Monday, December 31, 2018

EGYPT - DAY 08 - PART 04 - MASJID AL AZHAR

Selesai melawat piramid dan sphinx kami pun bertolak ke Masjid Al Azhar. Nampaknya banyak ongoing housing projects di sekitar kawasan Giza Pyramid Complex. 

Pyramids looming over Giza. Will progress threatened to destroy the pyramids, resulting from pollution?

Most rumah mereka di sini memang fesyen macam rumah tak siap. Sebabnya bila ada anak kawin, akan dibina tingkat atas tu for the newly wed. Also some of the house owners tak bother pun nak plaster dinding luar rumah mereka dan biar je nampak batu bata merah tu. Also kebiasaannya mereka di sini memang tak cat rumah. 

Tapi ada juga la rumah yang cantik dihias dengan marmar atau dicat. Tapi still bumbung macam ni untuk tambah tingkat later on. Tapi ada juga kata yang rumah-rumah di Cairo banyak yang sengaja dibiarkan nampak macam tak siap untuk mengelak dari membayar cukai kepada Kerajaan. Tapi if that is so tak kan la kerajaan Mesir tak sedar-sedar cara mengelat ni especially bila rumah tu dah bertahun-tahun tak siapnya pun. Oh well, I guess the house owners can always say mereka tak de duit nak siapkan rumah mereka. 

Ini sebuah gereja Kristian. Ustaz Faiz cerita pembinaan gereja ini pernah menjadi kontroversi satu ketika dulu kerana penduduk di sekitar menyangka sebuah masjid yang sedang dibina dan bukannya sebuah gereja. Berikutan itu telah berlaku bantahan dan rusuhan oleh penduduk Islam di kawasan ini.

Orang Kristian adalah minoriti di Mesir (dari 90 juta penduduk Mesir, 6% - 10% adalah beragama Kristian of which 95% adalah Egyptian Copts) dan membina bangunan gereja selalu menjadi kontroversi. Terdapat beberapa insiden di mana para perusuh di kalangan orang Islam Mesir menyerang warga Kristian dan merosakkan atau menghancurkan gereja-gereja terutama di kawasan Upper Egypt. Antara sebab berlaku kejadian begini ialah kerana gereja itu dibina tanpa mendapatkan permit dan dibina seolah-olah mereka bukan membina gereja supaya tidak berlaku bantahan orang Islam di kawasan sekeliling ketika pembinaan. Ini menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di situ kerana mereka ditipu.
Di Mesir adalah sukar untuk mendapatkan lesen bangunan gereja, dengan prosesnya sering mengambil masa bertahun-tahun. Maka dibina dahulu gereja tidak berlesen. Pihak berkuasa tempatan boleh menunda atau menafikan permohonan untuk lesen, selalunya atas alasan keselamatan untuk menenangkan bantahan oleh penduduk Mesir yang beragama Islam.

Pada April 2018, Perdana Menteri Sherif Ismail telah meluluskan pengesahan 102 gereja yang tidak berlesen dan 64 bangunan yang berkaitan dengan gereja.

Zabbaleen Mesir membawa pulang kutipan sampah untuk mengitar semula sebagai cara menyara hidup.

Sebuah kawasan perumahan bertaman.

Banyak juga yang kami nampak balkoni rumah dihias seperti ini. Granted that the choice of patterns could have been a bit better, still it was nice to see that rather than the brownish greyish outer brick walls.

I like these balconies much better 😊.

Cairo's rooftops penuh dengan satellite dishes. 

Macam-macam mereka buat nak cantikkan Cairo ni.

Cairo's apartment buildings.


Menyeberang Sungai Nil dari Giza Governorate masuk ke Cairo Governorate.

View modern Cairo.

Nampaknya memang ada efforts untuk menghijau dan mengindahkan Kota Kaherah ni.

Lebuhraya di tengah Kota Al Qahira.

Sebuah lagi gereja. 


Passed by residential area.


Then ternampak mural a girl watering plants with a message pada dinding apartment ni. 
الزرع على واجهة بيتك او البواخر بلوت فاتح سكر مرارة النعس
Terjemahan yang lebih kurang: 'Planting on the front of your house lighten the bitterness'. Kira macam menggalak penduduk di sini supaya tanam pokok.

Atau lukis gambar pokok-pokok pun boleh juga 😊.

Lanskap perbandaran baru. 

Pastinya memang dah ada undang-undang for contractors to make sure kepung kawasan pembinaan tapi in this case not adhered to kot. 

Sebuah masjid di tepi highway.

Tangki air.

Kawasan perkuburan.

City of the Dead. 

Salah El Din Al Ayouby Citadel, Al Abageyah, Qesm Al Khalifah, Cairo Governorate, Egypt.




Tiba di Malaysia Hall, kami pun bersolat dan makan tengahari di Kafe Seri Putra di situ. Dah selesai kami sambung semula perjalanan ke Masjid Al Azhar.
Tetiba teringin teh tarik. So kami order la secangkir seorang 😊.

Zabbaleen with their day's garbage collection. 



Sebuah kedai roti. Orang sana makan apa pun mesti dengan roti. Macam kita di sini mesti nak nasi makan dengan lauk pauk.

Bread is 'life' in Egypt. 

Ok sampai dah di kawasan berdekatan Masjid Al Azhar. Kami diturunkan dari bas di jalan Al Mansoureya, jauh sikit dari masjid sebab traffic tengah sesak. Better that we walk. Kami berdua lebih prefer sebab seronok lagi ambil gambar while walking on the street. Provided jalannya tak jauh le.. hehe. 

Ini Al Azhar Park. It is a public park, a gift to Cairo from Aga Khan IV: a descendant of the Fatimid Imam-Caliphs who founded the city of Cairo in the year 969.

El Hussein University Hospital, Cairo. Di selekoh ni kami masuk ke jalan Nafak Al Azhar.

Passed by a cafe. Ini kalau tak silap ialah falafel. 

Ada beberapa kedai souvenir shops too.

Macam-macam ada.

Hookah pipes and Al Quran.

Dan masa passed by another cafe ternampak this poster of paintings depicting Old Cairo.

Terfacinated saya pun cari la paintings tu di internet. Ini adalah lukisan-lukisan oleh Ludwig Deutsch. Yang kiri tu bertajuk 'The Smoker' dan yang kanan 'The Chess Game'. Notice tak both paintings tu adalah di tempat yang sama. Agaknya di lukis oleh Ludwig pada 2 masa berlainan when the seat in front of the cafe were being occupied by different patrons. 
'The Smoker' and 'The Chess Game'.

Passed by kedai jual Egyptian pastries. Dalam foto kanan, yang tengah tu ialah Konafa dan yang kiri tu ialah Swaba Zainab (Zainab’s fingers). Nampaknya manis sungguh, drenched with sugary syrup. 

Di seberang jalan ialah Al Azhar University Darrasah Campus.

Melintas jalanraya di Kaherah was an experience on its own. Bak kata my wife, macam menyabung nyawa. And I tell you lah, she was not exaggerating! Mujur ada ustaz.


Tiba di Masjid Al Azhar yang terletak di kampus Universiti Al Azhar yang terkenal sebagai pusat pengajian Islam yang tersohor di dunia.

Pintu utama Masjid Al Azhar. Jom kita masuk.


Seperti lawatan-lawatan kami ke masjid-masjid lain di Kaherah ni, kasut perlu ditanggalkan. Kami berdua memang dah siap-siap bawa beg karung untuk kasut, jadi tak perlulah ditinggalkan di rak kasut. Kalau letak di rak, nanti masa nak ambil balik diminta tips pula.

Berjalan masuk ke dalam Masjid Al Azhar. Fyi, pelawat wanita yang memakai seluar perlu memakai kain. Jadi mereka diberikan kain sarung bertali getah dipinggang. Senang la nak pakai. 

Masa berjalan masuk tu, di sebelah kiri masjid ini sedang ada majlis Halaqah. Masjid Al Azhar terkenal dengan tradisi pengajaran ilmu yang dinamakan Halaqah. Halaqah bermaksud berkumpul pada waktu tertentu untuk mempelajari dan mendalami agama Islam. 

Sebut sahaja nama al-Azhar, pasti ramai yang mengenalinya sebagai sebuah Universiti Islam terkenal di dunia berlokasi di Mesir. Pusat pengajian ini diasaskan di sebuah masjid yang bernama Masjid al-Azhar sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Fatimiyyah di Mesir pada abad ke-10 Masihi. Masjid ini dibina oleh pemerintah Dinasti Fatimiyyah yang bernama Khalifah al-Mu’izzli Din Allah selepas beliau menakluki Mesir.

Pemandangan courtyard di dalam Masjid Al Azhar.

Halaman dalaman berturap marmar ini ditambah semasa tempoh pemerintahan Fatimid.

Masjid al-Azhar ini ada beberapa minarets. Dari kiri: menara berkembar Qansah al-Ghuri dan menara Qaytbay. Di belakang kubah itu pula ialah menara Aqbaghawiyya.


Dari courtyard ini pelawat dapat menyaksikan keindahan senibina masjid Al Azhar ini yang merupakan hasil percampuran seni dan budaya pelbagai dinasti Islam.

Pertama kali masjid ini digunakan untuk bersolat jemaah ialah pada tahun 972 Masihi. Pada tahun 989 Masihi, ia juga menjadi pusat pembelajaran teologi. 

Pada awal abad ke 16 Masihi dinasti Uthmaniyah berjaya menakluki Mesir. Sejak itu peranan Masjid al-Azhar ini sebagai sebuah pusat pengajian terkenal Islam semakin berkembang. Semasa pemerintahan Uthmaniyah, ramai penuntut dari seluruh wilayah jajahan Uthmaniyah dan wilayah Islam lain termasuk dari alam Melayu datang ke Masjid al-Azhar untuk mempelajari ilmu Islam seperti Fikah dan Tauhid. 

Masjid al-Azhar ini ada beberapa menara yang menarik yang dibina/ditambah oleh beberapa sultan di masa pemerintahan mereka. 

Masjid ini terkenal dengan menara berkembar ini yang dibina oleh Sultan Qansah al-Ghuri pada 1509. 

Masjid ini diabadikan dalam duit kertas Mesir EGP 200.  


Terdapat lampu-lampu kaca besar yang cantik dengan design yang simple di siling masjid ini. Kebiasaannya, lampu-lampu begini dibuat atas perintah sultan untuk kegunaan di masjid, madrasah (sekolah al-Quran), makam, hospice dan bangunan awam lain terutama ketika zaman pemerintahan Kerajaan Mamluk di Mesir pada abad ke 14.

Di dalam Masjid Amr Al 'As yang sudah kami lawat pada hari ke 6 kami di Mesir ni, lampu-lampu di masjid itu ada tertulis sebahagian dari Ayat 35 Surah An-Nur. Di masjid al-Azhar ini juga ada tapi saya tak tahu petikan ayat mana dari Al Quran yang ada pada lampu ini.  

Selepas Masjid ‘Amr, al-Askar dan Ibnu Tulun, masjid ini merupakan masjid jamek yang keempat dibina. Masjid Jamek refers to masjid utama, atau masjid besar yang terdapat dalam sesuatu kawasan.

Kemudian kami diajak masuk ke bahagian dalam ruang solat oleh Ustaz Faiz.

Suasana di dalam Masjid al-Azhar. Ada banyak tiang-tiang. Cukup indah dan serene sekali.

Suasana sebagai pusat ilmu dapat dilihat di Masjid Al Azhar hari ini. Kelihatan pelajar-pelajar berkumpul berbincang dalam group dan berseorangan. Semoga pembelajaran mereka dikurnia Allah swt dengan kejayaan cemerlang. 

Dan pelajar-pelajar itu bukanlah sahaja penuntut lelaki sahaja tetapi juga perempuan. Kebiasaannya wanita diadakan tempat yang khas di dalam masjid tetapi di sini situasinya lebih terbuka sesuai sebagai pusat pengajian. Sekumpulan wanita ini sedang belajar Al Quran yang diajar oleh wanita bertudung putih itu. Menurut Ustaz Faiz, memang ada ramai volunteers lelaki dan wanita yang memberi khidmat percuma mengajar Al Quran di masjid ini. SubhanAllah, semoga mereka, pengajar dan penuntut, bersama diberi Allah swt ganjaran yang besar. 

Tambah Ustaz Faiz lagi, khidmat mengajar secara percuma ini juga merupakan amalan para sheikh di Masjid al-Haram di Makkah dan di Masjid Nabawi di Madinah.
Beginilah suasana di dalam Masjid Nabawi. Kelihatan seorang Sheikh sedang mengajar beberapa orang jemaah yang terdiri dari pelbagai nationalities membaca surah Al Fatihah dengan betul.


Seperti masjid-masjid lain yang kami lawat di Kaherah ini, masjid Al-Azhar ini juga mempunyai inner courtyard dan juga kawasan berbumbung di keliling dataran. Di masjid ini koridor berbumbung ini selain digunakan sebagai ruang bersolat, ia juga digunakan para penuntut dan pengajar semasa sesi pembelajaran.

Kemudian kami pun masuk ke dalam ruang solat masjid ini di bahagian belakang. Seterusnya Ustaz Faiz dan Ustaz Toyyeb memberi penerangan tentang masjid bersejarah ini. Kami berdua sangat suka sekali sesi sebegini kerana ia sangat informative bukan sahaja dari segi sejarah dan maklumat tetapi juga jadi sangat menarik bila Ustaz Faiz dan Ustaz Toyyed turut berkongsi pengalaman mereka semasa mereka belajar di sini. (Fyi, pada masa lawatan kami ini, Ustaz Toyyeb masih lagi sedang belajar di sini). 

Universiti Al Azhar yang terkenal sebagai pusat pengajian Islam Sunnah Wal Jamaah yang terkemuka di dunia ini sebenarnya bermula sebagai sebuah pusat pengajian Syiah. Asalnya Masjid Al Azhar (yang merupakan asal usul Universiti Al Azhar ini) didirikan oleh Kerajaan Fathimiah yang memegang fahaman Syiah. Nama Al Azhar pula berasal dari perkataan Zahra' yang merupakan gelaran kepada puteri Rasullullah saw Fatimah Az Zahra' yang bermaksud bercahaya dan berkilauan.

Namun Allah swt tidak mengizinkan fahaman Syiah menguasai bumi Mesir. Lalu ditakdirkan Sultan Salahuddin Al Ayubi yang berpegang kepada fahaman Sunnah Wal Jamaah menakluk bumi Mesir dan menyingkirkan fahaman Syiah dari bumi Anbiya ini. Bermula dari saat itu sehingga kini, Universiti Al Azhar menjadi pusat pengajian Islam mengikut fahaman Sunnah Wal Jamaah dan semua pengajian dari aliran Syiah tidak lagi dibenarkan.

Sebelum sistem kuliah dan peperiksaan sekarang diperkenalkan, semua pembelajaran di Al Azhar dikendalikan secara Halaqah. Pengajar-pengajar kebanyakannya terdiri dari keturunan Arab. Jadi pelajar-pelajar yang datang dari seluruh dunia ada ketikanya sukar memahami ilmu yang diajarkan kerana pengetahuan Bahasa Arab mereka agak terhad.

Disebabkan perkara inilah ketika itu ada ruang-ruang pengajian yang dinamakan Ruwaq (bermaksud: Anjung) disediakan di Courtyard Masjid Al Azhar. Di Ruwaq-Ruwaq ini tok-tok guru dari pelbagai bangsa yang tinggi pengetahuan Bahasa Arab mereka akan membantu memberi penjelasan kepada pelajar-pelajar yang sebangsa dengan mereka. Kerana itulah terdapat Ruwaq Magharibah (Maghribi), Ruwaq Syawam (Syam), Ruwaq Atrak (Turki) dan sebagainya. Ada juga beberapa Ruwaq lain seperti Ruwaq Sinni (China) yang terletak di luar bangunan masjid walaupun mereka masih dinaungi oleh Masjid Al Azhar.

Untuk penuntut-penuntut dari Asia Tenggara ada sebuah Ruwaq disediakan. Ruwaq ini dikenali sebagai Ruwaq Jawi kerana pelajar-pelajar dari Asia Tenggara ketika itu semuanya dianggap datang dari Pulau Jawa. Ruwaq Jawi ketika itu terletak betul-betul di bawah Mimbar Khutbah di Courtyard ini.

Ruwaq-Ruwaq ini walau bagaimanapun tidak lagi berfungsi selepas sistem kuliah dan peperiksaan diperkenalkan di Universiti Al Azhar. Namun Ruwaq Jawi masih wujud di bawah naungan Kedutaan Besar Malaysia di Cairo dengan kerjasama dari Universiti Al Azhar sendiri. Cuma ia kini tidak lagi terletak di dalam masjid. 

Pelawat wanita yang memakai seluar dimestikan memakai kain sarung. 



Selesai mendengar penerangan dari ustaz, maka berakhirlah lawatan kami di Masjid al-Azhar ini.


Halaqah tadi masih lagi sedang berlangsung semasa kami sedang beredar meninggalkan masjid ini.



Masa kami nak beredar meninggalkan Masjid Al Azhar ini, di pintu pagar depan masjid, kami terkejut bila ada ramai orang sedang bergegas berlari dan berkenderaan kereta dan trak masuk ke dalam kawasan masjid. 

Masa tu mula la terfikir adakah sedang berlaku rusuhan! Muka orang ramai tu jelas nampak serious dan kesedihan bercampur riak panik. Suasana juga riuh rendah dengan suara orang ramai dan bunyi hon kenderaan. 

Ustaz pun dengan segera memberitahu kami supaya jangan panik kerana rupa-rupanya ada kematian dan jenazah sedang dibawa masuk ke dalam masjid. 

Semasa kami melawat Masjid Sayyidah Nafisah tempohari juga ada kejadian yang sama tapi tidaklah seramai ini orangnya. 

Sudah memang budaya orang Mesir berebut-rebut nak membantu menguruskan jenazah walaupun mereka tak mengenali orang yang meninggal itu. 

Apa yang mereka harapkan hanyalah ganjaran pahala dari Allah swt.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.