Sekarang ni venue orang kawin ada di macam-macam tempat. Mostly nowadays are hotels, club houses and halls. Hari tu kami ke satu wedding di Bukit Mahkota Club House di Nilai.
Sekarang ni style buffet je. Kalau yang seated tu kat venue yang kelas2 je la. Buffet senang, jemputan datang makan dan balik. Then next batch of jemputan datang.
Kalau style buffet ni biasa la, since dah kena cedok-cedok, korek-korek dek tetamu-tetamu yang lain, kita tengok pun dah tak 'indah' makanan tu dan dah berkecah-kecah.
Dan selalunya bahagian ayam yang saya nak mesti dah tak de... hehe..
Unfortunately the dessert was, well, kuih yang macam pancake tu liat dan kek tu pulak kering. Bila venue open macam ni tu la jadinya. I think the caterer should have anticipated this and prevent it.
From the looks of it, nampak pakej ni mahal. Semua perabot berselimut.. hehehe..
Pelamin.
Style pelamin sekarang. Deco with plastic flowers. Ye la kan bunga real mahal. Lagi la bukan dalam aircon, cepat la layunya kalau pakai bunga real.
Meja santapan pengantin. Quite typical actually. Nothing new here.
Mesti ada kek untuk acara potong kek. Actually saya tak tahu apa significant acara potong kek ni? Gaya barat kan?
Dan nowadays mesti ada DJ. Ada yang pasang lagu nasyid. Ada majlis pasang lagu-lagu romantik termasuklah lagu 'My heart will go on' oleh Celine Dion. Kot jangan bahtera perkahwinan karam macam Titanic dah le... hehehe
Pada saya paling susah nak dapatkan shots macam ni. Nak dapatkan lightning masa siang hari was such a challenge!
Boleh ler.. hehe..
Tak masuk frame betul-betul.. hahahaha...
Lift rosak adalah salah satu cabaran duduk rumah bertingkat. Kami dok tingkat 8. A few times kena panjat, macam nak tercabut lutut!
Love this Solat Apps. It got nice photos of mosques :).
A monsoon drain.
Spent a couple of hours di Nilai. Selling stuff in bulks. Saje je singgah jalan-jalan after attending a wedding.
Nak tengok apa benda yang dijual di situ.
Saw this uncle at this tepi corner satu jalan almost every morning. He would be cleaning the 'gods' and rearranging them. He would then start burning some incense sticks, squats and started praying.
It was quite fascinating watching this adik buat roti jala :). Saya tunggu dia siapkan then terus ambik masa tengah panas-panas. Actually kat buffet tables dah ada dah roti jala yang dah siap. Tapi dah sejuk.. hehe..
Sunrise di Ampang.
Sunset di Kuala Lumpur.
Hari tu kereta tak boleh start. Bateri dah kaput. RM200.00 :(.
Cakap pasal kereta, ni salah satu kereta idaman. Idam je la... hehehe...
Hari tu, minggu lepas, seperti tahun-tahun sebelumnya kami ke MATTA Fair di PWTC.
Ramai sungguh manusia.
Tiket RM4.00. Okeh dah digelangkan, jom kita masuk :).
Jom naik.
Eh.. ada life size cardboard cutouts of Cakra Khan. Haaa.. kan 'Wonderful Indonesia' sering kita tengok di TV sekarang ni. Tourism Indonesia aktif tahun ni. Siap hantar artis ke MATTA Fair. Bagus lah!
Cuba dah nak fahamkan peta tapi tak faham gak. Bising sangat pun. Asyik kena senggol dan gesel jek sebab diorang pi letak map ni di laluan sesak. Ahh... jom lah... redah je.
Ke domestic dulu sebab saya tengah plan nak buat program jalan-jalan utara pulak. Tapi tak jumpa pulak plots Tourism Kedah atau Perlis. Yang ada yang saya nampak among others are Sabah, Sarawak, Pahang dan Selangor. Hampa.
Dan di section Indonesia ada persembahan nyanyian oleh Cakra Khan. Ramai peminat dia di KL ni.
Suara dia memang amazing. Dan pastinya dia nyanyi lagu top dia 'Harus Terpisah'. Live performance yang riveting.
Since dah ke section Indonesia ni, maka kami pun enquire la sikit. Tertarik dengan pakej-pakej di meja yang ini. Pulau Sulawesi :).
And there were, of course, these sort of 'attractions'.. hehehe...
Ok, let's move on to the next hall.
Tahun ni saya perasan banyak booth 'diserikan' dengan penampilan gadis-gadis lawa untuk tarik pelanggan.
Yang ni dah macam nak berhari raya pulak... hehehe...
Travel agent yang ni antara yang kami suka. Staf situ pun bagus dan knowledgable. Harga pun ok. Pakej pun macam-macam ada. Kehalalan dan penjagaan solat sangat dititikberatkan. Bagusnya.
Dan yang paling best kami dapat ice cream manggo free ni. Dibuat dan served by pembuat ice cream yang didatangkan khas oleh travel agent ni dari Turki. |
Deco yang cantik.
Then kami got super excited bila nampak iklan pakej Okinawa ni! Terus kami bertanya itu ini. Tapi pakej Muslim Tour mereka masih belum launch lagi. Kecewa.
Staf di Okinawa booth berpakaian tradisional wanita Okinawa.
Saya perasan ada banyak pakej dari pelbagai lokasi di Jepun. Selalunya yang saya nampak ialah Tokyo, Hokkaido, Osaka dan Kyoto. Hari tu nampak Fukuoka, Okinawa, Kansai dan Nara. Ke memang dari dulu dah memang ada dah pakej-pakej tu?
Saya pun tak tahu apa yang Cik Pramugari Air Asia ni buat duduk kat seat kapalterbang tu. Flight route baru kot. Ambik je la foto... hehehe...
Ok dah, jom balik :). Banyak nak study ni.. hehehe...
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment