Monday, January 25, 2016

KEMBARA EROPAH - DAY 07 - PART 01 - GERMANY - KE BLACK FOREST DAN TITISEE-NEUSTADT

Kembara Eropah kami diteruskan. Hari ke 7 pagi itu kami akan bertolak ke Titisee-Neustadt yang jauhnya 300 km dari Frankfurt atau lebih kurang 3 jam perjalanan.


Jengah ke luar tingkap bilik hotel and was greeted with this beautiful morning view of the city of Frankfurt. 

Ada keretapi tengah lalu :).

Apa-apa pun sarapan dulu. Gini le lebih kurang sarapan kami selama bercuti ni. I decided to be a bit adventurous sikit and had some 'dessert' too.. hehe... 

Macam biasa lepas sarapan kami akan jalan-jalan luar hotel untuk merakam suasana di luar. Sejukkkk.... :)
Hotel Novotel Frankfurt City.

Bangunan-bangunan pejabat di depan hotel. Top left tu ialah Pusat persidangan Festhalle Messe Frankfurt.

Landasan keretapi yang kami nampak dari tingkap bilik hotel tadi. 

Tren warna kuning/putih tu ialah tren HLB [Hessische Landesbahn - Hessian State Railway] sebuah syarikat pengangkutan serantau yang dimiliki oleh German state of Hesse, yang berpangkalan di Frankfurt am Main. 
Tren yang merah tu pulak ialah tren DB Regio AG, sebuah anak syarikat Deutsche Bahn yang mengendalikan perkhidmatan keretapi komuter jarak pendek dan sederhana di Jerman.

Bangunan bumbung tajam tu ialah bangunan Deutsch Bank.


Dan kelihatan juga banyak kapalterbang sebab di sana tu ialah Airport Frankfurt. 


Tren DB line RE30 - Frankfurt (Main) Hbf.

Sempat ambik beberapa foto sunrise :). 





By 8:40 am kami dah gerak. Cuaca baik dengan hujan renyai. That guy tu sejuk-sejuk pun sanggup merokok kat luar. Pakai sweater je pulak tu! 
Bangunan bulat tu ialah bangunan Hotel Radisson, Frankfurt.

Ini Airport Frankfurt atau Flughafen Frankfurt am Main atau Rhein-Main-Flughafen.
Lapangan Terbang Frankfurt adalah lapangan terbang yang paling sibuk dengan trafik penumpang di Jerman dan juga yang ke 4 paling sibuk di Eropah selepas Lapangan Terbang London Heathrow, Paris-Charles de Gaulle Airport dan İstanbul Atatürk Airport.

Okeh, dah masuk highway. Bersiap sedia dengan membesarkan mata nak ambik foto-foto menarik, hopefully lah :).
Dan tentunya lalu kawasan-kawasan ladang yang luas amat.

Certain areas kabus agak tebal. 

Sebuah depoh keretapi kargo, I think.

Masa dalam perjalanan tu saya juga nampak beberapa papan tanda ke tempat-tempat menarik seperti ini.
Weinland Kraichgau: Kraichgau wine country.
Eremitage Waghausel: A 1724 baroque hunting lodge and summer castle in Waghäusel.

Thermen Bad Schonborn: A wellness and health park. Enjoy a relaxing bath in a warming thermal brine.
Barockschloss Bruchsal: Bruchsal Castle, was the residence of the Prince Bishops of Speyer.

Tu dia, besar dan tinggi sungguh iklan kedai jual barangan erotik! Boleh nampak dari highway.

Slippery roads. 


Kami juga lalu beberapa kampung/kawasan luar bandar. So quaint. Juga beberapa lagi landasan keretapi. Railway Jerman adalah sangat extensive.
Fächerstadt Karlsruhe: Karlsruhe Palace dibina pada 1715. Sekarang bandar Karlsruhe adalah lokasi 2 mahkamah tertinggi di Jerman - the Federal Constitutional Court and the Federal Court of Justice.

Lanskap ladang yang cantik!
Schloss Ettlingen: Castle Ettlingen ialah istana baroque di tengah-tengah bandar Baden-Württemberg Ettlingen.


Museum Frieder Burda: Muzium milik Frieder Burda seorang pengumpul seni Jerman dan Warganegara Kehormat Baden-Baden.
Thermen Baden-Baden: Thermal Baths di 
Baden-Baden.


Banyak tempat-tempat menarik di Jerman ni.
Weinland Ortenau: Ladang anggur Ortenau.
Sasbachwalden: Bandar di Black Forest di Barat Baden-Württemberg, Germany, popular dengan pelancong.
Hornisgrinde: Gunung tertinggi di Hutan Northern Black Forest Jerman, setinggi 1164 meter.

Mummelsee: Tasik sedalam 17 meter di gunung barat Hornisgrinde di Hutan Northern Black Jerman.
Achertal: Lembah Achertal di Northern Black Forest, Baden-Wuerttemberg, Jerman.
Schauenburg: Runtuhan istana di puncak bukit pada 367 meter di atas paras laut.




Durbach Schloss Staufenberg: Staufenberg Castle, a hilltop castle.

Singgah berhenti sekejap di RnR ni. Ada Serways untuk makan, shopping dan refuelling. 


Jom sambung balik perjalanan. 

Passerelle des Deux Rives: Jambatan untuk pejalan kaki dan basikal merentasi sungai Rhine. Ia merentas sempadan Landesgartenschau antara bandar-bandar Strasbourg dan Kehl.
Schloss Ortenberg: Castle Ortenberg, mercu tanda Ortenau yang terletak di atas kampung Ortenberg pada akhir lembah Kinzig antara Offenburg dan Gengenbach.
Offenburg: Sebuah bandar dimana ada banyak sculptures seperti sculpture Platz der Verfassungsfreunde [Constitution Square Friends].

Historische Altstadt Gengenbach: Historic Old Town Gengenbach.

Ada juga banyak solar panels ni yang saya nampak. 
Tenaga solar di Jerman menyumbang kira-kira 6.2% hingga 6.9% daripada generasi net-elektrik negara Jerman pada tahun 2014.


Klosterkirche Schuttern: Schuttern Abbey di Friesenheim.
Burgruine Hohengeroldseck Seelbach: Hohengeroldseck adalah runtuhan istana di Seelbach di puncak bukit 5,239 meter di atas paras laut.
Barockstadt Ettenheim: Baroque town of Ettenheim.
Europa Park: Taman tema terbesar di Jerman dan resort taman tema ke 2 paling popular di Eropah, selepas Disneyland Paris.

Ini lah Europa Park dari highway.

Naturpark Südschwarzwald: Nature Park di selatan Black Forest meliputi kawasan seluas 394,000 hektar dan adalah, pada masa ini, taman alam semula jadi terbesar di Jerman.
Weinland Kaiserstuhl und Tuniberg: Wine country Kaiserstuhl danTuniberg. 

Historisches Endingen am Kaiserstuhl: Bandar bersejarah Endingen di Kaiserstuhl.
Weinland Breisgau: 
Wine country Breisgau.


Ruine Hochburg Emmendingen: Kubu, juga istana Hachberg, terletak di puncak bukit di Selatan Baden.
Hochschwarzwald: Black Forest.
Orgelstadt Waldkirch: Organ city Waldkirch.
Freiburger Münster: Katedral Freiburg im Breisgau di barat daya Jerman.

Tiba di bandar Freiburg.

Seemed like a quite town. Or perhaps it was too cold outside :).

Freiburg juga adalah bandar persinggahan dan penginapan pelancong-pelancong di Black Forest.



Dan pun tiba di area Black Forest.  

Black Forest [Schwarzwald dalam bahasa Jerman] adalah pergunungan hutan yang besar di negeri Baden-Württemberg di barat daya Jerman. Ia disempadani oleh lembah Rhine di sebelah barat dan selatan. 
Puncak tertingginya ialah Feldberg dengan ketinggian 1,493 meter. Rantau ini hampir berbentuk segi empat tepat dengan panjang 160 km dan keluasan sehingga 60 km.


Black Forest juga terkenal dengan jam-jam cuckoo yang dihasilkan di rantau ini sejak tahun 1700.


Black Forest, satu destinasi untuk mendaki dan berbasikal di taman alam semula jadi yang luas, berluncur salji di Feldberg Gunung dan berenang dan belayar di Tasik Titisee.



Bila sebut je Black Forest, mesti ramai akan kata yang kek Black Forest berasal dari kawasan Black Forest ni. Ini adalah tidak begitu tepat. Kek ini tidak dinamakan secara langsung dari Black Forest [Schwarzwald] di pergunungan di barat daya Jerman ni tetapi dari arak khusus di kawasan tersebut, yang dikenali sebagai Schwarzwälder Kirsch [Wasser] yang disuling dari ceri tart. Arak Wasser ni lah salah satu bahan yang digunakan untuk membuat kek Black Forest. 


Such wonderful sceneries. Sungai, lereng gunung, highway dicelah lereng dan hutan black forest yang dah berwarna putih dilitupi salji. 


Black Forest, kawasan pergunungan yang terkenal dengan hutan malar hijau yang padat dan kampung-kampung yang indah, yang menjadi sumber ilham cerita dongeng Brothers Grimm.

Dalam hutan Black Forest ni la si Hansel and Gretel jumpa tukang sihir jahat tu. 

Absolutely breathtaking!

Sebab cantik sangat, terpaksa la letak banyak-banyak foto-foto di sini :).






Magical!






Curam lereng gunung ni!




Ada jaringan besi untuk tahan tanah runtuh. 

Tengah syok menikmati pemandangan snow capped landscapes, tetiba bas berhenti. Ada traffic jam!

Rupanya ada lori terbabas ke dalam salji di tepi jalan. Licin jalan masa ni since salji tengah turun. Terus berdoa lagi semoga selamat perjalanan kami. 

Menuju ke Titisee-Neustadt, sebuah kawasan perbandaran di daerah Breisgau-Hochschwarzwald di Baden-Württemberg di selatan Jerman.



Lagi pemandangan indah rupawan. Le sigh...


Kena la letak foto macam ni lebih-lebih sikit ya :).








Dah nak dekat sampai ke Titisee-Neustadt.

Bersambung...


Di bawah adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:


16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment