Teruskan lagi dengan catatan perjalanan kami ke Padang dari Bukittinggi.
Penjual krupuk bunga. Ada juga dihidangkan masa breakfast di The Hills Hotel. Rasanya memang sedap!
Ini adalah Tugu Imam Bonjol. Ada patung seorang pejuang sedang menunggang kuda sambil menjulang karihnya (senjata tradisional Minangkabau). Tugu in dibuat untuk memperingati semangat perjuangan Imam Bonjol ketika merebut kemerdekaan Indonesia.
Kalungan bunga ucapan tahniah sempena pembukaan sebuah kedai di Bukittinggi.
Sebelum meneruskan perjalanan, Muslim tanya nak ke kami berhenti sekejap di lapangan ini. Terus kami menjengok keluar dan bertanya lapangan apakah ini. Dia kata inilah lapangan lumba kuda, Lapangan Lubuk Ambacang atau Gelanggang Pacuan Kuda Bukik Ambacang. Mesti la kami nak.. hihi...
Lapangan ni berlokasi di jalan lintas Bukittingi-Gadut km 2.
Kebetulan apa beberapa joki dan kuda sedang berlatih. Kata Muslim, sebenarnya lumba kuda ni hanya kuda yang ditungggang joki bukan kuda tarik kereta kuda. Tapi masa latihan kereta kuda ditarik kuda untuk menguatkan lagi stamina kuda.
Arena lumba kuda ini menurut keterangan Muslim sudah ada sejak zaman penjajahan Belanda dulu. Di zaman Belanda lumba kuda diadakan pada hari ulang tahun Ratu Yuliana dari Belanda.
Kata Muslim, perlumbaan kuda di sini diadakan sekitar bulan Jun setiap tahun dan disertai oleh penduduk dari seluruh pelusuk Tanah Minangkabau. Hadiah yang ditawarkan tidaklah begitu lumayan, namun kemegahan sewaktu memenangi pertandingan menjadi pertaruhan sewaktu berlumba.
Peserta-peserta lumba kuda ini datangnya dari pelbagai kabupaten/kota di Sumbar seperti perwakilan dari Agam, Tanah Datar, Limapuluh Kota, Bukittinggi, Solok, Pariaman, Padang, dan lain-lain. Kawasan lumba kuda ini dirancang pembinaannya bersama dengan pembangunan kebun binatang Bukittinggi, kawasan Benteng Fort De Kock, Taman Panorama Lobang Jepang dan lain-lain.
Pada kejohanan tahun-tahun sebelumnya total hadiah untuk satu hari perlumbaan adalah hampir Rp 280 juta. Untuk kelas Wisata Derby 2013 contohnya, untuk jarak pacuan 1,700 meter hadiahnya Rp120 Juta.
Nama-nama kuda juga sangat menarik seperti: Omnia Dupont, Mester, Dara Tunggal dari Payakumbuh; Rossy Kakanji, Regina, Anugerah Bukittinggi, Sinar 88 dari Padang Panjang dan King Of Kandih dari Sawahlunto. Ada juga Anugerah Ramadhan, Monser Moreno, Marveleus Amatis, Money Luck dan Putri Mato Aie.
Saya suka Dara Tunggal dan Putri Mato Aie :).
"Race ini penuh dengan kecepatan, ketahanan, kesabaran, arogansi dan emosional".
Parts arogansi dan emosional yang saya tak faham tu :)
Hadiah yang dimenangi akan terus dibahagi-bahagi kepada pemilik kuda, pelatih, joki dan perawat kuda. Ini adalah untuk menggalakkan teamwork dan untuk menghargai sumbangan setiap pihak yang terlibat.
Pelatih kuda Siti Jaenar yakin kuda asuhannya akan pecah rekod mengalahkan juara bertahan all class races Sumbar kuda Noor. “Kami sudah mempelajari rekaman lari dan mendiskusikan dengan team dan penerapan pada latihan kuda Siti Jaenar bagaimana cara mengalahkan kuda Noor dengan sportif berpacu pada jarak 1.200m, kami akan perlihatkan nanti saat masuk finish”, katanya mantap.
Wah! Sangat competitive! Dahsyat persiapannya! :)
Tak lama kami di gelanggang tu, cuma lebih kurang 1/2 jam saja. Then kami teruskan perjalanan.
Pelbagai kegiatan penduduk setempat sempat saya rakamkan.
Either kaler silver atau warna warni :)
Raih Prestasi! Jauhi Narkoba!
Saya tersenyum je bila nampak kedai makan ni :)
Inilah sebabnya.. hihi... the resemblance is uncanny lah.. hihi...
Rumah Sulaman Hajjah Rosma terletak di jalan Bukittinggi ke arah Payakumbuh lebih kurang 10 km dari Kota Bukittinggi. Hajjah Rosma terkenal sebagai perintis sulaman dan embroidery dari daerahnya. Motif-motif embroidery Hajjah Rosma adalah ciptaannya yang kebanyakkannya bermotif flora.
Sudah berumur 88 tahun, factor usia tidak menghalang Hajjah Rosma untuk terus bekerja melatih remaja wanita yang berhasrat untuk menjadi mahir dalam menjahit dan sulaman. Hajjah Rosma tidak sedikit pun menunjukkan sebarang tanda untuk bersara. Sehingga sekarang jika ada yang berminat pasti akan dia berkongsi ilmu.
Pada usia 9 tahun Hajjah Rosma tinggal bersama keluarga di Bangkinang. Dia berjiran dengan seorang penjahit berbangsa cina yang dipanggil Taci. Rosma yang begitu tertarik dengan kemahiran anak Taci menjahit telah menyimpan sedikit demi sedikit duit jajan untuk membeli selembar kain untuk belajar menjahit.
Tetapi Rosma telah meminta supaya Taci untuk tidak memberitahu ayahnya kerana pada waktu itu di kampungnya jika seorang anak perempuan mula belajar menjahit bererti dia ingin dikahwinkan. Tapi Taci tetap juga memberitahu ayah Rosma yang secara tiba-tiba muncul ketika dia sedang menjahit. Langsung Rosma berlari pulang dan berkurung di dalam bilik.
Rosma yang ketakutan bakal dikahwinkan itu menjelaskan kepada ayahnya sebab dia belajar menjahit kerana dia sangat berminat dan bukan mahu berkahwin. Ayahnya terus gelak mengatakan tak kan lah dia nak kahwinkan anak perempuan dia yang masih ingusan. Malah dia sebenarnya berasa sangat bangga dan beri dorongan dan sokongan.
Hajjah Rosma mula menjual hasil kerja jahitan dan sulaman ketika beliau bertugas sebagai seorang guru. Ketika itu dengan 3 orang anak yang masih kecil dan suami yang menggangur (yang hilang pekerjaan kerana pemuda-pemuda yang ikut berjuang masuk hutan mempertahankan pemerintahan daerah dianggap pemberontak), mereka sedang sangat memerlukan wang. Keadaan begitu teruk sehingga bukan sekadar tidak dapat membeli makanan dan pakaian baru untuk menyambut kedatangan hari raya, malah hendak berbuka pun tidak ada makanan.
Dalam waktu sesak itu, Hajjah Rosma teringat yang dia ada 7 helai alas meja bersulaman yang dibuatnya dulu. 2 darinya kelihatan cantik maka segera dibawanya ke pasar untuk digadaikan. Tapi bila di pasar penjual mengatakan yang sulaman Hajjah tidak digadai malah telah terjual. Hajjah Rosma sungguh tidak sangka kerana ada orang yang hendak membeli hasil kerja jahitnya. The rest as they say is history. Dari situ sulaman dan jahitan Hajjah Rosma jadi terkenal bukan saja di Indonesia tapi juga hingga ke Malaysia, Singapura dan Brunei.
Hajjah Rosma berasa gembira kerana ada juga usaha pihak pemerintah menerap kemahiran menjahit dan sulaman ke dalam diri remaja wanita mereka. Contohnya, pemerintah daerah Bangkinang Riau telah meminta beliau untuk mengajarkan anak-anak remaja dari daerah itu untuk belajar di Bonjo Panampuang, kab. Agam Sumatera Barat. Katanya, kerjasama itu sudah berlangsung beberapa tahun. Kemahiran biasanya tercapai antara 6 hingga 8 bulan. Hajjah Rosma juga sering menerima murid-murid dari SMK Pekanbaru dan Padang melakukan Praktek Kerja Lapangan (PKL) di rumah jahitnya.
Menurut Hajjah Rosma, sekarang sudah tidak ramai para remaja wanita yang berminat untuk belajar kemahiran menjahit dan sulaman berbanding pada tahun 70an. Dulu habis sahaja persekolahan ramai yang datang menyertai program latihan. Malah mereka datang dari pelbagai dearah. Tapi remaja sekarang lebih gemar bekerja sebagai jurujual di pusat-pusat membeli belah. Memang mencari rezeki melalui menjahit memerlukan, perjuangan serta kesabaran jadi mereka lebih senang bekerja di mana gaji akan diterima setiap bulan.
Kalau ingin membaca dengan lebih lanjut tentang Hajjah Rosma’s success story silalah ke sini. Very interesting read actually. Ada kisah beliau kesusahan mendapatkan wang pinjaman, bantuan yang akhirnya dia dapati, cara beliau mencipta motif-motif sulaman, kisah motif dan jahitan beliau yang ditiru dan dijual, kisah beliau pernah bertani menjual pelbagai jenis tanaman dan sayuran, anuegrah-anugerah yang beliau pernah terima dan lain-lain.
Ok, selesai di Rumah Sulaman Hj Rosma, kami teruskan kembali perjalanan. Saya teringat semasa Muslim memandu kami keluar dari lorong masuk ke Rumah Sulaman Hj Rosma tu, ada seorang pak cik di tepi rumah dia di lorong tu yang begitu excited nampak kedatangan kereta kami. Terus dia bersusah payah berdiri [mungkin umur dah dalam 70 tahun ke atas] memegang pagar dan menghulurkan bungkusan-bungkusan kecil serbuk lada hitam untuk dijual. Muslim lalu sahaja. At first. Then dia undur balik dan turunkan tingkap. Terus Muslim hulur kan wang dan berpesan sambil tersenyum pada pak cik tua tu supaya jangan gunakan duit tu untuk beli rokok. Such a nice gesture. Pada saya ini mencerminkan sifat diri Muslim.
Kami akan ke Istano Basa Pagaruyung tu later. But not after a couple more stops :).
Haaa... stop yang ni adalah stop yang saya requested. Muslim ok je sebab dia dah memang pesan kalau kami nak berhenti di mana-mana, beritahu je pada dia. Saya stop di sini sebab pemandangannya. Dan juga kerana saya ternampak pesawah ni sedang membajak menggunakan kerbau. Me super excited lah! :)
Saya turun ke tepi sawah. Hingga betul-betul ke tepi sawah. Nak turun ke batas takut macam trespassing pulak.. hihi. Pe lagi zoom maximum la... hihi..
Sebelum yang ni ada jugak ternampak a couple of pesawah membajak guna mesin bajak tapi saya teringin nak ambik gambar bajak cara guna kerbau ni.
Alhamdulillah, cuaca memang begitu baik hari tu di situ.
Petak-petak yang penuh dengan anak-anak padi di sawah bertingkat dengan latarbelakang pokok-pokok kelapa. I could not asked for more :).
Syukur Alhamdulillah.
Tercapai jua cita-cita nak ambik pesawah membajak dengan kerbau.
Ehhh.... kerbau tu tengah poo poo pulak! How wonderful!!! Tergelak saya di tepi sawah tu. Masa tu memang pesawah tu stop kasi kerbau tu melepas sampai habis... hihi... Bertambahlah subur tanah sawah yang dah memang sedia subur tu!
Kena la jugak dapatkan shot framing the pokok-pokok kelapa dan gunung sekali :).
Beralih pandangan ke sawah pula. Yang ni dah mula lebat menghijau.
Ada juga tanaman jagung.
Puas dah ambik gambar kerbau, kami teruskan perjalanan ke Tabek Patah.
Sawah ni berada betul-betul dalam lembah. Cradled by hills [ke mountain?] on both sides.
Satu pemandangan istimewa yang ditemui dalam perjalanan ke Tabek Patah ialah ketika melalui ladang kentang. Yep, itulah pokok kentang.
Satu lagi pemandangan unik di sana. Anak-anak sekolah naik truck untuk ke sekolah. Saya remembered berdoa semoga perjalanan harian mereka ke sekolah menimba ilmu adalah selamat, pergi dan balik.
Adalah kebiasaan di sini sawah dan sayuran serta kentang juga jagung ditanam bersama. Saya fikir ini adalah untuk mempelbagaikan hasil tanaman bagi menjana pendapatan yang lebih consistent.
Destinasi kami di Tabek Patah adalah sebuah tempat perusahaan kopi tradisional yang bernama Kiniko Enterprise. Unfortunately kilang kopi tutup pulak hari tu. So kami terus check out kedai kopi Kiniko tu.
Kiniko Enterprise adalah suatu Usaha Kecil Menengah dalam bidang makanan dan minuman tradisional bermula pada 1981. Ia diasaskan oleh Almarhum Drs Abdul Aziz Idris dan terletak di Nagari Tabek Patah Kecamatan Salimpaung, Kabupaten Tanah Datar.
Dua teh yang terkenal di sini: Teh Daun Kopi dan Teh Daun Murbey. Tapi kami tak cuba sebab kami bukan penggemar kopi. Also sebab bau kuat rebusan-rebusan daun-daun tu.
Di sini, kami diperkenalkan dengan sejenis kopi tempatan ~ Teh Daun Kopi. Sewaktu Belanda menjajah Indonesia, penduduk Indonesia dipaksa menanam kopi untuk dieksport ke Belanda. Walaupun kopi yang ditanam berkualiti tinggi, penduduk tempatan tidak dibenarkan oleh Belanda untuk merasainya. Oleh itu, penduduk tempatan yang teringin nak minum kopi hanya merendam daun kopi untuk diminum. Dari situlah berasalnya Teh Daun Kopi yang terkenal di sini.
Seperti di hentian-hentian lain, di hentian di Kiniko Enterprise ini juga pengunjung dapat menikmati pemandangan yang cantik.
Pokok kopi.
Sempat saya took a few macro shots..hihi..
Muslim menyarankan kami cuba kuih muih yang dijual di sini. Kuih muih tradisional tempat ni nampak begitu menyelerakan. Antaranya ialah tahu goreng, goreng pisang, cucur sayur dan ubi goreng.
Kami pun cuba goreng pisang, cucur sayur dan tahu goreng. Cara menyediakan ialah kuih kuih tadi dipotong-potong bite size dan diletak dalam mangkuk. Kemudian kakak ni buka sekampit kuah kacang segera Sambel Pecel cap Sinti, diletak dalam mangkuk dan ditambah air. Lepas tu dikacau sampai tidak berkepal lagi.
Kemudian kakak ni pun jirus kuah kacang tu atas kuih muih kami tadi. Ya, termasuk dijirus atas goreng pisang tadi.. hihi...
Sedap ke? Oooo... sedappppp..... :)
Antara produk-produk yang dihasilkan oleh Kiniko Enterprise ialah:
1. Kopi Bubuk
2. Kopi Jahe
3. Kopi Daun
4. Serbat
5. Ramuan Pinang
6. Pisang Sale Stick
7. Dodol Pepaya
8. Dodol Nenas
9. Dodol Sirsak
10. Kipang Mihun
Ada bermacam-macam produk.
Ada juga pelamin ni. We were fascinated with the head gear pengantin perempuan ni.. hihi..
Dari forum.kompas.com: Angel's Trumpet
"Jangan terkecoh dengan namanya yang indah, tanaman ini mengandung racun yang mematikan bagi manusia maupun hewan. Bunga ini dapat memberikan efek halusinogen yang amat kuat karena mengandung zat tropane alkaloids".
Ekkk... patut la Muslim nampak risau je saya gi dekat pokok bunga ni masa ambik gambar...
Perjalanan kami diteruskan lagi menuju ke Pagaruyung.
Kami lalu passed by sebuah pasar.
Lalu kawasan sawah bendang.
Jalanraya yang berombak-ombak. Cantik! :)
Muslim kata kawasan ni terkenal dengan betiknya.
Kami lalu sekolah.
Dan kami pun sampai ke Batusangkar.
Seorang petani berdiri di tengah-tengah sawah. To me, this is a very moving image.
Tengahari tu kami lunch di Pondok Flora, sebuah restoran di atas sawah. Dan tentunya saya jadi excited.. hihi...
Ni dia Pondok Flora.
Di entrance masuk ke restoran ada penjual-penjual barangan ini.
Suasana dalam restoran Pondok Flora.
Surau yang disediakan untuk staff dan pengunjung. Sempat kami solat jamak di sini. Alhamdulillah.
Di restoran ini juga ada haiwan-haiwan ini. Fascinated, memang saya fascinated tapi at the same time rasa kesian juga. But I am sure they are nicely treated and very well fed.
Tu dia... hidangan makan tengahari kami! MasyaAllah... banyaknya... ! Ni untuk kami berdua je ni. Terfikir juga nak ajak Muslim makan sama tapi dia kami nampak dah duduk dengan tour guide lain makan bersama di meja lain. It seemed they all know each other well. So tak jadi le.
Jom kira ada berapa jenis lauk pauknya...
1, 2, 3, 4....
5, 6, 7, 8....
9, 10, 11, 12....
13, 14, 15, 16....
17, 18, 19, 20.
20 jenis lauk pauk untuk kami berdua makan! Mau tak kembang kempis hidung! Apa-apa pun kami bersyukur dan berusaha menjamah sekadar termampu. Banyak juga lauk yang tak kami sentuh pun.
Kami duduk sebelah kolam yang penuh dengan ikan. Mana-mana makanan yang tak dapat dihabiskan [sentuh ke tak sentuh] semua dibuang terus by a waiter ke dalam kolam. Berebut-rebut ikan tu semua makan! Well at least tak le membazir.
Burung-burung hantu yang comel-comel :)
Juga ada sekor kucing yang nampaknya begitu pampered sekali! :)
Kata seorang staff restoran tu pada saya, monyet yang sekor ni pulak terpaksa diikat dibelakang restoran sebab dia garang dan ganas. Good thing earlier saya tak gi dekat dia!
Lepas solat saya ke sekeliling restoran and was greeted with some of the most amazing sceneries masa vacation ni!
Ni di bahagian belakang restoran. Ada anak sungai yang airnya sangat jernih.
Ada juga kami nampak sebuah restoran lain yang sama konsep dengan restoran Pondok Flora ni. Ada sawah padi terbentang luas dengan gunung berbalam-balam.
Ada juga sekawan angsa! Sukanya saya.. hihi...
Seorang petani melintas sawah.
Kerbau yang sedang lepak. Penat pagi tadi membajak agaknya. Tak pun hari tu off day dia kot :)
Comel sangat la angsa-angsa ni... hihi...
Comel sangat kena letak 2 foto khas.. hihi...
Kesian. Kan owls are nocturnal. Meaning siang tidur. Ni dok besar je mata dia siang-siang buta. Celaru la sleep cycle dia.
Satu shot sawah dari dekat :)
Beberapa lagi shots taken before we left.
Perjalanan diteruskan. Kawasan ni memang kawasan sawah padi yang besar-besar.
Saya suka shot ni.. hihi.
Dari foto-foto ni kita boleh saksikan kelainan peringkat kerja-kerja sawah yang dilakukan oleh pesawah.
Ok, bersambung.....
Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries Padang dan Bukittinggi saya:
1) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - LEMBAH ANAI – PDIKM
2) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 02 - PUTRI MINANG - CHAN UMAR - OKE - BIKA TALAGO
3) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 03 – WEDDING
4) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 01 - JAM GADANG
5) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 02 - SG LANDIA - LAKE MANINJAU
6) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 03 - PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG
7) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 04 - STREET DRUMMER - PASAR ATAS
8) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 05 - CULTURAL SHOW
9) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 01 - BENDI - NGARAI SIANOK - LOBANG JEPANG - AGAM GALLERY
10) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 02 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - SULAMAN HJH ROSMA - SAWAH - KINIKO ENTERPRISE - PONDOK FLORA
11) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 03 - ISTANO BASA PAGARUYUNG - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Imam Bonjol ! saya kerawa bila dengar nama tu mula-mula dulu..
ReplyDeletenanti eh.. saya sampai sana saya tujuk lak apa saya jumpa kat Bonjol tu!! :)
pacu kuda!! mesti pergi!! hahhaaaaaa... nak ambik feel pervita pearce kat situ!!
kuda yang arogansi dan joki yang emosional??! hehheheeeeeee..
hadoiii !!hahhahaaaaaaaa... pakcik sanderspunyatwinada di bukit tinggi!!!!!
apakah itu jangek??!
sibbaik saya takpetik dan main main dengan bunga trompet tu!!
Yes, please doc. Foto tu pun saya ambik masa dalam kereta je. Kami tak turun pun nak ambik gambar sebab it is located kat jalan yg sibuk. Also not part of itinerary.
DeleteHihihi.. yes, you definitely must! Tangkap feel tu doc, jangan tak tangkap! :)
Hahahaha... kalau arogansi = strength ok la for the horses. Tapi kalau joki emosional, eh... cam ner pulak tu? Hahahhaaa...
Kan! Hahahaha.... tak sangka dia ada sedara di Sumatera! Hahahaha...
Keropok jangek tu keropok kulit :)
I know! I went real close to the flowers! Kalau saya tahu, tak la saya buat cam tu!
krupuk bunga tu favourite saya
ReplyDeleteselalu kalau ke sana layan dengan jus alpukat!
kalungan bunga tu sangat halus la buatannya
saya suka bunga2 nih
cantiknya sulaman bunga tuh
saya banned diri saya dari beli benda2 sulaman ni sebab ada berhelai2 kat rumah yang belum dibuat baju
oh anak
kasut dipegang
jalan kaki ayam
kenapa?
saya baru tau info pokok trompet tu
masa ke KK selamba je saya pi tarik2 sebab nak snap gambar
aduhaiii makanan lagi kat entry ni
perut dah la lapar
saya suka sate tuuuuuuuuuu
eh eh rasanya tak lama lagi jari saya kurus sebab scroll punya lama nak khatamkan entry nih
terhegeh2 saya tengok gambar
apa pun saya peminat burung hantu
saya suka tengok burung hantu
tapi masa kecik2 pi sekolah ikut kebun org
nampak burung hantu mencicit lari sampai jatuh parit!
Ada tak keropok tu kat sini? Nak beli la :).
DeleteSulaman tu memang cantik dan sangat halus buatannya. Masa kecik saya ada tengok mak saya buat sulaman tekat benang emas atas kain baldu yg style Perak tu. Huuhhh.... kena rajin dan tekun!!!
Ok, sila hantar semua kain2 tu ke kedai jahit baju sekarang untuk pakai masa Raya ok. Nanti gi sana tak de lagi sebab untuk tidak beli.. hahaha :)
Saya pun heran. Agaknya dah terbiasa tak berkasut ke sana sini. Atau mungkin tak nak pakai kasut tu takut kotor atau cepat rosak dan cuma pakai masa di sekolah je kot.
Saya terkejut sungguh bila jumpa info pasal bunga tu. Tapi saya heran sebab ada banyak saya nampak pokok bunga tu masa di sana. Tu pasal saya tak la terfikir bunga tu lethal!
Ehh... entry jalan2 mesti la ada pasal makanan. Lagi la kalau ke Padang/Bukittinggi :).
Hihihi... tak pe, kalau tak habis leh stop kejap dan sambung lagi later. Just take your time la El ya :). Entry jalan2 saya memang panjang2 sebab banyak foto2nya.. hihi..
Hahaha... masa kecik2 dengar 'hantu' je mesti la takut. Cuma tak takut pada jari hantu je... hahaha.. ok, ok, sory, lawak bodo.. hahaha...
ala la jual keropok tu kat sini
Deletetapi kena cari la hehehehehe
Ok, saya akan gi cari :)
Delete