Wednesday, June 1, 2016

YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 04 - PART 01 - FOUR LAKES TWO RIVERS CRUISE AND HERBS CENTER

Sambung cerita lagi.... 

Lepas sarapan seperti percutian kami sebelum ini kami akan jalan-jalan sikit di sekitar hotel sebelum start dengan itinerary pagi tu. Kami manfaatkan masa yang ada lebih kurang sejam tu by capturing the streets and people dekat hotel kami. 
Street in front of our hotel, the Baigong hotel. 

Two wheeled mode of transportations is very popular there. 

Local street vendors selling steamy buns and souvenirs.

Happy bila ada locals yang sporting macam ni. Peace!

The streets are generally clean. And the smoke emission from vehicles is quite tolerable as most run on electric motors. I think that is amazing! And much quieter too so that's good for controlling noise pollution. 

The hotel we stayed at. Baigong Hotel. Still can't get over the fact that we were given the honeymoon suite complete with supplies of condoms of many variety as well as a card call for prostitution service. It was utterly inapproriate and deplorable. I am profoundly offended. Still I did my best not to let it ruin our holiday.  

And this sort of modifications are quite rampant so much so I thought it might have been assembled and sold that way. May be it is. And I love it! It has character! :)


Aaaa... when I get to capture images like this, It just made my day :). I pity though those live dangling chickens at the wheel. 

More motorized vehicles of varying forms. From the looks of it, they seemed very practical and definitely serve the purposes they were intended for. Although putting a child on at the back of that tiny truck can be quite dangerous.

I never would have thought that I'd see this cute three-wheel electric car in the streets of Guilin. How awesome! :). But then again, I was afterall in China. Quite possibly manufactured by China's Changzhou YuFeng Vehicle Factory priced between RM2,500.00 to RM24,000.00. It uses hand brake and fit 3 person and measures at 2.05 meter x 1 meter x 1.6 meter. As claimed by the manufacturer, these electro-tricycles are selling well in China and are being sold as far away as Europe, USA and the Middle East. I want one! Hehehehe...    

And then there is this super inventive piece of motorized vehicle that seemed to use a tractors engine combined to a mini truck's body. The maker is a genius! :). Though it'd be more 'appealing' looking if the engine part is covered.. hehe. 

Sitting on a low plactic stool in front of a food shop eating hot steaming breakfast served on a wooden foldable table is a normal sight in China. Much to my delight when doing a bit of people/street photography lah :).  

And then there aware captures like this one. I mean how awesome it is, right? A woman crossing a street in a city dragging her morning groceries in one hand and holding a life chicken in the other. Talk about fresh poultry! :).

Tetiba speaking pulak ek.. hehe... ok, balik ke bahasa pasar ye.. hehe... :). 

So ok, pagi tu kami dibawa Francis naik cruise yang dipanggil Four Lakes Two Rivers Cruise atau terbalik Two Rivers Four Lakes Cruise. Saya use the first sebab kami mula cruise tu dengan tasik dan berakhir dengan sungai. The second one tu pula adalah the opposite dan selalunya tour malam.  
Cruise ini membawa pengunjung bersiar-siar di empat buah tasik dan sebahagian dari dua batang sungai yang membentuk sistem waterway di Guilin.

Cruise kami bermula dari jeti di Tasik Shan. 
'Two Rivers Four Lakes' adalah kawasan taman yang indah. Ia terdiri daripada 2 sungai dan 4 tasik.
- 2 sungai tu ialah Sungai Li dan Sungai Taohua (Peach Blossom).
- 3 daripada 4 tasik dinamakan sempena pokok-pokok yang tumbuh di sepanjang tebing tasik-tasik itu. Dan tasik ke 4 dinamakan sempena sebuah gua yang terletak berhampiran.
- 4 tasik tersebut adalah Rong (pokok banyan) Lake, Shan (pokok Chinese fir) Lake, Gui (pokok Osmanthus) Lake dan Mulong (Wooden dragon) Lake. Tasik Mulong dinamakan ikut nama sebuah gua yang menghadap tasik tersebut.

Peta Two Rivers Four Lakes Guilin.
'Four Lakes Two Rivers' ini sebenarnya terbentuk dari satu projek oleh kerajaan tempatan Guilin dengan menghubungkan 2 batang sungai (Li River dan Peach Blossom River) serta 4 buah tasik: Rong, Shan, Gui dan Mulong. Jadi lingkaran air yang mengelilingi bandar Guilin bukanlah terjadi secara natural.

Besar bot ni. Boleh muat lebih kurang 40 penumpang. Ada tingkap kaca besar membentuk sebahagian bumbung. So senang la nak ambik gambar. Tapi masa tu hujan pulak. Also yang tak bestnya Francis tak boleh join sebab dalam bot ni dah ada tour guide mereka sendiri. Tapi guide tu tak boleh cakap Inggeris. Apa la... 

Juga ada open deck di belakang bot. So kalau tak hujan atau renyai-renyai boleh la keluar ke deck tu untuk bergambar dan ambik gambar :).

Mula-mula sekali kami nampak pagoda kembar ni, the Sun and Moon Pagodas terletak di tengah-tengah tasik Shan ini.
Yang depan tu, yang dibuat dari solid bronze setinggi 9 tingkat (41 m) ialah Sun Pagoda. Yang belakang tu, diperbuat daripada kayu dan jubin kaca, ialah Moon Pagoda, 7 tingkat (35 m) tingginya

Ada jambatan untuk ke Moon Pagoda tu. Tapi kalau nak ke Sun Pagoda kena guna sebuah terowong bawah air yang menghubungkan kedua-dua pagoda ni.  

Dikatakan masa siang Sun Pagoda membalikkan sinaran matahari dan Moon Pagoda balikkan cahaya bulan. Hence, their names.  

Ada 19 jambatan yang menghubungkan 2 sungai dan 4 tasik ni. Jambatan yang ini ialah Zhongshan Middle Road Bridge. Ada ukiran cantik di bumbung bawah jambatan ni. 

Kata Francis earlier, dulu ada banyak rumah-rumah dibina di tepian sungai dan tasik di kawasan ini. Tapi kerajaan tempatan telah memindahkan perumahan tu dan sekarang dijadikan taman-taman yang cantik menghijau dengan pokok-pokok rendang. 

Terletak di Tasik Banyan, ini adalah jambatan pertama yang telah diperbuat daripada kaca kristal di China. Elegan dan transparent, jambatan itu berkilauan pada waktu malam bila lampu berwarna-warni dipasang.

Sebuah pavilion di tepi tasik.

Hotel mewah di Tasik Rong.

Ini pula ialah the Ancient Banyan Twin Bridge di Tasik Shan.

Memasuki Tasik Rong. Ini ialah Yingbin Bridge.


Jambatan mini 'Golden Gate Bridge of San Francisco' ni namanya ialah Lize Bridge.

Ni di bawah Lize bridge. Nampak senang je mereka sauk jala tu dan dapat ikan besar-besar. Nak kata mereka ternak ikan-ikan tu tak nampak pulak sangkar atau kepungan. Ke tasik ni ada banyak sangat ikan?



Ini pula ialah Guanyi Bridge.


Ada lukisan di bawah bumbung jambatan ni.



Di sekitar tasik-tasik ni ada ramai juga penduduk-penduduk setempat bersenam atau berjalan-jalan. Sememangnya kawasan tepi tasik-tasik ni sesuai untuk beriadah. 

Bangunan dalam foto kanan ialah the Affliated Hospital Of Guilin Medical University.

Selepas Guanyi Bridge kami mula masuk ke Gui Lake yang lokasinya di outskirt bandar. Cantik lake ni.
Bertambah cantik bila ada floating house dan rakit-rakit cormorant fishing ni dengan backdrop pokok-pokok hijau dan gunung yang dipanggil 'South Korea Garden'. Garden ni bersambung dengan 'Metasequoia Garden'. Di sinilah diadakan 'Large Fishing Lights Show' which is an evening show.  

Biasa la saya bila ada subjek macam ni mesti ambik gambarnya lebih-lebih sikit.. hehe.




Kalau tak silap inilah 'Metasequoia Garden'. Bersetentang dengan garden ni ialah 2 lagi taman iaitu 'Banyan Garden' dan 'Gingko Garden' tapi tak sempat nak ambik gambar taman-taman ni kerana terlalu asyik ambik gambar rumah apung dan rakit-rakit cormorant fishing tadi.. hehehe.  

Di sini ramai juga pemancing ikan. 


Tiub-tiub atau corong-corong hijau dan merah tu ialah sangkar menyimpan ikan yang dapat ditangkap supaya ikan-ikan tu terus segar berada dalam air.

Ini ialah Boaxian Bridge. 

Seperti di jambatan yang awal tadi di jambatan ini juga ada lukisan-lukisan. 


Jambatan merah beralun-alun tu namanya Xiqing Bridge.

Ada satu pokok banyan yang sungguh besar. Mungkin dah beratus tahun umurnya.

Xiqing Bridge.

Ada petrol pump untuk bot-bot.


Tak pasti apa nama jambatan ni tapi nama jalannya ialah Yiwu Road so kita panggil Yiwu Road bridge je la.. hehehe.


Ini pula Zhongshan Road so we call this Zhongshan Road bridge. Bukit di belakang tu I think is the Bao Ji Hill. Setentang dengan bukit tu ialah Ying Wo Hill (Parrot Hill) tapi tak nampak sebab kabus tebal. Bawah Zhongshan Road bridge ada tulisan Cina, I think perhaps they are famous poems. 

Memasuki Tasik Mulong.

Ini adalah Mulong Pagoda, salah satu pagoda yang cukup terkenal dalam siri cruise 4 tasik 2 sungai ni yang berlatarbelakangkan Tie Feng (Iron Sealed) Hill.


Hujan pun dah mula renyai-renyai so kami keluar ke open deck di belakang bot. 



Pemandangan-pemandangan di sekitar Mulong Pagoda.





Mula nak masuk ke Sungai Li pula. Tapi sebelum tu disebabkan perbezaan tahap air antara Tasik Mulong ni dan Sungai Li bot-bot mesti lalu di lock gates atau boat lift. 

Melalui lock gate. Kena tunggu giliran sebab cuma 2 bot sahaja yang boleh muat dalam kepungan tu. Cuma dalam 10 minit je menunggu. 

Bot kami pun masuk ke area kepungan untuk 'lift' our boat up (or in our case to 'lift' down) to the water level of Li River. My wife and I were very excited by this experience.. hehe. 

Bukan kami je yang excited it seemed.. hehe. Ye la kan, how often do one get to be 'lifted' up/down in a boat.. hehe. 

Kelihatan air Sungai Li lebih rendah dari tahap air Tasik Mulong. 

Sistem hidraulik digunakan untuk menutup dan menolak pintu kepungan dan bagi mengawal tahap air supaya sama sebelum bot dilepaskan ke Sungai Li. 

Bot pun berlepas ke Sungai Li selepas 'dikurung' dalam kepungan selama kurang 10 minit.. hehe.

Masa tu hujan dan berkabus agak tebal. So foto-foto berikut agak kurang jelas.

Ini adalah Fubo Hill, sebuah bukit karst. Juga dikenali sebagai 'Wave-Subduing Hill'. Merupakan among the few hills yang terpacak di tengah kawasan rata tak seperti bukit-bukit atau gunung-gunung lain di Guilin. 
Kerana lokasi dan ketinggian bukit ini, ia 'melembutkan' arus ombak dari menjadi whirlpools. Sebab tu juga dikenali sebagai 'Wave-Subduing Hill'.

Dari bot kami dapat melihat kegiatan harian penduduk setempat.

Locals yang sedang membasuh kain baju.

Menikmati pemandangan Sungai Li di dalam hujan renyai.. hehehe.


Seterusnya kami sampai ke Liberation Bridge. 
Jambatan asal Liberation Bridge ni dibina pada tahun 1939. Musnah dibom Jepun pada 1944 dan diganti dengan temporary bridge called 'Chung Cheng Pontoon'. Pada 1951 dibina yang sedia ada ni. 

Pemandangan sekitar Liberation Bridge.

Suddenly kami ternampak sesuatu bopping up and down dalam sungai. Ehhh... laaaa... ada orang tengah mandi! Tak ke sejuk!!??

Juga orang tengah basuh kain baju. Baiknya si husband (I'm assuming that's the husband la) tolong basuh kain dengan bini. Di belakang tu ialah salah seorang perenang di Sungai Li ni. 

Ini adalah the Six Horses Pier of Liberation Bridge where there are six bronze horses.

A dog and its owner. 

Ini pula adalah Elephant Trunk Hill. Bukit Karst yang dikatakan seperti seekor gajah tengah minum air. Nampak tak?

Tak nampak? Ok, saya tampallan shape gajah. Ye, ni pandangan dari depan gajah tengah minum air. 

Yang ni pulak pandangan dari sisi. Sebenarnya tak de la nampak sangat macam gajah tapi sikit-sikit tu ada la.. hehe. 

Mengikut lagendanya, bukit ini adalah jelmaan gajah milik Emperor of Heaven. Bila Emperor of Heaven ingin menakluk bumi, gajah ini dipaksa bekerja keras membawa Emperor ke sana dan ke sini sehingga akhirnya Sang Gajah jatuh sakit.

Sang Gajah kemudiannya diselamatkan oleh sekumpulan petani dan dirawat sehingga sembuh. Sang Gajah yang merasa terhutang budi kepada petani yang merawatnya enggan pulang ke pangkuan Emperor of Heaven di kayangan dan ingin tinggal di bumi.

Emperor of Heaven menjadi marah apabila Sang Gajah enggan pulang ke kayangan. Maka pada suatu hari sewaktu Sang Gajah tengah minum air di sungai, Emperor of Heaven telah melibas pedangnya mengenai Sang Gajah sehingga menyebabkan Gajah bertukar menjadi batu.

Kami diberitahu ada sebuah gua di dalam Elephant Trunk Hill tetapi gua ini tidak dibuka kepada orang awam kerana ia telah dipajak oleh sebuah syarikat awam tempatan untuk memeram rice wine di dalamnya.

Lubang bawah bukit karst ni dipanggil 'Moon Over The Water Cave'. Dikatakan bayang gua ni nampak macam bulan penuh masa malam bulan terang. 

Bot patah balik menuju ke jeti berhampiran Elephant Trunk Hill. 


Tiba di jeti. Francis sudah sedia menunggu kami. 

Sementara menunggu bas, sempat took a few shots :).

Memang cantik taman-taman di Guilin ni. Lagi la masa hujan ni, nampak fresh, green dan berkabus. So nice lah.  





Lepas semua naik bas, kami diberitahu next kami akan dibawa ke herbs center. I heard some ahli rombongan groaning.. hehe. Saya faham. 

Gulinese. 



Sehubungan lawatan kami nak ke herbs center tu, Francis bercerita kenapa herbs adalah sangat penting dalam kehidupan orang China. Ini adalah kerana kos perubatan moden adalah mahal dan ramai yang tak mampu. Jadi mereka go for perubatan tradisional Cina. 
Tambah Francis banyak herbs dan ubat-ubat Cina adalah bagus dan cukup berkesan. Dia bercerita tentang seorang kenalan beliau yang bapanya kena stroke hingga lumpuh sebelah badan. Tapi setelah mengambil ubat-ubatan dan Chinese herbs si ayah sekarang sudah boleh takes care of himself in doing most of the daily things.

Kami pun sampai ke herbs center ni bernama Zangbaoge. Here we go! Just trying to get myself excited.... hehe. I totally did not expect that this visit will be one of the most memorable things that happened during this trip.. haha.  

So brace yourself... panjang ceritanya ni...


Kami disambut dan diberi taklimat kehebatan herba-herba yang ada di kedai ni oleh seorang internal guide yang boleh berbahasa Indonesia. 
Those were very comfortable sofas....hehehe. 

Sambil mendengar penerangan, staff-staff lain sibuk menyediakan tempat merendam kaki kami dengan menuang air panas yang direndam dengan satu sachet herbs. 

Memang le sedap dapat rendam kaki dalam air panas. Pandai betul mereka made us felt comfortable. Bukan setakat rendam je, siap bagi free foot massage. Pandai betul mereka 'held us hostage'.. hehehe. Ye la, memang la boleh refuse but it was hard to resist the nice soothing feel of warm water enveloping my tired feet and to top it off with a reflexology treatment pulak.. hehehe. Layan je la. 

And now the interesting part. 

A 'doctor' [foto bawah bercermin mata - apperently he is the Chief doctor] who was introduced by the guide sebagai seorang yang sangat mahir dalam perubatan Tibet, mula memberi penerangan dalam bahasa dia yang diterjemah oleh guide. 

Guide tu juga bersungguh-sungguh 'selling' to us the 'doctor's' credibility and expertise to basically convinced us whatever yang 'doctor' tu diagnose [free diagnose some more ok] without doubt adalah tepat and must be taken seriously. 

At one point the 'doctor' claimed that dia telah merawat begitu ramai 'pesakit' dari Malaysia dengan begitu sukses kerana telah menerima banyak repeat orders for the herbs medicines dari kedai ni. 'Doctor' tu siap keluarkan handphone dia menunjukkan pada kami foto dia posing dengan seorang wanita bertudung yang dia kata adalah dari Malaysia to proof that she was one of the patient that he had supposedly successfully treated. 

Masa penerangan ni saya terperasan 'doctor' tu dan yang sorang lagi tu asyik tengok saya. Then saya perasan staff-staff yang lain pun begitu juga. I thought it was just me being paranoid tapi my wife pun perasan. 

Then betul la sangkaan saya yang saya dah di target. Terus 'doctor' tu datang dan duduk depan saya dan melalui guide [yang memakai microphone.. aduh malunya] yang menterjemah apa dia kata dan terjemah juga apa yang saya kata pada doktor tu, memulakan the 'free diagnose'. Lepas tanya a few questions like my umur, height and weight, the first preliminary checks were the heart beat on my left wrist, not exactly at the middle part but slightly to the left of the wrist with palm facing up. Kalau ada beat, ha.. tu normal. Kalau tak de denyutan nadi as in my case, haaa... tu maknanya saya ada problem kesihatan yang serious. Dia siap demonstrate pada wrist isteri saya dan wrist dia sendiri yang memang kedua-duanya saya rasa berdenyut while I had none!

Check yang kedua, dia tekan dengan satu jari bahagian tulang kering kaki kiri saya. Lepas he lifted his finger, ada lekok pada bahagian yang ditekan tadi yang sepatutnya pada orang yang sihat akan timbul rata semula. 


So I had failed 2 checks. Somehow the 'doctor' summise that one of my internal organ [lupa dah yang mana satu dia kata] is failing and if not treated immediately [presumably with his medicines and herbs la kan] I will be in danger of having serious health issues. And all the while conversing and sharing his 'diagnosis', the translations were 'announced' using a microphone by the guide. Malunya now that semua ahli rombongan dalam bilik tu tau I was in such a bad shape.... hehe. 

Masa tu saya dah mula faham taktik mereka. The 'doctor' was trying to scare me with his diagnoses and in 'announcing' them in turn were scaring the others as well, or at the very least hoping that the others would want to be checked as well. Saya telah dijadikan macam contoh pulak of what a 'seriously' ill person is. Of course ultimately nak kami beli produk-produk dia la. 

Next he asked if he could check my stomach. Haaa... my stomach. Malu le nak tunjuk perut yang seksi bulat ni.. hehehe... 

Never mind, let's just play along.

Terus 'doktor' tu sapu perut saya dengan cecair yang dia kata alcohol dengan kapas pada kiri, depan dan tepi perut. Lepas tu dia sapu dengan satu lagi kapas yang ada cecair lain pada bahagian-bahagian yang sama. Note: masa dia sapu-sapu tu saya notice tangan 'doktor' mengeletar. Agaknya up till that time dia baru a few times je buat con ni kot. Atau perhaps kerana the moment he sat in front of me saya dah mula baca apa yang patut dan berdoa perlindungan dariNya. Wallahu a’lam.

And lo and behold!! Yang belah kanan perut saya bertukar jadi warna merah macam dalam foto bawah ni! It was so red in color I was actually shocked and worried. Actually worried takut habis la t'shirt aku kena red coloring tu.. hahaha. 

Diagnosis: 'doktor' tu kata saya ada masalah liver. Yang kronik. Kalau tak ubat segera itu ini akan berlaku. Taktik yang digunakan ialah to shock and to scare and to intimidate nak kasi saya worried and felt helpless and paksa me to take action immediately. Keras cara dia cakap hoping that I would succumb to the intimidations and suggestions and buy his medicines. Fyi, the herbs/medicines yang dia suruh saya beli was for a 2 months' supply yang harganya nak dekat RM3,000.00. Giler!

Saya yang dulu pernah cuba herbs supplements Ayurvedic sehingga menyebabkan peningkatan sejenis enzim dalam hati saya, tentu saja tak akan beli apa-apa produk herbs di kedai ni especially yang taken orally. Walau pun betul apa yang the so-called 'doctor' kata sekali pun. I explained my experience with the ayurvedic, the side effects, to the 'doctor' tapi still dia tak endah dan tetap menakut-nakutkan dan paksa saya beli, dengan suara yang tegas. Amboi... aku tendang baru tau! Still I maintained my cool. So saya suruh translator tu ask the 'doctor' this question, 'Who should I trust? A doctor who had been treating me for 7 years or someone [notice I did not address him as a doctor] who I just met for 10 minutes'. Dengan muka dan nada suara takut-takut si translator tu bagitau si 'doktor'. Saya pulak keep saying to the translator, 'Ask him!!', 'Ask him!!' dengan tegas. Terus muka 'doktor' tu jadi marah, mumbling apa tah [like I care... phuff..] dan terus dia blah. Good riddance!! Saya tanya translator tu 'doktor' tu marah ke? She said yes. I said, 'Good'. 

Huiii... such drama. And at a herbs center lagi! And who said no fun can be had at these government shops... hahahaha... 

Then I realised something. Kenapa mereka nak resort to taktik macam tu. Kalau tak takut-takutkan tak boleh ke? Tak tau ke orang tak suka kalau dipaksa. Lagi la harganya yang sangat mahal. Tak tau ke people will talk about your con? 

Still saya faham hidup mereka mungkin susah. Dan 'gaji' yang mereka dapat mungkin cuma dari hasil 'jualan' mereka sahaja. Jadi mungkin terdesak dan guna cara-cara tak betul. Tapi saya baca ramai orang putih yang belanja beribu dollars beli produk mereka. 

Still saya beli sachet herbs untuk rendam kaki. Saya memang ada sakit-sakit kaki so I hope these will help.

Lepas tu kami went for lunch. 



On the way tu ternampak vending machine ni.. hehe.




Kami makan tengahari di Endian Halal Restaurant.

Bersambung.....

Di bawah adalah links untuk semua entries Yangshuo dan Guilin saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Naik lift untuk bot!!
    mau tak excited!!
    ada video tak ??

    emperor cina memang jahat-jahat dan kejam kan!!??
    siksa gajah
    buat kubur besar besar..
    paksa buat tembok..

    chop..
    tarik napas..
    dan gelak kehkehkehhhhhhhhhhhhh...

    sambung jap lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, dah balik baru teringat lupa nak ambik video sebab sibuk sgt taking photos. Tapi nak video susah sikit sebab ramai kerumun masa tu.

      Emperor China empire besar, sgt berkuasa, almost godlike so mereka buat apa yg mereka suka. Mereka bukan kisah reputations ke apa ke kan. Give orders, all will obey.

      Kisah di herbs tu ke? Hehehehe...

      Delete
  2. Ha!!
    bagus !!
    kena kan dia orang !!!
    asik nak nipu je!!
    tak ada nadi??!! hahhahaha.. bahaya tu en syed!!

    en syed duduk depan sekali kot... senang nak target!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau gak masa tak de rasa nadi tu doc. Very convincing conning. Pandai betul buat saya panik! Jahat betul!

      Saya duduk 2nd row tapi di tengah2. Tak tau kenapa saya kena target. Tapi kalau tak jadi target tak de la cerita ni kan.. hehehe...

      Delete