rakam ketika hadir ke suatu majlis perkahwinan di Kecamatan Palupuh, Kabupaten Agam, di bahagian utara Bandar Bukittinggi pada tahun 2015. Pakaian  cantik pengantinnya adalah tradisional dengan warna yang terang.

Gedung Pertemuan Polda Sumbar H.Kaharuddin Dt.Rangkayo Basa.

Komando Resor Militer 032/Wirabraja Batalyon Infanteri 133/Yudha Sakti.

Drizzling masa ni.





Pasar Lubuk Buaya, Padang. 



Banjaran Bukit Barisan. Mungkin di situ adalah lokasi Kerinci Seblat National Park.


Tiba di Bandara Internasional Minangkabau.

Bangunan terminal di airport ini dibina dengan gaya senibina Minangkabau.





Ramai yang menghantar. Hanya yang ada tiket sahaja dibenarkan masuk ke dalam bangunan terminal. 

Kaunter Air Asia masih belum buka masa kami sampai. Kami diminta menyusun beg-beg kami supaya proses check-in lebih teratur.  

Lepas check-in, naik ke tingkat atas. Fyi, no Airport Tax ya. Rasanya lama dah tak ada kot. Tapi mungkin 'still ada' sebab dah absorbed dalam harga tiket kapalterbang.. hehe. 


Ada beberapa kumpulan jemaah yang akan ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Semoga semua urusan dipermudahkan, selamat semua perjalanan dan mendapat Umrah yang mabrur.

Ke 'Keberangkatan Internasional'. 


Ruang menunggu di Gate.

Jom ambil gambar dari tingkap. 



SubhanAllah, cantik sungguh! 




Keindahan tenunan Minangkabau dipamerkan di sini.



Penerbangan pulang kami Air Asia AK 407 dijadualkan berlepas dari Padang pada pukul 11.50 pagi. 


Pesawat Air Asia.

Jom masuk. Mula-mula kami masuk lalu airbridge. Lepas tu kena turun tangga dari airbridge sebab seats kami di ekor kapalterbang. 

Turun dari tangga, jalan atas apron menuju ke ekor kapalterbang.

Bagus juga jalan atas apron ni. Dapat la peluang ambil gambar begini 😊.



Panjat tangga naik ke kapalterbang dan masuk ikut pintu belakang.

Suasana dalam pesawat, Nampaknya full.

View luar tingkap.

Kenapa kami pakai mask dan tutup hidung? Sebab ada bau busuk! 😧 Rupanya bau kumbahan najis tengah dipam keluar dari tandas pesawat. 






Ketika itu, dunia sedang mula diancam penyakit Coronavirus Covid-19 yang sedang menular hebat. Penyakit ini bermula di negara China dan sedang merebak pantas ke serata dunia. Sebab itu semua cabin crew Air Asia pakai face mask semasa bertugas. Kami yang naik kapal terbang ini pun tentu la risau. 

Selamat tinggal Sumbar. Semoga kita ketemu lagi di lain waktu. 



Sudah nak balik ni pun masih lagi nak ambil gambar sawah padi.. hehe. Dah suka 😊.


Cantik sungguh!











Kami tak makan sebab flight tak lama.





Pulau Arang.

Port Dickson.







Tuanku Jaafar TNB Power Station.

Shell Jetty Samudera.


Pulau Burong.





Kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 1.30 petang. Terbang dari Padang pukul 11.30 pagi dan tiba di KLIA pukul 1.30 petang. Syukur Alhamdulillah. 


Ini first time kami nampak kapalterbang AA melekat ni pada dinding bangunan AA 😊.





Mengambil bagasi.

Masa tu dah pun lunch time, so kami makan dulu sebelum balik.







Dan dengan itu maka berakhirlah kisah cuti-cuti kami ke Sumatera Barat 2020. Syukur Alhamdulillah perjalanan kami semua selamat dan selesa. Syukur juga kami dapat bawa kakak ipar sekeluarga pada percutian ini. They really did enjoyed it. 

Ok, last sekali, di bawah adalah summary percutian Sumbar 2020 kami.

Dan juga summary untuk semua percutian saya di Sumatera Barat pada 2015, 2016, 2017 dan sekali dengan 2020 ini.

Syukur Alhamdulillah.

Sekian dulu buat masa ini... hingga ke lain posting, InshaAllah.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. puruih tu apa maknanya ya?
    puas saya mikirin ...

    mahal tau board ucapan tahniah/ takziah tu..

    hehhehe cutenya .. 'naik patabang ' :)

    berapa hb p[ergi ni ? wuhan dah kecoh dah masa ni ?
    malaysia belum ?

    apa ada dalam kolam yang nampak masa patabang naik tu ? yang putih-putih tu ?

    UPM plane livery ?
    tak pernah nampak
    pokok UPM tu saya pernah menceroboh ambik gambar ..
    dengarnya pokok tu dah mati kena panah petir ..
    https://sayadankamerasaya.wordpress.com/2013/02/19/photography-ladang-ternakan-upm/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya I lagi la tak tau doc. Adakah 'putih'? Bukan kot.

      I'm sure they are. So elaborate and grand boards tu.

      Kami pergi pada 23 Januari 2020 doc. Kronologi Covid 19 di Malaysia mula pada hari itu.
      23 Januari 2020
      Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).
      - KKM sahkan kes di Sabah negatif.

      Itulah... saya pun jenuh cari info pasal kolam tu. Tak jumpa langsung info tu kolam-kolam apa. Geram betul!

      UPM Plane Livery. Yes, tu 1st time saya nampak. Saya pun ada gak ambik gambar pokok tu, years ago. Dari luar je la shoot.. hehe.

      Delete
  2. foto-foto ini guna kamera apa mas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Uda.
      Saya menggunakan compact camera sahaja supaya senang dibawa.
      Kameranya Canon PowerShot SX720 HS. Ini model lama keluaran tahun 2016.

      Delete