Friday, April 22, 2016

KOREA TRAIN EXPRESS [KTX]

Pagi tu kami ada urusan di KL Sentral. Selesai awal so since banyak masa lagi kami pun decided to jalan-jalan di Nu Sentral Mall.

Ehh... ada kedai ais krim. Jom singgah kejap. Best jugak pagi-pagi makan ice cream.. hehehe...

Selesai kami jalan-jalan lagi dan ternampak ada pameran Korea Train Express di tingkat 1 mall ni. Macam menarik je. 

Ok, prelude sikit, pada 2010, Kerajaan Malaysia telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi [ETP - Economic Transformation Programme] dengan objektif untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Di bawah Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang [GKL/KV] Bidang Ekonomi Utama Negara [NKEA-National Key Economic Area], Keretapi Berkelajuan Tinggi Koridor Selatan [HSR-High Speed Rail] adalah salah satu daripada projek permulaan yang bertujuan untuk meningkatkan kedinamikan ekonomi ibu negara Malaysia serta kedudukan livability berbanding dengan bandar-bandar global yang lain.

Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi [HSR-High Speed Rail] Kuala Lumpur–Singapura ini adalah dicadangkan untuk menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Singapura. Pembinaan dijangka bermula pada 2017 dan siap pada 2022.

Ini adalah laluan trek keretapi laju KL-Singapura yang dicadangkan. 

Objektif utama bagi pembinaan HSR adalah untuk mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit dengan mengukuhkan perkaitan antara dua enjin ekonomi yang paling berdaya maju dan berkembang pesat di Asia Tenggara. Di samping itu, HSR memberi peluang untuk membuka dan 'menghidupkan' bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia dengan menghubungkan mereka kepada kedua-dua metropolis utama ini. HSR adalah mod yang cekap dan selamat, pengangkutan yang menjimatkan masa perjalanan dengan dramatik.

Laluan keretapi laju ini: Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri [Nusajaya] dan Jurong East, Singapura.

Sumber: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat [SPAD].

Latest development: Dicadangkan untuk memulakan dua perkhidmatan - yang akan pergi terus ke Singapura, dan satu lagi yang akan berhenti dengan perkhidmatan transit di Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Nusajaya, dan kemudian Singapura. 

Dan Korea Rail Network Authority [KRNA] adalah salah satu konsortium yang sedang berusaha untuk dapatkan projek keretapi laju ni. So mereka set up dewan pameran Korean Train eXpress (KTX) di Nu Sentral di Lot 08 dan 09, Tingkat 1, Nu Sentral.

Pameran telah diadakan bertujuan untuk berkongsi teknologi keretapi berkelajuan tinggi dengan pengunjung tempatan yang dapat melihat sendiri cara pengangkutan yang lebih cepat, selamat dan lebih mudah.

Dikatakan kalau Korea Selatan dapat projek ni, syarikat itu bersedia untuk menyerahkan teknologi dan pengetahuan kepada Malaysia, iaitu pemindahan teknologi kedua-dua perkakasan dan perisian, termasuk kereta rel, infrastruktur, pengetahuan penyelenggaraan dan juga program-program untuk membantu Malaysia menggunakan teknologi-teknologi ini. Ini bermakna Malaysia akan boleh mengendali dan melaksanakan HSR sendiri di masa akan datang.

Keretapi HSR pertama KTX adalah berdasarkan model Alstom TGV Perancis [Train à Grande Vitesse] yang dibuat pada 2004.

Pelawat boleh membaca paparan informasi teknologi tinggi dan menonton tayangan-tayangan video yang memberi maklumat tentang teknologi keretapi laju terkini, pembinaan keretapi laju dan pembinaan landasan dan stesen-stesen keretapi.

KTX's success stories.









Ni video-video yang sempat saya rakam :)








Pada masa ini, KL-Singapura dihubung dengan 3 mod utama pengangkutan: udara, jalan raya dan keretapi. Dengan keretapi laju KTX, ia akan ambil masa cuma 2.5 jam sahaja berbanding dengan 5 jam jika memandu. Sila rujuk foto bawah untuk perbandingan dengan jenis-jenis pengangkutan lain.

Ada simulator 3D ni juga. Tapi masa kami di situ simulator tu rosak pulak. Agaknya ramai sangat pelawat-pelawat yang dok godak-godak benda tu sampai jahanam.. hehe.


Di pameran ini juga ada teater 4D dengan 6 tempat duduk yang dibina dalam rangka bentuk lokomotif keretapi berkelajuan tinggi. Ada jadual waktu tayangannya.

Dan ni la video dari teater 4D ni yang sempat saya rakam. Berlapis-lapis la tapi image nya.. hehe :).

Dan di pameran ini juga ada beberapa young ladies menjadi petugas yang sedia menjawab apa-apa soalan yang bersangkut paut dengan KTX dari para pelawat. Saya pun ada tanya and they are quite knowledgable. 

Selain Korea, Jepun juga menyasarkan untuk mendapatkan projek KL-Singapura ini. Pada peringkat awal 14 syarikat dan konsortium telah dijemput untuk membentangkan idea mereka untuk projek ini termasuk France's Alstom SA, Germany's Siemens AG, Spain's CAF and Talgo SA, Canada's Bombardier, kumpulan yang diketuai oleh China Railway, serta konsortium dari Jepun dan Korea Selatan.

Setakat ini kira-kira 150 syarikat telah menyatakan minat mereka. Manakala kedua-dua China dan Jepun kuat bersaing antara satu sama lain bagi mendapatkan projek-projek HSR di seluruh dunia. 

Pasal kosnya pulak. Pada 2007, masa Germany’s Siemens AG, put in a proposal to build the HSR, kos buat porjek ini adalah RM8 billion. Dalam pembentangan oleh China Railway pada Disember tahun 2015, tag harganya RM70 bilion, meningkat daripada RM65 bilion beberapa bulan sebelumnya, yang dulunya masa bulan Mei adalah sebanyak RM40 bilion.

Harga tiket pergi-balik keretapi laju KL-Singapura ni nanti adalah dianggarkan dalam lingkungan RM400.00. 

Menarik pameran ni. It is unlike anything I have attended before. Saya suka betul tengok ilustrasi teknologi-teknologi yang digunakan dari tayangan video. Dan tayangan video di teater 4D juga sangat informative. 

Ok, dah jom balik :).


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments: