Wednesday, July 24, 2019

CEBU, PHILIPPINES - DAY 02 - PART 01 - MACTAN SHRINE - MAGELLAN MONUMENT & LAPU-LAPU MONUMENT

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Hari kedua di Cebu City. Maka bermulalah program jalan-jalan kami di sini. Tapi sebelum tu saya share the beautiful sunrise over Cebu City yang dirakam dari tingkat 9 hotel penginapan kami selama di sini, di Harolds Hotel.  

Awesome sunrise over Cebu City landscape. Shot lebih kurang pada pukul 5:15 pagi. Bangunan kiri yang tinggi tu ialah Azalea Place Cebu. The middle is The Padgett Hotel. Way at the horizon tu ialah Waterfront Hotel & Casino.  

Lokasi Harolds Hotel, Azalea Place Cebu dan The Padgett Hotel.

Ini pula pandangan Cebu City menghala ke arah Gorordo Avnenue. Cluster of buildings in the middle tu ialah, from left, Cebu Parklane International, Mandarin Plaza dan Quest Hotel & Conference Center.



Ini pula views dari Hotel Harolds mengadap ke arah Avelino Morales Street. Di bawah tu nampak macam kawasan squatters.

Besar juga nampaknya kawasan 'setinggan' di Kamphuthaw Lahug ni. Tapi unfair la nak panggil area ni 'squatters' / 'setinggan' hanya kerana nampak crowded dan haphazard. 

Banyak kawasan perumahan yang kami dapat lihat semasa dalam perjalanan ke tempat-tempat lawatan adalah tempat kediaman di mana ramai orang tinggal dengan jarak sangat dekat antara satu sama lain. Kalau hanya kerana itu maka ia tidaklah sesuai untuk dipanggil perumahan setinggan. Dari apa yang kami nampak they do have proper houses. Cumanya rumah-rumah itu dibina literally di atas, di bawah dan di sisi satu sama lain. And this only mean memang ada ramai orang yang tinggal di sini. 

2 tower buildings tu ialah Winland Tower Condominium. Kawasan bukit/gunung di horizon tu ialah Guadalupe District, a barangays*.
*The barangay is the smallest political unit in the Philippines. Each municipality or city is therefore made up of barangays.

Yang ini pula pemandangan ke arah N Escario Street. Kiri tu Golden Peak Hotel & Suites.


Kalau zoom further boleh nampak Mactan Channel dan Mactan Island juga.

Lokasi Harolds Hotel, Mactan Channel dan Mactan Island.

A couple more sunrise shots.


Begitu lah. Bagi saya yang suka ambil gambar, memang la seronok dapat menginap di Harolds Hotel ni sebab its guests dapat enjoy Cebu City dari 4 penjuru. 

Nak gi jalan-jalan city tour hari ni, so jom check weather di Cebu City ni. Cloudy. Nice la sebab redup. 

Suhu pun macam di Malaysia.

Cloudy with 80% chance of precipitation.
Hat/cap ✔ 
Payung 
Disposable raincoat 

Suhu 26° sebab masa check weather ni baru pukul 5:30 pagi. Yes, sini waktu masuk solat fardhu Subuh ialah pukul 4 pagi. 

Waktu solat di Cebu City.


Matahari dah tinggi. More cityscape shots dirakam pada pukul 6:15 pagi. 




This is Iglesia Ni Cristo (Church Of Christ), an independent nontrinitarian Christian religious organization that originated in the Philippines. It was registered in 1914.
The Iglesia Ni Cristo believes that God the Father is the creator deity and the only true God. INC rejects the traditional Christian belief in the Trinity as heresy, adopting a version of unitarianism. They believe that this position is attested by Jesus Christ and the Apostles. - Wikipedia
Gereja ini juga ada di Subang Jaya.







Dah, jom sarapan. Lapar! 

Malam semalamnya, masa kami dinner di roof deck hotel ni, the head waitress informed us yang kami boleh request for specially cooked breakfast dari the hotel's kitchen. She added Chef hotel ni, Chef Remy, adalah dari Sabah. Cool! So lepas dinner kami terus ke reception and put in our request for our morning breakfast di hotel ni.

Sampai di cafe hotel ni dah ada table reserved for us. A waitress told us that she will proceed to inform Chef Remy to prepare our breakfast. How nice! 

Meanwhile, saya tengok-tengok breakfast buffet yang ada. 

Ada deep fried battered fish fillets. Juga ada logan (nampak macam cream-filled croissant), pretzels, croissants dan Choco Danish. 

Juga ada beberapa pastries dan kuih muih tradisional Filipina. Look delish!

Ada egg bread dan berliner (a German pastry similar to a doughnut with no central hole).

Ada raisin bread, bread pudding, pancakes, egg tarts, waffles, french toast dan yang bungkus dengan daun tu - pulut manis.

Porridge and egg stations.


Chef Remy datang berjumpa kami and introduced himself. Dia dari Sabah dan dah beberapa tahun jadi Chef di hotel ni. Ramah dan friendly orangnya. 

Freshly cooked breakfast prepared by Chef Remy pun dihidangkan. Essentially they were vegetarians dishes. 

Yang glass noodle dengan mixed vegetable tu sedap sangat. Kami berempat suka terung tu. Makan dengan ikan kering goreng. Plus telur rebus dan telur goreng. Sangat mengenyangkan. 

Ingatkan itu je, tapi Chef Remy hidangkan pula mee (spaghetti actually) kuah penuh perisa dengan rencah sayuran, tauhu dan telur rebus. Yum!

Alhamdulillah, kenyang kami. Oh ya, tak ada sebarang caj tambahan yang perlu kami bayar for this specially prepared breakfast. So nice, right. Later I read review tentang hotel ini dan memang the chef/kitchen boleh prepare special breakfast upon request. In our case it was due to religious reasons. Jadi tentunya juga boleh make such requests untuk mereka yang vegetarians atau yang mempunyai special dietary requirements for health reasons. Bagusnya hotel ni!

Selesai makan, kami naik dulu ke bilik. Freshen up dan turun semula ke lobi tunggu pick up for city tour. 

Since pick up time pukul 9 pagi, dan masih ada masa lagi, kami pun jalan-jalan depan hotel ambil gambar. 

Suasana jalanraya yang belum begitu sibuk lagi. Tu Golden Peak Hotel & Suites.

Teringin juga kami nak naik jeepney ni. Tapi tak nak kalau sesak macam ni.. hehe. Kalau duduk paling depan dekat dengan driver, kan susah nak turun di pintu belakang tu.. hehe. Dengan terbongkok-bongkoknya lagi.. hahaha.

Yang signboard merah tu ialah Bank of The Philippines Islands (BPI) cawangan Cebu Lahug. 
🏦 Bank of the Philippine Islands (commonly known as BPI) is a universal bank in the Philippines. It is the first bank in both the Philippines and Southeast Asia. It is the fourth largest bank in terms of assets, the second largest bank in terms of market capitalization and one of the most profitable banks in the Philippines.
🏦
BPI was founded during the Spanish Colonial Era of the Philippines as the El Banco Español Filipino de Isabel II, and when founded, provided credit to the National Treasury and printed and issued the Philippine peso fuerte, a precursor to today's Philippine peso.
- Wikipedia

Colorful jeepney in Cebu. Kami diberitahu jeepney adalah public mode of transportation yang efficient dan murah di Cebu/Filipina. 

Dikatakan tambang teksi telah mencapai tahap di mana mengambil mod pengangkutan ini menjadi pilihan yang sangat mahal untuk orang ramai yang berulang alik ke destinasi masing-masing. Jadi menggunakan khidmat Public Utility Jeepneys (PUJs) menjadi alternative yang murah. 

Pada setiap jeepney ada tertera code kawasan dan nama kawasan that it serves/covers antaranya seperti Sambag I & II (01-A to K), Lahug (04-A to L), Guadalupe (06-A to K) dan lain-lain.

PUJ juga dikaitkan dengan nilai kebudayaan mewakili identiti Filipina. Asalnya, PUJ dibuat dari old American Will's jeep. Bodynya dipanjangkan supaya boleh muat lebih ramai penumpang. Hari ini, terdapat beberapa pengeluar PUJ di Filipina.

Road work in progress. Ya, ada orang kurang siuman masa ni. That and due to the increased traffic, we decided not to venture far from the hotel. 

Tengah traffic jam. So kami cepat-cepat berposing dengan jeepney ni.. hehehe. We could not have been more touristic than this and loving it.. haha.


Graffiti. 




Tepat pukul 9 pagi tour guide pun sampai dengan van for our Cebu City Tour. Since kali ini kami ambil pakej shared tour i.e bukan private tour (like SIC, which btw saves us a lot of money), ada bersama kami dalam satu van 3 orang local tourists. The ladies were from Manila. One of them is Lilien yang pernah bertugas di Kedutaan Philippines di Kuala Lumpur selama 4 tahun.
Meet Ms. Melody. Kecik je orangnya. Mereka di sana memang generally bersaiz kecik, apa lagi in comparison dengan saya yang gemok ni.. hehehe. Ms. Melody is cheerful, energetic and very informative. Btw, nama mereka memang begitu. Dulu masa di Manila seorang staff Manila Hotel, hotel penginapan kami, nama dia Ms.Lovely. Some famous female names di Philippines ialah Angel, Princess dan Jasmine. The male names pula are like more biblical seperti John dan Joshua.

While on the way, Melody shared some info tentang Cebu dan Philippines. 
🌓 Generally, Philippines is divided into 3 parts: Luzon, Visayas and Mindanao.
🌗 Population satu Filipina ialah seramai 106 juta, of which 2.9 juta adalah penduduk Cebu.
🌓 Bilangan Pekerja Filipina Luar Negara (OFWs - Overseas Filipino Worker) yang bekerja di luar negara pada bila-bila masa dalam tempoh April hingga September 2018 dianggarkan seramai 2.3 juta. Paling ramai di Saudi Arabia dan diikuti oleh UAE. Malaysia lebih kurang di tangga ke 10.
🌗Ramai orang Filipina pergi ke luar negara untuk berhijrah. Salah satu sebab utama migration adalah pekerjaan. Gaji tinggi dan faedah besar menarik pekerja Filipina untuk berhijrah. Mereka juga membawa keluarga mereka bersama mereka di negara mereka bekerja.

Info ringkas tentang Cebu.
🌓Cebu is a province of the Philippines located in the Central Visayas (Region VII) region, and consists of a main island and 167 surrounding islands and islets. Its capital is Cebu City, the oldest city and first capital of the Philippines, which is politically independent from the provincial government.
🌗The Cebu Metropolitan Area or Metro Cebu is formed by 7 neighboring cities (Carcar City, Cebu City, Danao City, Lapu-Lapu City, Mandaue City, Naga City, and Talisay City) and 6 municipalities (Compostela, Consolacion, Cordova, Liloan, Minglanilla, and San Fernando).
- Wikipedia

🌓Cebu is one of the most developed provinces in the Philippines with Metro Cebu being the second largest metropolitan area in the Philippines (after Metro Manila) and Cebu City as the main center of commerce, trade, education and industry in the Visayas. In a decade it has transformed into a global hub for business processing services, tourism, shipping, furniture-making, and heavy industry.
🌗Mactan–Cebu International Airport, located on Mactan Island, is the second busiest airport in the Philippines.
- Wikipedia

Melody juga kata di Filipina ni banyak taufan. Dia tanya kami di Malaysia pun sama ke? Kami kata tidaklah seperti di Filipina. Lalu Ms. Lilien pun share her views after having stayed di Malaysia selama 4 tahun. Kata dia hujan lebat musim tengkujuh di Malaysia dikira macam taufan kalau di Filipna. Begitulah definition typhoon mereka. Sebab tu di Filipina banyak kejadian taufan.  

Filipina terletak di sepanjang Pacific Ring of Fire, yang menyebabkan negara itu mempunyai aktiviti-aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap. Banyak gempa magnitud yang lebih kecil berlaku dengan kerap kerana pertemuan plat tektonik utama di rantau ini.

Pada bulan Februari 2012 Vusayas mengalami kesan gempa bumi 6.7 magnitud di pulau Negros dan merupakan gempa terbesar di kawasan tersebut selama 90 tahun. Gempa itu menggegarkan bangunan tetapi tidak ada laporan kerosakan bangunan utama atau kehilangan nyawa di Pulau Cebu itu sendiri. 

Pada bulan Oktober 2013, Cebu dan Bohol dilanda rekod gempa bumi sebanyak 7.2 magnitud yang menyebabkan lebih daripada 100 orang mati, dan runtuhnya beberapa bangunan, termasuk 5 gereja bersejarah. Terjadi lebih daripada 700 gempa susulan.

Then I stumbled upon this piece of news (dated June 25th 2019), which was kinda weird and mythical. It took place at Northern Cebu, about 2 weeks before we were to depart for Cebu.
🐟 Ikan ini secara tradisinya dikenali sebagai "Ryugu no tsukai" dalam bahasa Jepun, atau "Messenger from the Sea God's Palace".
🐟 Legenda telah mengaitkan ikan besar ini sebagai pembawa pertanda.
🐟 Mitos itu mula dipecayai ramai orang selepas gempa bumi Fukushima 2011 dan tsunami yang telah mengorbankan lebih dari 20,000 orang.
🐟 Gempa itu mempunyai magnitud sembilan dan merupakan salah satu yang terbesar dicatatkan dalam satu abad.
🐟 Sebelas ikan oarfish ini telah dijumpai terdampar di pantai Jepun pada tahun 2010 sebelum bencana itu berlaku.
🐟 Tetapi saintis mempertikaikan dakwaan tersebut.

Mistik atau tidak, kami berdoa semoga dijauhkan oleh Allah swt dari sebarang bencana. 

Kinda morbid facts to include dalam blog pasal bercuti-cuti, right? So why la? Sebab saya suka untuk mengetahui serba sedikit tentang negara yang saya lawati. And hopefully in doing so not only will I know more about the country, but also supaya ia boleh membuat saya reflect dan rasa bersyukur yang negara kita ini aman sentosa.

Ok, lawatan pertama kami dalam program Cebu City Tour ini ialah ke Mactan Shrine dan Lapu-Lapu Monument di Lapu-Lapu City di Pulau Mactan. 

Untuk ke sana, we were driven from Pulau Cebu ke Pulau Mactan, menyeberangi Selat Mactan dengan Marcelo Fernan Bridge (New Bridge). 

Dari Marcelo Fernan Bridge ni kelihatan Petron Corporation Mandaue Terminal Refinery.

Satu lagi jambatan yang menghubungkan kedua-dua pulau itu ialah Osmeña Bridge (Mandaue-Mactan Bridge (Old Bridge).

Kata Melody, Mactan semakin membangun dan dia bagi contoh Bigfoot Studio ni which is an American company. Kata dia movie Shrek ada dibuat di sudio ini.
🌓 Bigfoot Studios provides state-of-the-art facilities and equipment rental, as well as postproduction services for Bigfoot Entertainment productions, and for other filmmakers and production houses.
🌗 With six stages, an underwater shooting tank, fully equipped editing suites and the latest film cameras, Bigfoot Studios is strategically located in the tropical island of Cebu, Philippines, a growing commercial hub which connects not only the other scenic diverse islands in the region but also to other major cities in Asia. It aims to draw professionals from around the world to produce feature films, TV shows, documentaries and commercials.
Source: www.bigfoot.com

Di sepanjang perjalanan kami ke Mactan Shrine dan Lapu-Lapu Monument kami nampak dinding, pagar batu, benteng jalan dan apa saja yang boleh disapu cat ada corak berwarna-warni ni. Kata Melody itu adalah corak tattoo Pahlawan Filipina Lapu-Lapu, the 'First Filipino National Hero'. Warna-warna ditambah untuk menjadikannya lebih vibrant dan menarik. Tapi from what I read, those are the branding colors for the city's initiatives in branding Lapu-Lapu as 'The Historic Resort City'. Mereka juga menggunakan tourism slogan 'Free Yourself' menggunakan warna-warna kuning, jingga, biru dan hijau ini sebagai warna rasmi. 

Di sepanjang laluan kami itu juga ada this colorful roadside markers dalam bentuk muka Lapu Lapu.

Dan kami pun tiba di kompleks Mactan Shrine ini. Tempat ini dibina untuk memperingati jasa seorang pemimpin tempatan yang bernama Lapu-Lapu, yang beragama Islam, menentang penjajah Sepanyol yang diketuai oleh Ferdinand Magellan.

Bergambar di entrance.

Mendapatkan shots muka Lapu-Lapu yang lebih jelas.  


Saya share di sini juga foto-foto patung Lapu-Lapu di Rizal Park, Manila yang diambil masa kami bercuti di Manila.

Juga lukisan bertajuk 'Lapu Lapu' yang dilukis oleh Fernando Amorsolo. Lukisan ini ada di lobi Manila Hotel, hotel penginapan kami semasa bercuti di Manila.

Besar juga kompleks ni. Ada 2 monumen di sini: Lapu-Lapu Monument (kanan) yang dibina oleh Kerajaan Filipina dan Magellan Monument (kiri) yang dibina oleh penjajah Spanish. Jom kita jalan-jalan dan ambil gambar. Tak lama kami di sini, cuma dalam 15 to 20 minutes je. 

Lapu-Lapu adalah salah satu daripada dua ketua dan raja (datu) Pulau Mactan, dan dia dengan penuh semangat menentang penjajah Sepanyol awal dalam percubaan mereka untuk menaklukkan Filipina dan memaksa penduduk tempatan memeluk agama Kristian. Apabila Ferdinand Magellan tiba di Filipina pada tahun 1521, dia mengambil alih Filipina atas nama Sepanyol.

Selepas membuat beberapa hubungan persahabatan awal dengan rajah pulau Homonhon dan Cebu di Filipina tengah, Magellan dan pasukannya memerangi Lapu-Lapu dan pahlawannya dalam Pertempuran Mactan pada 27 April 1521. 

Semasa pertempuran ini, Magellan membakar sebuah kampung penduduk Mactan. Dia akhirnya dibunuh oleh Lapu-Lapu. Kejadian ini telah menunda pendudukan Sepanyol selama lebih dari empat puluh tahun hingga ekspedisi Miguel López de Legazpi pada tahun 1564.

Sejarah mencatatkan bahawa Lapu-Lapu adalah orang asli Filipina yang pertama yang menentang pencerobohan dan kolonisasi asing. Oleh itu, beliau dianggap sebagai pahlawan nasional pertama Filipina.

Lakonan 'The Battle of Mactan' dibuat hampir setiap tahun di pantai di Magellan Bay, Mactan Island.

Patung ini menunjukkan Lapu-Lapu memegang pedang dan perisai. Kedua-dua senjata itu dikatakan telah digunakan oleh Lapu-Lapu dalam pertempurannya dengan Magellan. 

Patung Lapu-Lapu dikatakan berada di tempat yang tepat di mana pertempuran itu berlaku dan di mana Magellan dibunuh.

Patung gangsa ini tingginya 20 meter circa 1491-1547 AD.

Insignia and uniform patch and bagde of Philippine National Police ada imej Lapu-Lapu.

Juga diabadikan pada duit siling Filipina.

Juga merupakan popular culture di Filipina. Ada komik Lapu-Lapu.

Ada Mobile Legends.

The artworks.


Datu Lapu-Lapu, the 'First Filipino National Hero'.

Monumen kedua yang ada di Mactan Shrine ini ialah Magellan Monument. Ia yang dibina oleh penjajah Spanish pada tahun 1866 untuk memperingati kematian Magellan.

Ferdinand Magellan, pelayar Portugis yang memerintahkan armada Sepanyol dihantar oleh raja Sepanyol Charles I (kemudian dikenali sebagai Holy Roman Emperor Charles V) pada 1519 untuk mencari laluan laut barat ke Asia (melalui hujung selatan Amerika Selatan) dan rempah-rempah seperti buah pala dan cengkih, yang dihasilkan oleh "Spice Islands" (sekarang dikenali sebagai Maluku dan sebahagian Indonesia).

Eropah memerlukan rempah-rempah ini untuk memelihara dan memasak makanan semasa era pra-penyejukan. Itulah sebabnya laluan itu sering dipanggil "laluan rempah". Laluan barat ke Asia (melalui Amerika Selatan) terpaksa dicari oleh Sepanyol seperti pesaingannya iaitu Portugal yang telah mendominasi laluan timur ke Asia (melalui Tanjung Harapan di hujung selatan Afrika).

Pada satu sisi tugu ini nama Magellan ditulis dalam bahasa asal Portugis. Di sisi kedua adalah dedikasi untuk 'Spanish glory'. Pada facade ketiga adalah nama gabenor Filipina pada masa itu (Don Miguel Creuz) dan di facade keempat adalah nama raja Sepanyol pada masa itu (Queen Ysabel II).

Walaupun Magellan kini dianggap oleh ramai ahli sejarah Filipina sebagai 'musuh' yang dibunuh oleh wira negara, Lapu-Lapu, Magellan masih diingat sebagai orang yang membawa agama Kristian ke Filipina dan sebagai komander armada yang pertama mencapai pelayaran mengelilingi bumi walau pun dia mati dibunuh di Filipina.

Lapu-Lapu dan Magellan.

Poster besar branding bandar Lapu-Lapu sebagai 'The Historic Resort City' dengan slogan pelancongan 'Free Yourself'.

Wajah pahlawan Lapu-Lapu, the face of the city's new branding.

Di kompleks ini juga ada contoh rumah-rumah tradisional atas stilts. Agaknya rumah kampung masa zaman Lapu-Lapu. Mungkin dibina sebagai props untuk produksi persembahan lakonan (re-enactments). 


Ini sebahagian kawasan pantai/perairan yang mengadap ke arah Magellan Bay.




Lapu-Lapu Monument dan Magellan Monument di Mactan Shrine.


Sebelum kami beredar, kami jalan-jalan kejap di taman kecil dalam kompleks ini.


Cantik.

Eh... meow Cebu 😃.

Since ada masa lagi kami jalan closer to these traditional houses on stilts. 




Dan bergambar kejap 😊.


Dah, jom ke next destinations.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. berliner tu macam bombolini eh ?
    chef Remy tu Melayu ke ?
    banyak nya dia masakkan telor !!
    ha ah kan.. nama dia orang banyak yang macam tu .. Melody , Lovely ,Divina , Angel

    sabah , sarawak , borneo dah masuk dalam ring of fire !!

    Lapu-lapu tu Muslim ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang rasanya. Yg berliner tu kosong je, tak ada cream filling.

      Tak pasti doc Chef Remy tu Melayu ke tak. Dari gaya mcm Melayu. Tapi sebab dia dari Sabah saya cannot be sure.
      Kan. Scrambled egg je tak de.. hehe.

      Yes, according to beberapa sumber yg saya baca semua stated him a muslim.

      Delete