Friday, April 8, 2016

HARI TU

Siri 'Hari tu' kembali lagi :).

Hari tu MITI ada buat karnival Malaysia - Ke Arah Daya Saing Global di Ampang Point Mall. Jom tengok apa ada. 

Ok, di gerai pertama yang kami singgah ialah gerai jual Sate Kebab. Ada Sate Kebab ayam perasa lada hitam, beriani dan pedas. Ada juga sate kebab daging perasa original. 

Saya rasa sample sate kebab ayam lada hitam. Memang sedap! Saya pun nak beli tapi tak siap bakar lagi so kami pun round dulu.


Next gerai. Yang ni jual keropok lekor. Hmm.. boleh la. Macam yang kat pasar malam tu, yang kosong gelombong dalamnya. Saya lepas rasa keropok lekor yang asli di Terengganu, tak nak dah makan keropok lekor yang lain.. hehehe. 

Gerai ni pulak ni jual seaweed bottled drinks perasa lemon dan orange, maruku, sambal goreng kentang dan kerepek-kerepek. I wonder how the seaweed drink taste like.

Akak ni pulak jual produk Mr. Tempe iaitu tempe stick. Macam-macam. Saya sample satu, sedap especially makan masa panas-panas tu. Tempe jejari ni ada dicampur dengan rumpai laut. A cultured cake soyabeans. 

Gerai yang ni pun jual keropok lekor jugak, Keropok Lekor Tanjung Piai. Ada perasa kari, tom yam dan lada hitam. Ada juga keropok yang dah siap digoreng so boleh beli terus makan. Saya beli satu cup dan keropok tu keras macam boleh pecah gigi saya. Agaknya pun, tak ke cuba kunyah sekeping dua lepas goreng tu testing sikit tengok rangup ke tak keropok tu sebelum jual. Terus campak dalam bakul sampah. Memang dah tak de rezeki saya nak makan keropok tu. Ada juga keropok segera 'Lekorista' perisa asli. Lekor Chips maruku ikan pun ada. Juga ada serunding ayam, ikan dan daging. 

Yang ni pulak Angio Jus. Saya rasa sample... Oooii... tak sedap! Very strong taste. Produk kesihatan selalunya gitu la kan. Dibuat dari madu, cuka epal, pati lemon, pati halia dan pati bawang putih. 


Kak Zah jual biskut. Saya rasa sample. Macam biskut raya la. Sedap? Hmm... biasa je pada saya. Tapi saya cuma sample satu jenis je. Yang lain tak tau. 

Saya suka karipap. Dah rasa macam-macam karipap. Dan karipap frozen gerai ni memang sedap! Saya pun beli. Pilih yang panas-panas, yang baru digoreng dan makan masa tu jugak.. hehehe. Ada karipap ayam dan daging.  

Yang ni minuman malt coklat. Sekali pandang ingatkan Milo sebab packaging dan poster warna hijau. Tapi actually bukan. Saje kot pilih warna hijau tu. Hampir saya terkeliru dan tertipu.. hehehe... 

Haaa... gerai 'Nek Mok Sambals' ni unik produk-produknya sebab lain dari gerai-gerai lain. Ada sambal gesek, daging dendeng, sambal ikan bilis, sambal hijau, sambal belado dan rendang pucuk ubi. Ingat nak beli tapi sample tak disediakan dan orang yang jaga gerai pun entah ke mana masa tu. So terus kami blah. 

Ada juga gerai otak-otak dan sata. So boleh imagine la ya macam mana bau dalam mall ni.. hehehe... Harum semerbak bau macam-macam makanan. Kami beli dan rasanya ok. Again lepas dah makan yang di Terengganu, susah nak suka yang lain.. hehe.

Ini gerai McBamboo jual putu. Saya suka putu tapi tak pernah try versi bamboo ni. Hmm.. sedap jugak tapi saya still prefer putu piring sebab putu piring gula merahnya lebih rata.. hehehe. Anyway, I had a great time bersembang dengan husband and wife ni. Baik dan sangat peramah mereka berdua ni. 

Laksa pun ada. Yang ni gerai Laksa Beras Semoh.  

Gerai CocoV. Saya sample dip biscuit stick into the coklat sauce.. ooo... sedap tapi manis sungguh! These are chocolate milk and hazelnut spreads. 

Satu lagi kedai jual produk frozen. Keropok lekor Terengganu katanya. Masa saya lalu tu, lepas abang baju biru tu dan isteri dia rasa sample yang disediakan dan beredar, saya terdengar adik yang jaga gerai tu tu mengomel, 'Rasa je sampai nak habis keropok tapi tak beli pun' in a very annoyed sounding voice. Adik oooiii.. nasib baik abang tadi tu tak dengar apa kau bebelkan...   


Satu lagi pada saya gerai yang jual produk tradisional unik. Yang ni jual Acar Ikan Masin [ikan kurau dan talang], Acar Sesar Unjur, Ikan Tahai, Acar Buah dan Acar Sotong Kering. Mesti la saya cuba sample yang disediakan yang disapu pada roti.. sedap sangat!



Gerai produk murtabak pun ada. 

Gerai ni ada 2 meja. Satu jual paste masakan, rendang ayam dan daging dan ayam masak merah. Meja satu lagi jual Nasi Arab Uzbek, samada dengan ayam Tashkent atau kambing Tarmiz. Bau nasi Arab tu sangat menggoda!

Next gerai Puan ni pulak. Sambil dia memasak tu saya sembang dan interview dia. Dengan peramah dia bercerita kelainan produk dia dengan yang ada di pasaran kerana produk dia adalah kategori fusion. Contohnya Puan ni cerita tentang rendang peanut butter sauce dia. Sounds delish! Selain kuah rendang ayam, Puan ni juga ada develop dan jual kuah asam pedas kambing panggang dan kuah splash seafood platter. After talking to her I think she should have her own cooking show sebab petah betul dia bercakap :). 


Splash sauce tu makan dengan seafood platter. Rendang peanut butter sauce prepare dengan spaghetti. Asam pedas sauce dengan bruschetta. 

Next gerai jual bebola ikan, sotong dan ketam. Ada juga ikan pekasam talapia. 




Kisah lain pulak. 

Hari tu pegi jemputan orang kawin di TM Convention Center. Kami naik LRT je. Senang :).



Kami sampai awal. Pengantin belum sampai. So lepas makan jalan-jalan ambik gambar.. hehe..


Saya suka kebolehan handphone Samsung Galaxy Note 3 ambik gambar dalam situasi low light :).


Wah.. ni first time saya hadir majlis kawin ada dihidangkan popia. Fresh popia pulak tu. 

Hmmm... muda sungguh nampaknya pengantin ni.

I noticed the groom can't stop grinning.. hehe. 



Dah kenyang, balik le.. hehe.


Kisah lain pulak...

Hari tu kami try makan kat Paddington ni. Selalu pass by dan nampak macam sedap. 

Ambience dan deco typical macam style sekarang la. 

Western food. 




My wife had this. 

Dan ini order saya. Both huge portion. Jenuh. 

And the bill. Gulp! Tapi memang sedap la. Lain dari yang kami selalu makan. 

Hari tu pergi farmasi ternampak poster ni. Haaa.. duduk cangkung masa berak memang elok! :). 



Kenapa kita kena cangkung masa buang air besar.
Source

Beberapa pilihan yang ada. Tapi kalau tak nak keluar duit, pakai baldi ke, batu bata ke, tin biskut pun boleh.. hehehe :). 
Source

Healthy colon = happy life.
Jadi marilah kita jaga colon kita ya. 

And with that very important message, maka sekian dulu siri 'Hari tu...' buat kali ini :).

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. hahhahahaaa..

    ha ah kan..
    cari batu yang sesuai saiz dan ketinggiannya
    tak sampai rm 135 je pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly! Batu bata stabil sikit.... Hehehehehe....
      Mula2 shy la nak cerita pasal yak-yak tapi macam penting kan :).

      Delete