Wednesday, June 24, 2020

SUMATERA BARAT 2020 - DAY 03 - PART 06 - MASJID RAYA SUMATERA BARAT



Sumber: kkmm_gov

As at 10th June 2020.
Sumber: pkk_kemkes ~ Pusat Krisis Kesehatan Republik Indonesia

As at 10th June 2020.
Sumber: pkk_kemkes ~ Pusat Krisis Kesehatan Republik Indonesia

Dah pun sampai entry yang kedua terakhir dalam penceritaan cuti-cuti Sumbar 2020 (sebelum PKP) kami.

Since masih ada masa lagi kami dibawa melawat Masjid Raya Sumatera Barat.

Masjid Raya Sumatra Barat adalah masjid terbesar di Sumatra Barat. Batu asas masjid ini diletak 21 Desember 2007 dan pembinaannya dimulakan. Tetapi ianya hanya siap pada 4 Januari 2019. Kelewatan ini adalah disebabkan antaranya kejadian gempa bumi pada 2009 dan kekangan bajet. Kos pembinaan masjid ini tinggi kerana ia dibina untuk dapat menahan goncangan gempa bumi sehingga 10 Skala Richter. Kelambatan pembinaannya juga disebabkan oleh perselisihan pendapat yang sebuah masjid perlu mempunyai kubah. 

Ini Masjid Raya dilihat dari atas. Ia tidak mempunyai kubah. Bumbungnya mempunyai 4 penjuru dan kelihatan seperti gonjong rumah adat Minangkabau rumah gadang.

Bentuk bumbung masjid ini dibuat seperti bentangan kain 4 penjuru yang dipegang oleh 4 kabilah suku Quraisy semasa berlaku perselisihan pendapat tentang pemindahan batu Hajar Aswad di Mekkah pada zaman Rasulullah SAW dahulu. 
Cloth from link

Kerana berlakunya kejadian gempa bumi, di masjid ini juga dibina ramp yang digunakan sebagai jalur evakuasi. 

Idea untuk membina Masjid Besar Sumatera Barat telah berjalan sejak tahun 2005. Pemerintah Provinsi Sumatera Barat menganggap Padang sebagai ibu kota tidak mempunyai masjid perwakilan untuk menampung sejumlah besar jemaah. Dorongan untuk membina "masjid besar" diperkuat, walaupun terdapat Masjid Nurul Iman yang besar di Padang.

Pada Januari 2006, pertemuan dua hala diadakan antara Indonesia dan Malaysia, yang dihadiri oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi di Bukittinggi. Pada waktu itu, dicari masjid yang sesuai untuk kedua ketua negara menunaikan solat Jumaat, sehingga lokasi Masjid Agung Tangah Sawah di Bukittinggi dipilih. Acara ini dikatakan sebagai pendorong bagi Pemerintah Provinsi Sumatera Barat untuk membangun Masjid Besar Sumatera Barat.

Design yang cantik pada dinding bumbung gonjong masjid. 

Corak ukiran Minangkabau yang sangat menarik. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Mahligai Minang. Jom kita lihat dengan lebih dekat lagi.  

Ukiran Minangkabau penuh makna dalam kehidupan bersama orang Minangkabau. Ukiran yang terdapat di luar masjid ini adalah Sirih Gadang, Pucuak Rabuang, Limpapeh, Aka Cino, Saik Galamai, Bada Mudiek dan lain-lain. 

Kalimah Syahadah.

Di hamparan gonjong berukiran Minangkabau ini ada kaligrafi nama Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.  


Jom kita masuk ke dalam masjid ini. 


Pada asalnya reka bentuk masjid ini mempunyai 4 menara tetapi terpaksa dikurang kepada satu sahaja kerana keperluan mengurangkan kos. Design menara ini adalah mirip menara Masjid Nabawi.

Salah satu pintu masuk ke bahagian dalam masjid. 

Facade pintu masuk utamanya juga dihias dengan dinding berukir.

Ruang panjang dan luas di bahagian luar dewan solat utama.

Tempat wuduk dan rak telekung wakaf untuk kegunaan jemaah.

Mari kita lihat suasana di bahagian dewan solat utama masjid ini. 

Pada tahun 2009, Kerajaan Arab Saudi telah mengirim bantuan untuk menyokong pembinaan masjid ini. Namun, setelah bantuan dari Arab Saudi itu yang bernilai 50 juta dolar AS diterima, telah berlaku gempa bumi yang melanda Sumatera Barat sehingga pemerintah pusat melalui Badan Perencanaan Pembangunan Nasional mengalihkan pemberian bantuan itu untuk keperluan pemulihan dan pembangunan semula pasca bencana. 

Pada tahun 2014, Kerajaan Turki mengirimkan bantuan karpet permaidani untuk mendukung penyelenggaran ibadah seiring kerja sama yang dibangun oleh pemerintah provinsi.

Masjid ini mampu memuatkan 20 ribu orang jemaah.

Masjid yang direka oleh arkitek bernama Rizal Muslimin ini, mempunyai banyak pintu, menjadikan masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Seribu Pintu Angin. 

Di bahagian atas mihrab, silingnya ada kaligrafi  99 nama-nama Asmaul Husna yang berwarna emas. 

Masjid ini dipusatkan sebagai pusat kegiatan keagamaan berskala regional seperti tabligh akbar, perjumpaan berjemaah, mengadakan Solat Aidil Fitri dan Solat Jumaat setiap minggu. 

Kerana kedudukannya yang tidak jauh dari Pantai Padang, masjid ini juga adalah merupakan shelter lokasi evakuasi bila terjadi tsunami.


Ruang solat utama ini dibina tanpa tiang di tengahnya.





Mihrab masjid ini dibina dengan mengambil ilham tempat letaknya Batu Hajarul Aswad di Kaabah.


Berikut adalah imej-imej dalaman masjid yang indah ini yang sudah saya rancang untuk saya rakam sejak dari awal lagi menggunakan camera 360.















Ini pula adalah foto-foto dalam masjid ini yang saya rakam pada tahun 2016, 2017 dan 2020.



Selesai ambil gambar di dalam, kami di luar pula. Bangunan berbumbung rumah minangakabau itu ialah bnagunan LLDIKTI Wilayah X (Lembaga Layanan Pendidikan Tinggi Wilayah X). 


Bangunan Plasa Telkom Group, Telkom Indonesia.

Selesai dengan lawatan ke Masjid Raya Sumatera Barat, kami teruskan lagi dengan Padang City Tour. 


Kantor Gubernur Sumatera Barat.

Kantor Perwakilan Bank Indonesia, Bank Sentral Republik Indonesia, Provinsi Sumatera Barat.

Klinik Utama Minang Medical Center (MMC) Padang.
"MMC menyediakan layanan rawat inap, cek kesehatan dan poliklinik, hiperbarik, farmasi, serta radiologi yang ditunjang oleh 36 dokter spesialis. Dari 36 dokter itu terdiri di antaranya dokter spesialis bedah, jantung, kebidanan dan kandungan, THT-KL, gigi dan mulut, paru-paru, syaraf, anak, radiologi, serta dokter spesialis umum".

Kantor Pos.

'HANI' ialah Hari Anti Narkotika Internasional.
STOP NARKOBA !!

Ini adalah Hotel Padang. Hotel Padang adalah hotel yang tertua di kota Padang. 
🌓Hotel Padang dibina dengan gaya art deco pada tahun 1926. Hari ini senibinanya masih kekal termasuk dalamannya yang klasik. Hotel Padang awalnya merupakan rumah tinggal keluarga Ang Shia kemudian menjadi penginapan tahun 1952.
🌗Hotel Padang adalah saksi sejarah penjajahan di Padang. Ketika bangunan-bangunan lama di sekitarnya dirobohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan baru, hotel Padang nampaknya tidak berubah. Bangunan hotel ini juga tidak rosak ketika gempa bumi pada tahun 2009.
🌓Hotel Padang kini telah diisytihar sebagai Warisan Cagar Budaya Tidak Bergerak Kota Padang. Ia tidak lagi digunakan sebagai hotel penginapan

Hotel Grand Zuri Padang. 

Kami kemudian dibawa melalui Chinatown. Walaupun hari iu adalah Tahun Baru Cina, suasana di sini sunyi sekali. Tak terasa langsung sebarang kemeriahan suasana perayaan. 

Kami juga perasan tiada tulisan Cina di Chinatown ini, seperti di depan kedai-kedai di sini. Kami diberitahu penggunaan tulisan selain dari Bahasa Indonesia adalah tidak dibenarkan pada mana-mana tempat umum seperti pada nama kedai sekalipun di Indonesia.
Tulisan bahasa Cina juga tidak dibenarkan di negara lain termasuk Filipina dan Thailand.

Orang Cina di sini juga nama mereka adalah seperti nama orang Indonesia dan bukan Chinese name seperti di Malaysia. Contohnya, Pengerusi komuniti di sini namanya Ferryanto Gani. Ini berlaku semasa era Presiden Suharto di mana semua individu Cina dimestikan menukar nama mereka kepada nama yang membawa identiti Indonesia.
Walaupun kejatuhan Suharto menyebabkan arahan itu ditarik balik, tidak ramai warga Cina Indonesia mengambil keputusan untuk mengubah kembali nama mereka sebaliknya terus kekal dengan nama baru mereka, dituruti oleh anak-anak dan cucu-cicit mereka.

Antara individu Cina Indonesia yang kita kenali adalah Agnes Monica, penyanyi terkenal Indonesia bertaraf antarabangsa, Joe Taslim yang berjaya terpilih berlakon dalam filem 'Fast and Furious 6' dan pemain badminton terkenal Alan Budikusuma.
🌓Agnes Monica Muljoto was born in Jakarta, Indonesia, to a family of Japanese, German and Chinese ancestry.
🌗Johannes Taslim or Joe Taslim (born 23 June 1981) is an Indonesian actor and former Judo athlete of Chinese descent.
🌓Alexander Alan Budikusuma Wiratama (born 29 March 1968, as Goei Djien Phang; Chinese: 魏仁芳) is a former Indonesian badminton player.

Saya baca, according to Ferryanto Gani, nenek moyang masyarakat Cina-Indonesia di Padang berasal dari Pulau Pinang yang pergi ke Aceh, kemudian ke Sibolga dan kemudian Pulau Telo dan akhirnya sampai di Padang. 

Our guide bercadang nak bawa kami ke Muara dan Bukit Siti Nurbaya yang terkenal di Padang. Unfortunately, jalan ke sana yang melintasi sebuah Kampung India ditutup sempena Perayaan Sebar Gula. 
Pemandangan Chinatown di Padang. 

Perayaan Sebar Gula ini diadakan setiap tahun sebagai cara bersedekah oleh penduduk yang berketurunan India Muslim di Padang. Bungkusan-bungkusan kecil yang berisi gula akan dibaling dari atas bumbung Masjid Muhammadan dan disambut beratus-ratus orang yang menunggu di sebelah bawah. 
🌓Masjid Muhammadan adalah salah satu masjid tertua di Indonesia sekaligus cagar budaya yang terletak di Kota Padang.
🌗Masjid ini merupakan masjid peninggalan sejumlah Muslim keturunan India di Padang yang dibangun pada tahun 1843.
🌓Masjid dengan arsitektur bercorak India ini berada dalam kawasan Kota Tua Padang.
🌗Keberadaan masjid ini turut berperan dalam penyebaran agama Islam dan perjalanan sejarah Kota Padang.

Tentang Perayaan Sebar Gula.



Sachets of sugar dibaling dari atas bumbung Masjid Muhammadan.



Kedai Brownies Kukus. 

Sepanjang perjalanan kami di Sumatera Barat ini juga, kami bertemu dengan berbagai cara orang Indonesia membuat kutipan derma untuk kebajikan dan pembinaan masjid.

Kota Padang merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di Sumatra Barat, Indonesia.

Pantai Padang. 

Pantai Padang juga lebih popular dengan nama 'Taplau' yang merupakan singkatan dari 'tapi lauik' yang dalam bahasa Minang bererti 'tepi laut'.

Di sepanjang Pantai Padang ini kami boleh nampak ada banyak masjid dan gerai-gerai menjual pelbagai jajan.

Then it was time for dinner. Kami stop di sebuah restoran di tepi laut. Di depan restoran ini ada Pasar Ikan Pantai Padang. 

Ini restoran makan malam kami iaitu Pondok Ikan Bakar Khatib Sulaiman. 





Suasana di dalam restoran.



Meja kami di tingkat atas. 

Bagus la di tingkat atas ni sebab bolehlah tengok sunset.

Pasar ikan betul-betul di tepi laut begini memudahkan nelayan untuk menjual terus hasil tangkapan laut mereka sebaik sahaja tiba di pantai. 

Oleh itu yang dijual adalah fresh.






Berehat-rehat di tepi pantai.




Sunset di pantai barat Sumatera memang cantik sangat.






Nelayan.

Penjual ayam juga ada di sini.





Hidangan dah pun sampai. Moh kita makan 😋.

Menyelerakan. Alhamdulillah.

Ok, back to this beautiful sunset.

SubhanAllah. Cantiknya. 







Selepas dinner, kami dibawa ke hotel penginapan kami di Padang, Pangeran City Hotel.

Kesibukan malam di jalan raya Kota Padang. 

Ehh.. ada pula fun ride di malam hari di tengah Kota Padang ini.


Tiba di Pangeran City Hotel.






Sebelum tidur, kami keluar sekejap jalan-jalan dekat kawasan hotel ini.










Surau hotel. 

Letihnya tapi happy la. Lepas mandi, solat dan kemas beg sambil backup photos, terus la tidur. Esok dah nak balik KL.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. 4h3m eh?
    dekat dopluh entry .. hehhehhehe

    taplau ...
    suka nho pendekkan nama gitu !!
    bukannya susah sangat nak sebut tepi laut .. hehheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20 kira standard saya la doc. Tu pun saya dah slashed beberapa entries dan gabung2kan.. hehe.

      Hehehe.. kan... for me yang tak biasa short forms with half-half words macam tu mmg jadi confuse.

      Delete
  2. akhirnya siap jugak masjid ni!!
    dua kali pergi tak siap-siap!

    cantik sangat kan!!!??
    dan diimarahkan oleh warganya ...

    quiz..
    apa makna 'walansia ' ?
    :)

    bila nak pergi acheh ??!!
    masjid baiturrahman tu pun dah sangat cantik sekarang ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, siap dah doc. Cantik sgt.

      Lansia refers to penduduk lanjut usia. Walansia saya tak tau la doc. Apa artinya? Adakah Warga lanjut usia?

      Hmm... belum ada lagi dlm perancangan nak ke sana. Hopefully one day my wife and I will go there.

      Delete
  3. hehehe..
    ha ah
    warga lanjut usia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...
      Pernah I asked Pa'unchu a short form masa jln2 dgn dia dulu, dia pun mengaku sometimes dia pun tak tahu apakah the long form sebenarnya.. hehe. Ini kan kita.. hehe.

      Delete