Wednesday, November 13, 2019

MELAKA - DAY 02 - PART 08 - MALAQA HOUSE

Lepas spent time di Casababa Gallery, saya pun berjalan menuju semula ke Dataran Belanda kerana hendak ke Bangunan Stadhuys. Di sana ada sebuah muzium besar yang saya nak lawat sejak dulu lagi tapi tak juga dilawat sampai sekarang. So this time I was so determined gitu.. hehehe. 

While walking I came upon this kedai seni dan kraf bernama Malaqa House. Dari luar, di dalam kedai ni nampak menarik. Saya fikir tentu the owner tak benarkan ambil gambar di dalam kedai dia ini kerana ia adalah permis perniagaan. So I decided to just go in sekejap sebab nak tengok apa ada di dalam. 

View depan Malaqa House.

Then masa nak masuk di entrance depan kedai ini, ada this sign Malaqa House Museum Sdn Bhd. So adakah ini sebuah muzium? I think it is part museum, part Arts and Craft shop.

A beautiful big wooden window di depan kedai.

And I just love these tiles. Must be dah berusia berpuluh-puluh atau beratus tahun agaknya since they looked like the original tiles when this building was first built. 

Ruang depan Malaqa House yang luas dan bersiling tinggi.

Sebagai sebuah kedai seni dan kraf, Malaqa House dipenuhi dengan pelbagai perabot antik, lukisan, perhiasan dan lain-lain seumpamanya.

Perabot kayu Baba Nyonya juga ada. Di tengah sana ada open air courtyard filled with natural light. Cantik sangat. 

A beautiful embroidery. 


Oh ya, lupa nak beritahu, saya dah tanya pada the owner and she said boleh ambil gambar. 

Ok, here are the rest of the photos. 


Saya tak naik ke tingkat atas sebab ditutup. I read there are more furniture and paintings up there. 

Beautiful courtyard.


Then saya perasan ada wall decorations ini di dinding. I asked and the owner said yes it was the original wall when this building was first built. Saya pun minta izin ambil gambar dinding ini. Ye la kan, nanti owner tu heran la pulak saya ambil gambar di ceruk begini.. hehe. 




Courtyard open air begini memberikan peraliran udara yang bagus dan menyejukan dalaman bangunan ini.








A beautiful antique headdress. 


Ada lorong ke belakang. Rumah kedai dulu-dulu memang panjang begini. 

More wooden furniture and deco.

Heritage Award untuk Malaqa House.

Lebih banyak lagi barangan untuk dijual di bahagian belakang kedai ini.





Ada juga info yang menarik ini tentang rumah kedai zaman dulu. 

Ianya mengenai shophouse zaman dulu di Pulau Pinang. 






More furniture sets.


And lots of paintings.







Sebelum saya beredar saya ucap terima kasih kepada the owner and her father yang juga ada di situ for allowing me to explore their shop and to take photos. 


Meneruskan perjalanan ke Dataran Belanda. Ternampak these beautiful kebaya nyonya with wonderful embroideries. 

Tiba di Dataran Belanda.

Dulu saya ke Melaka tak ada lembu bercorak warna-warni ni. 


Then terasa haus pulak. So decided to quench thirst first before masuk ke next museum.

Kalau dah di Dataran Belanda ni, ke mana lagi nak minum-minum kalau bukan di Cendol Jam Besar ini 😊.




Saya suka cendol yang klasik, bukan yang ada macam-macam toppings.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments: