Tak lupa saya awal-awal pagi selak langsir bilik sebab nak ambik gambar sunrise, last sunrise di Manila ni for us.
Seperti pagi-pagi yang lepas, kami sarapan breakfast buffet di Ilang Ilang Cafe ni. Makan puas-puas sebab nak balik dah.. hehehe..
Pagi tu teringin nak makan omelette pulak so saya ambik la omelette yang dah siap di egg station. Then chef di situ ternampak dan bagitau saya yang omelette yang saya ambik tu ada daging. Oh! Terus dia ambik balik omelette saya dan buatkan yang baru untuk saya, yang vegetarian. Dia siap bagi saya omelette vegetarian tu dalam pinggan baru. Wah! Bagusnya. Rupanya chef tu ingat lagi pada saya sebab masa first day saya makan di situ saya pernah bertanya pada dia makanan mana yang halal. Dia ingat!
Isteri sedang urus checking out.
Since ada masa lagi, kami pun ke Manila Bay lagi. Saje je la since dah last day di sini.
Tepat pukul 9:00 pagi Jane datang menjemput kami. Sebenarnya kalau ikut itinerari kami sepatutnya cuma dihantar ke Ninoy Aquino Airport untuk pulang ke Malaysia. Tapi semalam masa kami buat comfirmation dengan travel agent tentang airport transfer kami diberitahu yang Jane akan datang ambik kami dan offer kalau kami nak join her for a morning City Tour dengan beberapa pelancung lain. Lepas short morning tour tu dia akan hantar kami ke airport. Wah! City Tour percuma! Tentu la kami nak!
Suasana pagi kota Manila.
Melalui Manila Bay.
Tanghalang Balagtas ni adalah sebuah amphitheater di mana konsert-konsert terkenal diadakan. Ia dinamakan sempena nama Francisco Balagtas, seorang poet terkenal dan dihormati di Filipina.
The building was commissioned by First Lady Imelda Marcos in 1974 for the Miss Universe Pageant. |
Stop kami yang pertama ialah Coconut Palace.
Coconut Palace ni adalah kediaman rasmi serta tempat kerja utama Vice President Filipina, yang terletak di kampus Pusat Kebudayaan Filipina, di Manila. |
Ia telah dibina pada tahun 1978 oleh bekas Wanita Pertama Imelda Marcos sebagai rumah tetamu kerajaan. Kos binaan adalah sebanyak 37 juta pesos.
Tak dibenarkan masuk ke dalam, jadi cuma tengok dan ambik gambar dari luar je la.
Palace Coconut ini diperbuat daripada beberapa jenis kayu keras Filipina, tempurung kelapa dan kayu kelapa direka khas dikenali sebagai Imelda Madera. |
Design istana ini meraikan kelapa sebagai 'Tree of Life'. Dari akar kelapa, batang, kulit, buah, bunga dan tempurung, reka bentuk istana dan hiasannya menonjolkan elemen-elemen ini. |
Ia telah menjadi rumah tamu untuk ramai tetamu, termasuk pemimpin Libya Muammar al-Gaddafi, Brooke Shields dan George Hamilton. |
Tak jauh dari Coconut Palace ialah Sofitel Philippines Hotel.
Obama pernah duduk di hotel ni. Jane kata Obama suka duduk hotel ni sebab hotel ni tepi laut. Jane tambah also sebab hotel ni ada helipad kat bumbung so kalau ada kecemasan senang la nak cabut. |
Jane kata ini 'Ghost Building'. Kata Jane bangunan ini dibina dalam masa yang sangat singkat dan beberapa pekerja telah terbunuh semasa binaan. Sekarang bangunan dah jadi tempat 'Amazing Show'.
Jadi show apa 'Amazing Show' ni? Haaa.. tengok la sendiri poster di bawah ni.. hehehe...
Persembahan oleh pondan.
Jane kata mereka-mereka ni lagi cantik dari wanita sejati. Kami gelak je la lihat muka Jane yang kehampaan.. hahahaha...
Kemudian kami ke Golden Phoenix Hotel di Pasay City untuk Jane ambik 4 lagi orang yang akan join city tour ni.
Yang join kami ialah keluarga Jiang 3 beranak dari Taiwan [Mr. Jiang seorang doktor] dan seorang pak cik berbangsa India dari US. Dekat 1/2 jam kami tunggu dalam van sebab Jane sibuk mencari si pak cik tu.
Kami terus dibawa Jane ke Manila American Cemetery and Memorial.
Bila Jane announce nak ke cemetery tu, si pak cik dari US, yang kebetulan duduk sebelah saya, mula membebel. Dia tak nak ke sana la. Dia akan ke cemetery hanya bila dia dah mati la. Kenapa pulak dia nak lawat kubur orang yang dia tak kenal la. Sibuk dia bothering Jane. Aduh... bengang betul rasanya masa tu. Dah geram sangat terus saya tegur pak cik tu kata bukan ke dia dah agree ambik tour ni, jadi mestilah dia dah tahu ada lawatan ke cemetery ni. Bila dah agree ambik tour ni maknanya dah setuju la nak ikut itinerarinya kan. So please let Jane do her job. Saya tanya pak cik tu bagaimana pula dengan kami yang memang nak ke sana? Terus terdiam si pak cik tu. Tapi sekejap je diamnya. Lepas tu mula membebel lagi kata seat dia tak de seat belt. Lepas tu merajuk kata tak de siapa nak dengar apa dia cakap. Aduhh!
Kami pun tiba di Manila American Cemetery and Memorial.
American Military Cemetery ini dijaga oleh Kedutaan Amerika di Manila. Pelawat perlu mendaftar untuk masuk melawat ke dalamnya. |
Seramai 16,636 orang tentera Amerika yang terbunuh di Filipina dalam Perang Dunia Kedua disemadikan di sini. |
Di samping itu, 570 orang rakyat Filipina yang terbunuh ketika berkhidmat dengan pasukan tentera Amerika di Filipina pada Perang Dunia Kedua turut diberi penghormatan untuk dikebumikan di sini. |
Terdapat 24 buah American Military Cemetery di seluruh dunia dan pusara di Manila ini adalah yang terbesar di antara kesemua 24 pusara tersebut. |
Di pusara ini juga tersemadi 20 pasangan adik-beradik yang terkorban. |
Terdapat beberapa kubur yang ditandakan dengan bintang dan bukan salib kerana penghuninya beragama Yahudi. |
Then saya notice yang si pak cik tadi keluarkan compact camera dan mula ambik gambar. Ehhh... tadi membebel tak nak pergi, sekarang bukan main sibuk ambik gambar. Haaa.. tu la.. lain kali jangan kata tak nak pergi, tengok dulu baru tau. Rasa macam nak je cakap macam tu pada si pak cik tu tapi tak sampai hati pulak.
Next kami ke First Airport in Asia.
Philippine Airlines adalah syarikat penerbangan tertua di Asia dan lapangan terbang antarabangsa pertama yang dibina di Asia terletak di Manila.
Bangunan lama ni sekarang adalah sebuah restoran bernama Blackbird yang terletak di daerah Makati. |
Untuk melihat kesan sejarahnya, Jane bawa kami melawat ke bangunan lapangan terbang pertama di Asia ini. Inilah bangunannya.
Commercial flight yang pertama di Asia ialah oleh Philippines Airlines pada tahun 1941 dari airport lama ni ke kota Baguio di utara Filipina. Masa tu airport ni namanya Nielson Airport. |
Flight across the Pacific yang pertama adalah juga oleh Philippines Airlines ke US dari Airport ni yang membawa tentera US balik ke sana. Masa tu kena stop di Oakland, Guam, Wake Island dan Honolulu. |
Penerbangan komersil pertama merentas Laut Pasifik juga berlepas dari lapangan terbang ini ke San Francisco. |
Bentuk bangunan ni direka macam bentuk kapalterbang. |
Kini ia adalah sebuah restoran bernama Blackbird. |
Dulu airport ni ada 2 runways tapi now dah jadi jalanraya yang sangat sibuk iaitu Ayala Avenue dan Paseo de Roxas. |
Maka selesailah touring kami di Filipina. Dah tiba masa untuk ke airport.
Hotel The Peninsula Manila terletak opposite bangunan airport lama tadi. |
Laluan masuk ke Lebuhraya Skyway.
Ke airport jalan lengang. Opposite side ke Makati sesak.
Manila city skyline. Dapat jugak akhirnya shot ni :).
Ke Ninoy Aquino International Airport [NAIA].
Selepas kami melalui kesesakan jalanraya akhirnya kami sampai ke NAIA pada pukul 12:05 tengahari. Flight pulak pukul 1:20 pm. Panik dibuatnya.
Sampai je Terminal 1 NAIA, terus kami berlari ke kaunter bag drop. Alhamdulliah sempat.
Masa beratur tu kami ditegur oleh seorang pegawai Kedutaan Malaysia di Manila yang sedang menghantar keluarga kenalannya pulang ke Malaysia dengan penerbangan yang sama dengan kami.
Terus je kami masuk ke dalam menuju ke Gate 2.
Stop kejap nak ambik foto kapalterbang.
Dan ambik Manila city skyline lagi.
Sampai ke Gate 2.
NAIA.
Check passport, boarding pass dan beg.
Di ruang menunggu.
Bye bye Manila.
Peta flight.
Flight tak penuh.
Alhamdulillah penerbangan smooth all the way to KLIA.
Lunch.
My wife had Chicken Adobo. Dia kata rasanya macam ayam masak taucu. I had Noodle With Prawns. Boleh la. |
Selama 3 jam 30 minit.
Cuaca cukup baik sampai nampak pulau-pulau ni, terumbu karang off Sabah. Rasanya ni lah kawasan Spratly Islands.
Cantik sungguh. Ni la first time saya tengok pulau-pulau terumbu karang dari udara macam ni.
Saya pun check la di google map. Actually lepas je lalu pulau terumbu karang yang bentuk ni, we flew over Pulau Layang-Layang pula. Tapi saya tak boleh nampak dari tingkap belah saya.
Macam bentuk amoeba.. hehehe..
Dah sampai Malaysia.
Dah simpan dah kamera sebenarnya tapi bila tengok luar tingkap terpaksa keluarkan balik.. hehehe...
Cantik sungguh.
Syukur Alhamdulillah kami dah selamat mendarat di KLIA.
Flight path dari Manila [NAIA] ke KL [KLIA].
Terus je pergi tukar duit pesos ni.
Lepas tu terus cari teh tarik.. hehehe...
Pemandangan cantik di negara sendiri. SubhanAllah, Alhamdulillah.
Kesian Tam Tam kena tinggal 3 malam. Bising mulut dia masa kami masuk rumah..hehehe...
Ok, ni ringkasan trip kami ke Filipina:
Day 01:
- Manila, Manila Hotel, Rizal Park
Day 02:
- Manila Bay, Alaminos Church, Villa Escudero, Fort Santiago, Manila Cathedral, San Agustin Church, Casa Manila, Chinese New Year Celebrations
Day 03:
- Manila Hotel Tour, Bamboo Organ Church, Jeepney factory, People's Park In The Sky
Day 04:
- Coconut Palace, Manila American Cemetery and Memorial, Nielson Field
Alhamdulillah.
Habis dah cerita jalan-jalan di Filipina. Terima kasih atas lawatan kawan-kawan ke blog saya ni. Much appreciate it.
Di bawah adalah links kepada semua entries Philippines saya:
01) PHILIPPINES - DAY 01 - DEPARTURE TO MANILA - MANILA HOTEL - RIZAL PARK
02) PHILIPPINES - DAY 02 - PART 01 - MANILA BAY - PARK - ALAMINOS CHURCH - VILLA ESCUDERO
03) PHILIPPINES - DAY 02 - PART 02 - VILLA ESCUDERO CULTURAL SHOW
04) PHILIPPINES - DAY 02 - PART 03 - FORT SANTIAGO - MANILA CATHEDRAL - SAN AGUSTIN CHURCH - CASA MANILA - CHINESE NEW YEAR CELEBRATION
05) PHILIPPINES - DAY 03 - PART 01 - MANILA BAY - MANILA HOTEL TOUR - BAMBOO ORGAN CHURCH - JEEPNEY FACTORY
06) PHILIPPINES - DAY 03 - PART 02 - PEOPLE'S PARK IN THE SKY
07) PHILIPPINES - DAY 04 - COCONUT PALACE - MANILA AMERICAN CEMETERY AND MEMORIAL - NIELSON FIELD - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
perkongsian yang sungguh bermakna...blog yang akan saya refer bila sana nak ke Philippine :)
ReplyDeleteThanks
Welcome Zila. Saya happy entries saya dpt bantu Zila :).
DeleteLebih kurang berapa RM bajet yang digunakan?
ReplyDeleteLebih kurang RM1,300.00 seorang untuk hotel dan tour sahaja, tak termasuk flight ticket dan makan.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMohon share no contact travel agent.. tringin nak pegi sana.. trima kasih..
ReplyDeleteKami guna khidmat travel agent di Filipina dan mereka arrange hotel dan tours.
DeleteWebsite travel agent Filipina:
http://www.wowphilippinestravelagency.com/
Takde number jane tu atau fb?
ReplyDeleteShe is attached to a travel agent in Manila.
Delete