Wednesday, May 13, 2015

SANDAKAN - PASAR TAMU SANDAKAN

SANDAKAN - DAY 03 - PART 01 - PASAR TAMU SANDAKAN

Seterusnya kami dibawa En.Aziz ke Pasar Tamu Sandakan. Ianya satu pasar pagi setiap hari Ahad. Terdapat macam-macam barangan dijual. Jom kita tengok apa yang dijual. 

Macam biasalah, pakaian mesti ada dijual. For all ages. Pasar ni elok tersusun dan organized. Ada section2 tertentu untuk pakaian, makanan, haiwan dan lain2. Tak bercampur aduk. Very nice!

Seawal pukul 8:00 pagi kami dah berada di situ. Dah full swing la pasar tu masa tu :). Cuaca pun Alhamdulillah baik. 

We passed through section jual makanan dan kuih muih. Ada juga En.Aziz belikan beberapa jenis kuih khas Sandakan untuk kami rasa. Salah satunya macam pulut panggang tapi dibalut dengan daun nipah, I think. Sedap. Cuma inti sambal kelapanya agak manis sedikit. 

Yang ini pula bahagian buah-buahan dan hasil tani. 

Next bahagian knick knacks, trinkets and souvenirs. Dalam foto2 bawah ni dah saya campur2kan.

Langit biru! :)

Di meja ni saya seram sikit. Selain minyak lintah [yang tertera pelbagai khasiatnya dalam foto bawah] ada pelbagai 'azimat' yang boleh memesong akidah. Ada gambar 'Woli Tujuh'. Ada buluh perindu yang tertera pada laminated card stating kegunaan seperti 'keselamatan kenderaan dari pencuri', 'pelaris jualan', 'mudah reski dalam perniagaan', 'mengembalikan orang pergi' [Haaa...!!!???], 'mudah mendapat pekerjaan', 'penangkis segala ilmu', 'tolak bala setan dan jing/mahlu gaib', 'pembuka jodoh', 'anti racun dan guna-guna' etc etc... Yang laminated card putih yang ada macam gambar lukisan pyramid tu ialah 'Azimat tolak bala/ilmu hitam'. 
Ok, moving on....

Ada juga kuih kek lapis dan lain2 kuih muih tradisional. Sedap2 nampaknya :)

Ranum mangga2 ni! :P

Ada juga yang jual produk2 seperti produk EverSweet ni. Plan nak cari la sebab produk ni bebas gula :).

Tertarik juga saya pada kedai2 lama ni.


Tanaman juga ada. 

Hempedu Bumi
- Nama lain: hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita [Malaysia], king of bitter, creat, green chireta [Inggeris], kalmegh [India], Kirta [Sanskrit], chuan xin lian [China] dan sambiloto [Indonesia].
- Kegunaan:
1) merawat darah tinggi dan kencing manis. 
2) merawat luka dan demam.
3) antiradang, antibakteria, antivirus dan pencair kahak.
Sumber: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia [MARDI]

Sambung Nyawa
- Nama lain: akar sebiak, leaves of Gods, googoolipid, mollucan spinach, daun dewa, kelemai merah dan bai bing cao.
- Kegunaan:
1) merawat tekanan darah tinggi, radang pita tenggorok, resdung, kena bisa ulat dan semut.
2) mengurang kadar kolesterol.
3) rawat sembelit, kencing manis, buah pinggan, ubat tumor dan kanser.

Pecah Beling 
- Nama lain: batu karang, pecah kaca, jin batu, kejibeling. 
- Kegunaan: 
1) Daun digunakan secara tradisional untuk merawat cancer, kencing manis, batu karang dan sebagai agen diuretik.
2) Merencat pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit [AIDS] dan mampu merencat pertumbuhan sel leukemia [kajian UPM].
3) Ekstrak bertindak secara efektik merencat pertumbuhan sel kanser kolon, hati dan buah dada secara semulajadi tanpa kesan sampingan [kajian UPM].
4) Daunnya yang dijadikan teh menunjukkan tahap antioksidan yang tinggi berkesan menurunkan paras gula dalam darah [kajian UPM].
Sumber: Berita Harian [info herba].

Ikan kering dan pekasam juga ada. Rasanya pekasam la kot..hehe. Yang bercili merah tu tak tau pulak apa namanya. 

Bahagian makanan lagi. Kuih muih dan nasi.  

Ada banyak kuih muih tradisional. Haaaa.... kuih yang keping bulat warna coklat tu saya kenal lepas pergi ke Hari Kraf Kebangsaan 2015. Namanya penyaram :)

Cotton candy pun ada. Sibuk saya dok ambik gambar.. haha. Pak cik tu ok je. Of course le saya mintak izin dulu.. hehehe... 

Dan tentunya ada jewelries ini :)

Produk halia. 

Ehh... Diriwan ni bukan ke lottery outlet? Hmmm... 

Then kami berjalan ke section ini which I found to be the most interesting! Why? Cause got binatang hidup! Hehehhee... 

Macam-macam ada! :)

Seronok betul ambik gambar.. hehehe...

Comel betul arnab2 tu!

Tu ulat untuk makanan burung. Makan kobis rupanya ulat2 tu. 



Kesian burung ni. Hujung kepaknya digunting2! Why? Supaya dia tak boleh terbang :(.


Baby lagi burung ni. Dok je atas sangkar tu cannot fly. Ramai yang usap2 dia. 

Anak kucing pun ada. Kesian pulak tengok dok dalam sangkar tu. 

Got ducks, birds and baby chickens. 

Tikus pun ada.. hehehe... 

Anak burung ni kalau diusik2 paruh dia, dia akan bukak mulut minta diberi makan. 

Wing cutter lady sedang feed a bird.





Ok, habis di Pasar Tamu Sandakan.

Bersambung.....


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. table jual azimat-azimat tu memoskilkan kan..?
    dan setuju ..
    dan boleh memesongkan akidah ..

    masa dulu
    kami ke KK
    jumpa pokok sabung nyawa tu
    ada orang dah cerita pasal pokok tu kat ibu saya
    adik saya beria beli .. seludup dalam beg , bawak balik semenanjung..
    hidup sampai sekarang ..

    penyaram.. UFO tu kan?
    kuih peneram lain kenal ?
    , peneram =coq neram = telinga kera=telinga keling

    ulat !!
    mana dak cpl nih !!??

    alaaaa..
    kesian lah binatang 2 tu kena kurung gitu !
    dan burung tu kena gunting sayap!!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul doc. Kalau percaya benda2 tu ada kuasa nak buat itu ini, tu dah kira syirik dah!

      Tu yg saya seronok dapat ke pasar2 macam ni. Tak tau pun ada tumbuhan2 macam tu yg banyak khasiatnya. Agaknya orang2 dulu hidup sihat sampai usia lanjut sebab tahu pasal kelebihan pokok2 ni dan dimakan/gunakan untuk pelbagai rawatan dan tujuan kesihatan.

      Seludup? Hehehhe... beraninya... :)

      Hehehe.. yg UFO tu je yg saya kenal doc.. hahaha...

      Hahaha.. memang pun foto ulat2 tu khas untuk CPL :). Masuk sekor dalam baju sure lompat2. hehehehe...
      Saya kalau cam tu pun lompat2 jugak.. hahahahaha

      Hmm.. I felt the same especially the cats. I hope masa di pasar tu je la and not caged masa at home....

      Delete