Sunday, April 28, 2013

JORDAN - DAY 02 - PETRA

Akhirnya dapat juga kami ke Petra. Alhamdulillah. One of the highlights for me for 2013 :). 

Seperti kebiasaan kami, lepas sarapan kami akan jalan-jalan sikit depan kawasan hotel untuk ambik gambar :).

Tepat waktunya kami pun naik bas menuju ke Petra sambil Abu Sarah menerangkan program lawatan.

Petra terletak di kawasan padang pasir di selatan Jordan. 3 jam nak sampai sana. 

Bekalan air Jordan adalah dari kawasan gurun yang disalirkan melalui paip terutama ke bandar Amman yang diduduki lebih separuh dari total rakyat Jordan. 

Di Amman hanya pada hari tertentu sahaja boleh basuh baju sebab pada hari tu lah akan datang lori air ke kawasan perumahan. So masa laundry day tu, maka akan kelihatanlah segala macam jemuran di area perumahan. 
Foto kiri: Henti kejap beli air minum di kedai. Nak ke kawasan gurun jadi kena pastikan hydrate.

Foto kanan: Nak tahu di mana paip air yang sangat panjang tu? Di batang-batang warna oren tu. Kami nampak semasa lalu di lebuhraya gurun ini.

Saya perhatikan banyak juga cafe-cafe tepi jalan macam ni. Ramai juga nampaknya pengguna jalanraya berhenti for some food and drinks.

Merakam suasana gurun.

Kawasan penternakan di kawasan pergunungan di Al-Shubak.





Highway mereka tak de RnR so kami dibawa stop di kedai souvenir Midway Castle ini untuk guna tandas mereka. Tak jadi masalah sebab sambil melegakan diri, boleh la tengok-tengok souvenirs. Btw, tandas adalah cukup bersih. 



Perjalanan diteruskan.

Bangunan yang kelihatan macam dah kena abandon ni pun banyak juga kami nampak.

Menikmati keindahan kawasan gurun yang kami lalui.


Saya cukup suka betul bila dapat ambik gambar sebatang pokok di tengah padang macam ni :).

Kemunculan rumput hujau semasa kedatangan musim bunga. 

Aaa... cukup indah. SubhanAllah.

Rumah-rumah yang kelihatan seperti 'in the middle of nowhere' macam ni adalah satu pemandangan biasa. 

Selamat datang ke Petra.

Di atas bukit/gunung tu kata Majdi ialah Makam Nabi Harun as. Tapi kami tak ke sana sebab too time consuming to go up there tambah Majdi. 

Dah sampai ke Wadi Musa. Kami dihidang dengan pemandangan yang cukup unik sekali. Unik kerana kami belum pernah melihat yang sebegini. 

Pemandangan yang cukup indah unlike I have ever seen before. 

Wadi Musa, satu kawasan yang pernah menjadi tempat tinggal Nabi Musa as bersama Nabi Harun as. Di lembah inilah Nabi Musa memukul tongkatnya sehingga keluar mata air untuk diminum oleh pengikutnya. 

Bentuk dan warna rumah-rumah di lereng-lereng bukit ini kelihatan sama sahaja. Sangat menarik!


Beberapa foto penduduk Wadi Musa.



Kota Wadi Musa. Kereta Toyota cukup popular di sini.




Bandar Wadi Musa.

Lunch dulu sebelum ke masuk Petra di Restoran Petra Magic.

Hidangannya makan Arab. Makan je kalau pun tak kena dengan tekak kita sebab lepas ni nak jalan jauh. Yes, nak ke The Treasury tu kena jalan kaki lebih kurang 2 km di tengah panas terik. Semangat betul saya masa tu.. hehe.

Lepas makan terus kami ke balcony restoran ni. Tu dia.... pemandangan Wadi Musa yang sungguh indah sekali! SubhanAllah. 

Maka berpanoramalah saya.. hehe. 



Di belakang bandar Wadi Musa inilah letaknya Kota Purba Petra.


Truly stunning scenery!

Sebab berbukit bukau, bangunan di bina di lereng-lereng. So jalan rayanya adalah curam.


Puas ambik gambar dari balcony restoran, kami pun keluar dan ambik gambar di sekeliling restoran tu pulak.

Bus driver kami yang sangat expert. How he managed to maneuver that long bus through mountainous roads was something to be marvel at!

Ada bunga lalang yg cantik.

Good road conditions and more importantly very scenic :).

That's actually restoran di mana kami had lunch tadi. Ada kedai gifts as well.

Road side yang menarik :).




Bandar Wadi Musa yang pada saya sangat menarik. Clean, tak der pencemaran udara and no traffic jam.


Local tour guides.


Hotel Movenpick betul-betul di depan entrance nak masuk ke kawasan Petra.

Arah ke Petra Visitors Center.

Ehh... ada pulak kucing comel ni! Masa ni kami tengah tunggu Majdi beli tiket nak masuk Petra.

Ada gerai-gerai di entrance.
Masa tu kami didatangi oleh adik ini. Dia menjual souvenirs. Kesian tengok dia comot macam tu. Sopan santun dan tak pushy. Majdi was very kind to this boy. Siap usap-usap kepala budak tu bagai dia memahami kesusahan hidup adik tu. Pulled at my heart string.

Okeh, tiket dah dapat. Tapi sebelum masuk kena lalu pemeriksaan sekuriti dulu. 

Betul, nak jalan masuk nak tengok The Treasury tu kena jalan sejauh 2 km. Panas terik masa tu. Dan jalan sungguh berdebu. Adventure betul.. hehehe..

Kalau nak jalan naik kuda pun boleh. Boleh sewa kuda, keldai atau naik kereta kuda. Tapi kami jalan-jalan ramai-ramai. Kata Majdi tak perlu nak cepat. Relaks je. Tapi susah juga pada mulanya nak 'relaks' di bawah keterikan panas matahari tengahari di Petra ni.. hehe.


Lama-lama lupa dah peluh menitis bila ada pemandangan macam ni. Maka sibuklah kami mengambil gambar.. hehe.

Satu foto dengan orang nak tunjuk saiz bukit-bukit ni. 

Wonderful rocky landscapes.


Batu-batu ni dipanggil Djinn Blocks. 




Yang ni dipanggil Obelisk Tomb.


Greens amidst the rocks.



Kami tak panjat bukit ni sebab nak segera tengok The Treasury. Bukannya larat pun epecially tengah-tengah panas ni.. hehehe. 

Sangat perlu tutup hidung dan mulut kerana sangat dusty. 

Station kuda, ada kuda untuk di sewa. Apparently transportation bermotor adalah tidak dibenarkan demi mengelak sebarang pencemaran berlaku yang boleh mengakibatkan kerosakan pada Kota Purba Petra ini.


Our guide, Mr. Majdi, yang always begitu enthusiastic dan dramatic bila cerita sejarah/facts. Serious, factual, entertaining and funny.

Tapi sebelum tu masuk pulak dulu ke kedai cenderemata ni. 

Okeh, now jom kita jalan melalui lorong antara batu-batu yang sungguh tinggi ke arah The Treasury. Lorong ni dipanggil As-Siq. 

Peta jalan kaki di lorong As-Siq.

Yang cukup melegakan kami masa tu ialah lorong ini begitu nyaman sekali kerana terlindung dari panas matahari oleh batu-batu yang tinggi. 

Sebelum ni lorong ini saya hanya dapat lihat dalam gambar-gambar sahaja. Being there was most definitely something unforgettable.

Yang jalan kaki kena ketepi setiap kali kereta-kereta kuda ni lalu. Dari jauh dah boleh dengar keletak keletuk ladam kuda-kuda tu on the stone pavement. Bergema.

More horse carriages. Some of them exceeded speed limit. Apa la...... :(. Kan bagus kalau slowly 'stroll' down the path.

Pokok White Fig yang tumbuh di celah batu. 


Yang berjogging kat situ pun ader. Tapi saya nampak dia ni sorang je la yang jogging masa tu.


The sheer size of the stone walls can be quite intimidating.

Petra's Siq tu lebih kurang 1.2 km. Tapi tak le rasa jauh sangat atau penat sebab suasana yang begitu menarik dan juga sebab kejap-kejap berhenti ambik gambar :).


Ni masa one of the stops Majdi nak share interesting facts. Ni dia tengah tell something funny :)


Boleh tahan banyaknya carriages ni. I suppose masa tu dah mula ramai pelancong datang. Me no complain sebab boleh shoot foto-foto macam ni.. hehe.



Memang target nak shoot satu foto macam ni... a lone person walking through the long winding Siq. Got it! :)

I was quite close to the horse actually. At some places the lorong was sempit.

Siq ni dijaga dengan baik, begitu bersih sekali.

After the 'The Treasury', this was the second most exciting moment for me during this visit.... hehe.

Saluran air ini dibina untuk membekalkan air kepada penduduk Petra. Ia pernah diracun oleh tentera Rom dalam satu peperangan dengan Petra. Sebahagian saluran air ini dibina dari porselin yang menggambarkan betapa tingginya pengetahuan kejuruteraan kaum Tsamud ketika itu.


Kebetulan the first time I set my eyes on the 'The Treasury' (top part of below photo) tengah ada kereta kuda lalu! :D

And there it was.

Not yet in full visibility. So excited.

Tetiba lalu satu lagi kereta kuda. Pe lagi maka berklik-klik la.. hehehe.. :)

Waa... got unta lah! Hurrah !! Hahaha..... :D

The Treasury.

Entah berapa banyak saya ambik gambar binaan ni. Tak beringat. Maklum la kan.. hehehe....

Kegemilangan Petra sebagai pusat perdagangan purba yang penting tamat setelah dimusnahkan oleh  gempa bumi yang memusnahkan bangunan dan sistem bekalan air di kawasan ini.

Setelah itu Petra tidak lagi didiami manusia secara kekal dan hanya dikunjungi kaum-kaum Badwi. Ia menjadi terkenal setelah ditemui oleh seorang pengembara berbangsa Swiss.
Orang-orang Badwi percaya ada harta karun milik Firaun yang tersimpan di dalam pasu (urn) di tengah itu. Oleh itu, bahagian atas monumen Al Khazneh ini telah ditembak bertalu-talu dengan senapang kerana mereka ingin memecahkan pasu tersebut. Kesan tembakan peluru dapat dilihat dengan jelas pada hari ini.


Pantang la ada sapa-sapa lalu depan tu, mesti di'compose' masuk framing.. hehe.




Cannot enter. Dipagar. Tak selamat. Under construction.


Arah ke kanan of the Treasury. More ruins. Awesome. Terasa masa tu macam dalam filem epik pulak. 
Seperti namanya, Street of Facades dipenuhi dengan facade-facade bangunan yang diukir langsung dari batu gunung.

More carved stones for dwellings.


On the right tu ialah ruins gerbang or block depan bangunan. So magnificent!

Petra's coliseum, an amphitheater. How ya orang zaman dulu korek gunung batu tu....

Yang saya perasan di situ cuma ada satu cafe and a couple of gift shops. Bagus la macam tu. Tak la sesak dengan kedai.



Shot from outside one of the entrances.



Ada juga souvenir seller di sini. 

Besar sungguh kawasan Petra ni. Sebenarnya ada banyak lagi ukiran dinding bentuk binaan dan bangunan yang hebat dan grand. Tapi kami rasa yang kami dah tengok ni pun dah cukup memuaskan hati. 

Berjalan semula ke The Treasury.


Other visitors.

SubhanAllah. Sangat magnificient!



Sebelum beredar, took a few more shots. 





Syukur Alhamdulillah, ada rezeki kami untuk datang ke sini. 




Itulah lorong As-Siq tadi. 



Berjalan keluar dari kawasan Petra melalui lorong As-Siq.


Took a few more shots.


Eh.. jumpa lagi kucing ni! Joy! Hehehe...





Kami sangat bersyukur kerana berpeluang melawat kawasan Petra ini dan melihat sendiri ukiran dinding The Treasury. 

Alhamdulillah.

Bersambung....

Di bawah saya senaraikan semua entries Jordan saya for easy reference:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. tak terasa ada seratus tiga puluh tujuh gambar!!

    nanti saya datang lagi komen..
    tak sempat nak immerse into the photos sebab ramai patient

    nak chop my 'gasp' photo dulu..
    no 70!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I sure hope not! Hehehe.... Penat up 100+ photos tu :)

      Aaa.. yes, no. 70. It was an unforgettable moment. The anticipation and realizing that I shall finally see it with my own eyes. It was every bit as glorious as I had hoped for :)

      Delete
  2. datang balik!!!

    ~bus driver tu macam hisap rokok dalab bs?!
    ~07 : hehehhee... 'kurus' sangat bangunan tu!! tu aje tanah yang dia ada kot!!
    ~kucing oren tu dah mandi by the time awak balik.. taik mata dia dah hilang!!!

    no 39 onwards ...
    beautiful..
    just beautiful.....
    precious moments captured by an expert.
    beautiful



    jeles okeh...
    :)

    ReplyDelete
    Replies

    1. - Masa kitaorg dlm bus, dia tak hisap rokok actually.
      - Haha.. kurus ideed! The view from that building is actually pretty amazing so I guess every inch of that space is valuable. Hence the erection of such a 'slim' looking building. hehe.
      - Hehe.. I tak notice pun until you mentioned it.

      Thanks doc. And I used a compact camera. I did wonder what they'll be like if I brought along my 7D.

      InsyaAllah, one day doc and family akan ke sana juga :).

      Delete