Hari ini hari kedua kami di Pulau Pinang. And we planned to do a lot of exploring hence walking. Setakat yang kami larat le. Umur dah gini kena la jangan nak overexert sangat kan... hehe.
Such a beautiful view from our room at the Gurney Resort Hotel and Residences di tingkat 27.
Such a beautiful view from our room at the Gurney Resort Hotel and Residences di tingkat 27.
Alhamdulillah cuaca nampak baik.
Altering Gurney Drive.
I wonder though what are the impacts on the environment from this major land reclamation project.
Personally, saya lebih prefer keindahan semulajadi Pulau Pinang dari man-made Penang.
Eagles soaring majestically. It was a beautiful morning indeed.
Pagi ni mula-mula sekali kami merancang nak ke temple ini, yang boleh kami nampak dari bilik hotel kami. Kek Lok Si Temple namanya.
Gorgeous sunrise over Selat Melaka.
Turun for breakfast.
Quite a nice spread with delicious choices.
Lepas sarapan, off we went for a full day of jalan-jalan in Pulau Pinang.
In a few years these places here will look very different.
Wonderful clear blue sky.
Sebuah restoran bak kut teh. Ini adalah salah satu dari beberapa restoran makanan Cina yang ada di Persiaran Gurney ini. Susah nak cari restoran makanan halal di sini. Yang kami jumpa hanya ada 2 sahaja, a food court dan kedai mamak.
Kami berjalan ke Gurney Plaza untuk ke Perhentian Bas HOHO.
Kami juga berhenti sekejap di Masjid Lama Jamek di Lorong Burmah ini.
Ruang entrance.
Tempat berwuduq.
Suasana di dalam Masjid Lama Jamek Lorong Burmah.
Kawasan perkuburan. Al Fatihah.
Sambung kembali ke Perhentian no.1 Penang HOHO.
Persiaran Gurney ini nampaknya adalah lokasi berjogging. Kelihatan beberapa orang joggers berbangsa Cina bersembahyang dahulu di shrine kecil ini sebelum memulakan jogging.
Entah apa la yang sedang saya cari dalam beg tu.. hehe.
Sampai ke Perhentian no.1 Penang HOHO. Sekali lagi pagi ini kami akan naik bas HOHO City Route untuk jalan-jalan di sekitar George Town. We took the first bus. Kami beli tiket 48 jam untuk kami guna bagi jalan-jalan hari ini dan esok. Harganya RM32.00 seorang bagi Malaysian.
Masa beli tiket kami bersembang la sikit dengan adik yang bertugas pagi tu. Banyak tips yang dia share dengan kami. Dan dia yang tolong ambilkan foto-foto ni.. hehe.
Off we went.
Ini Gurney Drive Roundabout. Di tengahnya ada satu sculpture yang diberi nama 'Wave of Prosperity'. Ia menggambarkan gelombang ombak berserta dengan burung-burung camar. Tapi ada pulak yang kata arca ini represent the 2004 tsunami. Tak betul tu. It symbolizes prosperity.
Masa bas HOHO ni stop di traffic light kami nampak ada ramai orang di tanah perkuburan Cina ini iaitu Batu Gantung Cemetery, berhampiran Penang Turf Club. Rasanya hari tu ialah Qingming Festival (Tomb Sweeping Day), a day spent visiting graves and cleaning the grave sites.
Di lereng bukit tu ialah Arulmigu Balathandayuthapani Temple. Kuil Hindu di Pulau Pinang mula-mula dibina oleh buruh India dan juga banduan dari India Selatan yang dibawa oleh British ke Pulau Pinang. Selain dari mereka, ada juga pedagang termasuk Chettiars, Chulias, Sikh dan komuniti kecil Gujaratis dan India Utara. Tidak semua mereka yang datang dari India adalah beragama Hindu. Mereka yang beragama Islam pula bina masjid di sini.
Passed by Penang Turf Club.
Ini stop Penang Hill.
Passed by quite a few churches and temples. Ini Risen Christ Catholic Church.
Ini kuil Arulmigu Sri Ruthra Veeramuthu Maha Mariamman Devasthanam.
Kwang Durian Store. Tutup nampaknya. Mungkin sebab Qingming Festival.
Uncle ni jual nasi lemak bungkus. RM1.30 satu.
Sibuk sungguh Jalan Air Itam ni. Hari Ahad dan Pasar Awam Air Itam pula is just around the corner.
Pasar Awam Air Itam.
Dari Jalan Air Itam, bas HOHO ni belok masuk ke Jalan Pasar untuk ke Perhentian Kek Lok Si.
Jalan Pasar ni pun sesak juga.
Ada pasar pagi di jalan ni.
Pelbagai jenis buah mangga.
And eggs. Kalau la someone fell on those eggs! Habis! Bukan saja di main road Jalan Pasar ni ada gerai tapi juga di lorong-lorong antara blok rumah kedai pun ada.
Kakak-kakak penjual nasi lemak dan kuih di luar food court sedang makan.
Auntie menjual bunga.
Pak cik tengah buat roti canai.
Sebiji je beli durian? Cukup ke? Saya? Boleh makan seulas dua sahaja. Makan lebih dari itu, terus migraine.. like, seriously.... hehe. Tapi kalau dibuat pengat, haaa... boleh pulak extra.. hehehe.
Bas pun stop di Perhentian no.4 - Kek Lok Si. Kami pun turun di sini.
Cantik pulak art pada bas ni. Tayar beca tu dilukis/ditampal betul-betul atas tayar bas.. hehe. Nice!
Perhentian no. 4 bas HOHO tu tak stop directly in front of Kek Lok Si. Pengunjung kena jalan sikit ke dalam.
Berjalan ke Kek Lok Si melalui Jalan Balik Pulau.
Kami ambil dulu a few shots dari jauh of the high rise structures.
Sampai ke Kek Lok Si temple. Tak jauh dari stop bas HOHO tu, cuma about 10 minutes walk je. Dah ada a few tourists buses masa tu. Temple ini merupakan pusat ziarah penting bagi umat Buddha dari Hong Kong, Filipina, Singapura dan negara-negara lain di Asia Tenggara. Kompleks kuil ini dibina sepanjang tempoh dari 1890 hingga 1930, inisiatif inspirasi Beow Lean, the Abbot. Kek Lok Si menyatukan gabungan agama Buddha Mahayana dan kepercayaan Tao bersama ritual Cina dan kepercayaan orang lama.
Nak naik ke atas ada disediakan lif ini. Lega. Tak payah la nak panjat tangga sebab lokasi tempat yang nak dilawat di temple ini tinggi-tinggi belaka.
Tarikan utama di kompleks temple ini ialah pagoda tujuh tingkat 'Pagoda Rama VI' (Pagoda Sepuluh Ribu Buddha) dengan 10,000 alabaster dan patung-patung gangsa Buddha.
Di parking lot temple ini juga ada deretan patung-patung Buddha.
Kek Lok Si Temple, dalam bahasa Penang Hokkien bermaksud "Temple of the Supreme Bliss" ini dibuka untuk lawatan bermula pukul 9 pagi - 6 petang setiap hari. Temple ini ada 5 tingkat lawatan iaitu foot hill, Da Shi Dian, Pagoda, Main Prayer Hall dan Kuan Yin Statue.
Pintu masuk dan laluan ke inclined lift.
Kek Lok Si Temple umumnya boleh dilawati secara percuma. Caj hanya dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan lif dan buggy sahaja di sini. Perkhidmatan Inclined Lift ini juga terdiri dari dua peringkat. Kita boleh membeli tiket secara pakej atau berasingan untuk menggunakan mana-mana perkhidmatan ini.
Pemeriksaan tiket oleh petugas di dalam lif.
Pemandangan dari dalam Inclined Lift menghala ke atas.
Pemandangan dari dalam Inclined Lift menghala ke tepi. Kelihatan Pagoda Rama VI.
Pemandangan ke bawah. Di bawah tu ialah Tortoise Pond. Ada banyak kura-kura di situ.
Saya tak faham baca tiket ni, yang foto kanan ni. My wife faham, so saya ikut dia je lah.. hehe.
Ada buggy menanti setelah keluar dari Inclined Lift. Oleh kerana tiket yang kami beli di bawah tadi dah termasuk sekali dengan perkhidmatan buggy ini, kami terus naik buggy menuju ke stesen Inclined Lift peringkat kedua pula.
Menggunakan buggy untuk naik ke atas. Mujur la kami pilih nak naik buggy. Agak curam dan jauh ke atas juga jalan ni.
Tak tahu kami apakah binaan ni.
Stesen Inclined Lift peringkat kedua terletak di dalam sebuah kedai cenderamata.
Kedai Cenderamata yang perlu dilalui untuk mendapatkan Inclined Lift Peringkat Kedua. Terkejut kami bila nampak patung sami berukuran life size dalam bekas kaca ni. Life like sungguh.
Duduk menunggu Inclined Lift tiba.
Tidak seperti ketika menaiki Inclined Lift di peringkat pertama tadi di mana kami tak berkongsi lif dengan orang lain, ada ramai penumpang naik lif bersama kami di peringkat kedua ini. Berasak la sikit.
Pemandangan menghala ke atas dari dalam Inclined Lift peringkat kedua.
Pemandangan ke bawah.
Sampai ke kemuncak bukit di Kek Lok Si Temple.
Di puncak ini ada satu dataran luas dan look out point dengan pemandangan panorama Pulau Pinang.
Ini bangunan from where we came out lepas naik inclined lift kedua. The Arhat Hall (Lohan Tang).
Di atas bangunan Arhat Hall ini ada patung Kuan Yin Bodhisattva (Goddess of Mercy) yang sangat besar.
Arhat Hall ini mempunyai beberapa details yang menarik. Bangunan-bangunan di temple sudah ada sejak tahun 1890an.
Beautiful decorative plants motifs.
Di tepi Arhat Hall ini pula patung-patung batu cartoon characters. For the kids I guess.
Dan the main attraction di sini ialah the Kuan Yin Pavilion.
Binaan ini adalah setinggi bangunan 20 tingkat. Di dalamnya ada patung Kuan Yin setinggi 30 meter.
Patung ini adalah sebenarnya patung Kuan Yin yang kedua dibina di sini. Sebelum patung ini dibina, ada sebuah patung Kuan Yin yang lebih kecil dibina di sini. Patung ini kini telah dirobohkan dan hanya tinggal bahagian kepala sehingga ke dada yang diletakkan di atas bumbung Arhat Hall tadi.
Bahagian dalam bumbung pavillion.
Kuan Yin Pavilion ini tak dapat dimasuki ketika itu kerana ada kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.
Di depan Kuan Yin Pavilion ini ada dua patung besar.
They are the two guardians of Kuan Yin Way Palace.
Pemandangan dari atas ni memang la awesome.
However, ia mengadap arah matahari terbit, so silau le sikit nak ambil gambar.. hehe.
Pemandangan kawasan Air Itam dan landasan Inclined Lift peringkat kedua dari Kuan Yin Pavilion
Di puncak bukit ini juga ada Zodiac Garden. Ada patung-patung binatang dari Chinese Zodiac.
Di seberang Zodiac Garden ada pula sebuah temple kecil yang didedikasi kepada Kuan Yin. Kami turut menjenguk ke sana.
Tempat membakar colok.
Temple's entrance.
Ada hiasan siling menarik pada bumbung entrance kuil ini. Ditutup dengan jaring untuk elak burung dari bersarang.
Deretan lilin dalam balang-balang kaca berbentuk buah nenas di atas satu altar di entrance. Bunyi perkataan Cina untuk nenas adalah hampir dengan bunyi "nasib baik yang akan datang". Jadi nenas telah menjadi simbol feng shui tradisional popular untuk kekayaan, keuntungan, kemakmuran dan gambling luck.
Di pintu masuk kuil ini juga ada Wishing Ribbons dan Wishing Tree. Penganut boleh beli reben-reben ini dengan harga RM1.00 satu dan mengikat reben-reben pada Wishing Tree.
Lain warna reben, lain wish. A lot to wish prosperity. Nak 'World Peace' pun ada.
Pengunjung/penganut yang datang sangat digalakkan memberi derma kepada Kek Lok Si tempel ini kerana biaya pengurusan dan maintenance serta penambahan/renovation adalah dari hasil derma. Siapa yang derma, nama mereka akan dituliskan pada tembikar kuning/genting di atas meja ini dan ia akan diletakkan di kuil ini sebagai penghargaan dan supaya dapat blessings dari dewa mereka.
Pintu masuk kuil. Nak masuk dalam mesti tanggal topi.
Ada patung Kuan Yin seribu tangan yang besar di dalamnya.
Before leaving the temple, saya beli buku info tentang Kek Lok Si temple ini.
Kek Lok Si Temple di waktu malam.
Di Zodiac Garden ini juga ada sebuah pavilion dan kolam.
Kek Lok Si Temple di waktu malam.
Di Zodiac Garden ini juga ada sebuah pavilion dan kolam.
Ada water pavillion, air terjun buatan dan kolam ikan koi.
Selepas jalan-jalan di level ini, kami turun ke Middle Station dengan menggunakan Inclined Lift semula. Ada pangkin panjang disediakan untuk pengunjung duduk sementara menunggu lif sampai.
Inclined Lift dah sampai. Tak lama tunggu.
Pemandangan sewaktu turun ke Middle Station dengan Inclined Lift.
Koridor jalan keluar dari lif.
Pelbagai souvenir Buddhist dan Non-Buddhist dijual di sini.
Atas saranan dari petugas di Middle Station, kami melawat pula ke Main Prayer Hall yang terletak berdekatan.
Di Main Prayer Hall ini ada banyak shrines. Ramai penganut bersembahyang di sini. Ramai juga yang menderma dan menggantung Wishing Ribbons. Ada seorang young monk di meja depan di main entrance of the Main Prayer Hall yang sedia menerima mana-mana pengunjung yang ingin menderma dan membeli genting untuk nama penderma ditulis di atasnya.
Main entrance of the Main Prayer Hall.
Mereka yang datang ke temple ini untuk bersembahyang.
Wishing Tree and Wishing Ribbons.
Bersembahyang sambil melutut.
Menyembah di Dà xÃongbǎo Dià n, di Main Prayer Hall.
Sebelah the Main Prayer Hall ada satu lagi hall iaitu the Hall of the Laughing Buddha. Di antara kedua-dua halls ini ada courtyard ini.
Pemandangan dari courtyard antara the Hall of the Laughing Buddha dan the Main Prayer Hall.
Ini pula ialah patung-patung Guardian Sentinels di dalam the Hall of the Laughing Buddha.
Sebuah courtyard di depan Hall of the Laughing Buddha.
Ada pokok-pokok limau dan bonsai.
Di sebelah Hall of the Laughing Buddha pula ada The Three Tier Pagoda. Hanya tingkat bawah dan tingkat satu sahaja yang dibuka for public.
Pagoda ini dikelilingi oleh Cloister of Standing Buddhas, patung-patung Buddha berdiri with the right hand pointing down and the left hand bent at elbow.
Courtyard kecil di Three Tier Pagoda.
Juga ada Four Faced Buddha yang dihadiahkan oleh King of Thailand kepada Kek Lok Si Temple.
Taman kecil di tepi Three Tier Pagoda.
More Cloister of Standing Buddhas.
Bunga raya di taman kecil di Three Tier Pagoda.
Three Tier Pagoda ini dikelilingi oleh beranda dengan pemandangan bandaraya George Town.
Right photo: Earth-touching Buddha, at ground level of the Three Tier Pagoda. It is a Thai-style seated Buddha in the earth-touching posture, or Bhumisparsha mudra.
Pemandangan George Town dari tingkat 1 of the Three Tier Pagoda.
Left photo: The Three Seated Buddhas atau the statues of three Western Region Saints in the Pagoda.
Dalam kompleks Kek Lok Si Temple ini juga ada sebuah bangunan pagoda setinggi 7 tingkat yang dinamakan Pagoda of Ten Thousand Buddhas. Nama rasminya ialah Pagoda of Rama VI.
Pagoda ini dibina pada tahun 1915. Batu asas pembinaannya diletakkan oleh King Vajiravudh (Rama VI) dari Thailand.
Binaan pagoda ini unik kerana ia menggabungkan tiga gaya senibina: Cina (tingkat bawah), Thai (tingkat tengah) dan Burma (tingkat atas). Ia menggabungkan simbol-simbol Mahayana dan Theravada Buddhisme menjadi satu struktur.
Kami decided tak perlulah kami nak ke pagoda ni. Jauh pun. Dan kami dah tak larat dah nak tengok patung-patung Buddha dan Kuan Yin lagi dan tak tahan hidu bau asap colok. So kami decided to leave untuk melawat ke tempat lain pula. Sekali lagi naik buggy untuk pergi ke sebuah lagi stesen Inclined Lift di Middle Station ini untuk turun ke bawah.
Singgah kejap ke satu lagi prayer hall.
View Pagoda of Ten Thousand Buddhas dari bawah.
Pemandangan Tortoise Pond di kaki bukit.
Inclined Lift untuk turun ke bawah.
Setibanya di bawah kami disambut oleh seorang petugas Temple yang bertanya tentang pengalaman kami melawat ke sini. Beriya-iya dia bertanya untuk memastikan yang kami memang dah melawat ke semua tempat dan tak miss apa-apa di temple ini. Petugas ini juga mencadangkan supaya kami datang melawat lagi sewaktu perayaan Tahun Baru Cina. Kek Lok Si Temple akan dihias dengan lampu-lampu cantik selama sebulan sempena perayaan itu, katanya. Tapi mesti tak selesa melawat waktu itu sebab terlalu ramai orang akan berada di sini nanti.
Sebelum bergerak menuju ke Perhentian HOHO, kami singgah sekejap di Tortoise Pond yang terletak di kaki bukit Kek Lok Si Temple. Seperti namanya, kolam ini dipenuhi dengan kura-kura.
Sayur Kangkung yang dijual untuk makanan kura-kura
Pada mereka, kura-kura melambangkan umur yang panjang, kebijaksanaan dan kedamaian. Therefore, memang selalu akan ada kolam kura-kura di mana-mana Kuil Buddha termasuklah di Kek Lok Si Temple.
Dikatakan ada kura-kura di sini yang sudah berusia lebih 50 tahun.
Pintu keluar dari Kek Lok Si Temple.
Bersambung....
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
dari manalah mereka dapat pasir tu kan?
ReplyDeletedan mesti banyak pasirnya.. sebab nak tambak dalam dalam .. dan padat padat ..
macam tak cuckup binatang je zodiak ikut tahun cina tu .. binatang kakai pendek hidung penyek :)) tak ada eh ?
alaaaa.. comel comelnya kura-kura tu!!
Indeed. Environmentalists pun concern dari mana datangnya pasir dan batu batan tu semua and if the place where they come from tu akan mengalami kesan negative.
DeleteHaha... took the shots mana yang sempat je.
Kann..