Wednesday, June 13, 2018

PENANG - DAY 01 - PART 03 - FROM FERRY TERMINAL TO GURNEY RESORT HOTEL

Ok, sambung cerita. 

Dari Pangkalan Raja Tun Uda Ferry Terminal kami berjalan ke Weld Quay Bus Terminal untuk ambil teksi ke hotel. 

Di sebelah bus terminal tu ada teksi stop and we asked a man there for a taxi.

Next taxi in line was this sweet auntie's taxi. Di sini teksi tak pakai meter so after agreeing on the charge, we agreed to take the auntie's taxi. By the way, ini Auntie Sim yang sangat la petah dan peramah orangnya. We really enjoyed bersembang dengan dia.

Off we went, dibawa Auntie Sim mengharung bandar George Town yang banyak bangunan-bangunan bersejarah kolonial British. Ini bangunan Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan George Town. 

Ini bangunan Kastam Diraja Malaysia, Pulau Pinang.

Bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Ini Queen Victoria Diamond Jubilee Clock Tower dan Pinang Fountain yang berbentuk buah pinang terbelah.

Bangunan Dewan Undangan Negeri.
Bangunan Dewan Undangan Negeri, Jalan Lebuh Light, George Town dibina sekitar tahun 1820’an.  Bangunan tersebut asalnya merupakan Police Recorder Court dan kemudiannya dijadikan Mahkamah Majisteret dan seterusnya diambil alih oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang.  Kerajaan Negeri Pulau Pinang kemudiannya menjadikan bangunan tersebut sebagai dewan persidangan bagi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sehingga ke hari ini.
Source: http://dun.penang.gov.my/index.php/profil/sejarah

The transatlantic ocean liner Queen Mary 2. Kata Auntie Sim, setiap minggu saja beberapa kapal cruise yang besar macam ni berlabuh di Penang. 

Ini pula ialah Fort Cornwallis. Kami memang ada merancang nak lawat kubu ni.

Kami juga passed by food court 'The Esplanade Park'. Lokasinya betul-betul sebelah Padang Kota Lama. Aunite Sim pesan kalau kami nak makan pasembor, pilihlah ingredients sendiri dan jangan biarkan orang gerai tu pilihkan sebab nanti banyak yang akan dibubuh dan kami akan dicaj dengan sangat mahal. Banyak lagi tips lain yang penting yang Auntie Sim shared dengan kami. Thank you auntie! 

Dewan Sri Pinang.

Bangunan Hong Leong Bank yang asalnya adalah sebuah 19th century town mansion.

Sebuah lagi heritage building, Penang Chinese Chambers of Commerce dated 1928. 

Bangunan Mahkamah Tinggi. Bangunan elegan ini dibina dengan gaya 'Palladian-style'. Bangunan mahkamah yang asal dibina pada 1809 oleh jurutera dari Public Works Department yang diketuai oleh John Henry McCallum. Dulu pada facade bangunan ini ada patung-patung dan emblem tapi dah dibuang. Balkoni dan verandah juga telah ditutup untuk beri lebih ruang dalaman. 

Eastern and Oriental Hotel.

Ini satu lagi heritage building yang sekarang dah jadi restoran KFC Larut Road. Asalnya ia adalah bekas rumah Lim Cheng Teik, anak sulung pengilang beras Phuah Hin Leong. Pada umur 26 tahun, Lim Cheng Teik telah menjadi Pesuruhjaya Perbandaran termuda dalam sejarah Pulau Pinang.

Ini pula ialah Jalan Phuah Hin Leong, ayah kepada Lim Cheng Teik as stated dalam nota foto bangunan KFC di atas.
Jalan Phuah Hin Leong dinamakan sempena salah seorang pendatang China yang tiba di Pulau Pinang dan menjadi berjaya di sini. Dilahirkan di bawah nama keluarga Lim, Phuah Hin Leong berasal daripada keluarga yang miskin sehingga ibu bapanya terpaksa menyerahkannya untuk dibesarkan oleh keluarga lain yang bernama Phuah. Oleh itu, dia dibesarkan menggunakan nama keluarga Phuah, bukan nama keluarga yang dilahirkan. Dia bermula sebagai seorang pemandu perahu yang membawa kargo dan penumpang di Pulau Pinang, dan melalui kerja keras dan kegigihan, akhirnya memiliki beberapa kilang dan gudang.

Pada masa dia meninggal pada tahun 1901, Phuah Hin Leong telah menjadi orang terkaya di Pulau Pinang. Anak-anaknya semuanya mengekalkan nama keluarga Lim, ramai yang mengukir nama mereka sendiri, termasuk Lim Cheng Teik dan Lim Cheng Ean.



Ini Gereja St. George, sebuah gereja Anglikan abad ke-19 di bandar George Town. 
Dibina pada tahun 1816, ia adalah purpose built Anglican church tertua di Asia Tenggara. Dibina sepenuhnya oleh pekerja banduan India, ia dibina daripada brick on a solid plastered stone base. Sebuah pavilion peringatan didirikan pada 1886 sebagai peringatan Kapten Francis Light semasa Perayaan Centenary penubuhan Pulau Pinang moden. Pada tahun 2007, gereja itu diisytiharkan sebagai salah satu daripada 50 Khazanah Negara Malaysia oleh kerajaan persekutuan Malaysia. Ia menjalani pemulihan utama pada tahun 2009.

Ini pula ialah Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, George Town. 
Gereja ditubuhkan pada tahun 1786, ketika Kapten Francis Light pertama kali datang ke Pulau Pinang, Malaysia. Gereja adalah gereja Katolik ketiga tertua di Malaysia. Juga sebuah World Heritage Church.

Kami juga passed by sebuah Protestant Cemetery di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town. Juga dikenali sebagai Tanah Perkuburan Northam Road, ia adalah tanah perkuburan Kristian yang tidak lagi digunakan di George Town. Selepas terabai lebih daripada satu abad, ia kini disenaraikan sebagai Tapak Warisan Kelas 1 dan dikekalkan oleh Trust Heritage Penang.

Beberapa lagi bangunan lama di George Town.

Ini Heritage Hotel, Penang. Bangunan ini sudah ada sejak 1926.

Selama di Pulau Pinang ni, kami menginap di The Gurney Resort Hotel and Residences. Selain Gurney Hotel, di Persiaran Gurney ini ada 2 lagi hotel lain iaitu G Hotel dan Evergreen Laurel Hotel tapi antara ketiga-tiga hotel ini, Gurney Hotel adalah yang termurah. We said our thanks and goodbye pada Auntie Sim yang banyak beri kami tips tentang tempat-tempat menarik di Pulau Pinang ni dan juga bercerita tentang pelbagai topik related to life in Penang semasa our short trip dari terminal feri ke hotel ini. Both of us totally enjoyed our taxi ride bersama Auntie Sim 😊.

Lobi The Gurney Resort Hotel and Residences.

Luas dan high ceiling lobinya. Nampak grand.


Checking in.

Hotel ni tingginya 36 tingkat dan bilik kami di tingkat 27. Biliknya luas dan selesa dan menghadap pemandangan laut. Sungguh kami tak sangka dapat bilik yang menghadap ke laut begini sebab kami book bilik yang paling murah harganya melalui Expedia. Syukur Alhamdulillah.


Memang la saya tak faham kenapa perlu nak buat tingkap nampak bilik air dari bilik macam ni. Is it for safety? May be supaya parents can keep a watch at their children when the kids are in the tub. 

Ada table and chair beside a big window with 180° panoramic view. 

Such an awesome view. Actually kami prefer view macam ni dan bukan view yang mengadap laut sepenuhnya sebab it gave us complete view of the sea, beach and the town.

Bangunan sebelah hotel: Gurney Beach Resort Condominium, Evergreen Laurel Hotel Penang dan H Residence Inn.  

Juga view Kampung Syed, Jalan Edgecumbe.

Pada saya ini view yang awesome sangat. Deretan bangunan-bangunan tinggi dengan laut dan gunung as fore and background. 


Ada projek mega “Wellness City of Dreams” di pantai Gurney Drive yang akan ditebusguna hingga ke Bandar Tanjung Pinang. Ia adalah sebuah taman awam pesisir pantai baharu yang dinamakan sebagai Gurney Wharf. Akan dibina resort hotel, hotel 5 bintang dan wellness mall. 

Juga akan ada kawasan perniagaan minuman dan makanan di pinggir pantai, taman air, pantai buatan manusia dan taman pesisir pantai, dengan menebusguna 131 ekar tambahan sepanjang Persiaran Gurney.



Dalam bilik ni juga ada a few art works. Nice!

Ini sketch Masjid Kapitan Keling, masjid yang tertua di Pulau Pinang. Merupakan pusat pengembangan syiar Islam di Pulau Pinang. Sudah berusia 217 pada tahun ini (2018).

Ini Khoo Kongsi. 
The Khoo Kongsi is a large Chinese clanhouse with elaborate and highly ornamented architecture, a mark of the dominant presence of the Chinese in Penang, Malaysia. The famous Khoo Kongsi is the grandest clan temple in the country.

Ini lukisan yang menggambarkan suasana di Queen Street road side stalls.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. besarnya kapal Queen mary tu !
    ada 5 tingkat bangunan kot !

    kalau pergi sana lagi nanti .. saya nak ke kubur lama tu..
    nampak so eerie..
    redup je..

    mansion sebelah hotel tu hotel ke? besar sungguh !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, besar sangat. I believe so too, about 5 tingkat. Maknanya port di situ adalah dalam!

      Protestant Cemetery di Jalan Sultan Ahmad Shah tu kan. Hmm.. kami ada plan nak pergi tapi tak sempat. Mmg macam menarik tempat tu dan sgt bersejarah. Antara kubur protestant yang paling tua di dunia.

      It is a mansion. Sebuah rumah milik persendirian. Confirm harga rumah/tanah tu berjuta2!

      Delete