Monday, June 6, 2016

YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 05 - PART 01 - YAOSHAN SCENIC SPOT

Hari ni last day kami di Guilin. Flight ke Hong Kong adalah pukul 4:30 petang jadi masih ada masa lagi untuk jalan-jalan. Kami akan ke gunung Yao.

Suasana pagi bandar Guilin diambil dari bilik kami di Baigong Hotel. 

Cantik berkabus.


Sarapan ni je yang boleh makan :).

Check out dari hotel. 

Sementara dalam perjalanan tu, sempat la jugak ambik beberapa shots ni. 

Tebal jugak kabusnya.





Guilin University of Electronic Technology.



Masa lalu kawasan ni Francis bercerita. Area ni adalah kawasan perkuburan eksklusif. Dulu-dulu raja-raja ditanam di sini jadinya sekarang ia menjadi area yang cukup prestigious untuk ditanam bila mati. Dah tentu lah harganya sangat mahal.

Tanah lereng gunung ini dikatakan feng shui nya sangat bagus. Dan ia ada salesman sendiri. Antara pujukan salesman tanah perkuburan ni ialah, 'Adalah lebih bagusnya jika si mati di tanam di sini dengan pemandangan yang indah dan di kawasan yang cukup aman tenteram. Tak bagus kalau disemadi dalam pasu dan diletak dalam rumah persemadian'. Fyi, alternatif lain yang lebih murah ialah mayat dibakar dan abu di simpan dalam pasu tembikar dan disimpan dalam rumah-rumah persemadian diletak atas shelves yang disediakan oleh kerajaan. Dan lebih 'malang' lagi kalau pasu si mati diletak sebelah pasu seorang salesman. Tak tenang la si mati kerana diganggu oleh si salesman pasu sebelah dia. Gitu le cerita Francis bagaimana salesman memujuk keluarga si mati. 

Francis bercerita lagi, kalau di situ perayaan Ching Ming adalah lebih sangat serius dibanding dengan Malaysia. Salah satu contoh yang Francis bagi ialah dalam hal barangan yang dibuat dari kertas yang dibakar untuk 'dihantar kepada si mati di alam lain'. Francis beri satu example, kalau si mati tu sayang sangat dengan iPhone dia, maka sebuah iPhone according to the model yang si mati suka akan dibuat dari kertas dan dibakar. Tak cukup itu sahaja, accessories iPhone itu juga perlu dibuat seperti handphone charger, handfree/headset, cases, bluetooth and wireless speaker dan lain-lain. 


I think uncle ni ialah pembuat batu nisan.

Pagi tu kami dibawa Francis ke Yao Mountain. Naik cable car (chairlift actually) untuk menyaksikan keindahan pemandangan dari gunung Yao. Masih tak ramai pelancong lain masa tu. Antara sebab kenapa Francis minta kami check out awal. Good idea!

Suasana di area masuk ke Yaoshan Scenic Spot. Ada Yao Shan International Museum of Geosciences tapi kami tak masuk la. 

Ada sebuah bukti karst di situ. Yao Mountain adalah satu-satunya gunung di Guilin yang terbentuk dari tanah. Gunung-gunung lain di Guilin terbentuk dari batuan karst. 





Beratur untuk naik chairlift ke puncak gunung Yao. Naik ke gunung ni sebenarnya ialah Optional Tour yang dipersetujui oleh semua ahli rombongan. Tapi kena la bayar 99 Yuan (RM60) seorang. Worth it sangat actually!
Ehh.. dari poster ni ada gelongsor pulak. Rupanya ini adalah cara alternatif lain untuk turun ke bawah nanti. Selamat ke? Mereka siap letak foto nenek dah beruban nak tunjuk selamat agaknya.. hehehe. 

Inilah chairlift nya. Berdiri di garisan dan tunggu chairlift tu datang dari belakang and swoop you from behind.. terus terduduk and off you go.. hehe. Chairlift tu tak berhenti. 

Hijau sungguh area bawah gunung ni.

Makin lama makin tinggi. Suasana nyaman dan sedikit berangin.

Panjang kabel ni ialah 1,416.18 meter dengan 18 keluk, so dapat la pengunjung menikmati pemandangan bird's eye views yang indah. 




Haaa... ni la gelongsor dalam poster tadi tu. Actually ia dipanggil toboggan slide. Kalau tak nak turun dengan chairlift tu boleh gelongsor turun. Ada 18 belok pada toboggan slide ni.

Tetiba terdengar ada orang menjerit. Menjerit kesukaan bukan ketakutan. Rupanya kebetulan masa kami lalu dengan chairlift di situ ada pelancong tengah turun ke bawah dengan slide ni. Looks like a lot of fun :).

Macam biasa mesti la ada photographer yang akan ambik gambar dan jual pada you masa you dah sampai di atas nanti. 

Dia ambik gambar kami, saya ambik gambar dia :).

Ni la tempat nak turun dari chairlift masa on the way nak turun ke bawah kalau nak teruskan perjalanan turun dengan toboggan slide pula. Di sini menggunakan Wiegand Toboggan-run.

Masa gelongsor turun tu naik kerusi slide warna hitam dengan hand-brake tu. 

Tadi berani sebab tak tinggi sangat. Sampai bahagian ni, Oooo.... kecut perut! Gayat! Tapi beranikan jugak ambik gambar sebab view bagus!


Mendarat di platform di puncak gunung Yao.   
Sepatutnya if you sit on the left side of the chairlift, masa nak turun tu terus turun dan lari ke kiri. If you sit on the right, get off and run to the right. Follow directions of arrows on the floor tu. Yang dok kanan ok la sebab pintu nak keluar platform tu belah kanan, so naturally you akan ke kana. Yang dok kiri kalau pi lari ke kanan juga, as in this akak's case, the chairlift yang tak berhenti tu will langgar her. Tapi tak dilanggar sebab pekerja tu grabbed lengan akak tu dan tarik dia ke kiri. Lepas chairlift tu lalu, baru akak tu dibenarkan menyeberang.

Berkumpul dulu dengar penerangan sikit dari Francis. Very helpful actually info yang dia bagi. 

Tak de banyak aktiviti di atas ni except to capture the beautiful and amazing views.

Walau pun agak berkabus tapi still boleh nampak gunung-gunung karst tu. 



Di lembah bawah dalam foto ni is a golf course. Namanya Guangxi Guilin Twin Peak Golf Club. 

Ehh.. ada orang baling tukul besi dan plier ke dari atas ni? Bukan sampah?

Beberapa lagi shots yang sempat saya ambik.














Ok lah cukup la foto viewsnya.. hehe. Jom jalan-jalan di taman pulak. 

Patung Dewi Kuan Yin.

Ada ketikanya, kabus akan meliputi gunung-gunung di sekitar Yao Mountain sehingga hanya puncak-puncak gunung sahaja yang kelihatan. Pemandangan puncak gunung yang timbul ini dinamakan oleh penduduk tempatan sebagai Sleeping Buddha, seperti di papan tanda ni. 

Kiri ialah foto dari papan tanda. 

Haa.. nampak tak shape Buddha pada puncak gunung-gunung tu? 

Foto kanan: Ini adalah patung seorang raja yang bernama Zhu Shuoqian. Dia adalah cicit kepada Zhu Yuanzhang yang merupakan Maharaja Dinasti Ming yang pertama. Zhu Shuoqian telah dilantik oleh Zhu Yuanzhang sebagai wakil baginda di kawasan Guilin. Keturunan Zhu Shuoqian inilah yang menjadi Jingjiang Princes yang sangat dihormati oleh penduduk Guilin sehingga kini.

Ni Guang Yun temple. 

Pelancong local sedang menyaksikan pelancong-pelancong Malaysia berposing ambik gambar :). 

Macam biasa, mesti ada kedai jual macam-macam sovenirs and jajan. 

Pada saya masa turun adalah lebih gayat dari masa naik sebab kita memandang ke bawah! Tapi klik tetap klik jugak.. hehehe...


Gayat aku wooiii!!! 


Saya suka foto ni sebab boleh nampak gunung-gunung tu!



Kalau nak sambung turun dengan cara bergelongsoran ke bawah, sila turun di platform ni. 

Laju jugak menggelongsor ke bawah tu sebenarnya. 

Tentu la kami teringin tapi memikirkan takut pulak nanti apa-apa yang tak baik berlaku ke dan saya pulak lagi prefer nak ambik-ambik gambar, maka tak la kami bergelongsoran.. hehe.  


Dan tentulah kalau naik toboggan tu tak dapat shots macam ni. 


Amboi! Tak gayat ke kau?


Selamat sampai dah ke bawah. Alhamdulillah. 

Dan inilah cover folder dan foto kami yang diambil oleh photographer di atas tadi masa naik. 


Dan laluan keluar mesti dijalankan pelancong melalui kedai souvenir. Ada ular jeruk!

Sampai semula ke bas untuk ke satu lagi destinasi melancong sebelum ke airport. 

Bersambung....


Di bawah adalah links untuk semua entries Yangshuo dan Guilin saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. hahhahahaaaaaaaaaa!!
    sakit perut ketawa pasal bekas abu mayat sebelah selasman tu!!!
    hadoii ! tu pun boleh jadik bahan nak berniaga !!
    kahkahkahhhh..

    dan baling tukul ke bawah gunung!!
    apakah ??!!
    kehkehkehh..

    tetiba kan..
    dapat call from unknown number
    mintak hantar Apple Watch pulak !
    jeng jeng jeng..
    * insert muzik menyeramkan * hehhehe

    depa ni kan..
    mana-mana pun nampak buddha
    hai laahhhh...

    memang cantik pemandangan dari atas tu..
    tapi kalau saya kan..
    kecut perut paru-paru rahim segala bagai kalau naik chair lift gitu!!
    terangkat2 kaki gerun !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kami satu bas semua ketawa dengar cerita salesman tu doc :). Agaknya ada ke yang termakan cerite macam tu? Kelakar betul la!

      Tu la. Tu mesti in the past ada kes orang kena hempap dengan barangan pertukangan tu. Pelik sungguh. Nak gelak pula ada gak.. hehehehe...

      Hahaha... phone signal ada coverage menghubung the land of the dead and the land of the living! Hebat China telco! Hahahaha....
      Yg heran tu macam mana si pemanggil tahu now dah ada Apple Watch? Mungkin dia ada internet access kot... hehehe...

      Yep, kat puncak gunung Titlis di Switzerland pun mereka nampak Buddha doc.

      Ya doc.. memang menakutkan... at first.. then you have to trust the chairlift... think that it is actually safe.... then baca la doa banyak... tu la yg saya buat.. hehehe...

      Delete