Wednesday, March 11, 2015

PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 02 - SG LANDIA - LAKE MANINJAU

Next kami ke Danau Maninjau yang jauhnya lebih kurang 2 jam dari Bukittinggi. Kata Muslim hanya ada satu jalan sahaja dari Bukittinggi ke Maninjau dan kami perlu melalui jalan tu pergi dan balik. Sebahagian besar perjalanan menuju ke Danau Maninjau adalah mendaki gunung yang cuacanya dingin dan nyaman seperti di Cameron Highlands di Malaysia.

Suasana pagi di Kota Bukittinggi.

Pemandangan di sebuah kawasan perumahan. Saya noticed banyak juga rumah-rumah yang ada kolam-kolam macam ni. Tak pasti pulak untuk apa. Mungkin untuk bela ikan. Nampak tak platform simen kecik tu? Di platform kecik tepi kolam macam ni tu juga saya nampak jadi tempat cuci kain baju penduduk di situ. 

Sekejap lalu kawasan yang banyak kenderaan, then lalu tepi sawah atau kebun sayur yang ada rumah-rumah betul-betul di tepinya, then nampak masjid-masjid yang berkubah berwarna warni atau yang gleaming silver macam ni dan pintu-pintu gerbang masuk ke kawasan-kawasan kampung. Pada saya ini semua sangat menarik kerana they describe the place more than I know how to do in words :).

Dan lalu pula pasar ni yang kebetulan tengah bustling with buyers and sellers activities. Kalau ikutkan kehendak dah saya minta berhenti sekejap untuk jalan-jalan di sini sambil ambik gambar. But we need to keep with the itinerary la kan :).

Satu foto khas untuk akak ni yang tengah sorong sayur-sayuran yang berkemungkinan besar baru dia tuai pagi itu. 

Sawah dan kebun sayur side by side. Beautiful morning light. Dramatic sky. Lengkap :).

Saya perasan kalau di Indonesia, cahaya memang gorgeous habis. Adakah kerana dekat dengan equator? Foto ni langsung saya tak edit except resizing sahaja for the purpose of posting here. Tengok la lighting nya. Best sangat! SubhanAllah. 

This I think is the cutest photo ever! Yang I ever shot that is :).
Anjing-anjing yang dua ekor tu dok je baik-baik dalam kandang kecik tu dan yang sekor lagi tu dok depan dengan begitu obedient sekali! Mesti tengah seronok kot naik motor.. hihi...

Kami semakin meninggalkan kawasan bandar dan mula masuk ke kawasan-kawasan kampung. Segar je mata saya tengok views ni sambil terus mengetik kamera :).
Nampaknya di sini tidak ada sistem tanaman padi secara sistematik seperti di Malaysia. Oleh yang demikian, di setiap kawasan penanaman padi yang sama dapat dilihat padi-padi yang baru ditanam, yang sedang masak dan juga yang telah dituai di petak-petak yang berlainan.

Tengok tu, rumah betul-betul di tengah-tengah sawah :). Cantik! Walau pun dah nampak quite a few houses macam tu, tapi setiap kali itu jugalah saya jadi excited... hihi. 
Also saya suka foto man and dog tu :). 

Seharusnya ada juga diselti-selitkan gambar people shots :).
- Sekumpulan adik-adik yang who knows what they are up to..hihi...
- Sekumpulan pembela-pembela anjing mungkin berjumpa talking about their next job of memburu babi-babi hutan dari merosak tanaman di kebun-kebun dan ladang-ladang.
- A couple of cyclists yang berhenti rehat sebentar. Saya memang respect pada mereka sebab jalan-jalan di situ adalah curam-curam belaka!

Dan kami pun sampai ke kawasan Sungai Landia. Tingkap kereta kami turunkan sepanjang perjalanan menuju ke Danau Maninjau sebab udara segar dan dingin. Lagi la best nak ambik gambar.. hihi... 

Ke mana je perjalanan kami pasti ada ternampak masjid atau surau. Ada yang besar, ada yg saiz sederhana dan yg bersaiz kecil. Semua berwarna bright2. Dah lokasinya ada yang di tengah bendang, di kawasan kampung juga di lembah-lembah. 

Lagi foto-foto pemburu babi hutan bersama anjing-anjing belaan. 

Dan kami dah berada dalam kawasan Sungai Landia. 



Kami pun singgah di sebuah tempat yang bernama Panorama Sungai Landia. Kawasan ini terletak di atas gunung dan mempunyai pemandangan yang sangat indah. Ada sebuah kedai menjual barangan untuk pelancung dan tempat minum dengan views yang sangatlah cantik.


Ha.. kalau nak shopping kat sini pun boleh. Saya idak le, dah views cantik mana ada masa nak belek barang nak beli..hihi. Sibuk ambik gambar le.. hihi..

Boleh duduk di sini sambil menikmati keindahan pemandangan. 

Sempat curi-curi ambik foto pak cik dua orang ni.. hihi...

Ok, mari kita saksikan keindahan alam semesta ciptaanNya. SubhanAllah. 

Langit berawan dramatik menjadikan hamparan gunung-gunung dan sawah padi berbelak-belak terang dan kelam. Awesome sangat. 

Ok, tak reti dah saya nak buat captions for these beautiful sceneries. Let's just enjoy ya :).






Ok, tarik nafas panjang kejap... hihi...
Lepas tu kami ke hadapan kedai/hentian ni. Wah, ada jalan selekoh betul2 depannya. Jadi mesti la kena rakam suasana. Saya 'peace' kat adik2 tu and they 'peace' back at me and smiled... hihi... 
Perkhidmatan awam ni dipanggil Angkot.

Saya tak boleh imagine betapa beratnya beban yang akak ni junjung. Dan jalan pulak turun naik berlainan kecuraman... 

"Yang Haram (anjing) digunakan untuk memburu yang Haram (babi hutan)", kata Muslim memberi penerangan kepada kami. Disebabkan banyaknya babi hutan yang terdapat di sini, memburu babi hutan adalah aktiviti rekreasi yang popular di sini (seperti lumba burung merpati sangat popular di Pulau Jawa). Babi-babi hutan yang diburu hanya dibunuh dan tidak dijual atau dijadikan tujuan lain.



Saya perhatikan anjing-anjing ni nampaknya dijaga begitu baik sebab nampak begitu sihat, cergas, alert dan aktif. Also very well trained and well behaved. 

Ya, mungkin pemandangan begini menimbulkan persoalan. But I was not there to judge or critize but to rakam apa yang saya nampak :).


Ahaha.. ni yang paling tak tahan ni. Comel sangat!! Hihihi...




Perjalanan selepas meninggalkan Sungai Landia mula menuruni gunung. Jalannya bengkang-bengkok dan di sana-sini kelihatan papan-papan tanda amaran supaya pemandu berhati-hati di sini. 

Seterusnya beberapa lagi foto-foto pemandangan yang sempat saya ambil. 





Dan kami pun mula masuk ke kawasan wisata Maninjau. Dalam perjalanan kami kali ni kami sering kelam kabut bila nampak signboards sebab nak cepat ambik gambar signboards tu. Kadang-kadang tu sampai tergelak.. hihi... Bukan apa senang nanti bila go through the photos tau le takat foto mana dah sampai area mana. 

This was our first view of the Lake Maninjau. Sangat lah birunya dan cantiknya. SubhanAllah.


Perjalanan turun ke Danau Maninjau melalui 44 buah selekoh tajam (hairpin bends) yang dinamakan Kelok 44. Setiap kelok ini ditandakan bermula dari No. 44 di kelok yang paling tinggi sehinggalah ke Kelok No. 1 yang terletak di paling bawah berhampiran Danau Maninjau.
Nama-nama Allah diletakkan di sepanjang laluan Kelok 44 supaya kita berzikir sewaktu melalui kelok yang sangat tajam ini.


Sampai di Kelok No. 37, kami berhenti sebentar di sebuah gerai bernama Pondok Indah. Pemandangan Danau Maninjau dari gerai ni sangat cantik.




Di Pondok Indah ini, kami diperkenalkan dengan beberapa kuih tradisional seperti Apam labu dan risoles. Apam labu dan risoles yang disediakan di sini sangat sedap sehingga ada seorang kakak pelancong dari Malaysia yang makan bersama kami di sini memborong seluruh Apam Labu yang dihidangkan untuk dibawa pulang. Saya saaaaaangat suka risoles tu! Sedap sungguh. 

Ada juga macam kuih-kuih lain. Semuanya dah memang terhidang di atas meja. Actually kami duduk bersila atas tempat pentas kecil bermeja rendah ni. 

Dah semua kuih muih ni ada depan mata, apa lagi sibuk la saya ambik gambar.. hihi. Yang dalam bekas plastik, dalam balang kaca, dalam tupperware, semua saya bukak dan ambik gambar.. hihi. Agar aku tidak lupa.. hahahaha...

Dari Kelok 37, kami meneruskan perjalanan ke Desa Maninjau yang terletak betul-betul di tepi Danau Maninjau.
Rumah tradisional Minang ini adalah antara pemandangan yang menarik dari Kelok 44. Di bumbung pintu hadapannya tertera pantun dalam Bahasa Minang yang bermaksud: Yang kurik kendi, Yang merah saga, Yang baik budi, Yang indah bahasa.


Pemandangan Danau Maninjau nampak lebih jelas. Cantik kebiruan.


Jalan di setiap kelok sangat sempit. Jika berselisih, keutamaan diberi kepada kenderaan yang datang dari arah bawah. Kenderaan juga akan membunyikan hon masing-masing untuk memaklumkan kedatangan mereka kepada kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Peta yang nak tunjuk lebih kurang perjalanan kami ke Danau Maninjau. 



Danau Maninjau adalah sebuah tasik yang berasal dari kawah gunung berapi. Kesan kawah gunung berapi sangat jelas diperhatikan di beberapa tempat di tebing tasik. Danau ini walau bagaimanapun lebih kecil dari Danau Toba berhampiran Medan yang pernah kami kunjungi dulu.

Ok, sambil tengok foto-foto pemandangan, jom kita baca cerita sikit ya :).

Seperti daerah lain di Indonesia, Danau Maninjau juga memiliki legendanya yang tersendiri, iaitu Lagenda Bujang Sembilan.


Menurut cerita, dahulu kala di daerah itu, sebelum terbentuk danau, terdapat 10 bersaudara yang terdiri dari sembilan lelaki bujang dan si bongsu seorang perempuan bernama Sani.


Sani bercinta dengan sepupunya yang bernama Giran.


Namun cinta mereka tidak kesampaian kerana Abang Sulung Sani yang menyimpan dendam kepada Giran membuat fitnah kepada pasangan tersebut.


Ini adalah kerana Giran pernah menewaskan beliau dalam satu pertandingan beradu kekuatan sedangkan beliau tidak pernah tewas sebelumnya.


Akibat fitnah, Sani dan Giran dihukum adat dengan dilemparkan masuk ke dalam kawah Gunung Tinjau.


Giran ketika itu berdoa supaya apabila fitnah yang ditujukan itu benar, dia rela hancur di dalam kawah gunung berapi itu.


Akan tetapi jika fitnah itu tidak benar, dia memohon agar gunung meletus dan sembilan bujang itu dikutuk menjadi ikan.


Sebaik setelah pasangan yang difitnah itu melompat tenggelam ke dalam kawah, gunung meletus dahsyat sehingga muncul sebuah danau baru yang kemudian dikenali dengan nama Danau Maninjau karena terletak di Desa Maninjau.


Kesemua sembilan saudara lelaki Sani pula bertukar menjadi ikan yang menghuni danau tersebut.



Bersambung.....

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries Padang dan Bukittinggi saya: 
1) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - LEMBAH ANAI – PDIKM

2) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 02 - PUTRI MINANG - CHAN UMAR - OKE - BIKA TALAGO


3) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 03 – WEDDING


4) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 01 - JAM GADANG


5) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 02 - SG LANDIA - LAKE MANINJAU


6) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 03 - PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG


7) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 04 - STREET DRUMMER - PASAR ATAS


8) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 05 - CULTURAL SHOW


9) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 01 - BENDI - NGARAI SIANOK - LOBANG JEPANG - AGAM GALLERY


10) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 02 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - SULAMAN HJH ROSMA - SAWAH - KINIKO ENTERPRISE - PONDOK FLORA


11) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 03 - ISTANO BASA PAGARUYUNG - GOING HOME


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

12 comments:

  1. haaaaaaaaa suka gambar tu juga
    sekumpulan adik bradik
    sekumpulan pembela anjing
    eh ada jual martabak la
    camner la agaknya rupa martabak tu kan
    gambar pasar saya sure suka tgk juga mcm biasa
    nak2 makcik yang tolak keta sorong dengan hasil tanaman yang baru dikutip tu
    nampak segar bugar gila sayuran dlm kereta sorong tu

    phewwwwwwwwww
    view sawah padi tu mmg cantik la!

    mmg comel la gambar naik motor ber2 bawak 2 ekor anjing tu
    hahahahhahahaha

    adehhh shot naik motor ngan 2 anak
    anak yg duk depan motor tu tido
    phewwwwwwww
    seram lak saya

    aghhhhhhh kuih tu sedap nampaknya
    apam labu
    whatever la
    semua nampak cantik dan saya dpt rasakan benda tu sedap
    tambah stress sebab saya puasa ari ni
    uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa mrajuk ar camni


    baca punya baca entry ni, tetiba nampak perkataan bersambung
    potong betul la en syed ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, saya suka foto2 tu sebab mencerminkan gaya hidup penduduk2 setempat. Saya dah memang addicted dgn gambar2 cam tu actually. Tu yg happy je bila managed to capture them...hihi...

      Rupa martabak yg saya nampak macam yg kat sini juga El. Cuma namanya je. Contohnya yg popular di sana ialah Martabak Mesir. Martabak daging kot :).

      Tu la. Saya suka foto mak cik sorong sayur tu jadi saya khaskan satu slot foto dalam entry ni i.e tak combined dgn yg lain. Tertanya-tanya juga beberapa soalan dalam kepala, like: Berapa jauhkah mak cik tu sorong sayur-sayuran dia tu? Pastinya berat muatan tu? Seawal pukul berapakah mak cik tu dah bangun untuk ke kebun sayur dia pagi tu? Di bawa ke pasar adakah habis terjual semuanya sayur-sayuran tu? Agaknya berapa take home duit yg dia dapat hasil jualan sayur-sayuran tu? Kalau saya ada jawapan pada soalan2 ni, saya rasa foto ini akan jadi lebih bermakna pada diri saya.

      I know, right! Hihihihi... sawah after sawah... bendang after bendang.... semua terhampar indah menghijau [some kuning].... :)

      Hahahaha... dogs tu cam baiknya dan tertib je duduk kat motor tu. Macam obedient sangat! Dan tentunya enjoy kot dapat naik motor... hihihi...

      Memang seram El!! Saya suruh my wife tgk gak dan dia pun seram! Jalan tu selekohnya tajam dan menurun gunung! Tapi akak tu steady je. Tentunya dah biasa dah tu kot! Pada kita yang tak biasa pasti worry for their safety kan.

      Hahahaha... sabar, sabar.... cubaan tu... :)
      Alhamdulillah.. bagusnya berpuasa! Saya ni nak buat puasa sunat asyik tak jadi sebab tak larat nak bangun sahur.. hihi. Kena kuat nih! :)
      Apam labu tu was sooooo.... delish! Sedap2 lembut je. Yg saya makan pulak yg baru siap so masih panas! :)

      Hahaha... sorry... hihihi....
      Kalau tak bersambung-sambung, nanti terlalulah panjangnya... :)

      Delete
  2. menarik!!
    saya tak pernah baca atau dengar tentang Giran dan Sani tu!
    tenkiu for the cerita lagenda itu!!
    cinta terlarang .. hehheheee..

    ha ahhhhh!! anjing dan tuannya kat motor tu comel sangat!!
    anjing bloeh je kalau nak bela buat memburu dan menjaga kediaman kan?
    pandai-pandai lah mereka membersihkan diri selepas itu..

    gambar0gambar sawah adalah ohsem!!
    gambar-gambar petani ..
    semualah!!
    :)

    we want more
    we want more!!
    hehhehheeeee


    gambar fevret saya
    .. yang ada petak-petak sawah .. yang ada padi tengah menguning kat tengah.. kelilingnya hijau.. .. amazing!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir semua cerita-cerita lagenda samada yg east or west, pasti ada melibatkan cinta pada seorang wanita. Bagaimana sebuah kerajaan yang hebat boleh runtuh kerana seorang wanita. Begitulah kuatnya gelora cinta.... hihihih...

      Kannnn! Anjing2 tu pun nampak macam baik sangat. Adorable. Patuh je.
      Yes, begitu lah seperti yang saya tahu, for hunting dan for security.
      Haaa... like that also lah yang saya fikir. Pastinya mereka dah biasa samak menyamak kan. Perhaps they use sabun samak.

      Thanks doc :). When something is uniquely of the place we visited, it became that much more meaningful and special. Dan memang saya berusaha keras untuk merakam suasana tu :).

      And so you shall doc! InsyaAllah.
      Stay tuned :)

      Haaa.. you also noticed that ya. Masa saya first nampak padi tu, saya terfikir macam mana sistem penanaman padi mereka. Mesti ada sistem tu kan doc.

      Delete
  3. Salam Tuan, boleh saya pick up your snap shots and draw?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dense. Ya, sila kan :)
      Agaknya boleh ke nanti saya tengok drawings tu? :)

      Delete
  4. Thanks and sure boleh. In fact nak start draw malam ni. Browse ig Greyoldman yang ada drawing ngan MTB tu.
    Ada satu lagi link yang pakai nama sama but its explicit content (saya tak perasan pun masa register..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, got it. Thanks.
      Btw, your drawings are, like, awesome!

      Delete
  5. Assalamualaikum Syed,

    Baru sempat baca sebahagian dari pengalaman Syed di ranah Minang.
    Pandangan saya, orang Minang ini simple tetapi kehidupan hidupnya agak teratur. Kita lihat kampung halaman mereka, sawah mereka - walau pun dikelilingi hutan tebal, tetapi musuh tanaman (babi terutamanya) dapat mereka kawal dengan cara mereka sendiri.

    Allah mengurniakan alam yang cukup indah, walaupun gempa bumi bukan perkara baru. Mereka tetap membina rumah di tepi jurang yang dalam.

    Mereka juga pandai memilih baka padi yang sedap di makan. Lauk pauk mereka simple tetapi menyelerakan. Kalau boleh saya ingin selalu ke Maninjau, tempat yang melahirkan ulama yang agung - Allahyarham Prof. Dr. Hamka.

    Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda.

    Wassalam,
    Idris Talu.
    http://idristalu.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Idris
      Betul, saya suka suasana laid back di sana, how friendly the people are and banyak tempat-tempat menarik. Pada saya itu semua buat percutian saya dan isteri di sana lebih memorable.

      Hmm... saya suka sangat makanan di sana. Sedap sungguh. Betul kata Idris, walau pun simple tapi sedap. Saya sebenarnya suka lauk pauk sayuran di sana :).

      Sama-sama Idris. Terima kasih kerana sudi lawat blog saya ni dan tinggalkan komen :).

      Delete
  6. Nice shots ... camera apa bro guna untuk photography....excellent..suka sangat tengok fotos yg bro rakam...awesome..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sham :)
      Masa ke Padang/Bukittinggi ni saya guna kamera Canon 7D.

      Delete