Friday, March 20, 2015

PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 01 - BENDI - NGARAI SIANOK - LOBANG JEPANG - AGAM GALLERY

Macam biasa kami dah awal pagi turun for breakfast. Kami perlu checkout dari hotel pagi tu untuk perjalanan balik semula ke Padang. Sebelum tu, masa on the way to Padang, ada beberapa lagi tempat-tempat yang kami akan lawati. 

Sarapan pagi terakhir kami di Bukittinggi sebelum bertolak ke Padang.

Beg kami dah siap pack, so cuma tinggal bawa beg turun masa Muslim datang menjemput kami pada pukul 9:00 am nanti. Masih ada banyak masa lagi so kami pun jalan-jalan persekitaran The Hills Hotel ni. Lovely swimming pool. 

Dengan hawanya yang begitu nyaman, memang best kalau relaxing di sini. Tapi kalau nak melepak-lepak kat sini macam buang masa je kan... hihi... 

So kami pun naik bendi.. hihi... We had about an hour to kill and the bendi ride will take about 30 to 40 minutes. So just nice je lah :).

Kami excited? You bet.. hahaha... 

Cahaya pagi cantik untuk ambik gambar. A nice way to have a quick look at the bandar. Berselisih juga dengan bendi-bendi lain. Smooth je ride nya dan masa tu tengah tak de banyak kenderaan lain di jalanraya. 

Sempat juga rakam beberapa aktiviti-aktiviti pagi di sekitar bandar Bukittinggi. 

Ada pulak yang dah kena saman.... 

Kami lalu satu pasar. Seronok dapat ambik gambar dari proximity yang agak dekat in a slow moving vehicle :). 

Lelaki ni penjual ayam. Nampak berat dia nak tarik muatan ayam-ayam hidup tu. 

Tak pasti pulak mak cik ni jual apa. Nampak macam sayur dan buah jambu batu. 

Ni area pasar yang paling sibuk yang kami lalu. Excited sungguh saya dapat ambik gambar di sini..hihihihihi... 

Kami juga lalu Rumah Kelahiran Bung Hatta di Bukittinggi. Bung Hatta adalah Timbalan Presiden Indonesia yang pertama. Dia berkhidmat di bawah Presiden Soekarno.

Suasana pagi di Bandar Bukittinggi.


Saya suka foto ni :).




Perhimpunan pagi di sebuah sekolah. 

Ni a short video of kami naik bendi tu. Tapi nampak bontot kuda je la.. hihi...

Dan inilah pak cik yang bawa bendi tu. Dia bercerita yang abang dia dah lama menetap di Malaysia. 

Selepas bendi ride, kami naik semula ke bilik dan bawa beg turun dan checkout. Tepat pukul 9:00 am Muslim pun muncul. 

Sebelum bertolak ke Padang, kami ke Taman Panorama dulu untuk menyaksikan keindahan Ngarai Sianok. Kata Muslim dia tak boleh jadi tour guide masa jalan-jalan dalam taman tu. Ada tour guides khas untuk taman tu. Muslim saran elok gunakan khidmat tour guide yang ada di dalam untuk dapatkan penerangan yang lengkap tentang info dan sejarah tempat-tempat yang akan di lawat. Tu lah yang memang kami mahu. Kalau tak nak pakai guide pun boleh tapi nanti takut hilang sesat pulak dalam Lobang Jepang tu! Seram! 

Yes, kami akan masuk ke Lobang Jepang tu juga. 

Ini pintu masuk ke Taman Panorama. Rancangannya ialah tour guide akan bawa kami tengok Ngarai Sianok canyon, lepas tu jalan ke entrance Lobang Jepang, turun masuk ke dalam Lobang Jepang tu dan keluar ikut salah satu lubang pintu keluar di hujung terowong. Lepas tu kami akan ada pilihan untuk naik motor untuk dihantar semula ke pintu masuk ke Taman Panorama ni di mana Muslim akan menunggu atau patah balik dan panjat balik tangga turun ke Lobang Jepang tu. 

Tour guide kami di Taman Panorama ni ialah Yudi. Let me tell you that for the amount yang kami bayar dia, it is so worth it for the info, insights, anecdotes and history of the place yang dia share dengan kami. Dan dia layan semua soalan-soalan kami, dan kami memang tanya dia banyak soalan.. hihi. 

Ni pamphlet yang kami dapat mengenai Taman Panorama.

Informasi tentang Ngarai Sianok, Taman Panorama dan Lubang Jepang.

Pemandangan di Taman Panorama.

Ngarai Sianok yang juga dikenali sebagai The Grand Canyon of Bukittinggi. Cantik sungguh!

Perkampungan di seberang sana dikenali sebagai Perkampungan Haji Agus Salim. Kata Yudi, rata-rata penduduk di perkampungan tersebut berdarah kacukan Minang dan Belanda kerana kawasan tersebut didiami orang Belanda pada masa dahulu. 

Kita boleh menyeberang ke sana menggunakan laluan di bawah sana yang digelar 'The Great Wall of Bukittinggi' yang kononnya macam Tembok Besar China.

Berdas-das clicks. SubhanAllah, cantik sangat.


Inilah yang dikatakan 'The Great Wall of Bukittinggi' tadi :).

Cuaca pagi tu pun sangat cantik membuatkan pemandangan panorama ni nampak jelas. 

Kata Yudi, orang Minangkabau terdiri dari berbagai-bagai suku. Setiap suku mempunyai kisah tersendiri tentang sejarah Minang. Kerana itulah sejarah Minangkabau amat sukar dibukukan kerana mempunyai pelbagai versi tentang sesuatu fakta sejarah. Contohnya, ada satu versi yang kata anak lelaki bila berumur 5 tahun akan tinggal di masjid dan belajar tentang pendidikan Islam, tapi ada juga versi yang kata bila capai umur 6 tahun dan ada yang bila dah berumur 8 tahun. 

Kami pun berjalan menuju pintu masuk ke Lobang Jepang. 

Ngarai Sianok yang nampak tenang sebenarnya mempunyai satu rahsia besar. Ia dipenuhi dengan terowong-terowong yang dibina oleh Tentera Jepun sewaktu mereka menjajah Indonesia pada Perang Dunia Kedua. Jajaran terowong rahsia di pergunungan Bukittinggi ini bersambung sehingga ke pelabuhan di Kota Padang yang terletak 90 km dari sini.

Bukan sahaja Ngarai Sianok dipenuhi terowong rahsia, malah seluruh kota Bukittinggi juga sebenarnya dibina di atas jajaran terowong-terowong rahsia ini. Kerana ini jugalah pemerintah di Kota Bukittinggi tidak membenarkan bangunan-bangunan tinggi dibina di kota tersebut. Ini kerana kehadiran terowong menyebabkan struktur tanah di bawah bangunan menjadi lemah. Jika berlaku kejadian gempa bumi yang kerap melanda Sumatera Barat, kesan runtuhan bangunan tinggi lebih buruk berbanding dengan bangunan yang rendah.

Kebanyakan terowong rahsia Jepun ini tidak dibuka kepada orang awam atas sebab-sebab keselamatan. Satu-satunya terowong Jepun yang dibuka untuk kunjungan awam adalah Lobang Jepang yang terletak di kawasan Taman Panorama ini.

Pengunjung ke Lobang Jepang disarankan untuk menggunakan khidmat Tourist Guide sewaktu melawat terowong sepanjang 1.47 kilometer ini. Ini adalah kerana apabila kita berada di bawah sana, mudah sekali kita akan tersesat kerana suasana yang kelam di dalamnya. Dan inilah Yudi, tour guide kami, sedang menerangkan peta terowong.

Dari pintu masuk, pengunjung perlu menuruni 132 anak tangga menuju gua datar yang berada 40 meter di bawah permukaan tanah dan 40 meter di atas dasar Ngarai Sianok.Sewaktu ditemui pertama kali pada awal tahun 1950, pintu Lobang Jepang hanya 20 cm dengan kedalaman 64 meter kerana ia berfungsi sebagai lubang pengintaian, bukan pintu masuk.  Bila ia dibuka kepada orang awam pada tahun 1984, mulut lubang tersebut dibuat lebih besar untuk lebih mudah dilalui.

Separuh laluan masuk ini dibina dari simen dan separuh lagi adalah terowong asal yang dibina dari tanah liat. Jika kita berdiri di bahagian terowong yang baru (yang dibuat dari simen), kita akan mendapati suara kita bergema. Manakala jika kita berdiri di bahagian terowong asal, tiada bunyi gema kedengaran kerana bunyi diserap oleh tanah.

Jepun menggunakan buruh paksa untuk membina terowong ini. Buruh-buruh ini berasal dari Jawa, Kalimantan dan Sulawesi. Untuk menjaga kerahsiaan, tidak ada orang Bukittinggi yang dikerah mengerjakan lubang ini. Ini juga kerana orang-orang dari luar daerah ini tidak boleh bertutur dalam Bahasa Minang tempatan dan sekiranya mereka melarikan diri, mereka akan mudah untuk dikesan. Orang Bukittinggi sendiri yang dijadikan buruh paksa pula dikerah untuk membina terowong di destinasi lain di Indonesia seperti di Bandung dan Pulau Biak.

Terowong ini dibina menggunakan tangan dan peralatan-peralatan asas seperti cangkul sahaja. Perhatikan lekuk-lekuk di dinding yang dibuat untuk menyerap bunyi.

Orang Minang juga adalah pelombong yang hebat dan khidmat seorang geologis tempatan turut digunakan oleh tentera Jepun sewaktu membina terowong ini. Ada sebahagian dari terowong ini yang dindingnya bersinar dalam kegelapan kerana dipercayai terdapat batu berlian di sini.

Udara di dalam terowong juga sangat sejuk dan lembap. Menurut Yudi, pemerintah tempatan kini telah menetapkan tiada sesiapapun boleh tinggal di dalam terowong ini melebihi 6 jam untuk mengelakkan serangan pneumonia. Local Guide seperti Yudi juga bertanggungjawab untuk memastikan pelawat seperti kami tidak berada di dalam terowong melebihi 2 jam pada satu-satu masa. Bayangkanlah pula buruh-buruh paksa yang tinggal di sini 24 jam sehari dulu. Memang ramai yang mati kerana sakit pneumonia di samping kekurangan zat makanan.

Permukaan dinding terowong dibuat tidak merata dan berceruk. Fungsi dari cerukan tersebut adalah agar suara dalam lubang tidak bergema. Jadi jika ada tahanan yang disiksa maka suaranya hanya kedengaran sebatas lorong ini saja. Begitulah teknologi Jepun masa zaman perang dahulu.

Kata Yudi ada juga ruang mesyuarat yang dibina untuk bergema. Ia bertujuan untuk memudahkan tentera-tentera Jepun yang berkumpul di situ mendengar arahan yang diberi.

Ada 21 lorong kecil yang fungsinya pelbagai seperti ruang menyimpan peluru, ruang mesyuarat, pintu pelarian, ruang penyergapan (serang hendap) serta penjara. Namun yang menyeramkan adalah ruang dapur yang juga difungsikan untuk memotong-motong tahanan yang sudah meninggal dunia sebelum dibuang melalui lubang air ke bawah.

Sewaktu Jepun menyerah kalah, mereka turut membunuh kesemua buruh-buruh paksa yang bertugas di dalam terowong ini. Kerana itulah juga, sejarah terowong ini tidak diketahui untuk sekian lama kerana tak seorang pun buruh ini hidup untuk menceritakan apa yang dilalui di dalam terowong tersebut. Sejarah terowong ini hanya terungkap apabila seorang bekas tentera Jepun yang pernah bertugas di dalam terowong ini tampil untuk menceritakan aktiviti yang pernah berlaku di dalamnya.

Terdapat ruang penjara di sini yang bukan hanya untuk memenjarakan mereka yang melawan dan tidak mahu bekerja. Penjara ini juga berfungsi untuk memenjarakan perempuan-perempuan tempatan sebagai pemuas nafsu tentera Jepun. Mereka tidak diberi makan berhari-hari sehingga ramai yang menemui maut.

Ruang Dapur berada tepat di sebelah ruang penjara. Memang meremang bulu roma bila mendengar Yudi memberi penerangan tentang fungsi Dapur ini. Walaupun dinamakan Dapur, ia tidak digunakan untuk memasak makanan. Sebaliknya di sinilah tawanan-tawanan dan buruh-buruh paksa yang telah mati dipotong-potong menjadi bahagian yang kecil sebelum dibuang ke dalam lubang yang terletak di bucu dapur.

Lubang yang di dasar lantai ini terletak 40 meter di atas sungai yang mengalir di dasar Ngarai Sianok. Tubuh mayat dipotong supaya tidak tersangkut bila dibuang di lubang ini. Jasad yang telah dipotong kecil juga dapat mengelakkan ia dari dikenali oleh penduduk kampung di bawah sana.

Di bawah ni menunjukkan saiz sebenar lubang tempat membuang mayat. Gambar ini diambil oleh Yudi untuk kami dengan cara memasukkan kamera ke dalam lubang yang kecil tadi.

Lubang yang di lantai tu sebenarnya lebih besar dari yang kelihatan sekarang. Ia telah ditutup sehingga ke saiz ini kerana seorang pelancong asing pernah terjatuh ke Ngarai Sianok dari lubang ini sewaktu mengintai ke dalamnya.

Tepat di atas lubang membuang mayat tadi adalah lubang yang dinamakan Pintu Pengintaian. Lubang ini sengaja dibuat kecil, semuat saiz tentera Jepun sahaja. Dulu, ada akar kayu diletakkan dalam lubang ini untuk memudahkan tentera Jepun keluar masuk dari lubang ini untuk mengintai aktiviti yang dilaksanakan oleh penduduk kampung di luar sana.

Kami kemudiannya ditunjukkan pula Pintu Penyergapan. Pintu Penyergapan (Serang Hendap) terletak di hujung lorong terowong yang paling panjang. Lorong ini pula dibina beralun tinggi-rendah dengan satu tujuan ~ jika musuh mengejar, mereka sengaja akan dibawa ke arah Pintu Penyergapan ini. Bahagian lorong yang paling tinggi terletak berhampiran dengan Pintu Penyergapan ini.

Sewaktu musuh mendaki bahagian yang tinggi ini, pandangan mereka terlindung dari tentera Jepun yang sedia menunggu di Pintu Penyergapan. Bila mereka tiba di "puncak" ini, mereka akan terus berdepan dengan tentera Jepun yang telah bersedia untuk menembak. Selalunya sudah terlewat bagi mangsa untuk berpatah balik bagi menyelamatkan diri ketika itu.

Banyak nyawa yang terkorban di Terowong ini dan kebanyakannya mati dalam keadaan yang mengerikan. Kata Yudi, sepanjang pengalaman beliau menjadi Guide di sini, memang terdapat orang-orang yang diberi keistimewaan oleh Tuhan yang dapat melihat roh-roh yang tidak tenteram berkeliaran di sini. Syukurlah kami tidak diberikan Tuhan keistimewaan itu. Kalau kami termasuk dalam golongan tersebut, mungkin terganggu fikiran mengenangnya sampai balik ke Malaysia.

Yudi juga bercerita, sebelum terowong dibuka untuk kunjungan umum, banyak ditemui tulang belulang, tengkorak, senjata dan alat untuk membina terowong ini seperti cangkul. Ada juga ditemui peralatan makanan yang diperbuat dari tempurung kelapa dan buluh. Semuanya kini disimpan di sebuah muzium di Bukittinggi.

Pada waktu dulu, dinding terowong ini juga dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang menggambarkan kekejaman Jepun. Namun lukisan-lukisan tersebut kini telah dibersihkan, mungkin untuk menjaga hubungan baik Kerajaan Indonesia dengan Kerajaan Jepun. Lagi pula, Jepun sebenarnya "berjasa" dalam kemerdekaan Indonesia. Tiga ratus tahun lamanya Indonesia dijajah oleh Belanda dan mereka hanya meninggalkan Indonesia selepas ditewaskan oleh tentera Jepun.

Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua setelah bandar Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika Syarikat. Tidak seperti Malaysia yang kembali menjadi jajahan British selepas Jepun menyerah kalah, Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya serentak dengan penyerahan Jepun. Bak kata Yudi, kalau Jepun tak datang ke Indonesia, pasti mereka akan dijajah Belanda lebih lama lagi.

Kami diberi pilihan oleh Yudi untuk keluar dari Terowong ini ~ sama ada keluar dari sebuah pintu hujung dan kembali ke pintu masuk Taman Panorama dengan menaiki motorsikal atau berjalan kembali ke pintu masuk Lobang Jepang dan keluar menerusi 132 anak tangga tadi. Kami memilih untuk keluar dari pintu hujung dan kembali ke pintu masuk Taman Panorama dengan menaiki motorsikal.

Begitulah kisah Lobang Jepang yang diceritakan kepada kami. Sebenarnya saya mengaku saya berasa lega bila melangkah keluar dari terowong itu. Selain merasa sedikit claustrophobic, saya rasa seram juga mendengar kekejaman tentera Jepun masa dulu di situ. Ditambah dengan suasana terowong yang sejuk. Tapi saya juga rasa begitu sedih mengenangkan kesengsaraan mereka yang dipaksa bekerja, tidak diberikan makan dan minum yang cukup, diseksa dengan kejam dan dibunuh dengan jenazah diperlakukan sebegitu rupa. 

.
.
.
.
.
Pause...
.
.
.
.
.
.

Sebelum meninggalkan Ngarai Sianok, kami dibawa Muslim pergi melihat-lihat kedai-kedai cenderamata yang banyak terdapat di Taman Panorama tu. Antara yang sangat menarik perhatian kami ialah sebuah kedai yang menjual lukisan milik Bapak Adjie Agam.

Dan inilah Bapak Adjie Agam yang memberikan saya satu pose istimewa :). Baik sekali dan ramah tamah orangnya. 

Lukisan yang dijual di kedai Bapak Adjie sangat cantik. Dari foto-foto yang terlekat di dinding kedai lukisan ini, ramai orang-orang kenamaan dari Malaysia pernah membeli lukisan Bapak Adjie. Bapak Adjie juga berkunjung ke Malaysia setiap tahun untuk menyertai pameran lukisan terutamanya di Pulau Pinang.

Bapak Adjie sedang menyiapkan lukisan atas baldu. 

Apa yang menarik pada pandangan mata saya ialah subjek lukisan Bapak Adjie ada pelbagai. Juga style melukis dia juga tidak pada satu style sahaja. Maaf, saya ni tak tahu tentang lukisan. Tak reti nak explain..hihi. Medium yang digunakan saya noticed ada menggunakan canvas dan juga baldu. Dan kebanyakkannya lukisan dia adalah oil on canvas.

Bapak Adjie Agam mendapatkan ilham bukan sahaja dari Indonesian and European masters, tapi juga dari keindahan alam. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana dia tinggal di Bukittinggi di mana terdapat gunung ganang, sungai-sungai, lembah-lembah, air terjun dan sawah-sawah padi yang cukup mengasyikkan. Bapak Adjie Agam melahirkan keindahan-keindahan ini bersama dengan kecantikan budaya Minangkabau yang dilakukannya dengan begitu teliti dalam bentuk lukisan minyak. 

Studio lukisan Bapak Adjie Agam ini terletak di atas bukit dengan pemandangan lembah Ngarai Sianok di Bukittinggi ini.

Mendapat didikan dari Sekolah Menengah Seni Rupa (SMSR), sebuah sekolah untuk pembelajaran kesenian di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia, Bapak Adjie Agam telah menyertai beberapa Group Exhibition di Sumatera Barat, Jakarta dan Malaysia.

Hasil kesenian Bapak Adjie Agam telah banyak dibeli oleh syarikat perhotelan, syarikat-syarikat korporat dan juga individu di Indonesia, Malaysia dan Singapore.

Sedang saya mengagumi hasil seni Pak Adjie Agam, saya tertarik pada satu lukisan oil on canvas ini. Begitu tertarik hingga saya bertanyakan harganya. Saya berharap tidaklah mahal kerana tiba-tiba saya rasa macam nak beli pulak lukisan ni. Seumur hidup saya tak pernah terlintas pun di fikiran nak beli lukisan. Not even semasa di Bali di mana terdapat banyak lukisan-lukisan yang hebat-hebat. Pada saya lukisan Bapak Adjie Agam ni wrapped up so nicely an aspect of the life of minangkabau people and the place on a canvas.

Bapak Adjie Agam pun menyebut satu harga yang buat saya terkejut. Harganya affordable bagi saya! Tanpa fikir dengan lebih panjang, saya terus setuju :). 

Dan inilah lukisan pertama yang saya beli :). Bapak Adjie Agam siap beritahu saya cara yang terbaik bagaimana untuk display lukisan tu di rumah. How nice! 


Keluarga Pak Adjie juga pelukis. Isterinya juga pandai melukis dan seorang anak mereka kini menjadi pelukis di Pulau Bali. Dan lukisan-lukisan di bawah ini adalah karya isteri Pak Adjie. 

Ok, bersambung.... :)

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries Padang dan Bukittinggi saya: 
1) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - LEMBAH ANAI – PDIKM

2) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 02 - PUTRI MINANG - CHAN UMAR - OKE - BIKA TALAGO


3) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 03 – WEDDING


4) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 01 - JAM GADANG


5) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 02 - SG LANDIA - LAKE MANINJAU


6) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 03 - PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG


7) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 04 - STREET DRUMMER - PASAR ATAS


8) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 05 - CULTURAL SHOW


9) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 01 - BENDI - NGARAI SIANOK - LOBANG JEPANG - AGAM GALLERY


10) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 02 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - SULAMAN HJH ROSMA - SAWAH - KINIKO ENTERPRISE - PONDOK FLORA


11) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 03 - ISTANO BASA PAGARUYUNG - GOING HOME


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

9 comments:

  1. salam, 1st time leave comment. Baca blog ni sebab dok cari info nak ke padang. Seronok baca & tengok info yang ada sbb very informative + gambar cantik. Mula2 rasa biasa je nak pergi sana, sekarang dah rasa excited pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm.
      Terima kasih sudi singgah :).
      Glad entries Padang Bukittinggi saya ni buat cik jadi excited. Saya walau ke mana pun mesti excited sebab dapat chance gi jalan2.. hihi...
      Cantik Padang tu. Adat budayanya menarik. Orang2 sana baik dan peramah. Dan sana makan sedap :).

      Delete
    2. orait...sebenarnya dulu masa beli tiket, saya nak tengok rumah minangkabau dan asal2 usul adat itu..lepas baca afew entry banyak lagi yang boleh dinikmati di sini. InsyaAllah itinerary saya pun lebih kurang je dgn en. syed. 2 hari di Padang dan 2 hari di bukittinggi

      Delete
    3. InsyaAllah.
      Have a save and fabulous trip ya :).

      Delete
  2. wah
    cantiknya lukisan bapak tu
    dpt beli lagi, mesti very good deal

    melihat dlm terowong tu
    mcm lama gak kena ada dlm tu ye
    siap ada explanation bagai ketika dlm tu
    mampukah saya bertahan dlm tu lama?
    phewwwwwwwwwwwwwww

    oh jalan mcm great wall of china tu
    en syed lalu tak?
    end of the terowong, en syed sambung, patah balik atau naik motor?

    the grand canyon of bukit tinggi!
    subhanAllah
    cantik betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul El. Good deal indeed. Pada saya la. Harganya RM200.00. Saya expect lagi tinggi cam RM800.00 to RM1k ke. Jadi bila Bapak Adjie tu kata RM200.00 saya terus setuju.. haha. Lagipun saya sgt hormati kebolehan dia dan appreciate hasil seni sebegini, saya rasa tak reti atau tergamak nak tawar menawar. Habis la saya kalau gi shopping kan.... hahaha...

      Actually kami tak sampai sejam pun dalam terowong tu. Lagipun tak terasa lama sebab kami seronok mendengar penerangan sejarah terowong tu dari Yudi. Also kami tak la pergi masuk kesemua lorong2 tu. Just remain on the main lorong je cause we can see the smaller lorong from the main lorong. Also El can always asked the tour guide to make it a brief walk and go direct to the main chambers. Tapi mesti masuk tau terowong tu. Very fascinating. Elok kalau tahu sejarahnya juga. Lagi best your visit tu jadinya! :)

      Kami tak jalan kat great wall tu sebab jauh dah kena panjat agak tinggi juga. Also tak cukup masa sebab kami nak masuk lobang Jepang tu.

      Kami balik naik motor. Fun naik motor... hahaha... lama dah tak naik motor.... hihihi.... Short trip je nak ke pintu masuk taman tu semula.

      Memang sgt cantik canyon tu. Masa tu pagi lagi so cahaya cantik sgt.

      Delete
  3. cantiknya lukisan bapak adjie agam tu!!
    dan yang en syed beli tu!!
    nanti dah siap frame nak nengok hasilnya eh!!

    ngarai sianok tu.. yang saya baca.. petang2 nanti ada banyak kelawar berterbangan!!


    so sad baca pasal kekejaman jepun tu!
    mana mana pun kat asia ni yang dia jelajah mesti kejam !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... sampai la ni tak frame lagi... haha. Kena cari kedai framing lah. Also kena fikir mana nak display. So many things to do.. alasan seorg pemalas.... hahahaha...

      Oh ye ke?! Fascinating sgt tu doc! Saya tak tau pun. It would be nice kalau dpt ambik videonya...

      Betul! Sangat kejam! Mcm2 saya fikir. Like, how did they 'program' the soldiers to do all those unspeakable horrific things? What are the psychological impacts on the soldiers themselves? Had they not had an ounce of humanity left in themselves while they cut up people body?

      Delete
  4. PENGKHIDMATAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan nak melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete