Friday, June 12, 2020

SUMATERA BARAT 2020 - DAY 03 - PART 01 - HARAU RESORT & AIR TERJUN SARASAH AKA BARAYUN



AMALKAN 3R
 Sumber: kkmm_gov

Penceritaan kisah percutian kami di Sumatera Barat diteruskan 😊.

Pagi kami di Harau Resort ini diselubungi suasana yang cukup dingin sekali. Kedengaran laungan Azan Subuh bergema-gema di Lembah Echo ini, unlike we have ever heard before. Sungguh syahdu sekali. 

Dalam cottage penginapan kami di tingkat 2. 


2 bilik air ada di lantai bawah. Menggigil mandi sebab tak ada air panas... hehe.

Suasana pagi yang crisp and fresh cantik kalau ambil gambar. 

Hijau dan segar.

Sejuk mata memandang. 


Jom duduk di anjung.


Berkabus suasana.




Jom keluar ambil gambar sementara sarapan disediakan.

There are many ways to enjoy relaxation. And immersing yourself in beautiful green surroundings like this is definitely one of them. 

Sungguh alami. 



Dari jauh kelihatan sebuah homestay yang baru dibina. Penduduk di sini ramai yang membuat bisness yang ada kena mengena dengan pelancongan bila kawasan Lembah Harau ini diubah statusnya dari hutan lindung ke Taman Wisata Alam. 

Haa.. inilah sistem lift yang digunakan oleh staff resort ini untuk transport beg-beg kami dari tempat parking kereta ke cottage semalam. 

Later kami nak tengok how they operate this simple but effective apparatus... hehe.


Ambil gambar bunga-bunga pulak.. hehe.







Jom sarapan.

Unik deco dalaman multi purpose hall ni menggunakan buluh-buluh yang digantung. 

Sajian sarapan dibawa dari dapur located di cottage di sebelah cottage penginapan kami.

A simple breakfast tapi sedap sangat πŸ˜‹! Alhamdulillah.

Jom tengok macam mana staff resort ni operate the 'baggage-transporter' device 😊. 
Letak beg-beg dalam tong drum yang sudah dikerat dua and suspended on a wire. Start injin motor, roda berputar dan tong drum bergerak ke bawah. Pastinya juga ada gear to reverse the movement back and forth. How brilliant.. hehe.

Off it went!

Beg-beg kami merentas lembah dan sungai.


Dan selamat sampai ke tempat parking 😊.

Tong drum 'ditarik' balik ke 'baggage-departure-platform' untuk dimuatkan dengan beg-beg lain for second trip ke tempat parking.

Berdesup turun semula ke tempat parking with the second load.

Tong drum angkutan bagasi sedang meluncur balik ke departure-base dengan berlatarbelakangkan keindahan tebing curam Lembah Harau dan Air Terjun Aka Barayun. Never would I have imagine that I'd be capturing such a subject and with such amazing background too to boot.. hehe.. 😊.

Ada juga beg-beg kami yang dibawa oleh staff resort ke tempat parking dengan motor.


I'm still in awe melihat tebing tinggi yang nampak seperti terpacak tegak lurus tinggi di lembah ini. SubhanAllah.

Masih berkabus lagi masa tu.

Berjalan ke tempat parking sambil stop-stop ambil gambar.



Pagi berkabus di Lembah Harau. 



Air Terjun Sarasah Aka Barayun. Kejap lagi kami akan ke sana.

Coincidence je kami sama-sama pakai baju kaler merah hari tu.. hehe.


Beautiful view of Harau Resort snugly tucked at the base of the canyon.







Ok jom kita pergi tengok air terjun.

Perkebunan di Lembah Harau.


Ini Aura Homestay. New I think. Dulu saya ke sini tak ada homestay ni.

Lembah Harau ~ Januari 2020. I just love this view because imho this single shot represents what Lembah Harau is all about, beautiful green valley walled so wonderfully with steep sand stones cliffs reaching 150-meters in height on both sides. 

Sebagai perbandingan, ini 2 foto pemandangan yang sama yang saya rakam pada 2016 dan 2017. 
πŸŒ“Foto kanan: Lembah Harau ~ Mei 2016, sebelum kebakaran September 2016.
πŸŒ—Foto Kiri: Lembah Harau ~ Januari 2017, kesan kebakaran masih jelas.

Tiba di Air Terjun Aka Barayun. 

Ada deretan kedai dan cafes.


Juga dikenali sebagai Air Terjun Sarasah Aka Barayun. Sarasah bermaksud tempat pemandian alam. 

Memang tinggi air terjun ini.

Boleh sewa pelampung di sini kalau nak mandi manda. Oooii.. sejuk tu!!

Puncak Air Terjun Sarasah Aka Barayun.

So macam mana air terjun ni dapat nama 'Aka Barayun' (akar berayun)? Ceritanya asal nama air terjun ni adalah dari akar-akar pokok yang pada suatu ketika dahulu ada banyak di air terjun ni. Dan orang boleh berhayun dengan akar-akar tu, hence the name 'Aka Barayun'. 

Kolam mandian alam.

Kata seorang photographer yang menawarkan khidmat bergambar di air terjun ini pada pelawat, air terjun seperti yang kami lihat pada ketika itu sebenarnya tak selalu begitu deras airnya. Pada musim panas, yang kelihatan hanyalah air yang mengalir perlahan pada batu turun ke bawah. Disebabkan musim hujan baru bermula sejak 3 hari yang lalu, makanya air terjun ini mula kelihatan betul-betul seperti 'waterfall'. So we came at the right time la. Tak rancang, cuma kebetulan. Alhamdulillah.


Scenic sandstone canyon with waterfall.

Ada gerai-gerai di tepi jalan.

Suasana masih berkabus lagi masa tu.


Preparing the grill.

Kolam besar tempat pemandian alam.

Aiii.. tak kecut ke dek oii... πŸ˜„. Sejuk-sejuk pun kalau dah mandi manda ramai-ramai dengan kawan-kawan memang la seronok.

Katanya kalau masa musim panas/kemarau, boleh nampak jaluran warna pelangi dari tempias air dari air terjun ini. Tak ada la nampak pelangi masa kami di sini since cuaca agak suram.

Kejadian alam yang sungguh indah sekali. SubhanAllah.


Berdiri di tepi kolam pada jarak ini pun boleh terkena tempias airnya. Refreshing drizzles 😊. 

Deras air terjun ini bergantung pada musim hujan.


Inilah pemandangan Air Terjun Sarasah Aka Barayun pada tahun 2016 dan 2017. Lihatlah sedikit saja airnya pada 2017. Masa tu musim panas bulan Januari.

Lokasi air terjun dan kolam mandian ini terletak antara 2 tebing tinggi. So beautiful!




Beberapa shots lagi dirakam dari belah kanan air terjun.


Macam secret garden.



Aaaa.. nice. Ada adik moving towards the waterfall.. hehe. Ok, adik.. go nearer.. gostan lagi ke belakang.. go under the waterfall.. hehe.

And he did! Dia seronok tu saya ambil gambar dia.. hehe. Sporting adik ni.. hehe.

Imho, it is nice to include human subject masa ambil gambar dalam suasana begini. 




Wonderfully moist waterfall moss. 

Misty waterfall. So dreamy.

Sebenarnya saya tak pakai tripod dan tak shoot pakai long exposure mode untuk merakam air 'berasap' ni. Set je camera compact saya ni pada mode Auto. Senang.. hehe. 

Tak ramai pengunjung masa ni. Mungkin sebab masih awal pagi.

Tebal kabus pagi tu.

Dari atas bukit sebelah air terjun katanya boleh nampak view air terjun yang cantik. Kami tak naik sebab tinggi nak panjat dan ada monyet.. hehe. Malas la nak berlengas awal-awal pagi ni.. haha.

Dah, jom ke satu lagi air terjun.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. APESAL TAK JERIT !!!!??????
    that is the essence of Harau!!!
    nak dengar pantulan jeritan tu !!!!!
    rasa nak tumbuk je en syed ni !!!!! :))

    saya ingatkan sarasah tu maknanya air terjun ....

    sayang kan ? dekat view point yang dekat celah tebing tu .. 2016 masih ada sawah padi
    masa kita pergi .. dah ada laluan / jalan ..
    2020 dah banyak rumah kat celah tu ..
    dah tak alami ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merdu sgt pulak nanti jeritan saya tu.. hahaha.

      Yes, itulah research finding saya.. hehe. I also thought maknanya air terjun.

      Betul doc. Dah ada beberapa homestay/hotel baru. I hope ada la pemantauan to balance the need to maintain the beautiful surroundings while helping the locals.

      Delete
    2. mana ada pemantauan kat sana..
      yang penting ... duit masyuk!!

      Delete
    3. Itu la, I can only hope for the best.

      Delete