Monday, June 15, 2020

SUMATERA BARAT 2020 - DAY 03 - PART 02 - AIR TERJUN SARASAH BUNTA & ABDI HOMESTAY



Sambung lagi cerita cuti-cuti Sumbar kami dengan Day 03 ~ Part 02. 

Lepas spent a bit of time di Air Terjun Sarasah Aka Barayun, kami menuju pula ke satu lagi air terjun di Lembah Harau ini. 

Masa on the way tu kami nampak ramai pelajar-pelajar berkumpul dan melakukan aktiviti larian. Mungkin ianya salah satu daripada extracurricular activity mereka.


Berlari secara berkumpulan merentas desa.


Since kami nampak ada banyak kereta di rumah-rumah tepi sawah seperti ini, kami assume those are perhaps homestays. 

Kelihatan jauh di sana, di hujung tebing tinggi itu ada air terjun. Itulah air terjun yang ada di Abdi Homestay. Di homestay itulah saya menginap masa saya ke Lembah Harau ini pada 2016 dan 2017. Later on ada kami made a quick stop di homestay itu.

Saya suka betul tengok rumah-rumah yang dibina di tengah-tengah sawah seperti ini.

Petani di tengah sawah yang terbentang luas, deretan rumah-rumah di hujung sawah serta gugusan Banjaran Bukit Barisan. Picture perfect if you ask me lah 😊. 


Di Lembah Harau ini juga ada 'Kampung Eropa'. Macam-macam replika bangunan Eropah ada di sana.

Ini adalah jalan masuk ke Insan Cendekia Boarding School (ICBS), Payakumbuh. Dikatakan, ICBS adalah salah satu sekolah berprestij dan terkemuka di Sumatera dan telah mencapai prestasi hingga ke peringkat kebangsaan terutamanya dalam bidang tahfiz. Tidak hanya itu, di beberapa bidang di Olimpiade Siswa Nasional (OSN) pelajar ICBS juga berprestasi. Selain menanamkan pendidikan Islam kepada pelajar, ICBS juga mempunyai program kreatif dan inovatif.
Pada December 2019 lebih dari 3 ribu pendaftar lelaki dan perempuan mengambil bahagian dalam pemilihan Penerimaan Peserta Didik Baru (PPDB) di ICBS ini. Mereka datangnya dari beberapa kota di Indonesia. Malah dari Jepun dan Kuwait juga ada. Pada masa ini sekolah ini hanya akan menerima sekitar 1,600 orang pelajar sahaja.

Ada replika Kaabah di dalam kawasan ICBS, mungkin untuk praktikal Umrah/Ibadah Haji.

Dan kami pun tiba di kawasan tempat parking dan kedai-kedai Air Terjun Sarasah Bunta.

Begitu ramai sekali ahli Pengakap atau Pramuka.
Di Indonesia Pengakap juga dikenali sebagai Pramuka. Ia adalah singkatan ungkapan bahasa Jawa 'praja muda karana' yang bererti 'jiwa muda yang suka berkarya [bekerja]'.

Kalau lokasi Air Terjun Sarasah Aka Barayun yang kami lawat tadi adalah betul-betul di tepi jalan, Air Terjun Sarasah Bunta pula terletak ke dalam sikit dari main road. Dari tempat parking, pengunjung perlu berjalan masuk celah-celah kedai untuk sampai ke sana. Tidaklah terlalu jauh ke dalam sebenarnya.
Ada ramai pengakap. Mungkin di dalam sana berhampiran air terjun ada camping site. 

Ada gerai-gerai menjual potted plants. Yang berjurai-jurai tu looked very fascinating.

Dan kami pun tiba di Air Terjun Sarasah Bunta. 

Yang menariknya air terjun ini ada tebing berpasir seperti di tepi pantai. 

Di air terjun ini juga ada kolam semulajadi yang nampaknya tidak dalam kerana ramai anak-anak kecil bermandi-manda di sini. Kalau di Air Terjun Sarasah Aka Barayun, kolamnya dibuat dari konkrit. So this one is nicer la sebab kolam natural. 


Dinamakan Sarasah Bunta kerana jika dilihat dengan teliti air terjun ini adalah 'berunta-unta' atau bertingkat-tingkat.


Berbanding dengan air terjun lain di wilayah ini, Sarasah Bunta mempunyai nilai sejarah. Air Terjun Sarasah Bunta pertama kali dibuka pada 14 Ogos 1926 oleh Asisten Residen Lima Puluh Bandar, F. Rinner bersama Tuanku Laras Datuk Kuning Nan Hitam dan Asisten Demang Datang Kodoh Nan Hitam. 

Disebabkan keindahannya, pemerintah Belanda dikatakan memanggil Lembah Harau dengan gelaran Hemel Arau (Syurga Harau).

Kononnya kalau nak hilangkan jerawat dan kekal awet muda, cucilah muka dengan air dari air terjun ini. Alang-alang berendam la sekali supaya satu badan terus muda.. hehe. Begitu la mitosnya. 

The same thing was told to us tentang air terjun Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur. Air di situ juga boleh mengawet 😊.
Ini foto Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur yang saya rakam semasa percutian Sumbar 2015.

So anyway, macam mana kononnya air di Air Terjun Sarasah Bunta ini boleh mengawet? Mitos ini katanya ada hubungannya dengan kehadiran bidadari-bidadari yang turun ke sini untuk bermandi-manda bila ada pelangi terbentuk di air terjun ini. So kalau mandi di sini maka awet cantik la macam bidadari. Rupanya Fountain of Youth ada di Sumbar 😊. 

Air terjun ini nampak lebih indah bila kita zoom-in begini. 

The green moss behind the waterfall look so beautiful.

Mujur la kami ke sini masa musim hujan. Maka banyaklah airnya.


Puncak Air Terjun Sarasah Bunta.

Riang ria mandi manda bersama kawan-kawan.




Lepas mandi manda mestilah rasa lapar 😊.




Keindahan alam semulajadi ciptaanNya. SubhanAllah.











Ok, marilah kita berjalan balik ke van untuk pergi ke destinasi seterusnya.

Sebenarnya berhampiran dengan Air Terjun Sarasah Bunta ini, ada beberapa buah lagi air terjun yang boleh dilawati iaitu Sarasah Aie Luluij (Air Luluh), Sarasah Murai dan Sarasah Aie Angek (Air Hangat). Kesemuanya mudah dikunjungi kecuali Sarasah Aie Angek yang agak mencabar laluan untuk ke situ. Tapi kami tak pergilah melawat kesemuanya. Cukup sekadar melawat ke Sarasah Bunta.


Sambung lagi perjalanan.



A family homestay ~ Dangau Pitossa.

Kampung Eropa. #HarauKekinian. 



Ada banyak homestay di sini.



Nampak air terjun di hujung sana tu. Di situlah lokasi Abdi Homestay, our next destination.



Sebenarnya lawatan ke Abdi Homestay tiada dalam itinerary tapi saya yang request. Since saya sudah pernah 2 kali menginap di homestay itu, dan since kami sedang lalu di sini, jadi saya nak la stop sekejap untuk lawat Pak Ikbal dan isteri dia Buk Noni, owners of Abdi Homestay. Both of them had been so good to me semasa saya duduk di homestay mereka sehingga kini saya masih lagi teringat kebaikan mereka itu. Jadi saya ajak la isteri dan kakak ipar and her family untuk ke sana sekejap. Selain homestay yang cantik, juga ada air terjun di situ.  
Kenderaan saiz macam van kami tidak boleh masuk lorong kecil ke Abdi Homestay so our guide and driver tunggu di tepi jalan. 

Berjalan ke Abdi Homestay.

Kerana jambatan kayu inilah kenderaan bersaiz seperti van tidak boleh lalu.

Tu dah nampak air terjun. Saya tak tahu apa nama air terjun itu, jadi for easy reference saya panggil saja Air Terjun Abdi Homestay.

100 meter lagi. Masa berjalan masuk ni, kami bertembung dengan pelancong husband and wife and their son dari Malaysia.  

Reban-reban ternakan kambing.

Dah nampak dah Abdi Homestay. 


Air terjun Abdi Homestay.



Kami pun berjalan masuk ke Abdi Homestay. Saya pun tercari-carilah Pak Ikbal dan Buk Noni. Tapi tak nampak pulak mereka. Tengah sibuk agaknya.


Dulu masa saya ke sini, tak ada kolam besar dan cottages ini. 


Juga ada beberapa cottages sedang dalam pembinaan. 

Di Abdi Homestay juga ada hamparan sawah padi yang sangat luas. 

Pemandangan yang cukup indah di Abdi Homestay. 



Di bangunan hujung sanalah tempat guests makan. Memang best duduk makan di situ dengan pemandangan sawahnya.



Ok, saya share beberapa foto-foto lama yang saya ambil semasa saya menginap di sini. Inilah cottage saya. Fyi, rate semalam di Abdi Homestay ini adalah sangat terjangkau. IDR150,000 (bilik 2 orang) ke IDR200,000 (bilik 4 orang) semalam. That's like RM45 / RM60. Ini harga dululah. Tak pasti kalau rate still sama.

Inilah suasana di dalam cottage di Abdi Homestay. Cukup selesa. 
Ada tangga untuk naik ke bilik tingkat atas. 


Inilah Pak Ikbal dan Buk Noni. Unfortunately, saya diberitahu oleh salah seorang dari staff di homestay ni yang Pak Ikbal dan Buk Noni sudah keluar kerana ada urusan. Jadi saya pun berpesanlah pada staff itu supaya sampaikan salam saya ada mereka. Harap-harap mereka ingatlah saya lagi. 
πŸŒ“Foto kanan: bersama Buk Noni di dapur dia. Saya tengah pegang sarapan nasi goreng yang sangat sedap yang dimasak sendiri oleh Buk Noni. 
πŸŒ—Foto Kiri: Pak Ikbal. Masa ni saya dibawa berjalan-jalan di sawah padi oleh Pak Ikbal. 

Ini pula foto kawan-kawan saya bersama Pak Ikbal semasa kami menginap di sini.  

Back to current photos.




Ok, jom kita jalan balik ke van.






Naik semula van, leaving the beautiful Harau Valley. 





Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. nasi goreng Buk Noni !! pehhhh !! sedap !!!
    walaupun simple je kan ??!

    kenapalah ada kampung europa di harau ?
    i cannot brain..
    orang nak menghayati keindahan harau.. bukan menara pisa etc...

    pokok yang berjurai-jurai tu namanya paku langsuyar / langsuir .
    recognise the nama ? langsuir ... hahhaahha
    antu langsuir !!
    ada kawan saya pernah beli sepasu .. bawak balik.. letak kat boyan kat luar rumah ..
    malam-malam kawan saya nampak ada ' dia ' hayun-hayun boyan ... malam tu kawan saya mimpi ' dia ' suruh pulangkan balik pokok dia ...
    :))

    banyaknya homestay dah kat sana!
    macam cemdawan tumbuh !!

    saya lah salah sorang kawan tu !! * angkat tangan * hahahhahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Her fried rice is the best! :)

      Kerana itulah yg disukai oleh most pengunjung. So to the operators, bottom line, it's dollars and cents.
      And those buildings are iconic, so berselfie with them buat pengunjung2 ceria happy.. hehe.
      Kalau saya ada peluang nak juga saya pergi check it out just to see what's it like.
      Di Thailand ada banyak taman2 tema macam ni. And they are very popular. Dah macam trending.

      Sooo.. dia pulangkan tak??? Serammmm....

      Kita faham the homestay boleh bantu ekonomi masyarakat di situ. Harap jgn la 'cacatkan' pemandangan.

      Yes, indeed. Yang pose cross legs tu kan? Eh, wait, all 3 of you posed cross legs.. hehehehe.

      Delete
  2. terpaksa pulangkan...
    berani tak pulangkan .....
    menghantui !! [ literally :)) ]
    mana ada saya cross leg .... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. So dia pulangkan la ya. So macam mana kawan you tu pulangkan? Dia fly balik ke Sumbar ke?
      Oh, dia beli di Msia ni ya. Ok, ok...

      Hahaha.. saya ada BUKTI !! Hahahaha...

      Delete