Thursday, January 7, 2016

KEMBARA EROPAH - DAY 05 - PART 02 - NETHERLANDS - AMSTERDAM CITY TOUR

Ok, jom sambung cerita Amsterdam City Tour :).


Ini Jacqueline, local tour guide kami di Amsterdam. Tinggi orangnya. Seperti penduduk lain di Amsterdam dia juga pengguna basikal. Jacqueline kata dia dah 5 kali hilang basikal dia. Kata dia itu normal... hehehe... gitu pulak.


Since dalam pakej Kembara Eropah ni tak disediakan makan tengahari, kami pun makan le apa yang dah dibungkus masa sarapan di hotel. Makan roti kosong dan tambahan coklat Snickers.. hehehe... Cukup ke? Alhamdulillah cukup. Sedap roti tu. Kenyang lepas makan 2 keping.



Ok, back to taking photos :).
The top 2 photos tu ialah di area Singel yang ada bangunan berwarna cantik betul2 tepi terusan. Could have been quite nice shots if it wasn't for the rain drops on the bus' window.. hehehe...


Ini adalah Het Scheepvaartmuseum atau the National Maritime Museum. Adalah merupakan tempat simpanan utama dan pameran Amsterdam Admiralty yang telah digunakan sehingga tahun 1973 oleh Tentera Laut Belanda. Sebuah muzium multimedia moden dengan 60,000 jilid perpustakaan maritim lengkap dengan restoran dan kedai muzium.

Bangunan yang dibina pada tahun 1656 ini direka oleh Daniël Stalpaert. Pada masa itu ia adalah satu kejayaan arkitek yang hebat kerana bangunan ini dibina di atas sebuah pulau buatan di pelabuhan Amsterdan. Untuk membinanya sebanyak 1,800 tiang kayu dipacak ke dalam tanah dasar yang berlumpur. Di sinilah kapal-kapal perang Republik Belanda dilengkapi.

Hebat betul! Di tahun 1650an dah ada teknologi bina pulau buatan dan nak cacak beribu tiang ke dasar berlumpur. Tak boleh nak bayangkan apa peralatan yang digunakan. Juga, begitu advance ilmu kejuruteraan masa tu dah boleh menilai samada tiang-tiang dan tanah di situ boleh menampung bangunan sebegitu atau tidak.


Nampak tak ada kapal di sebelah bangunan tu. Itu adalah replika kapal 'Amsterdam', sebuah kapal besar daripada Syarikat Hindia Timur Belanda [Dutch East India Company]. Semasa perlayaran sulungnya ke Batavia, ia telah karam dalam ribut di Selat Inggeris di musim sejuk tahun 1749. Bangkai kapal itu telah ditemui di luar pantai Inggeris pada tahun 1969 dan replika muzium ini telah siap pada tahun 1990. Melawat kapal itu, anda boleh melihat bagaimana kecil dan primitif ruang dalam kapal untuk menempatkan 350 orang dalam perlayaran.


Ini De Gooyer Windmill, sebuah kincir angin tertinggi di Netherlands dan diiktiraf sebagai National Monument. Pernah satu ketika dulu diguna untuk mengisar jagung.





Dappermarkt - pernah dinamakan Best Market of the Netherlands. Ia terletak di kawasan kos rendah yang menarik ramai pendatang seperti orang dari Suriname, Afrika, Asia dan Eropah Timur. Ada banyak gerai-gerai menjual pelbagai barangan murah dari harga €1. Juga banyak kedai-kedai, supermarket dan cafes di kedua belah jalan.

Dappermarkt ni pernah disenaraikan oleh National Geographic Traveler sebagai salah satu Top 10 Shopping Streets in the World bersama Grand Bazaar di Istanbul dan Navigli Antique Market di Milan.


Ini pula adalah Tropenmuseum - sebuah muzium etnografi. Ada pameran kedua-dua seni visual moden dan tradisional dan fotografi.

Muzium ini menempatkan 175,000 objek, 155,000 foto dan 10,000 pelbagai lukisan dan dokumen. Juga menempatkan koleksi dari banyak kawasan geografi seperti Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat dan Afrika Utara , Sub -Sahara Afrika, Amerika Latin dan Caribbean. Satu koleksi teater juga ditempatkan di muzium ini. Koleksi ini menempatkan 5,500 alat-alat muzik dan juga pelbagai objek teater lain seperti topeng dan boneka.

Wah.... sounds sangat menarik. Kalau saya ke muzium ni pasti berjam-jam kat dalam tu.. hehe.


Sebab perjalanan percutian kali ni panjang dan terlalu banyak info yang saya dapat maka saya pun kena la tulis the gist, which I must say really helps in writing up the entries :). 



Ini Artis Zoo. Artis, pendek untuk Natura Artis Magistra (Latin untuk 'Alam adalah guru seni dan sains'), adalah sebuah zoo di tengah-tengah Amsterdam. Ia adalah zoo tertua di Belanda dan salah satu daripada zoo tertua di Eropah. Artis Royal Zoo bukan sahaja zoo, ia juga mengandungi akuarium dan planetarium.

Zoo ini adalah rumah kepada kira-kira 750 spesies haiwan termasuk zebra, zirafah, gajah dan cimpanzi, menjadikannya tarikan amat popular untuk kanak-kanak dan pencinta haiwan. Selain haiwan ia adalah juga tempat kepada 300 spesies pokok-pokok dan banyak taman-taman yang indah berbunga pada setiap musim bunga dan musim panas.

Banyak betul tempat-tempat menarik di Amsterdam ni. Kalaulah hanya cuma nak spend just adequate time at each places pun pasti akan ambik masa sebulan untuk explore seluruh Amsterdam.
 


Ini Stopera, kompleks kombinasi bangunan National Opera dan Ballet dan Amsterdam City Hall Perkataan 'Stopera' datang dari kombinasi perkataan Stadhuis (City Hall) dan Opera.

Tidak semua orang gembira tentang idea bina Stopera ni. Berpuluh-puluh bangunan zaman pertengahan terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bangunan pascamoden ini. Ramai rakyat yang mengadakan protes pada tahun 1970 dan 1980an (beberapa protes adalah sangat ganas) menentang pembinaan Stopera. Still projek tu siap jugak walaupun terlebih bajet. Muziektheater dibuka pada tahun 1986 dan City Hall pada tahun 1988.

Sekarang Stopera ni dah jadi cultural scene hebat Amsterdam. Di sini boleh disaksikan bukan sahaja persembahan opera bertaraf dunia oleh De Nederlandse Opera, tetapi juga produksi oleh Nationale Ballet.


Ni di kawasan Damrak. Damrak adalah jalan utama dari Central Station ke Dam Square - pusat Amsterdam. Ada banyak bangunan tepi terusan dengan bot-bot dan houseboats.

Rumah-rumah di ‘Natte Damrak’ (Wet Damrak).



Tak pasti kalau ini adalah projek North-South metro line.


'XXX' tu bukan simbol lucah tapi adalah simbol pada bendera 'coat of arms' Amsterdam yang asalnya dari 3 salib St. Andrew seorang nelayan dari kurun pertama. Dia dikatakan telah disalib pada salid berbentuk pangkah, x-shaped cross. 


Ini adalah Dam Square. Ia dicipta pada abad ke-13 apabila empangan telah dibina di sekitar sungai Amstel untuk mengelakkan laut Zuiderzee dari membanjiri bandar. Di tengah dataran ni ialah National Monument - monumen 1956 memperingati perajurit yang mati semasa Perang Dunia ke 2 dan konflik bersenjata berikutnya.

Dalam monumen ini ada tersimpan tanah dari semua wilayah-wilayah di Holland dan juga dari Dutch East Indies. 

Ini pula ialah Royal Palace Amsterdam [Koninklijk Palace].
Walaupun tidak lagi menjadi kediaman keluarga Diraja Belanda, istana abad ke-17 ini masih digunakan untuk  majlis rasmi.

De Bijenkorf Amsterdam.
De Bijenkorf: pusat beli belah premium terbesar di bandar di Amsterdam. 5 tingkat penuh barangan berjenama mewah seperti Louis Vuitton, Hermes, Burberry dan Gucci.

Ini Singel sebuah terusan yang pada zaman dulu dibina mengelilingi kota.
- Di alamat Singel 7 ada sebuah rumah yang paling sempit di dunia, hanya semeter lebarnya. Tapi yang sempit tu bahagian belakang rumah. Bahagian depan lebar le.
- Di Singel ni juga sebahagiannya dah dijadikan area Red Light District. 

Ini Amsterdam Centraal. Di sini ada tempat khas untuk parking basikal yang boleh muat 2,500 basikal. Tapi tak cukup!
Terlalu ramai pengguna basikal di Amsterdam ni sampai dah tak de tempat nak park. Sebab masalah parking maka banyak basikal di park merata tempat hingga pihak bandaraya terpaksa sita 73,000 basikal. Jadi the city dah buat plan nak bina 7,000 lagi tempat parking basikal di bawah tasik sebelah Amsterdam Centraal ni. Selain tempat parking bawah air tu, mereka juga plan akan bina 2 pulau untuk parking 2,000 basikal atas satu pulau. 


Nampak tak signboard warna lime green dengan tulisan putih belah kiri tu? Itulah Rembrandt Seed Bank, sebuah one stop shop untuk Magic Truffles, Legal High's, Bongs, Pipes, Cenderamata & Hadiah, Cannabis Seeds dan lain-lain.

Produk yang dijual di kedai ni 'offers the user a powerful hallucinogenic experience'. 


Amsterdam ni rata-rata tanahnya mendatar tu yang ramai berbasikal dan berbasikal dengan lajunya!



Ini ialah Red Light District yang terkenal dengan pelacur-pelacur mengumpan pelanggan-pelanggan dengan bergaya seksi di tingkap yang dipasang lampu merah. Ni ambik dari dalam bas je. Ambik gambar tingkap boleh, tapi kalau ada 'pekerja' di tingkap tu, photography is strictly prohibited.

Dikatakan harga untuk pelacur Amsterdam umumnya jauh lebih rendah daripada di tempat lain sebab 'bekalan yang banyak' dan ianya adalah satu 'perniagaan yang berisiko rendah' yang juga dikawal selia. Nak jadi pelacur di sini mestilah berusia 18 tahun ke atas dan berasal dari mana-mana EU countries. Mesti juga membayar tax. 


Di Amsterdam ni kata Jacqueline ada 28 parks, 100 canals, 1,000 bridges dan 75 km water routes yang dalamnya 3 meter. Masa winter canals ni akan beku dan selamat untuk ice skating. Di dalam dasar canals Amsterdam ni dijumpai sebanyak 10 ribu basikal setahun. Badan manusia pula dijumpai 3 atau 4 bodies setahun. Saya tak tahu kenapa Jacqueline nak share dengan kami fakta terakhir tu.. hehehe...



Gereja Westerkerk - Gereja terbesar di Amsterdam, yang dibina antara tahun 1619 dan 1631. Westerkerk bermaksud 'Western'. Adalah gereja Protestan yang paling penting di Amsterdam.

Westerkerk juga adalah tempat kubur pelukis terkenal Belanda iaitu Rembrandt. Dia mati dalam keadaan sangat miskin maka dikuburkan bersama beberapa orang dalam satu kubur di perkuburan gereja ini. Dan berkubur di situ cuma untuk tempoh 20 tahun sahaja untuk bagi ruang kepada orang miskin lain yang mati. Jadi di gereja ini cuma ada perisai peringatan sebagai tanda simbolik tempat Rembrandt dikebumi.


Masa ni masih lagi hujan dengan suhu 5ºC. Jacqueline bercerita lagi, dia kata di Netherlands ni ada 4 juta lembu of which 2 juta adalah lembu susu untuk buat keju.



Di terusan-terusan Amsterdam ni ada banyak houseboats, lebih kurang 2,500 buah. Asalnya houseboats ni ujud sebab masalah kekurangan perumahan Amsterdam sekitar tahun 1950an. Tapi sekarang nni dah ada permintaan yang tinggi for the houseboats. Houseboats ni kebanyakkannya asalnya kapal kargo dan ada juga dibina khusus untuk tujuan dijadikan houseboats. Di Amsterdam houseboats ni ada banyak di sepanjang terusan dan sungai Amstel.

Houseboats ni tak boleh pindah-pindah tempat ikut suka hati, must remain in one place. Penghuni houseboats perlu membayar tax mengikut panjang houseboats mereka. Mereka juga mesti memperbaharui lesen houseboat setiap tahun lebih kurang €315. Mereka juga dapat bekalan air dan letrik seperti rumah biasa. 


Mesti ada terbaca pasal rumah-rumah di Amsterdam ni condong-condong kan. Ada yang kata condong sebab Amsterdam ni adalah di bawah sea level maka tanahnya lembik jadi bangunan rumah-rumah tinggi tu jadi senget. Sebenarnya ini tidak betul. 

Sebetulnya bangunan-bangunan ni memang dibina condong ke depan sedikit supaya senang menggunakan takal-takal seperti yang dalam gambar ni. Bangunan rumah di sana memang sempit dengan tangga naik ke tingkat atas yang curam, sempit dan berbelok-belok. Jadi susah nak bawak barangan besar. Jadi dengan bangunan yang sedikit condong ke depan barangan senang ditarik ke atas dengan takal-takal ni dan dimasukkan melalui tingkap. Dan tingkap-tingkap tu pula boleh ditanggalkan.
Bukan saja boleh guna takal untuk tarik barangan ke atas tapi juga lelaki atau suami lepas mereka dah banyak minum Heineken. Dah mabuk sangat pasti merbahaya untuk daki tangga yang curam, sempit dan berliku-liku tu....hehehe... 

Okeh, people shots sikit :)




Ini Vondelpark sebuah park terbesar dan paling popular di Amsterdam dilawati oleh 10 juta orang setahun. Ini foto pintu masuk ke Vondelpark dengan patung Stedenmaagd [City Virgin] di jalan Stadhouderskade.



Ini pula Rijksmuseum [State Museum] Amsterdam khusus untuk seni dan sejarah di Amsterdam.

 Di muzium inilah dipamer lukisan bertajuk 'The Night Watch' oleh Rembrandt. 


Ini Sir Albert Hotel, sebuah hotel yang 'very boutique and urban chic'. Apa yang menariknya hotel ni?

Cuba tengok di hujung belah kanan bawah dalam foto kanan. Nampak tak lampu-lampu merah tu? Haa.. tu la 'brothels with red lights'. What's interesting to note is even di area yang posh macam ni pun ada pusat-pusat pelacuran. 

Ini Amsterdam RAI.
Amsterdam RAI ialah sebuah pusat konvensyen yang besar di Amsterdam. Malah ia merupakan pusat persidangan yang terbesar di Eropah. Paling menarik, pusat konvensyen ini diwujudkan pada tahun 1895 lagi untuk menganjurkan sebuah pameran basikal. RAI adalah singkatan kepada Rijwiel-Industrie (Industri Basikal).


Disebabkan masa kami di Amsterdam ni hujan maka foto2 kami mostly tak menjadi. So kami pun beli la a few postcards untuk kenangan.












Harga postcards €21.00.


Seterusnya kami ke Rembrant Hoeve untuk mendengar penerangan cara membuat keju dan kasut kayu.

Rak-rak tempat keju disimpan.


Bilik membuat keju. Di Rembrandt Hoeve ni, keju Gouda Belanda yang terkenal tu dibuat secara tradisional.


Penerangan di Rembrandt Hoeve ni disampaikan oleh Mr. Roel van Wees. Kelakar orangnya... hehe..

Okeh, jom tengok video cara nak buat keju.


Lepas tu kami ke bahagian membuat clogs pulak.

Ni video-videonya.





Lepas tu kami masuk ke bahagian kedai pulak. Ada cheese sampling. Antara perasa-perasa keju yang ada dijual di sini: garlic and chives, pepperoni, whole musterd seeds and smoked cheese.


Ada macam-macam jenis keju dan souvenirs.



Sebelum naik ke bas, sempat saya ke kandang lembu dan took a couple of snaps.. hehehe...

Selit satu foto dari website Rembrant Hoeve, tengah perah susu guna mesin perah :).

Rieker Windmill [Riekermolen] ialah kincir angin bersejarah dibina pada 1636 berlokasi berdekatan Amstelpark.
Dulu ia digunakan untuk mengeringkan air di bandar Buitenveldert yang meliputi kawasan sebesar 515 hektar. Begitulah fungsi kincir angin di Netherlands to drain water sebab kawasannya di bawah paras laut. 


Rembrandt tinggal di kawasan Rieker Windmill ni dan banyak lukisan beliau mengambarkan kincir angin. Salah satu lukisan tersebut ialah 'Rembrant Windmill' ni.



Kincir Angin merupakan sebahagian daripada kehidupan Belanda selama berabad-abad, yang digunakan untuk tujuan industri seperti kilang-kilang bijirin atau untuk penyaliran air yang berlebihan di tanah rendah. Pernah lebih 10,000 kincir angin memenuhi landskap Belanda. Sekarang masih terdapat 8 kincir angin di Amsterdam.



Setiap tahun pada pertengahan Mei, Belanda meraikan Hari Windmill Negara apabila kincir angin di seluruh Belanda dihiasi dengan bunga, angels atau bendera Belanda dan boleh dilawati. 



Kami juga lalu kawasan rumah orang kaya di Amsterdam ni. Kata Jacqueline, rumah-rumah di situ berharga antara 5 ke 7 juta euro. Tu between RM20 dan RM30 juta untuk sebijik rumah! Giler mahal!

Di Amsterdam ni cuma 20% sahaja rumah adalah kepunyaan persendirian. Rumah-rumah lain adalah rumah sewa. Secara purata sewa sebulan di kota ini adalah €655 atau RM3 ribu sebulan untuk sebuah apartment. Majoriti rumah-rumah owned by house companies called Social House/Apartments. 

Selit sikit people shots :).


Cantik kan houseboats ni? Nampak tenang dan tranquil. In fact, many owners rent out their houseboats and thus giving the chance to locals and tourists to experience living in the houseboats.



Tapi tahu tak mana perginya air dari sinki, bilik mandi, mesin basuh dan juga tandas disalirkan? Ya, ke dalam terusan tu la. Eh? Betul ke? Sebab houseboats ni tak disambung ke sistem pembetung.



Tapi itu dulu la. Since 2005 dah ada undang-undang tak boleh buang air sisa yang tidak dirawat ke dalam terusan kecuali dari houseboats sebab setiap houseboats memerlukan sambungan ke pembetung yang berbeza-beza. And very costly too. Maka pelbagai usaha telah dibuat dan sejak 2008 sudah hampir 2,000 houseboats disambung ke pembetung and the rest still being worked on.




Di restoran Djanoko, Indonesian Restaurant, tu ada antara lain sate ayam, kambing dan udang, lontong, rendang, gulei kambing, nasi goreng dan goreng pisang.

Ada 71 restoran halal di Amsterdam dan salah satu restoran tu ialah restoran Djanoko ni. 

Masa bukan winter tentu lebih cantik jalan ni.


Ini Muzium Stedelijk Amsterdam, muzium antarabangsa dedicated to modern and contemporary art and design.

Antara hasil seni yang dipamerkan di muzium ini adalah karya Vincent van Gogh dan Andy Warhol. Pada 1988, muzium ini telah dipecah masuk dan 3 lukisan yang salah satunya lukisan oleh Vincent van Gogh, telah dicuri. Ketiga-tiga lukisan telah polis dapatkan semula selepas mereka menyamar sebagai pembeli. Tiada lagi kecurian berlaku selepas itu.  


Ini pula ialah Van Gogh museum, yang meyimpan koleksi seni Van Gogh yang terbesar di dunia. Setiap tahun, 1.6 juta pelawat datang ke muzium ni, menjadikannya salah satu daripada 25 muzium yang paling popular di dunia.
Pada 1991, 20 lukisan di curi dari muzium ini temasuk lukisan terawal Van Gogh 'The Potato Eaters'. Walaupun pencuri dapat melarikan diri, 35 minit kemudian semua lukisan yang dicuri tu telah didapatkan semula dari sebuah kereta yang ditinggalkan dengan 3 lukisan dikoyak dengan teruk. 4 lelaki, 2 darinya adalah museum guards telah ditangkap. 

Pada 2002 pula, 2 lukisan dicuri. 2 lelaki Dutch ditangkap tapi lukisan tidak dapat dikesan. Pihak muzium telah offer reward sebanyak €100,000 untuk informasi mendapatkan semula lukisan-likisan tersebut. FBI Art Crime Team telah menyenaraikan rompakan itu dalam senarai Top Ten Art Crimes mereka dan menganggar kombinasi lukisan-lukisan itu bernilai 30 juta USD.

Next kami ke Coster Diamonds pula. Hmm.. menarik jugak ni.
Industri menggilap batu berlian diperkenalkan ke Belanda oleh orang-orang Yahudi yang berhijrah ke Belanda dari Spain dan Portugal pada lewat kurun ke-16. Industri ini berkembang maju di Amsterdam sehingga Perang Dunia Kedua di mana lebih 2,000 orang penggilap berlian berketurunan Yahudi ditangkap dan dibunuh oleh tentera Nazi.

Industri ini kembali dimajukan selepas tamat Perang Dunia Kedua dan beberapa syarikat pembuat berlian terkemuka dunia masih bertapak di Amsterdam sehingga kini. Salah sebuah di antara syarikat tersebut ialah Coster Diamonds.


Coster berlian ni adalah kilang berlian tertua dan yang masih beroperasi di Eropah. Terletak di tengah-tengah Amsterdam di Museum Square antara Rijksmuseum dan Muzium Van Gogh.

Selama hampir 400 tahun, Amsterdam merupakan pusat industri berlian terkemuka di dunia. Walaupun industri berlian telah berkembang ke tempat-tempat lain di dunia, Amsterdam masih merupakan pusat dangangan berlian yang terulung di dunia.


Di dinding ruang lobi Coster Diamonds ni ada foto Royalties Belanda. Mereka adalah H.M Queen Maxima [tengah], H.M King Willem-Alexander [kanan] dan H.R.H Princess Beatrix of the Netherlands [kiri].  

Kata Jacqueline, royalties ni are very much adored and loved oleh rakyat netherlands kerana mereka adalah down to earth. Saya teringat Jacquelie bercerita yang anak-anak Queen Maxima pergi sekolah naik basikal je.


Ini copy of the British Crown Jewel, Queen Victoria's crown set with the Koh-i-Noor [Mountain of Light] 109 karat diamond dibuat pada 1852.

Coster berlian adalah kilang berlian menggilap tertua dan paling dihormati di dunia. Sejak 1840 kilang ini telah memotong dan mengilap beberapa berlian yang paling berharga dan terkenal yang pernah ditemui seperti Koh-I-Nor, Star of the South dan the Lucullan.


Di sini ada Free Guided Tours yang disediakan dalam 25 bahasa utama dunia, termasuklah Bahasa Melayu. Penerangan diberi oleh Cik Irna yang berasal dari Kalimantan Indonesia. So dia cakap dalam bahasa Indonesia lah.





Jom tengok video pendek penerangan Cik Irna.



Masa free guided tour ni, Cik Irna juga dibantu oleh seorang lagi staff berbangsa cina dari Malaysia. Orang Johor tapi saya lupa pulak nama dia.



Kemudian kami dibawa ke bilik khas ini dan diberi penerangan The 4C Diamonds Guide oleh Cik Irna. Once everyone was in the room was locked for security reasons.


Kami juga ditunjukkkan berlian. Besar mata saya tengok!

So beautiful! Tak ingat pulak berapa karat dan berapa harga seketul berlian ni. 

Letak kat tangan macam ni pun dah nampak cantik!


Lepas tu Cik Irna letak berlian tu pada cincin dan disarungkan ke jari salah seorang ahli rombongan kami. Cemas agaknya suami akak tu tengok.. hehehe... 


Antara jewelries di dalam bilik khas tu.


Antara rekaan berlian pada rantai, gelang dan cincin oleh Coster Diamonds, Amsterdam. Memang sangat elegent! 
Foto dari http://www.costerdiamonds.com/





Pelawat juga berpeluang membeli dari koleksi anting-anting dan cincin.

Jam tangan Coster juga ada.


Across the road dari Coster Diamonds ni ada sign I Amsterdam ni. Dalam hujan-hujan tu pun ramai gak orang bergambar di sini, termasuk la kami.. hehehe.. Bukan apa kejap lagi nak naik bas so posing le kejap... hehe.. 

Belakang I Amaterdam tu ialah Rijksmuseum. 

Naik bas balik. Suhu 8°C masa tu. Memang sejuk pun masa bergambar di dalam hujan tadi.. hehehe... 


Agaknya banyak accidents berlaku melibatkan basikal hence the 'Beware of the bikes' sign. Hmm... maknanya amaran ni adalah untuk pejalan kaki lah bukan pada penunggang basikal. And in English so I assume ditujukan mostly pada tourists lah.

- Antara 15 ke 20 kemalangan maut berlaku di jalan-jalan di Amsterdam setiap tahun - 20 % ke 30% daripadanya melibatkan penunggang basikal. 
- Kira-kira 900 orang cedera parah dalam kemalangan jalan raya setiap tahun. Lebih separuh daripadanya adalah penunggang basikal. 
- Dan mereka tidak memakai topi keselamatan. 

Nak sewa basikal clog ni pun boleh.. hehe... 

Satu kereta yagn saya nampak begitu unik ekspresi seninya.. hehehe... 

Bangunan kilang bir cap Heineken.

Kami juga berpeluang naik Canal Cruise.



Peta perjalanan bot cruise kami, yang warna merah tu. Lebih kurang itulah route nya. 

Mallard ducks berenang di air terusan dalam cuaca sejuk.

Houseboats.


Bot yang kami naiki. Masa tu dah lewat petang dan waktu tu hari cepat gelap. Hujan juga. Jadinya tak banyak foto-foto kami yang decent.. hehe..


Suasana dalam bot.
Pada meja dalam bot ni ada peta perjalanan Canal Cruise ni. Ada juga audio dalam beberapa bahasa (termasuk Bahasa Indonesia) disediakan di dalam cruise ini menerangkan tentang tempat-tempat yang dilalui.

View bandar Amsterdam dari terusan.

Bottom right: Hard Rock Cafe Amsterdam 

Top left: Holland Casino.
Bottom left: American Hotel.

Top right: Houseboat.
Bottom right: Hotel Pulitzer.

Top right: Westerkerk Church

Top photos: Nemo Science Centre. 
Bottom left: Sea Palace Restaurant.

Selesai canal cruise kami balik ke bas dan bertolak untuk makan malam.


Sebab bas tak boleh berhenti di depan restoran kami pun berjalan kaki. Tak jauh cuma 10 minit perjalanan sahaja. Tapi masa perjalanan 10 minit tu la macam-macam yang kami nampak.


Kedai yang menjual pelbagai herbs dan barangan kesihatan. Tapi ada juga jual bong.  


Lagi kedai jual peralatan hisap dadah dan lain-lain smoking tool such as Snoop Dogg G Pen - vaporizer pen.


Bongs and hookah pipes.

Ada kedai tattoo.

Gay sauna pun ada.

Malam tu kami makan di Royal Tandoori Restaurant.

Memang la sedap. Sejuk dan hujan pulak masa tu lagi bertambah selera. Syukur Alhamdulillah.


Lepas tu balik hotel. Selesai mandi dan solat, terus back up photos sebelum tidur. Ada 3 hari lagi kami dalam program bercuti ni. 

Bersambung...


Di bawah adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:


16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment