Selesai dengan lawatan di Mactan Shrine kami teruskan program Cebu City Tour kami dengan lawatan ke Alegre Guitar Factory pula.
Kami terus capture suasana perjalanan di Lapu-Lapu City ini, dirakam dari dalam van. Sungguh pun nampak macam tak teratur tapi pada saya di situlah 'charm'nya.
Then kami lalu kawasan yang nampaknya baru je dituruni hujan lebat. Ada banjir kecil di jalanraya but not causing major traffic jam.
Passed by Jinju Square. Nampak macam ada banyak kedai Korea di sini.
Keruh air banjirnya. Masa panas agaknya jalan di sini berdebu.
Di Lapu-Lapu City ada kenderaan awam called tricycle. Kata Melody transport ni dibenarkan beroperasi di luar Cebu City sahaja kerana dikatakan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas jalanraya.
Kami perasan penunggang motosikal di sini adalah berhemah dan memakai helmet. 👍
Jadi kenapa dalam program Cebu City Tour ni ada lawatan ke kilang buat gitar? Because apparently, selain dari terkenal dengan dried mangoes, Cebu juga dikenali sebagai pembuat gitar terbaik di Filipina aka 'Guitar Capital of the Philippines'. Gitarnya dianggap bertaraf world class; tahan lama dan berkualiti dengan harga berpatutan.
As for us, we just love it that the tour as a whole ada kepelbagaian. I mean, in addition, from all our cuti-cuti sebelum ini, tak pernah lagi kami lawat sebuah kilang buat gitar.
Dan kami pun sampai ke Alegre Guitar Factory, Pajac-Maribago Rd, Lapu-Lapu City, Cebu, Philippines.
As for us, we just love it that the tour as a whole ada kepelbagaian. I mean, in addition, from all our cuti-cuti sebelum ini, tak pernah lagi kami lawat sebuah kilang buat gitar.
Dan kami pun sampai ke Alegre Guitar Factory, Pajac-Maribago Rd, Lapu-Lapu City, Cebu, Philippines.
Industri pembuatan gitar di Cebu bermula bila paderi-paderi Sepanyol di Cebu dahulu perlu membaiki gitar-gitar mereka yang mereka digunakan sebelum sampainya organ. Daripada terpaksa menunggu gitar mereka direpair di Mexico, mereka menugaskan penduduk desa Opon di Pulau Mactan untuk membuat gitar baru dan membaiki gitar yang sedia ada. Dan ini telah memulakan industri gitar di Cebu.
Kebanyakan pengeluar gitar di Cebu adalah syarikat milik keluarga yang disambung dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Yang popular ialah Alegre Guitars, Guitars Inday Celia, Guitars Susing dan Ferangeli. Selain gitar, mereka juga terkenal sebagai pengeluar alat musik lain seperti ukuleles, banjos, bandurrias dan mandolin kelas dunia mereka.
Salah satu pembuat gitar di Cebu ialah Kilang Gitar Alegre. Kedai ini dimiliki dan diuruskan oleh Fernando M. Alegre. Ia adalah kilang gitar yang paling menarik di Abuno, Lapu-Lapu City, Cebu. Dikatakan gitar bertaraf dunia dari kilang ini sentiasa dikagumi oleh pemain gitar dan pemuzik berpengalaman.
Jom kita masuk.
Keluarga Alegre adalah salah satu perintis dalam perniagaan pembuatan gitar. Pada hari ini kilang ini dimiliki dan diurus oleh generasi ketiga keluarga Alegre. Gitar kualiti Alegre diperbuat daripada bahan asli; dari jenis kayu yang digunakan hinggalah ke jenis cengkerang, yang menjadikan gitar Alegre satu instrumen yang unik.
Salah satu pembuat gitar di Cebu ialah Kilang Gitar Alegre. Kedai ini dimiliki dan diuruskan oleh Fernando M. Alegre. Ia adalah kilang gitar yang paling menarik di Abuno, Lapu-Lapu City, Cebu. Dikatakan gitar bertaraf dunia dari kilang ini sentiasa dikagumi oleh pemain gitar dan pemuzik berpengalaman.
Jom kita masuk.
Keluarga Alegre adalah salah satu perintis dalam perniagaan pembuatan gitar. Pada hari ini kilang ini dimiliki dan diurus oleh generasi ketiga keluarga Alegre. Gitar kualiti Alegre diperbuat daripada bahan asli; dari jenis kayu yang digunakan hinggalah ke jenis cengkerang, yang menjadikan gitar Alegre satu instrumen yang unik.
Courtyard di dalam Alegre Guitar Factory. |
Ada tempat rehat dan souvenir shop. |
Lawatan group kami diiring oleh factory guide ini. Pelbagai penerangan menarik diberikan oleh beliau. Jadi apakah istimewanya gitar buatan mereka? Kata guide tu nada merdunya, yang dihasilkan dari exceptional craftsmanship and hard work pembuat gitar tempatan mereka.
Tambah guide ni lagi, begitu merdu dan distinct bunyi Cebu-made guitar hingga dikatakan seorang pemain gitar yang berpengalaman boleh mengenalpasti ianya datang dari petikan gitar buatan Cebu. |
Di bahagian pameran ada display jenis-jenis kayu yang digunakan oleh factory ini untuk membuat gitar keluaran mereka.
Selain kualiti bunyi yang bagus, gitar mereka menjadi pilihan para pemuzik juga kerana reka bentuk dan jenis-jenis kayu yang digunakan.
Gitar-gitar Alegre dibuat menggunakan teknik tradisional. Keseluruhan proses dibuat dengan tangan. Bahagian dasar gitar dibuat dari 2 lapisan kayu dari jenis yang berlainan untuk menghasilkan bunyi yang diingini. Tak ada sebarang paku atau skru digunakan dalam penghasilan gitar Alegre. Bahagian-bahagian kayu yang berlainan ini hanya dilekatkan dengan bahan perekat dan diikat dengan tali sementara menunggu bahan perekat kering.
Kayu yang digunakan adalah kayu lembut dan keras. Mahogany, acacia dan mango wood digunakan untuk membuat gitar untuk pasaran tempatan.
Kayu spruce, cedar, rosewood dan koa pula digunakan membuat gitar untuk export. Kayu yang paling bagus buat gitar ialah Indian Rosewood kata guide tu.
Kayu-kayu import digunakan untuk memastikan gitar dapat tahan suhu panas dan sejuk di luar negara bagi mengekalkan penampilan fizikal mereka.
Produk yang diperbuat daripada kayu eksotik atau yang diimport adalah mahal dan rare. Kata guide tu, gitar yang dibuat dari kayu-kayu import bunyinya adalah lebih crisp, clean and mellow.
Yang menariknya juga ialah plat gitar di bahagian dalam gitar diukir atau ditambah dengan corak kayu. Bukan sahaja untuk ketahanan, tetapi juga untuk menghasilkan bunyi yang unik.
Gitar standard akan mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan. Walau bagaimanapun, gitar atau ukulele yang customized akan mengambil masa 3-4 minggu untuk disiapkan.
Alegre juga sering menerima kunjungan dari pemain-pemain gitar yang ingin membeli gitar terus dari sini.
Kata guide, demi menjaga kualiti Alegre pernah menolak tempahan guitar dari luar negara kerana jumlah order yang besar.
Kalau Hawaii ada ukulele, Filipina ada cocolele ini yang dibuat dari tempurung kelapa.
Yang ditunjukkan pada kami ni ada shell ornaments. Kami ingatkan ianya cuma untuk souvenir atau hiasan, tapi bila guide tu main, uwahh... it sounded really good! Like a legit musical instrument.
Tidak seperti kilang-kilang yang mengeluarkan gitar secara besar-besaran seperti kilang-kilang di China, proses pembuatan gitar di Alegre ni adalah at a less hectic pace demi memjaga kualiti, kata guide.
Sebahagian dari bengkel membuat gitar di Alegre. Tergantung di sini adalah gitar-gitar dalam perlbagai peringkat pembuatan.
Ini seorang 'luthier' sedang membuat plat bahagian dalam gitar yang diukir atau ditambah dengan corak kayu bagi menghasilkan bunyi yang unik.
Ketebalan plat serta ukiran/corak kayu pada plat pastinya memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi gitar yang merdu. Surely this skills were acquired after many years of experience.
Kata guide, the classic six-string guitar adalah produk yang paling popular di pasaran.
Beautiful guitars.
Bahagian 'head' dan 'tuning keys' gitar.
Other parts for making a guitar.
Seterusnya kami dibawa guide ke bahagian terakhir lawatan kami di Alegre Guitar Factory iaitu ke bilik pameran/jualan mereka.
Dengan berlatar belakangkan gitar dan ukulele, guide kami memainkan sebuah karya musik klasik bertajuk Canon In D ciptaan Johann Pachelbel, versi ukulele. Saya yang tak tahu pasal musik pun felt it was such a beautiful rendition. Memang guide ni seorang pemain string instrument yang bagus.
Alunan musik klasik oleh guide kami turut disertai oleh petikan gitar salah seorang staff/pemain gitar Alegre, which made the performance even more entertaining.
Ini short clip of the performance.
Di bilik pameran/jualan ini para pengunjung boleh bebas mengagumi gitar, ukuleles, cellos, banjos dan versi mandolin Filipina iaitu bandurria.
Gitar-gitar Alegre disusun dengan rapi di bilik pameran ini, dari gitar standard kepada alat muzik bertali lain. Sebuah bilik pameran yang berasingan mempamerkan semua gitar berkualiti tinggi.
Gitar yang dibuat di Cebu adalah popular di kalangan pelancong tempatan dan luar Filipina, yang membelinya sebagai hadiah dan cenderahati.
Di dinding bilik pameran/jualan ini juga ada info tentang pemilik Alegre Guitar Factory.
Fernando Bebbot Alegre.
Turut dipamerkan adalah beberapa foto-foto selebriti dan ahli muzik yang pernah melawat tempat ini.
Menurut laporan akhbar Filipina, krisis kewangan di seluruh dunia tidak menjejaskan industri pembuatan gitar di Cebu. Masih terdapat permintaan yang berterusan dari penduduk tempatan dan pelancong asing walaupun terdapat kemasukan gitar yang diimport dari China.
Kilang ini sendiri banyak mengekspot gitarnya ke Canada, Australia, Japan dan the United States.
Alegre dikatakan telah menjual paling banyak gitar berbanding pengeluar lain.
Maracas pun ada.
Apa saja instumen musik yang dimainkan guide kami, sedap je bunyinya.
Bersebelahan bilik pameran ada bilik lain di mana semua gitar mewah dipaparkan dan untuk dijual.
Yang ini berharga PHP 5,000 (RM 400).
Yang ini PHP 12,000 (RM 968).
Yang ini pula PHP50,000 (RM 4,000). Gitar paling mahal di Alegre dijual pada harga PHP 174,000 (RM 14,000).
Guitars as gifts and souvenirs.
Gitar yang sudah siap divarnis dengan nitrocellulose lacquer for a natural wood finish.
Kami diberitahu di kilang ini juga boleh buat personalized guitars, dibuat secara custom-made ikut reka bentuk yang diingini oleh pelanggan.
Selesai di bilik pameran/jualan, kami singgah dulu ke kedai souvenir ini sebelum beredar.
Antara souvenir yang dijual di sini.
Sebelum naik van, sempat saya ke bengkel ini di mana proses early stages of making guitars are made. Pengunjung dan bakal pembeli yang berminat dengan pelbagai peringkat pembuatan gitar, boleh melawat bengkel kilang ini untuk menyaksikan para luthier melakukan proses pembuatan gitar yang sebenarnya.
Kayu-kayu dipotong dan dibentuk oleh para luthier untuk membuat bahagian-bahagian instrumen yang diperlukan. Potongan-potongan kayu ini kemudiannya diasingkan selama beberapa hari untuk dikeringkan.
Sebaik sahaja kepingan-kepingan itu kering sepenuhnya, pemasangan dilakukan, di mana kepingan dicantumkan bersama menggunakan gam kayu dan dikepit kuat dengan pengepit kayu (wood clamper).
Membuat gitar dan lain instrumen musik bertali adalah sumber pendapatan bagi ramai orang di Lapu-Lapu. Hampir setiap rumah mempunyai satu ahli keluarga yang terlibat dalam pembuatan gitar.
Selesai dah lawatan kami ke sebuah kilang buat gitar. Apa yang menarik ialah gitar di sini masih dibuat menggunakan teknik tradisional demi menjaga kualiti and to set them apart from other guitar makers seperti yang di China, salah satu rival mereka. Menarik juga pada kami kerana pelbagai jenis kayu digunakan untuk buat gitar Alegre termasuk kayu dari Kanada dan Alaska. I must admit the highlight of our visit was the beautiful performances by our guide. And indeed it was nice to have had watched and heard a live musical performance.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
atas bumbung , berdiri dekat belakang , tepi ...??!!
ReplyDeleteyou must be cringing masa dengar ni kan!! hehhehehe
haramista tu apa?
err.. saya rasa nak spoon fed hari ni .. tak nak google .hehehhehe\\beli tak souvenir gitar kecik kecik tu ?
en syed pandai main gitar tak?
Ngeri, kecut perut doc.
DeleteSebab once dulu, masa zaman saya naik bas mini di KL pergi kerja, I saw depan mata saya seorang wanita tercampak jatuh ke jalanraya dari berpegang di pintu depan bas mini tu, di tangga, bila pemandu bas mini tu membelok dgn tiba-tiba.
Haranista tu ialah musician or singer. Mereka yg serenade.
Kami tak beli apa2 souvenir dah sekarang ni doc masa bercuti-cuti.. hehe.
Unfortunately I don't. I do not know how to play any musical instrument.. hehe. Can you? Play any?
yes !!!!!
Deleterecorder !!
hahahhahaa
aren't we all ??!haahaha
A'aa.. masa sekolah rendah ada main recorder tapi la ni tak tau dah.. hehe
DeleteAlso I played angklong.. rep sekolah lagi.. hehehehe