Monday, May 30, 2016

YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 03 - PART 03 - ZHENGYANG PEDESTRIAN STREET AND SHAKING MAGIC SHOW

Sambung cerita....

Malam tu kami akan tonton satu show di Mirage Guilin pada pukul 7:30 pm jadi Francis bawa kami makan malam dulu di Zhengyang Pedestrian Street.
Guilin Zhengyang Pedestrian Street digelar 'jalan komersial pertama untuk membeli-belah di barat China'. Panjangnya betul-betul 666 km [666 adalah salah satu daripada nombor yang paling bertuah dalam budaya Cina] bermula dari Selatan Binhu Road ke Timur Jianfang Road. 

Sebagai salah satu tarikan terbaru di Guilin, jalan ini mempunyai banyak bangunan berstruktur ala binaan China dicampur dengan beberapa elemen bangunan-bangunan Western kolonial. Macam-macam dijual di sini dari jed hingga teko dan juga pakaian, tenunan, perhiasan, cenderamata serta kraftangan kaum-kaum minoriti dan hasil sulaman.

Durian pun ada dijual di sini. Francis kata truthfully durian Malaysia adalah lebih sedap. Dia cerita masa dia ke Malaysia about a couple of years ago kerana hal kerja, rakan dia di Malaysia telah bawa dia makan durian Musang King. Dia kata, 'Uuwwaaahhh.... so so good that durian'... hehehe. 

Masa ni pedestrian street ni tak begitu sibuk. Mungkin sebab tengah hujan renyai sikit. 

Sesekali dapat lihat pekerja di kedai membuat demo bagaimana jajan atau sneks/food stuff yang dijual di kedai mereka tu dibuat. Contohnya pekerja ni tengah menumbuk adunan untuk membuat kek traditional Guilin dari bunga osmanthus. 
Guilin bermaksud 'hutan sweet osmanthus'. Pokok-pokok malar hijau oosmanthus tumbuh di dalam dan sekitar bandar Guilin. Musim luruh adalah musim bunga osmanthus yang berkembang dalam tandan-tandan kecil dan mengeluarkan bau yang wangi. Oleh itu ia digunakan secara meluas dalam masakan.

Inilah bunga osmanthus.  
Terdapat banyak cara untuk menggunakan bunga kecil osmanthus warna emas kuning ni seperti dalam makanan, minuman atau penjagaan kulit. Selepas dituai dan dikeringkan, ia boleh digunakan untuk menghasilkan teh osmanthus, wain, kek, sos dan lain-lain.

Di sana bukan New Balance tapi New Bailone. 

Wahh... masa lalu di kedai ni, bau sedap sungguh. Bau fresh cili. Pekerja ni sedang chopping cili menggunakan 2 parang besar dengan kedua tangan kiri dan kanan beliau serentak. Memang le berterbangan sedikit serpihan cili dan bijik cili. 
Cili Guilin memang terkenal dengan kepedasannya dan adalah campuran cili, bawang putih dan tapai kacang soya. Patut la harum!

Dan kami pun menuju ke restoran untuk makan malam. 

Dinner kami di restoran halal ni yang bernama 'The Brand Of Beef Noodles'.

Suasana dalam restoran.

Dan mesti la ambik gambar pekerja restoran ni buat mee tarik. 


Fascinating!




Dari depan restoran saya ke dapur restoran pulak... hehe... Bukan apa, saje curious nak tengok.. hehehe. Cara mereka memasak memang la begitu pantas sekali. All using fresh ingredients.

Our simple but very delicious dinner. Daging kambing berempah cucuk pada tooth pick tu was so awesome! And the vegetables are fresh and crunchy! ❤ ♡ ♥ :-9

Sempat gak ambik foto-foto staff di restoran ni. 

Ok, selesai makan masih ada masa lagi untuk kami jalan-jalan di Zhengyang Pedestrian Street ni. More photography ahead ;). 

Terjumpa satu lorong yang memang dikhaskan untuk penjaja makanan. Baunyaaaa..... sedap... grillings, BBQ etc. Tapi tak de yang halal :(.
Ada chicken wings. 

Ni kalau tak silap ialah kepah atau tiram yang di panggang dan dalamnya diisi juga dengan nasi berempah. Something like Turkish's Midye Dolma [stuffed mussels with aromatic rice].

Ni pulak janggut sotong panggang. Dah banyak-banyak gitu nampak macam alien's tentacles pulak... hehehe. 

Ada ikan panggang. Yang ni nampak macam tak popular sebab tak de pembeli berkerumun macam di gerai lain. Also rasanya susah sikit nak makan ikan. Orang China situ saya noticed mereka makan sambil berjalan. So kot makan ikan tercekik pulak.

Wahh... yang ni paling impressive. Tengok la jentera pemanggang kebab daging ni! Setiap batang kebab daging tu berputar pada pemegangnya dan in turn the whole batch of kebabs were rolling on the conveyor belt at a slow and steady speed. Masa berpusing tu batang kebab tu akan terendam dalam sos dan berpusing naik ke bahagian pemanggang pula. The enticing juices that flows from the beef and the amazing grilling smell made my mouth water lah walau pun baru lepas dinner.. hehehe... 

Sotong lagi. Masih mentah lagi ni.


Juga ada snek goreng-goreng. 

Sausages and cakes.

Yang ni jual roti naan. Siap ada naan oven. Made fresh. Nice. 

Ini juga grilled clam stuffed with fragrant rice. 

Gerai roasted corn ni cukup popular sekali. Sedap kot jagung tu. Nampak pekerja ni tuang sos dan sprinkled some seasoning. Or may be they were something sweet like sweet savory punya snack. Nampak macam halal je. 

Tak tau tu beef ke, mutton ke atau pun oink oink. Tapi rasanya bukan yang latter tu sebab tak de bau yang meloyakan. More like bau kambing panggang.


Shawarma pun ada. Tadi ada naan, kebabs, the grillings, stuffed rice mussels... macam kuat pulak influence India/middle eastern kat sini. 

More grills. That girl looked so happy dapat food dia. Lama kot dia beratur.. hehehe. 

Ada juga juices and cakes.


Overall, tak de bau yang meloyakan. Malah sedap-sedap! Anyway, it was quite a nice unexpected experience for me for being able to do a bit of street food photography.

Masuk semula ke main road. Mereka ni juga seperti pekerja yang awal tadi menumbuk adunan untuk membuat kek dari bunga osmanthus.  

Chopped chilies. Tadi ada nampak sepasang pelancong dari India beli beberapa botol cili ni. 


Ini pula section restoran/gerai jual masakan makanan laut. Segar dan masih hidup. 

Masa kami lalu tu tetiba ada sekor ikan besar melompat dari satu besin merah ke besin merah di sebelah. Terkejut! Nasib baik tak melatah.... hahahaha... 

Sebelum makan pelanggan boleh pilih makanan laut mana yang mereka nak. 



Then it was time to see the show. 

Nama show ni ialah 'Shaking Magic Show - Dreamers Between Landscape'. 'Shaking'? Agaknya mereka nak kata persembahan yang 'menggegarkan' kot.. hehehe... Anyway, show hampir sejam ni mempersembahkan lagu-lagu yang disampaikan dengan style Opera-ish, tarian, akrobatik dan wonderful backdrop sceneries and special effects. Overall temanya bagai meraikan 'hadiah' yang dikurniakan oleh alam semulajadi. 

Ok ni foto-fotonya :). Enjoy! 


Saya pasti the original traditional clothes untuk wanita kaum ni tak la begitu pendek dan seksi.. hehehe... 

Start dah akrobatiknya.

Budak-budak sangat lagi mereka ni.



Memang impressive.







Ni la budaknya yang dok melayang melambung di udara tu. Macam masih bawah umur 10 tahun je lagi. Hmmm.. makes me wonder how is China's law regarding child labor?






















"Seorang gadis adalah bulan di langit.
Seorang budak lelaki adalah batu di atas bukit.
Bulan yang bersinar pada batu tidak lagi bulan dengan dirinya sendiri.
Batu yang bermandikan cahaya bulan adalah batu dan bulan digabungkan.
Digabungkan dan abadi, mereka tidak akan berpisah".

Gitu :).








Melintuk liuk macam ikan sedang berenang-renang :).



Yep, it was pole dancing actually.. hehehe...

Kuat betul kepitnya sampai melekat tak melurut!



Tak tau ni kelawar ke atau gagak.



More acrobatic actions. Kids 'darting' all over the stage.


Some quite amazing actions. What's amazing too was that I was able to freeze these actions! Hurrah! :)



































Makin lama makin ramai naik basikal tu. Penonton semakin cemas! I heard some audience were making gasping sounds.. hehehe. 











Mula-mula 1 motor.




Pas tu 2 motor.



And then there were 3 motorcycles. Gasp!! Will there be more? Some audience members were blurting out small screams! Cemas sungguh!



Nak kasi lagi cemas, lampu dipadamkan. Wah! How can they see one?

Now 4 motor!! Giler!!

And finally 5 motorsikal masuk dalam globe jaring tu dan berputar-putar dengan sungguh laju sekali! Memang hebat lah!

Para penunggang! Claps!

Bila penunggang yang ke 5 yang masuk dalam globe tu dengan dramatiknya menanggalkan topi keledar dia dan terjurailah rambut panjang beliau, the audience terkejut, gaspsed dan terus tepuk tangan. Wah! Seorang wanita rupanya! Hebat!

Francis beritahu kami yang dia kenal wanita tersebut. Dulu wanita tu buat the motor shows all over the world. Tapi bila dah tua sekitar usia lewat 20an, beliau sudah dikira not suitable for the job. Begitu just ahli akrobat di mana 'tempoh karier' mereka adalah pendek. Since mereka dah tak de skills lain untuk mencari rezeki maka mereka pun join show seperti di Mirage Guilin ni. 

Sebuah lagi tarian.



Menyanyi seperti stail opera. Bagus suara mereka actually.




Acara penutup. Taking the bows. 






Overall, it was quite entertaining. There were moments that made the show great but there were others I felt macam just nak make the show longer. The acrobats were quite predictable, something that's been done before many times and lack the creativity and 'wow' moments. Last time kami tengok yang di Shanghai [nama show 'The Romance of Song Dynasty'] was 10 times better.

Anyway, lepas show tu kami pun ke Baigong Hotel untuk bemalam di Guilin ni. 

Apparently hotel ni biliknya ada tema. Bilik Doraemon pun ada.. hehe. 

Bila kami masuk je bilik, tu diaaa.... honeymoon suite yang kami dapat.... hehehe.

Bilik berlampu kelam romantik purple pink, katil bentuk cengkerang [bulat tilamnya so kaki asyik je la terjulur off the mattress.. hehehe], ada cermin di headboard katil [ehhh....], ada 3 cermin bulat di siling [ehh.. ehh....ehh....] dan.... ada lagi....

Ada juga benda ni on the table. Huishhh.... tak pernah dok hotel macam ni sebelum ni. Dan.. bukan tu je... 

Pada kad kunci bilik ni juga ada dilekatkan kad ni. Mula-mula tak perasan tapi bila insert the key card into its slot to turn on the lights, call kad ni slipped of the key card. 
Translation tulisan pada kad ini:
"Anda akan merasa kemesraan kami yang romantis. Miliki kami malam ini dan anda tidak akan merasa kesunyian".
Dari 'Kelab Melepas Sunyi'.

Tu dia... hotel ni ada servis pelacur. Kenapa la travel agent kami pilih hotel ni?

Bersambung....


Di bawah adalah links untuk semua entries Yangshuo dan Guilin saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.