Wednesday, June 20, 2018

PENANG - DAY 02 - PART 02 - UNESCO HERITAGE

Selepas jalan-jalan di Kek Lok Si Temple, kami berjalan semula ke Perhentian no.4 Penang HOHO bus. Di tempat menunggu tu ada seorang uncle ni jual kuih Cina 'Muah Chee', sejenis kuih yang dibuat dengan tepung pulut dan disalut kacang. 

Ramai juga pelancong yang kami nampak beli kuih tradisional Cina 'Muah Chee' ni.

Menunggu bas HOHO sampai. Panasnya masa tu. Mujur kami ada bawa air botol. Dan ada tempat berteduh. Mujur juga bas HOHO City Route passes by each perhentian pada setiap interval 20-30 minit. 

Sampai dah.

Huhaaa... leganya duduk bawah air-con.. hehehe. Alhamdulillah.  

Anyway, next kami nak jalan-jalan di area UNESCO Heritage pula. Jadi kami naik semula bas Penang HOHO dari Perhentian no.4 - Kek Lok Si menuju ke Perhentian no. 07 iaitu Chowrasta. 

Turun di Perhentian no. 07 - Chowrasta tu nanti, we'll be on foot exploring UNESCO Heritage and Clan Jetties dan kawasan sekitar.  

Dah ke situ ingat nak la jugak cuba cari the street arts. Dalam peta bawah, bintik hitam tu ialah steel-rod sculptures. Yang kotak hijau tu ialah lukisan pada dinding yang kami lebih prefer nak cari. Yang steel-rod tu banyak sangat, so yang mana kami akan stumble upon yang tu je la yang kami ambil gambarnya. Tak de la sampai nak masuk kawasan biru which is the 'Buffer Zone'. Jauh tu nak jalan kaki. 

Sambung perjalanan dengan Penang HOHO Bus dari Kek Lok Si Temple, menuju ke Chowrasta. Kelihatan beberapa musicians dalam perjalanan ke kuil berdekatan. Curious kami apakah perayaan kaum India pada hari tu.

Semua kuil hindu yang kami nampak berhias begini. Mesti satu perayaan besar dan penting. 

Ada jualan kuih muih.

Arulmigu Sri Ruthra Veeramuthu Maha Mariamman Devasthanam.

Ada khemah masak. 

Then we came upon this Memorial to the Penang Chinese Transportation Volunteers and the Penang Chinese killed during the war.


Sejarahnya.





Then kami juga passed by Masjid Negeri Pulau Pinang yang direka oleh seorang arkitek dari Filipina.

Di jalan Kampung Melayu, Air Itam Pulau Pinang. Ia main road ke Malay settlement of Kampung Melayu.

Transformers di Penang Times Square.


Sri Kamatchi Amman Temple yang didirikan oleh komuniti Patthar (kasta tukang emas).

Ini pula ialah Masjid Cina Titi Papan, di Jalan Burmah. Ia dijadikan masjid Cina Muslim pertama di Pulau Pinang dan ditadbir sepenuhnya oleh komuniti Cina muslim bagi membolehkan komuniti Cina Muslim menjalankan kerja-kerja pengembangan Islam dengan lebih sempurna. Ia dijadikan pusat kegiatan kepada komuniti Cina muslim dan dibangunkan dengan konsep pengembangan ilmu dan dakwah. Sebuah institusi yang mampu merapatkan ukhuwah dan memberi peluang serta ruang untuk orang bukan Islam memahami dan mendekati Islam. 
Sumber: ww1.utusan.com.my dan buletinmutiara.com

Masjid ini yang mampu menampung sehingga 300 jemaah dalam satu-satu masa dan setiap kali solat Jumaat, di mana 10% jemaah yang hadir adalah dalam kalangan Cina Muslim. Dari masa ke semasa, Khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin oleh khatib jemputan dan inisiatif ini akan membuka peluang kepada masyarakat Tionghua memahami Islam serta ajarannya. 
Sumber: ww1.utusan.com.my dan buletinmutiara.com

Mula dikenali sebagai Masjid Jamek Titi Papan, Masjid Titi Papan ini dibuka sejak 1893. Nama 'Titi Papan' asalnya dari jambatan papan yang pernah ada di situ satu ketika dulu yang digunakan untuk menyeberang terusan Prangin yang pernah mengalir hingga ke masjid ini. Masjid ini pernah menjadi tempat ibadat oleh masyarakat Jawi Peranakan pada pertengahan abad ke-19. Komuniti ini telah lama hilang, tetapi masih ada komuniti India Muslim di sekitar Makam Dato Koyah di jalan Transfer.

Dan inilah Makam Dato Koyah yang bangunan asalnya sebelum baik pulih sudah berusia 175 tahun. Dato’ Koyah atau nama sebenarnya, Syed Mustapha Idris adalah seorang ulama India Muslim. 
Identiti sebenar Dato Koyah belum diketahui dengan jelas. Tiada gambar beliau dan tarikh tepat kematiannya juga tidak diketahui. Beliau meninggal dunia pada 5 haribulan Safar menurut kalendar Islam. Kenduri dan majlis tahlil selama 10 hari diadakan setiap tahun bersempena kematian beliau. 

Menurut cerita lisan: 
- Koyah yang pada waktu itu dikenali sebagai Syed Mustapha Idris belayar ke Pulau Pinang pada awal 1800 setelah diusir dari Kerala kerana didakwa bersubahat dalam satu pembunuhan. 
- Beliau kemudian dikenali sebagai ahli ibadat yang bergantung hidup dengan sedekah orang ramai. 
- Beliau dikatakan boleh menyembuhkan orang sakit, selain suka membantu orang miskin dan bernasib malang, dan dapat memberi makan bubur kepada ramai orang daripada periuk tanah yang kecil. 
- Beliau terkenal sebagai seorang “fakir” atau “koyah”, iaitu ahli ibadat yang hidup atas sedekah orang ramai. 
- Dato Koyah selalu ditemui berehat di bawah sebatang pokok besar dan menggunakan daunnya untuk membuat ubat.
- Beliau pernah dipenjarakan oleh pentadbir British kerana berdemonstrasi membantah perbuatan memukul buruh banduan.
- Pada abad ke-19 banyak bangunan dan jalan, termasuk ibu pejabat polis negeri yang ada hari ini, dibina oleh buruh banduan berketurunan Malabari. Beliau ditangkap bersama-sama buruh banduan tersebut, tetapi pada keesokan harinya dilihat bebas berjalan di luar, sementara jalan yang sedang dibina telah siap terbina. Pihak British kemudiannya menggunakan Dato Koyah untuk membina beberapa batang jalan yang sukar.
Sumber: www.freemalaysiatoday.com

Road side eateries macam ni I think macam dah jadi part of Malaysia's charm where people can come to at whatever time and have delicious street food. 

Sampai dah Perhentian no. 07 - Chowrasta. Jom jalan-jalan. Berat rasanya nak turun dari bas yang sejuk nyaman berhawa dingin ke luar ni yang panas berbahang.. hehe.

You know what, saya tak pernah makan buah berangan ni. Tak pulak pernah teringin ke apa ke. 

Di jalan Chowrasta. 'Chowrasta' adalah perkataan Urdu yang bermaksud 'simpang empat'. Pasar Chowrasta di sini adalah merupakan salah satu daripada dua buah pasar masyarakat di George Town. Ia terletak di simpang empat di persimpangan Jalan Penang, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Lebuh Tamil.

Penjual buah berangan lagi.

Ini pula di depan dekat pintu masuk bangunan Pasar Chowrasta. Banyak kedai jeruk.

Hmmm.... bau jeruk buat saya kecur.. hehe.

Jom kita masuk dalam Pasar Chowrasta ni. Tengok apa ada di dalam. Dahulu, nama Chowrasta cukup terkenal kerana ramai penduduk George Town bergantung kepada pasar Chowrasta ini untuk mendapatkan segala barangan keperluan harian. Sekarang sudah suram sebab tempat parkir terhad dan sewa tinggi. Pasar yang sudah berusia 126 tahun ini telah dibuka semula pada 2017 selepas menjalani pengubahsuaian naik taraf. Sekarang pasar ini mempunyai 339 gerai, 240 daripada itu merupakan pasar di bahagian luar, 81 gerai menjual barangan am dan 18 gerai makanan dan minuman bersama 120 lot parkir.

Ada foto-foto yang pernah digunakan semasa pameran 'Rasa Chowrasta'. 


Di bahagian pasar basah, section jual daging.





Di bahagian barangan runcit.

Kami tak naik ke tingkat atas pasar ni sebab more nak jalan-jalan di luar. 

Then ternampak pula kedai jeruk besar Jeruk Madu Pak Ali ni. Curious, kami pun masuk dalam nak tengok jenis-jenis jeruk yang dijual. 

Macam-macam ada.

Bukan saja ada pelbagai jeruk tapi snek-snek lain pun ada juga.

Tengah pusing-pusing dalam kedai ni, kami disapa oleh salah seorang staff kedai ni. She asked if we wanted to try some samples. Dalam bekas ni ada macam-macam jenis jeruk! Oooo... nice!

Sebab banyak sangat jenis, tak kan la kami nak try semua. Sakit perut pulak nanti. Dah la kami ni jarang makan jeruk. So kami pun tanya la adik tu jeruk mana yang paling sedap. Dia suggested jeruk mangga dan jambu batu dengan atau tanpa kulit. Memang sedap, terus kami beli a few packets. Also kami beli sebab pada paket jeruk ni ada stated 'Tiada kesan batuk'. Nice. 

Masa beratur bayar di cashier kami nampak proses packing jeruk.


Paket jeruk campur ni mesti popular.

Di kaunter pembayaran.

Itulah rupa wajah Pak Ali.

Suka jeruk? Belilah jeruk dari kedai 'Jeruk Madu Pak Ali'. Sedap, Sihat dan Selamat.

Sambung lagi jalan-jalan. Now di Lebuh Kimberley. Ada satu welded iron wall caricature.

Sculpture ini bertajuk "Kopi-O" oleh cartoonist Tang Mun Kian. Customer order "One tall double-shot decaf expresso" dan auntie to jerit ke dapur "kopi-o kau!"... hehe.


Ramai juga yang kami nampak guna LinkBike ni. 
LinkBike is a public bicycle sharing system serving the city of George Town in Penang, Malaysia. Launched in 2016, it is the first such system in Malaysia.

Ini bangunan 'Dark Mansion' - 3D Glow In The Dark Museum. Kami tak masuk museum ni sebab nanti tak cukup masa.

Terjumpa satu lagi wrought iron sculpture di dinding restoran bak kut teh. 


Sculpture di Cintra Street ini bertajuk 'Same Taste, Same Look' karya kartunis Tang Mun Kian. Ia meraikan restoran dim sum Kantonis, pada umumnya, Cantonese Chinatown. "Not only the 'pau' taste same, you also look same!" kata uncle tu pada auntie waitress bermaksud nak puji si auntie sebab walau pun dah tua, to the two uncles she is still the same young lady they grew up with. How sweet :).

Ternampak satu lagi sculpture di Sungai Ujong Road oleh kartunis Baba Chuah. 

Sculpture ini bertajuk "Three Generations" aka "Char Koay Teow", celebrating Penang's famous hawker food, particularly the Char Koay Teow. Ada antara gerai-gerai ini sudah berusia 3 generasi.


Another sculpture. Yang ini bertajuk 'Rope Style' oleh kartunis Tang Mun Kian di Rope Walk. Ada banyak aktiviti rope-making di jalan ini pada abad ke 19. 


Jalan lagi dan jumpa pulak Upside Down Museum di Lebuh Kimberley. Nampak tak basikal terbalik di facade depan muzium ni? Again kami tak masuk due to time factor.

Di Lebuh Kimberley ini juga ada this beautiful Chinese building dated 1938. Nampak authentic macam from era long gone. Tak pulak saya jumpa sebarang info tentang bangunan ini.

Some of the original bricks left exposed. I just love this! 

Banyak rumah kedai pre-war di George Town ini, kami nampak telah diberikan 'hidup' baru selepas diperbaharui dan diperkenalkan semula sebagai restoran, kafe, rumah tamu, hotel dan lain-lain. Dan antara yang kami stumble upon that really caught our eyes are these beautifully restored shop houses. They are with fine stucco decorative facade. Deretan rumah ini adalah dalam 'Historical Category II shophouse'. 

Rumah ini beralamat No. 39, Kimberley Street restored by ahli perniagaan Nibong Tebal, En. Gooi Kok Wah. Rumah ini lebarnya 20 kaki dan panjangnya 200 kaki. Ia ada 3 courtyards. 
Built in 1903, the house maintains its late-Straits eclectic style, distinguished by its full-height Venetian window with fan lights and internal balustrade and, to the delight of passers-by, highly decorative plasterwork featuring garlands of Sino-European flora as well as architraves, pilasters and cornices.
Source: www.theedgemarkets.com


Hiasan depan bangunan lain. 




Jalan lagi. 

'The Secret Hideout'.

Kedai gunting rambut di Kimberley Street.


Dan kami sampai pula ke Lorong Carnarvon. 

Info tentang Lorong Carnarvon.

Di lorong ini ada satu wrought iron caricature pada dinding merah bangunan ini bertajuk 'Limousine' oleh kartunis Tang Mun Kian. Ia menggambarkan majikan yang tidak puas hati melihat hasil kerja pekerja yang membuat model kereta limousine. Kawasan Carnarvon Street ini terkenal dengan kedai buku, kedai keranda dan kedai-kedai yang membuat funerary paraphernalia, iaitu replika barang-barang yang dibuat dari kertas dan kayu seperti rumah dan kereta yang dibakar sebagai bekalan si mati ke alam afterlife.
"Oi! You call this limousine!?"

Next, kami sampai ke Lebuh Acheh.

Kawasan Warisan / Heritage Enclave.

Ini bangunan George Town World Heritage Inc. George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk mengurus pemuliharaan warisan di George Town, Pulau Pinang. GTWHI bertanggungjawab untuk pengurusan, pemantauan dan promosi Tapak Warisan Dunia George Town, dan terletak di dalam World Heritage Site core zone.
Bangunan yang kini menempatkan pejabat George Town World Heritage Incorporated sebelum ini adalah Penang Heritage Centre, sehingga ia menukar namanya hingga kini pada 21 April 2010. Pusat warisan ini pada mulanya ditempatkan di Syed Alatas Mansion, yang kemudian dijadikan Muzium Islam Pulau Pinang. Pada Ogos 2002, ia dipindahkan ke corner lot antara Carnavon Street dan Armenian Street. Bangunan sudut ini pernah menempatkan klinik Dr Ong Huck Chye, yang juga seorang Pesuruhjaya Perbandaran pada tahun 1930-an.

Seterusnya kami masuk pula ke Lebuh Armenian. 

Ini adalah Armenian Park.

Pernah diadakan acara 'Music in the Park' di sini pada 2017. 

A beautiful park.

Redup dan sesuai kalau nak lepak di sini. Tapi kami tak de masa nak rehat. Still got lots of places to explore... hehe.

Satu lagi bangunan warisan yang telah dibaikpulih.

Beautiful!

Bangunan 2 tingkat ini pula pernah berfungsi sebagai Rumah Orang Tua pada masa dahulu sehingga dibom oleh Tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Di kawasan ini juga ada sebuah masjid tertua di Pulau Pinang yang sudah berusia lebih 200 tahun iaitu Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Di masjid ini juga ada Wakaf Tunku Syed Hussein Idid.  Tunku Syed Husseinlah yang membina masjid ini pada tahun 1808.   

Entrance ke Masjid Melayu Lebuh Acheh.

Sejarah Masjid Melayu Lebuh Acheh. Tunku Syed Hussein Idid atau dieja Tunku Sayyid Hussain Al-Aidid, adalah seorang Putera Acheh/kerabat Diraja Aceh berketurunan Arab.   
Pada abad ke-18, perdagangan di Selat Melaka mula bertumpu di Acheh. Apabila Francis Light menubuhkan pusat perdagangan British di Pulau Pinang, beliau mahu ianya menyaingi Acheh. Untuk melakukan ini, beliau menarik peniaga-peniaga dari merata tempat untuk menetap di George Town. Ini menjadikan Pulau Pinang mempunyai komuniti besar imigran dari Phuket, China, India Selatan, Acheh, Arab dan Armenia. Salah satu daripada mereka yang menetap di sini ialah Tunku Syed Hussein, seorang pedagang Acheh yang kaya keturunan Arab.

Kawasan sekitar masjid ini satu ketika dulu adalah tempat tumpuan jemaah haji berlepas ke Mekah menggunakan kapal laut. 

Hasil kekayaan yang dimiliki, Syed Hussain dengan kerjasama kaum keluarga dan pengikutnya mendirikan sebuah masjid, menara, kediaman, deretan rumah kedai, madrasah al-Quran dan pejabat perdagangan di perkampungan berkenaan.

Hasil usahanya itu secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah pusat pengajian agama Islam dan pusat perdagangan antarabangsa yang bukan sahaja terkenal pada ketika itu tetapi juga yang terulung dan terawal di Pulau Pinang.

Selepas meninggal dunia pada pertengahan abad ke-19, jenazahnya disemadikan di sebuah makam di sebelah masjid tersebut termasuk kubur-kubur kaum kerabatnya.
Sumber: Utusan Online

Meskipun Syed Hussain sudah tiada, perkampungan tersebut terus berkembang maju dan mencapai tahap kegemilangannya sehingga akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sehinggakan perkampungan itu dikenali sebagai ‘Jeddah Kedua’ di rantau ini. Ia kerana kawasan itulah lokasi pengumpulan ratusan bakal-bakal haji dari Malaysia, Indonesia dan Thailand sebelum berlepas ke tanah suci Mekah.


Setiap kali musim haji tiba, pekarangan dan persekitaran Masjid Melayu Lebuh Acheh menjadi sibuk bukan sahaja dipenuhi bakal-bakal haji yang menunggu dokumen perjalanan diproses tetapi juga dibanjiri oleh saudara-mara dan sahabat handai yang menghantar mereka. Ketika itu, hampir kesemua rumah di kawasan masjid mendapat permintaan tinggi untuk disewakan kepada orang ramai.

Bagaimanapun, segala urusan haji terhenti semasa Perang Dunia Kedua dan disambung semula pada 1949. Dengan tertubuhnya Lembaga Urusan dan Tabung Haji Malaysia pada awal 1970-an, perkhidmatan pengurusan haji di perkampungan itu telah dihentikan.

Selain menjadi pusat perniagaan Melayu dan pusat haji, kawasan perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh juga menjadi pusat pengajian agama Islam yang terulung di Pulau Pinang.
Sumber: Utusan Online

Ketika Rusuhan Pulau Pinang tahun 1867, meriam telah digunakan oleh pihak British dan salah satu bedilan peluru meriam itu telah kena pada menara masjid ini dan lubang pada dinding menara itu kini masih boleh dilihat. 

Seterusnya kami masuk ke Lebuh Cannon. Di sini kami jumpa satu lagi wrought iron caricature. Yang ini bertajuk 'Cannon Hole' oleh kartunis Tang Mun Kian.

Karikatur ini menggambarkan penumpang beca yang terkejut bila tiba-tiba penarik beca hilang sebab jatuh ke dalam lubang. Lubang itu sebenarnya untuk mengingati kejadian Rusuhan Pulau Pinang 1867 di mana meriam telah digunakan oleh pihak British dan akibatnya kawasan di sini berlubang.

Dalam karikatur ini lubang dari bedilan meriam digambarkan ada pada tanah, tetapi ini hanya sekadar jenaka sahaja kerana lubang bedilan yang menyebabkan 'large hole' adalah pada dinding menara Masjid Melayu Lebuh Acheh. 

Gerai minuman dan buah-buahan di depan Masjid Melayu Lebuh Acheh.

Betul-betul depan Masjid Melayu Lebuh Acheh, across Lebuh Acheh ada sebuah kedai yang temanya all about cats. 

Ada blinds with painting of a cat, ada iron cat caricature made from bicycle parts. 

Nama kedai ini ialah The Heritage Cat, an arts and craft store.  

You are welcomed by 'Catain America'.. hehe. How cute lah!

Kami suka betul kedai ni. Segala macam benda arts and craft  ada di sini dan semuanya related to cats. T'shirts, tote bags, figurines and dolls, hats, all sort of souvenirs, mugs and plates dan macam-macam lagi lah. Oh ya, tanpa kami bertanya, owner kedai ni beritahu kami boleh ambil gambar dalam kedai ni. Baiknya dia. Lagi la saya suka kedai ni. Selalunya kedai-kedai macam ni kami faham tak dibenarkan ambil gambar.   

Tapi yang kami paling suka mesti la the paintings pada dinding kedai ni. Super cute, right! 

Ada lukisan kucing tengah baring malas comel ni.. hehe.

Wooden cat dolls yang bulat-bulat. Super cute!

Super heroes pun ada! 

Dan inilah the most awesome painting of cats, of a mural yang kami jumpa di Pulau Pinang ni! Cuteness overload!!

3D cat art pun ada juga.. hehe. Nice!

Susah kalau dah suka kucing ni.. hehe. 

Rumah kucing tradisional pun ada.. hehe.

Selesai di Kedai The Heritage Cat, kami masuk semula ke Lebuh Cannon. Ada kedai ini di antara dua bangunan heritage, teduh di bawah pokok besar yang rendang. Yang menariknya juga sebab ada lukisan pada dinding bangunan kiri tu. 

Mural ini bertajuk 'Reaching Up' dilukis oleh Ernest Zacharevic sempena Festival George Town 2012.

Satu lagi bangunan warisan yang dah dibaikpulih dengan begitu baik sekali. Ini adalah residential townhouses yang dibina pada awal abad ke-20. 

Di satu lorong di Lebuh Cannon ini ada satu lagi lukisan kucing di tingkap biru. 'Cat in a blue window'.

Awww.... besarnya mata.. hehe...


Di deretan kedai di jalan ini ada lukisan seekor naga merah yang cukup menarik di depan kedai jual ais kepal, 'Dragon Ice Ball'.

Ini satu lagi 3D art yang menarik di Lebuh Cannon. Ianya lukisan seorang budak sedang membuat kuih kapit.  

Budak itu ialah lukisan, tapi alat kapit tradisional tu real, begitu juga pasu tanah letak arang tu. Boleh nampak corak yang cantik pada alat kapit tu. Nice!

An 'Owl'standing' mural.. hehe. 

Seterusnya kami singgah sekejap di Cannon Square ini. Khoo Kongsi di Cannon Square ini adalah rumah kediaman ("kongsi") keluarga Khoo yang datang dari negara China pada masa dahulu.

Info tentang Khoo Kongsi dan Cannon Square.

Bangunan Leong San Tong Khoo Kongsi didaftarkan sebagai Warisan.

Ada sebuah muzium di Khoo Kongsi ini tetapi kami tak masuk ke dalam.

Pemandangan di Khoo Kongsi.

'Rumah Enam Belas' yang kini dikenali sebagai 'Clans Kongsi George Town' selepas dibaikpulih. 

Maklumat tentang Clans Kongsi Geirge Town.

Very interesting facts. Satu-satunya bangunan dengan rekabentuk campuran begini yang ada di Pulau Pinang, di Malaysia dan mungkin juga di dunia. Unik!

Di sebelah kanan persimpangan Jalan Armenia dan Cannon Street pula adalah Choo Chay Keong temple, lebih dikenali sebagai Yap Temple. Ia adalah kuil clan Lum Yeong Tong Yap Kongsi.

Intricate roof ornamentation.

Temple kecil ini didirikan untuk menyembah dewa Yap Clan, iaitu Hoay Che Chung Wang. Di dalam temple ini ada dipaparkan Yap ancestral tablets. Oleh itu, ia juga dipanggil Yap Ancestral Temple.

Di dinding salah satu bangunan di Lebuh Cannon ini ada lukisan ini. Ia adalah 'Poh Hock Seah Ink Painting'.

Lukisan ini menggambarkan pelbagai watak dalam Taoisme. Mural ini wishes good tidings and auspiciousness kepada pelawat dan Pulau Pinang.

Info tentang Cannon Street. 

Suasana di persimpangan Jalan Armenia dan Cannon Street.


Seterusnya kami masuk ke Lebuh Armenian.

Ini adalah Hock Teik Cheng Sin Temple. Ia adalah tokong orang Hokkien yang asal mereka dari Wilayah Fujian Selatan di China.

Ia lebih dikenali sebagai Hokkien Tua Pek Kong Temple, dibina untuk dewa Tua Pek Kong (dewa kemakmuran Taoisme), yang juga dikenali sebagai Hock Teik Cheng Sin.

Info on Hock Teik Cheng Sin Temple. 


Henna painting di Lebuh Armenian. 

Di Lebuh Armenian ini kami terjumpa satu lagi steel rod sculptures.

Karikatur oleh kartunis Tang Mun Kian ini bertajuk 'Procession'. Ia menggambarkan the Grand Float Procession yang diadakan pada tahun 1926 untuk merayakan ulang tahun Tua Pek Kong. Memandangkan tahun itu Tahun Harimau, maka patung-patung harimau dibuat untuk perarakan di jalan-jalan. 


Antara yang menonton perarakan itu adalah seorang pelancong British yang teringat bahawa harimau terakhir ditembak adalah pada tahun 1930, jadi mustahillah masih ada banyak harimau pada 1926 itu.

Ada satu kedai di Lebuh Armenian ini yang jual barangan vintage. 

Agaknya ini adalah celebrities sekitar tahun 1950an or may be earlier. Mungkin actress, singers or opera singers.

Di Lebuh Armenian ini ada satu lorong yang ada beberapa lagi lukisan-lukisan dinding. Jom tengok.

Saya rasa ini penjaja berbasikal roda tiga dengan tempat duduk basikal di bawah payung dengan kotak barang di bahagian depan. Street vendor macam ni sudah hampir tidak ada lagi. Kalau ada pun mereka pakai motorsikal dan beroperasi lebih di kawasan kampung.  

Tak tahu saya tentang apa lukisan ini. Is the guy in black arresting the guy in blue? Unlikely. Or are they friends and are pushing something? 

A lady putting  joss sticks on a Chinese home altar. Dari pakaian kebaya dan kain batik agaknya wanita ini ialah dari komuniti Peranakan. 

Ini dinding di belakang Barista Café & Casa de Pizzeria. Saya bila nampak drawings people eating sitting at a long table macam ni, teingatlah pada lukisan The Last Supper oleh Leonardo da Vinci. Tapi figures dalam lukisan ini ialah (and I'm guessing) Darth Vader, Albert Einstein, Homer Simpson, Obama (?), Marilyn Monroe, Cheshire Cat (in Alice in Wonderland), Salvador Dali, Mickey Mouse dan alien berkemban. I guess a naked alien would be considered vulgar and scandalous for such a public wall mural.. hehe.

More painting behind Barista Café & Casa de Pizzeria.

Pikachu pun ada.. hehe. 


Sambung lagi jalan-jalan di Armenian Street. Di sini ada sebuah kedai basikal yang unik. Di bumbung pun ada basikal. Boleh sewa basikal di kedai ni. Nama kedai ini ialah Chin Seng Leong Bicycle shop.

Bukan saja basikal kayuh boleh di sewa di sini, basikal/motor letrik pun ada. Ada basikal-basikal digantung pada siling kedai ini bersama sangkar-sangkar burung. Selain itu kedai ni juga jual barangan antik/vintage.

Di tepi kedai basikal ini ada sebuah kolah kecil dan dindingnya ada lukisan 'backpackers' oleh kartunis Lat. 
Juga ada lukisan 'Magician' pada blue metal shutter kedai sebelah. 

Then we came upon 70's Ice Ball shop. Jual ais kepal bergula/sirap. Popular kedai ni. Ramai pelanggan Islam. No we did not. We believe if we are as parched as we were at that time, lagi elok minum air mineral sahaja dari sucking on a ball of shredded ice drenched with sugary syrups, no matter how yummy it sounded.. hehe. Oh my, such restraint.. hahaha.

Sebelah kedai 70's Ice Ball shop ni ialah Lorong Soo Hong. Ada lukisan comel di dinding cornflower blue ni. 

Cute, right. 'Wo Ai Nee Chinese Malay Indian'.

'Kah Lu Kong Hokkien' / 'Teach You Speak Hokkien'. 

Satu lagi wrought iron sculpture. Yang ini bertajuk 'Too Narrow'  oleh kartunis Tang Mun Kian. Lorong yang dilalui sempit sampai beca tersekat tapi penarik beca terus berlari. 


Armenian Street.

More paintings. 'I Can Help Catch Rats'.

Cantik jahitan perca kain batik di depan kedai ini.


Kedai durian.

Haaa... kedai ini sangat menarik perhatian saya. Obviously because of these marvelous paintings of Opera singers.

So beautiful! Lukisan-lukisan ini adalah hasil seni Thomas Powell.

Ini Cheah Kongsi.

Info tentang Cheah Kongsi.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. buah berangan adalah sedap tau En Syed! you should try
    tak manis. nutty. lemak
    nak kopek kulit tu biasanya saya pecahkan dengan tangan je
    ada yang dah jual siap kopek kar Cosway rasanya . manis lah tapinya

    kat tingkat atas pasar chowrasta tu ada banyak kedai buku terpakai. best-best bukunya

    yup.. kalau nak beli jeruk. beli Jeruk pak Ali
    saya pernah makan jeruk Pulau Pinang yang iasa -biasa .. terus kena asthmatic attacc and it was so bad and quite scary!!

    apa yang keluar dari lubang bom tu ?
    wayar lampu ?

    masa kecik kecik kalau lalu kat tokong cina mesti kata tok pek kong :))
    dah besar baru tahu apa makna tok pek kong tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Hmm... perhaps next time terjumpa nak try. Hopefully tak terlalu keras.

      Tu la pasal saya tak nak makan jeruk. Dulu pernah makan, yang dijamu kawan2 di ofis. Next day sakit tekak pedih2. Kesian doc sampai asthmatic! Serious tu!
      Kami decided beli Jeruk Pak Ali sebab masa cuba samples di kedai tu, rasanya bukan saja sedap dan crunchy, tapi juga rasa acid tak kuat dan bau pun tak terlalu overwhelming. Also pada paket stated tak batuk.

      Yes. Wayar letrik.

      Hahaha... masa kecik saya di suruh jalan cepat2..

      Delete